Monday, November 27, 2006

Antara Jasad, Akal, Hati, dan PenciptaNya...

Alhamdulillah, selama mana kita hidup ini, kita sentiasa dipelihara Allah akan hidup kita. Kita lihat, kehidupan kita selama ini, bagaimanakah kita menghadapinya. Jasad dan diri kita, bagaimanakah ia dijaga dan di'control' oleh Allah SWT.

Kalau kita lihat, jasad kita; termasuklah anggota badan seperti tangan, kaki, dan badan kita, adalahj dikawal oleh akal kita. Akal pula dicontrol oleh hati kita. Hati ini secara fitrahnya adalah bersih, dan ke mana arah tujuan hati itu bergantung kepada ke mana arah kita bawa hati itu, iaitu samada ke arah IMAN ataupun HAWA. Dan, yang mengcontrol hati adalah Allah SWT sahaja semata-mata.

Untuk mendapat hati yang bersih, yakni hati yang dapat didorong hala tujuannya ke arah IMAN, maka yang paling penting sekali adalah sejauh mana attach nya hati itu kepada Allah SWT.

Maka, untuk mendapat jasad yang baik, perlulah dijaga dan dicontrol oleh akal yang baik, yang mana akal itu dijaga oleh hati yang bersih. Hati yang bersih pula memerlukan pautan yang kukuh kepada Allah. Maka, jikalau bab hati ini still tak settle lagi dengan Allah, maka susahlah untuk mendapat jasad yang sentiasa terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan. Untuk mendapat hati yang utuh, pertama sekali adalah mencari hidayah Allah SWT.

Kita sedia maklum, hidayah itu adalah milik Allah, dan hanyalah Allah SWT yang berhak untuk memberi hidayah itu. Betul. Tapi perlu diingat juga, Allah SWT tahu siapa di antara hamba-hambanya yang mahu mencari hidayahnya itu. Maka, perlulah dicari hidayah itu supaya Allah SWT dapat memberi hidayah itu ke dalam hati kita. Bak kata seseorang yang bijak pandai, "Hidayah itu tidak akan menjenguk kepada sesiapa yang tidak membukakan tingkap hatinya".

Praktikalnya? Sentiasa kita mendekatkan diri kepada Allah, dalam apa jua pekerjaan kita. Kalau betul niat kita, maka segala apa yang kita lakukan adalah suatu Ibadah. Niat yang betul datang dari hati. Maka cara mendekatkan diri kepada Allah tidak hanya terbatas kepada amal ibadah khusus semata-mata, tetapi segala-gala amal perbuatan kita boleh menjadi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Study pun boleh jadi ibadah.

Tapi, dalam pada itu, ibadah khusus kita pun kiranya hendaklah diperbaiki untuk menjadi lebih baik. Solat kita hendaklah sentiasa dijaga dan diperelokkan. Qiam untuk solat malam, mendekati Al-Quran.. Itu juga hendaklah kita diperbanyakkan. Sebab itu adalah beberapa cara untuk mengubati hati. Hati yang sakit pun ada ubatnya.. Daripada kita spend masa tidur lewat semata-mata main game ke, kan lebih baik kita spend time hanya untuk bersama-samaNya? Bukan apa, supaya kita mendapat cintaNya. Bukankah cintaNya merupakan cinta yang tertinggi??

Seperti dalam hadis ke 38 dalam Hadis 40 Imam Nawawi...

"Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. "

Maka, untuk mendapat jasad dan akal yang mantap, mestilah hati itu attach betul-betul kepada Allah supaya mendapat cintaNya. Alangkah indahnya jika setiap amal perbuatan itu Allah yang jaga. Allah pelihara diri kita daripada melihat benda-benda yang bukan-bukan, dan setiap langkah kita sentiasa selamat. Study pun senang, senang aje nak masuk...

