Wednesday, December 06, 2006

Pesanan Buat Diriku..

Dah pkl 3.33AM. Dan aku masih tidak dapat melelapkan mata.

Barangkali pengalaman atauapun keputusan yang diterima siang tadi paling berat (ataupun antara terberat dalam hidupku).

Aku tahu, hatiku amat keras. Amat sukar sekali untuk mengalirkan air mata, meskipun dalam situasi sebegini. Ada sahabatku bertanya, adakah aku sedih sampai mengalirkan air mata. Tidak. Sukar sekali. Mungkin disebabkan dari didikan dari kecilku yang membuatkan ku tidak mudah untuk jadi pemurah dalam bab air mata ini. Dari kecil aku diajar untuk tidak menangis walau apapun musibah yang datang. Atau mungkin kerana lunak hatiku tiada lagi, kerana hatiku amat keras. Sangat keras.

Namun, masih ada yang sudi melemparkan sebutir permata kata-kata buatku agar aku lebih bersemangat dalam menempuh dugaan ini.

Buat diriku...

"Apabila Kau Melihat, Segalanya DariNYA, Yang Maha Mencipta,
Yang Menimpakan Ujian,
Yang Menjadikan Sakitnya Hati,
Yang Membuatkan Keinginan Terhalang,
Serta Menyusahkan Hidupmu...

Masakan ALLAH Sengaja Mentakdirkan Segalanya untuk Sesuatu yang Sia-sia,


Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu,
RETAKNYA Hatimu..

Itulah yang Dia Mahukan Kerana Dia Tahu Bahawa Hati Beginilah Selalunya Lebih Lunak dan Mudah untuk Dekat dan Akrab PadaNYA...


YA ALLAH hanya padaMU lah Aku Mengadu..
Hanya padaMU lah Aku Berserah... Semoga Hidupku Sentiasa Beroleh Rahmah... Dan Campakkanlah Kekuatan Iman di Hatiku..

Moga Kesudahanku..
HUSNUL KHOTIMAH..

AMIN"

Bukan jalanmu tertutup, cuma jalanmu dipayahkan olehNya..

Tabahlah wahai hati...