So, paling penting dalam diri kita ialah hati. Hati yang menuju ke arah iman akan sentiasa senang ke arah kebaikan. Dan juga daripada hati yang bersih, akan menatijahkan akan akal yang baik, dan akal yang baik akan menatijahkan jasad yang terpelihara serta baik tingkah lakunya. Akan tetapi hati yang menuju ke arah hawa, maka akan terjadilah akal yang kurang baik, yang akhirnya menjadikan jasad itu berlaku zalim kepada dirinya dan juga orang lain. Untuk mendapat hati yang menuju ke arah iman, maka hati itu perlulah berpaut pada Allah dengan pautan yang sungguh-sungguh.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin mengajak anda semua melihat negara kita Malaysia. Makin berleluasa gejala-gejala yang tidak elok sekarang ini, dan kebanyakkan dijuarai oleh orang Melayu kita, yang rata-ratanya mengakui diri adalah seorang Muslim. Dengan kes-kes rogol semakin menjadi-jadi (ataupun mungkin sekarang cuba disembunyikan), dengan seks bebasnya makin berleluasa, anak-anak muda semakin hilang perasaan malunya, dan dengan mat rempitnya semakin berani hinggakan ada keupayaan untuk mencabar pihak berkuasa. Maka, kita cuba halusi di mana salah silapnya? Adakah kerana kita tidak cukup memberi anak muda kita sumber pembangunan jasmaniah? Adakah kerana pendidikan moral dan agama kita tidak mencukupi di sekolah-sekolah? Adakah kita memandang enteng akan soal pentingnya hati ini disuap dengan makanan-makanan untuk hati serta diubati hati-hati yang sedang sakit?

Sedarlah, semakin negara menyatakan yang ianya sedang membangun maju, semakin sakit hati-hati anak muda kita. Membangun dari segi apa, fizikal nya? Bangunan-bangunan tinggi nya? Kelab-kelab malamnya dengan anak-anak muda menjadi pengisi tetapnya?

Gelak hati kecilku.

Dan, adakah untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita buat karnival-karnival untuk mat-mat rempit ini supaya mereka ini dapat dikumpulkan dan diberi ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti agar tidak lagi buat kerja-kerja yang sia-sia? Adakah cukup untuk memberikan pendidikan seks kepada anak muda mudi kita? Dengan memberikan kondom-kondom percuma?

Gelak hati kecilku.

So, fikirkan lah.. Apa sebenarnya yang kita lagging dalam kehidupan sekarang ini?

Wallahu'alam

Sunday, November 19, 2006

Selamat Berjuang kepada Adikku Nur Diyana dan Para Pejuang SPM Yang Lain..

Kepada Nana.. dan juga seluruh pejuang SPM 2006...

Masanya telah tiba. Ayuh, jangan dirisaukan tentang onak-onak yang datang mengganggu diri tatkala persiapan sedang dilakukan. Sekarang, yang paling utama ialah gunakan persiapan dan bekalan yang telah dibuat sebaiknya. Perahkan segala kekuatanmu tatkala menjawab di medan peperangan nanti, apabila mata penamu bertemu dengan permukaan kertas yang bakal menatijahkan segala apa yang telah dipersiapkan.

Wahai pejuang sekalian. Ingatlah pesananku. Jangan dikau tewas sebelum perjuangan mu tamat. Kerana tujuanmu hanyalah satu; iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Maka, apapun yang terjadi, itu adalah terbaik buatmu.

Kusisipkan suatu ayat dari Kalamullah buat pedoman dan semangat adik-adikku, para pejuang SPM 2006...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. " (Al-Insyirah, 94: 5-8)

Serahkan segala-galanya padaNya. Usahamu, insya Allah akan diberkati dan dibantu oleh Allah. Teguhkan pergantunganmu padaNya.

Ingatlah janji Allah. Sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.......

Wednesday, November 15, 2006

Setelah Habis Exam...

Alhamdulillah.. habis juga exam final year ku. Tadi paper MCQ/SAQ. Takde la senang sangat.. tapi nak kata susah sangat tak juga...

Jom..! Setelah lama tak memblog.. Nak ajak kalian utk berkongsi hadis ini. Hayati sungguh2..

"Aku tidak merasa bimbang terhadap keadaan ummatku baik yang mukmin atau yang kafir, kerana yang mukmin akan dilindungi imannya dan yang kafir akan dihalang oleh kekufurannya. Yang aku bimbangkan terhadap kamu ialah munafik yang lidahnya alim, beliau memperkatakan apa yang kamu tahu dan melakukan apa yang kamu benci "(HR At Tabrani)

Kita reflek balik diri kita. Kadang2 tu kita tak sedar, yang kita tidak berbuat sesuatu yang kita perkatakan. Dan juga kita berbuat sesuatu yang Allah sendiri tak suka.

Tapi harapnya bukan kerana kita takut dilaknat, maka kita terus tidak mengajak manusia lain kepada amal makruf nahi mungkar. Jalan pintas sebegini tidak mendatangkan natijah kearah kebaikan.

Maka, dalam kita memelihara diri kita daripada melakukan dosa, kita harus juga cuba menyeru kepada orang lain yang tidak tahu ataupun yang sedang leka. Dalam pada itu juga, kita istiqamah dengan apa yang kita perbuat, dan pastikan kita tidak hanya pandai bermanis lidah tanpa menatijahkan apa yang diperkatakan. Nauzubillah...

Kita mampu buatnya. Sebab apa yang disediakan Allah untuk hambaNya, Allah sendiri tahu yang hambanya mampu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah, 2:286)

Berdoalah kepada Allah supaya diri ini tidak dibebani, dan juga diampuni. Dua konteks yang sangat penting. Kerana kita ni, kalau nak dibandingkan dengan alam semesta ni, siapalah sangat kita ni, kecil sekecil-kecilnya.

Insya Allah. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu atas kelemahan diri, walaupun hakikatnya kedua-duanya dari Allah SWT..

Tuesday, November 07, 2006

Untuk Mereka Yang Telah dan Akan Menduduki Exam...

Alhamdulillah. Dah lepas satu paper. RLE (Reasoning, Learning, Explaining aka Triple Jump) semester ni tidak lah sesusah semester yang lepas. Kes kali ini adalah uncontrolled diabetes and hypertension, with patient coming to the doctor with weaknesses in both hands (L>R) as the presenting complaint. Memang kepenatan selepas habis paper 5 jam ni.. Tengok la.. Buku2 nya pun dua beg, campur notes2 sem ni dan sem lepas.. Memang kena minta Ihsan urut belakang la lepas ni..

Bercakapkan exam, sekarang di Adelaide adalah musim exam. University Adelaide examnya minggu ni dan minggu depan, manakala UniSA (ditujukan kpd Ihsan) startnya minggu depan. Bukan di sini sahaja, bahkan di merata2 Australia in general, tgh exam final sekarang. Curtin Miri pun start dlm minggu depan juga...

Memang seronok tengok sahabat2 semua pulun utk exam. Kalau dikekalkan sepanjang masa, lebih baik. Lebih cantik. Indah.

Nak beri satu cerita kepada saudara2 sekalian. Rakan2 sekalian. Cerita ini telah diberitahu oleh seorang ilmuan ketika nak exam 1st year, 1st sem dulu. Masa tu takut2 juga, cuak dgn exam medic dulu.. Walaupun tak tahu sumbernya sahih atau tak, tapi apa yang saya nak anda semua ambil adalah pengajaran dari cerita ini..Sebahagian buku2 yg dibawa hari ni.. Sakit tulang belakang memikulnya!


Suatu ketika dahulu, Nabi Musa didatangi dengan sakit perut yang amat sangat. Maka diadukan kepada Allah, maka Allah memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke sebuah pokok dan mengunyah2 daunya. Maka pergi la Nabi Musa ke pokok yang diperintahkan itu, ambil daunnya lalu dikunyahnya daun itu, maka hilang lah sakit perut Nabi Musa. Beberapa ketika selepas itu, sakit perut itu datang kembali. Nabi Musa terus pergi ke pokok itu, diambilnya daun itu kemudian dikunyah2. Namun, sakit perutnya tidak hilang. Tidak tahan akan sakit perut itu, Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang hal itu. Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, "Dahulu ketika kau sakit, kau datang meminta kepadaKu dan aku sediakan jalan buatmu. Tapi kini, ketika kau sakit, kau terus ke pokok itu tanpa meminta pertolongan kepadaKu..".

Significant cerita ini. Kita reflect balik kpd kehidupan kita, especially diri kita sebagai student ini. Muhasabah, tengok kita study sungguh2 ni sebab kita nak pass exam, taknak fail ATAUPUN sebab kita tahu Allah suka kita study ni, Allah perintahkan kita study ini. Lain distinctionnya antara kedua2nya. Sebab yang kedua tu, Allah suka apa yang kita lakukan, dan kita still dpt pass exam dgn study kita itu. Kalau kita tak pass, kita tahu yang Allah uji kita ataupun ada benda yang kita still lacking, tapi still akan diberkatiNya.

Kalau kita study utk pass exam ataupun taknak fail, maka study kita kalau pass exam tu, itu ajelah yang kita dapat. Begitu juga dgn kalau tak fail, itu ajelah yang kita dapat. Berkat Nya tiada..

So, check balik niat kita.. Adakah kita dtg study sini sebab kita tahu Allah suka dan perintahkan kita study, ataupun sebab kita just nak pass exam dan boleh kerja dan jadi kaya. Jika ada tergelincir, maka perbetulkanlah niat kita. Betapa Allah sayang kita, pelihara kita dari sekolah rendah, lps tu pass lagi sek menengah, pre uni.. Sekarang kat uni dah.. Hargai betul2 dgn tunjukkan syukur kita kpd Allah..

Begitu juga kalau kita kalut dgn study, takut dgn exam. Rasa tak cukup aje dgn study...

Satu lagi cerita nak kongsi..

Ketika Maryam baru lps melahirkan Nabi Isa, beliau rasa sangat lapar, lalu Allah menyuruh Maryam untuk goncangkan pokok kurma disebelahnya. Maryam berkata yang dia sangat tidak larat ketika itu, masakan untuk menggoncang pokok kurma yang besar itu. Allah berfirman kembali yang maksudnya mahu Maryam hanya meletakkan tangan nya di pokok itu. Maryam letak tangannya dan buah2 kurma semuanya jatuh dari pokok tersebut.

Pengajaran kepada cerita itu, Allah nak kita berusaha juga dalam apa pun. Allah nak dalam apa yang berlakupun, ada asbabnya.

Dan dalam memberi kejayaan ataupun nikmat kepada hambaNya, Allah nakkan sesuatu yang boleh menjadi sebab kepada kejayaan tersebut. Bagaikan meletakkan tangan kat pokok, itu nak dijadikan asbab utk buah2 kurma itu jatuh. Sama juga dgn study kita. Dengan sebab kita study, jaga hubungan kita dgn Allah, dll.. boleh aje Allah jadikannya sebagai asbab utk kita boleh jawab dan success dlm exam. Tapi kena ikut sunnatullah nya la.. Kalau nak pass exam, kena study sungguh2, betul tak?

Kadang kala kita lupakan Allah dalam kehidupan kita. Kita lupa berkat Nya dlm menjalani kehidupan. Contohnya senang.. Tak sama orang yang duduk study 8 jam kat depan meja study, dengan hanya 'duduk2 bersama buku' dgn orang yang study 2 jam, tapi berkat.. Study semua masuk.. Sebab tu ada kita nampak orang yang dikatakan genius yang study sikit tapi dpt HD, 4 flat.. Nak kata genius tak juga... Itulah namanya berkat... Nak dapat berkat, kenalah cari redhaNya dulu...

So, 'Sinsingkan lengan baju.. Pancangkan asah' (Lagu Indonesia Memanggil dari Shouratul Harokah). Kita duduk study, dan jawab exam tu.. kita ikhlaskan hati dan niat kita hanya kepadaNya.. Insya Allah, Allah akan tlg.. Apa pun result yang kita dpt lps tu, anggaplah ia terbaik daripada Allah... Dan paling penting, study la sungguh2.. Sebab itu pun sunnatullah utk berjaya...

Insya Allah...

"Sesuatu yang mungkin berlaku tidak akan lebih baik dari apa yang telah berlaku"- Imam Ghazali..

Wednesday, November 01, 2006

Nasihat dari Makcik Faraheen @ Dr Noni..


Baru habis chat dgn makcik (lebih senang panggil Kak, sebab dari kecik dah panggil Kak kan.. hehe) Noni. Banyak juga pengisian yang telah diberikan...

aie144: ***** tu dah ada calon kan..
aie144: bile dia nak kawin pula..?
Ummu Itqan: *****?
Ummu Itqan: bila ek? Allahua'lam...
Ummu Itqan: tau nak bercinta jek
Ummu Itqan: tapi tak ada idea pasal nak bina keluarga
Ummu Itqan: sume dah terpengaruh ngan filem
aie144: hehe
aie144: kak tak nasihat dia ke
Ummu Itqan: dulu akak pun tak faham sangat pasal perkara ni
Ummu Itqan: tapi lelama tu jadi faham
Ummu Itqan: akak ambil keputusan kahwin ngan org yg akak kenal tak ampai 6 bulan
Ummu Itqan: tu le... bab nih kena tawakkal lebih
aie144: ooo..
Ummu Itqan: tapi tak ramai yg nak faham..
Ummu Itqan: sbb
Ummu Itqan: neraka dikelilingi dgn perkara yg seronok dan senang
Ummu Itqan: sedangkan jalan ke syurga.. mahar nya terlalu tinggi
aie144: hehehe...betul tu kak
Ummu Itqan: benda cam kawen nih
Ummu Itqan: atau apa2 jek la..
Ummu Itqan: bukan bergantung ngan result semata2.. cthnya dapat kawen ngan minah yg alim waro etc...
Ummu Itqan: tapi x jaga proses perkenalan pun x jadi jugak
Ummu Itqan: cuma apa yg ust hasrizal sebut dalam artikel dia pasal kawen2 nih la..
Ummu Itqan: banyak kebenarannya
Ummu Itqan: dulu akak pun termasuk dalam golongan yg ingat budak2 pompuan yg waro terlebih tu melemaskan.. heheh sbb jalan sampai langgo tiang etc
Ummu Itqan: pastu bila dapat kesedaran, kita plak jd cam dia...
aie144: hehehe
Ummu Itqan: tapi hakikatnya yg sebenar kena bersederhana... itu hikmah yg tak semua org ada...
aie144: masa bila tu kak dpt kesedaran tu
Ummu Itqan: alerr
Ummu Itqan: akak kan skolah agama dulu
Ummu Itqan: tapi akak ni biasa2 jekk
Ummu Itqan: tak ada la alim veveno
Ummu Itqan: hikmah tu dtg lepas akak kawen la... mostly
Ummu Itqan: kadang akak tgk akhawat yg terlalu pentingkan jamaah
Ummu Itqan: terlupa pulak bab asas2
Ummu Itqan: cam hubungan bakal suami dgn famili
Ummu Itqan: ketepatan masa
Ummu Itqan: solat di masjid
Ummu Itqan: kecermatan kerja
Ummu Itqan: kadang sume tu tak diambil peduli semata2 mamat tu ada fikrah
Ummu Itqan: yg sebaliknya pun berlaku
Ummu Itqan: tu yg ada akhawat yg kadang baju kusut masai sbb zuhud kononnya pun terpaksa ikhwah pilih
Ummu Itqan: semata2 nak jaga wanita tuh
Ummu Itqan: pada akak benda2 asas pun kena amik peduli
Ummu Itqan: sbb kalau tidak camana kita nak hidup ngan dia sampai mati?
Ummu Itqan: err faham ke?
Ummu Itqan:
aie144: faham2
aie144: betul la apa kak cakap tu..
Ummu Itqan: he
Ummu Itqan: lagi satu pesan ustaz hasrizal
Ummu Itqan: kita hidup utk memberi mmg betul sesangat
Ummu Itqan: cam tu gak dalam urus soal perkahwinan
Ummu Itqan: niat nak beri
Ummu Itqan: kalau kita expect nak dapat
Ummu Itqan: mmg patah hati jek la setiap hari
Ummu Itqan: tambah kalau sebelum kt kawen
Ummu Itqan: kita dah expect akhawat nih sure bagus gilerrr
Ummu Itqan: skali dah kawen walaupun dia tak teruk tapi biasa2 je
Ummu Itqan: qiyam kekadang...
Ummu Itqan: terlepas gak subuh... subuh dinasour...
Ummu Itqan: quran kadang baca kadang simpan
Ummu Itqan: mulalah kita nyesal.. alamak ntah2 kalau pinang B lebih baik isteri aku nih
Ummu Itqan: tapi niat kita apa?
Ummu Itqan: kawen utk beri bukan utk terima semata2.. kalau dapat.. itu satu bonus...
Ummu Itqan: n mcm ust hasrizal kata.. jika kita sedia beri
Ummu Itqan: pasangan akan automatik bagi balik kat kiter
Ummu Itqan: pastu lak... perkahwinan ni cam anak baru lahir..
Ummu Itqan: bukan terus pandai berlari
Ummu Itqan: kena belajar sama2...
Ummu Itqan: tegur, betulkan etc...
Ummu Itqan: tapi yg penting niat kawen kenapa.... kalau kerana Allah, insyaallah ok...
Ummu Itqan: tapi hidup ada pasang surut...
Ummu Itqan: kalau di atas, dipupuk dgn lebih kasih dan sayang
Ummu Itqan: tp kalau dibawah.. kena insaf dgn t'jaawab dan peranan
Ummu Itqan: hehe
Ummu Itqan: sume dalam artikel ust hasrizal
Ummu Itqan: kadang ada pasangan cepat tangkap ilmu.. kadang slow cam siput...
Ummu Itqan: so saling lah melengkapi
Ummu Itqan: dan paling utama... jujur... dan percaya pada pasangan... sebagaimana kita nak meraka jujur pada kita.
Ummu Itqan: kena sesama jaga la.. sbb itu kita ada islam.. iman dan ihsan..
Ummu Itqan: ma hua ihsan?
Ummu Itqan:
aie144: apabila buat ibadah, seolah2 kita melihat allah.. dan kalau kita tak rasa, allah melihat kita..
Ummu Itqan: ahsanta!
Ummu Itqan: al ihsanu an ta'budallah kaannaka taraka, fain lam tarahu, fa innahu yaraka
Ummu Itqan:
Ummu Itqan: oh ye... lagi satu
Ummu Itqan: zaman nak memilih ni apa doa kita pada Allah?
aie144: tak sure la kak
Ummu Itqan:
Ummu Itqan: ehem
Ummu Itqan: doa kita...
Ummu Itqan: supaya Allah beri yg terabik buat kita
Ummu Itqan: sbb kita manusia tak tau apa yg baik.. sbb ilmu kita sangat terhad....
Ummu Itqan: terabik=terbaik
Ummu Itqan: ayat al-baqarah: 286 kata apa?
aie144: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya
Ummu Itqan: yup...
Ummu Itqan: if it's beyond us, it is beyond us but Allah is Most Gracious. Most Merciful
aie144: betul kak..
Ummu Itqan: cam akak kata tadi.. end result Allah yg bg
Ummu Itqan: tapi usaha, proses, kita yg jaga...
Ummu Itqan: begin with end in mind... kata stephen covey... cam lelain gak, seek first to understand than to be understood...
Ummu Itqan: hidup kita ni a constant struggle..
Ummu Itqan: struggle to nurture our iman,
Ummu Itqan: to fight agaianst nafsu yg tak baik
Ummu Itqan: to fill our time properly
Ummu Itqan: to infaq our money
Ummu Itqan: nape nak struggle? to prove our surrender to Allah yg jadikan kita dan tak cukup tu, sustain kiter...
Ummu Itqan: ala, cam baba cthnya belikan aie kete... tak cukup tu bagi duit minyak parking servis kereta, basuh etc...
Ummu Itqan: itupun kita ah happy sangat kalau dapat nikmat cam tuh
Ummu Itqan: tapi ngan Allah fabiaayi aalai rabbikuma tukazziban?
Ummu Itqan: