Saturday, May 26, 2007

Meniti masa....




Huhu.. exam dah dekat...

Tuesday, May 15, 2007

Izinkan Pertanyaan…

(Dari blog Ustaz Hasrizal)

berdiskusi.JPG

Generasi yang suka berfikir dan bertanya, jangan dibantutkan potensi mereka

“Ustaz, sahabat saya ni sudah hilang keyakinan kepada Islam. Ustaz boleh bantu?”, tanya salah seorang pelajar yang menyertai ceramah saya.

“Kenapa sampai jadi begitu?”, saya mahukan penjelasan.

”Kawan saya ni suka bertanya. Soalannya memang pelik-pelik. Tetapi apabila dia bertanya soalan begitu di dalam usrah, dia akan dicantas”, sambungnya.

”Cantas?”, saya kurang pasti.

”Ya. Dituduh sesat, dimarahi kerana cakap benda merepek-repek”, jawab pelajar itu melengkapkan penjelasannya kepada saya.

”Apa antara soalan yang ditanyanya?”, saya mahu menyambung perbincangan.

”Emm, antara soalannya ialah dia mahukan kepastian apakah ada kehidupan lain di galaksi lain? Maksudnya, mungkin di satu alam yang lain itu, ada Nabi Adam lain, ada Nabi Muhammad lain, ada Padang Mahsyar lain, dan ada Syurga dan Neraka lain”, ulas pelajar yang menjadi naqibah itu.

”Dia juga pernah mempersoalkan, buat apa buat baik kalau dah memang dalam Qadha’ dan Qadar Allah, kita ni ditakdirkan masuk Neraka”, sambungnya lagi.

Saya termenung.

”Hmm… menyekat soalan tidak menyelesaikan masalah. Membebaskan fikiran pun tidak mengurangkan masalah”, saya memberikan sedikit reaksi kepada pertanyaan pelajar itu.

Ada yang tergaru-garu.

BUDAYA MEMBUNUH PERTANYAAN

Saya sedar, budaya menyekat pertanyaan ini memang diamalkan di pelbagai peringkat. Ayah sekat anak bertanya, tok guru dan ustaz sekat anak murid bertanya, naqib sekat anak buah bertanya… budaya biasa dalam masyarakat kita.

Saya teringat satu lawak jenaka yang saya pernah dengar, dan saya rasa kisah itu tidak benar. Sekadar penyedap telinga. Ada seorang ustaz yang agak kurang mahir membaca kitab Jawi lama mengajar kepada anak muridnya.

”Haram makan batang keladi!”, katanya.

Tercengang habis anak murid yang menadah. Puas seumur hidup makan asam pedas batang keladi, tiba-tiba hari ini haram pula hukumnya?

”Betulkah ustaz, haram makan batang keladi? Saya dah biasa makan batang keladi ni”, salah seorang anak muridnya memberanikan diri bertanya.

”Barangsiapa yang banyak bertanya, maka lemahlah akan imannya….!”, balas ustaz tersebut.

Habis terdiam semua anak muridnya.

Walhal ustaz itu yang salah baca. Kitab tu menyebut ”haram makan binatang keldai!”, tetapi dibacanya sebagai ”haram makan batang keladi”.

Penyelamatnya, sekat dari bertanya.

Kisah itu mungkin sekadar rekaan, tetapi budayanya memang ada.

MISTERI NUSANTARA

Mungkin ini punca mengapa rata-rata pelajar kita sangat sukar memberikan reaksi apabila guru dan pensyarah menyoal di dalam kelas. Saya menganggapnya sebagai sebahagian daripada Misteri Nusantara. Faham ke, tak faham ke, saya pun tidak pasti kerana tidak ada maklum balas yang diberi.

Berbeza sekali dengan pengalaman saya semasa menjadi guru di Belfast Islamic School. Pantang bertanya soalan, berebut-rebut anak murid saya mahu menjawab. Termasuklah beberapa orang anak Malaysia yang lahir dan membesar di sana.

Bukan salah genetik, pastinya…

Tetapi cara kita dibesarkan. Saya sendiri kadang-kadang terasa hilang sabar apabila anak-anak terlalu banyak bertanya.

Oleh kerana saya sendiri sering kecewa dengan peserta ceramah saya yang malas menjawab, saya cuba untuk tidak jemu dan marah kepada anak-anak saya jika mereka bertanya. Layan pertanyaan, dan jika saya sudah terlalu penat, saya akan tanya balik soalan yang ditanya si anak kepada saya. Biar dia pula mengambil giliran menjawab.

Untuk marahkan anak-anak dari bertanya, jangan dibiasakan. Anak-anak itu akan hilang potensinya.

kelasklasik.jpg

BENARKAN PERTANYAAN

”Pada pandangan ustaz, antum sebagai naqib dan naqibah tidak wajar mengambil sikap mematikan soalan. Ruang bertanya bukakan seluas yang mungkin. Antum pelajar terpilih, pengumpul koleksi A sejak UPSR. Jangan pula saling membunuh fikiran dengan menyekat pertanyaan. Sampai ada yang hilang keyakinan terhadap Islam. Subhanallah… agama yang paling menggalakkan berfikir dan bertanya, hilang seri dan wajah sebenarnya”, saya menyambung komen saya kepada soalan pelajar itu tadi.

”Tetapi saya tidaklah pula setuju jika fikiran dibiarkan berfikir sebebas-bebasnya. Ia harus disesuaikan dengan keupayaannya diri untuk berfikir. Akal tidak mampu membekal segala jawapan kepada segala soalan”, saya berkongsi pandangan.

”Macam mana nak tentukan batas berfikir itu, ustaz?”, tanya pelajar tadi.

”Prinsip saya dalam hidup, buat apa pun biar jelas tujuan. Hidup berkesedaran itu bermaksud, apa sahaja yang dilakukan, ia dilakukan dalam keadaan sedar akan tujuan perkara itu dibuat”, saya mengulas.

”Jadi dalam masalah bertanya… ingat tak kepada doa Nabi SAW yang memohon perlindungan dari sejenis ilmu. Ilmu apa tu?”, saya menyoal pula.

”Ilmu hitam?”, jawab salah seorang pelajar. Kami semua ketawa.

”Ilmu hitam tu dah tolak awal-awal. Ilmu yang saya maksudkan ialah, ilmu yang tidak bermanfaat”, saya menjawab,

اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع ، ومن قلب لا يخشع ، ومن نفس لا تشبع ، ومن دعاء لا يسمع

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”


PERTANYAAN BERASASKAN TUJUAN

Saya cuba mengingatkan para peserta bahawa pertanyaan mestilah pertanyaan yang ada tujuan. Tujuan itu akan membimbing pertanyaan, agar kita tidak mencungkil ilmu yang menyusahkan tanpa sebarang manfaat.

Misalnya, jika pelajar berkenaan mahu tahu apakah ada kehidupan lain di alam lain? Jika persoalan itu mahu dibahaskan, memang ada jalannya. Malah boleh dikaitkan dengan pengetahuan Malaikat tentang perangai manusia, sebelum Adam dicipta. Bagaimana Malaikat tahu yang manusia ini sifatnya suka menumpahkan darah dan melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Adam belum dicipta.

ayat_khalifah.JPG

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2: 30)

Maka ada sahaja ilmuan yang mengandaikan bahawa telah ada satu generasi manusia yang ada Adamnya, ada Rasul-rasulnya dan sudah pun ada Mahsyar, dan sudah pun berlaku Kiamat ke atas mereka.

Namun, soal besarnya di sini, apakah manfaatnya hal ini dicari-cari? Apakah ia akan menambah kesungguhan kita beramal, dan adakah kejahilan kita terhadapnya akan menjadikan kehidupan kita hilang kualiti, kurang peranan dan sedikit pahala?

Nyata sekali TIDAK. Mengetahuinya tidak bermanfaat, jahil terhadapnya pun tidak memudaratkan.

Maka kebebasan akal untuk berfikir, mestilah bertitik tolak dari sebab yang jelas. Bukan fikir untuk fikir, tetapi fikir untuk mendapatkan sesuatu. Sesuatu itu adalah al-Haq, yang perlu dicari sebagai erti hidup di alam ini.

Sama juga dengan soalan yang berkaitan dengan Qadha’ dan Qadar. Pastikan dahulu, kita faham tujuan beriman dengannya dan tujuan kita mempelajari ilmu mengenainya.

Kita belajar tentang Qadha’ dan Qadar bukanlah untuk menyelidik cara Allah melakukan sesuatu. Di mana upaya kita untuk memahami kerja Allah sedangkan alam yang Allah ciptakan ini pun belum ketemu kesan sempadan hujungnya. Kita hamba dan Allah Tuhan dan Tuan kita.

Maka, Qadha’ dan Qadar dipelajari dengan tujuan membina keyakinan di dalam diri, bahawa apa sahaja yang berlaku di dalam hidup ini, sama ada ujian kesusahan atau pun kesenangan, semuanya ada dalam ilmu Allah. Maha Suci Allah dari sifat yang zalim, maka dengan Qadha’ dan Qadar itu, carilah hikmah kebaikan di sebalik SEMUA yang terjadi di dalam hidup ini.

Jika kita lupa akan tujuan ini, maka kita akan belajar dan menyiasat Qadha’ dan Qadar seperti kelakuan orang yang merenung matahari. Makin direnung makin kelam mata yang memerhati.

soalan_menyusahkan.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. (Al-Maidah 5: 101)

Kata kunci jawapan saya kepada soalan yang ditanya oleh pelajar tadi ialah, bebaskan diri untuk bertanya, tetapi pandulah kebebasan itu dengan meletakkan tujuan yang jelas.

Nabi SAW pernah mengingatkan sahabat dengan hadith ini:

عن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( ما نهيتكم عنه فاجتنبوه ، وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم ، فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم واختلافهم على انبيائهم ). رواه البخاري رقم : 7288 ، ومسلم رقم : 1337

Daripada Abu Hurairah Abd al-rahman bin Sakhr Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripada melakukannya, maka hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh keupayaanmu. Sesungguhnya golongan sebelum kamu telah menjadi binasa disebabkan oleh banyaklah permasalahan mereka, dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi (yang diutuskan) kepada mereka”

Hadith ini mengajar kita supaya tidak bertanya sesuka hati. Pertanyaan yang sekadar untuk memuaskan akal dan nafsu, tanpa bermaksudkan kebaikan dan kebenaran, hanya mengundang kebinasaan. Akibat ingatan ini, para sahabat menjadi agak berat untuk bersoal jawab ketika bersama Baginda S.A.W. Lantas datanglah Jibril dan membentangkan persoalan Iman, Islam, dan Ihsan, dengan tujuan untuk memberikan panduan kepada sahabat, bahawa bukan soal jawab yang dilarang, tetapi tanyalah soalan dengan TUJUAN yang jelas. Mencari kefahaman terhadap Iman kita kepada Allah, memahami dengan jelas erti Islam yang diberikan kepada kita, dan menyelami kualiti Ihsan yang diletakkan sebagai kemuncak Ibadah kita kepada-Nya.

Soal jawab, biar berasaskan TUJUAN.

gayevakfi.JPG

Setahun berhibernasi keluar dari alam Melayu, mengizinkan anjakan pemikiran saya berlaku. Terima kasih rakan-rakan di Gaye Vakfi, Istanbul

PENCERAHAN EROPAH BUKAN RIMBA FALSAFAH

Sebab itu, saya tidak gerun dan takut untuk mendekati perbahasan yang berbau falsafah oleh pemikir-pemikir era Pencerahan Eropah. Bagi saya, biar pun persoalan mereka itu kelihatan seperti agak ‘merewang’ tetapi jika kita faham motif persoalan-persoalan itu ditimbulkan, maka ia adalah kebebasan yang terpimpin. Kebebasan berfikir yang dipimpin oleh tujuan yang sangat tertentu.

Idea-idea yang mencetuskan pertembungan di antara Liberal dan Konservatif, memang rumit untuk difahami. Tetapi apabila kita faham, bahawa tujuan mereka adalah untuk mencari keseimbangan di antara hak peribadi dan identiti jama’ie, maka isunya boleh dipermudahkan. Ia jadi haru biru kerana reference point mereka iaitu agama, sudah dibinasakan oleh korupsi yang membunuh keyakinan mereka terhadap agama itu. Mereka tidak menolak Tuhan, tetapi mereka mempertikaikan Tuhan versi Kristian.

Maka perasaan berTuhan masih menguasai pengembaraan fikiran generasi itu. Lantas tidak hairan, pandangan-pandangan pemikir Pencerahan Eropah sangat berbau agama, bagi yang teliti membacanya. Mereka berfikir dan mengkaji kerana mahu mencari kembali Tuhan dan kebenaran. Bukan sengaja memuntahkan keserabutan tanpa tujuan.

SAYA DAN TULISAN FATHI ARIS OMAR

Apabila saya mengambil peduli malah mengajak kepada kepedulian terhadap tulisan-tulisan saudara Fathi Aris Omar, saya tidak bertindak demikian atas dorongan saya yang meminati bidang falsafah. Falsafah bukan minat saya.

Tetapi saya peduli terhadap apa yang diutarakan oleh beliau, kerana tujuan yang besar dan jelas. Apa yang diungkapkan oleh saudara Fathi Aris Omar adalah tentang cara berfikir kita yang tidak keruan, sehingga menjadi punca kepada gelaja “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”. Dakwah kita tidak berkesan, manifesto kita tidak meyakinkan, hujah bidasan kita kedengaran dangkal dan tidak menepati sasaran, semuanya kerana satu sebab yang rumit.

Ia rumit kerana ia bukan soal pakaian yang boleh disalin. Ia bukan soal rujukan yang boleh diganti. Ia bukan soal kelemahan sarung dan bungkusan. Masalah kita adalah masalah pemikiran. Cara berfikir yang merugikan.

Maka, mahu tidak mahu, usaha membetulkan cara berfikir, tetap akan membabitkan falsafah kerana falsafah memang bertujuan mengatur disiplin berfikir.

Tetapi saya tidak akan membiarkan tulisan saya mengheret pembaca ke satu daerah yang tidak jelas tujuan kembaranya.

Saya berfikir, berbincang, menulis dan berceramah selepas saya menetapkan tujuan yang jelas.

Saya mahu dakwah kita diperbaiki. Saya mahu perjuangan kita sampai ke destinasi. Saya mahu hujah kita relevan dan meyakinkan. Saya mahu seruan kita dipeduli dan diberi perhatian.

Jika kegagalan semua itu berpunca dari paradigma dan pemikiran, maka paradigma dan pemikiranlah yang akan mendominasi usaha saya.

Izinkan saya untuk terus menimbulkan pertanyaan. Pertanyaan yang jelas tujuan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Sunday, May 13, 2007

Fenomena Yang Best...!



Erm, korang tak rasa fenomena ni satu rahmat ke?

Ana rasa! Syukur masih dalam Islam dan Iman kepadaNya...

Tuesday, May 08, 2007

Iklan: Wahai Jiwa Yang Tenang.!

"Wahai jiwa yang tenang!" (Al-Fajr, 89 : 27)


Sedikit sebanyak hatiku terusik. Tatkala sedang membaca ayat ini.

Iya, jiwaku kebelakangan ini kurang tenang. Entah mengapa...

Kucuba mencari sebabnya...

Mungkin cintaku padaNya masih belum utuh.

Entah mengapa, banyak perkara yang cuba mengganggu emosiku, tatkala imanku naik dan turun. Study ku, rakan-rakan ku, junior-junior ku, family ku.. Sedikit sebanyak kurasa ada menyumbang kepada perasaan resah ini.

Tapi, fikir-fikir balik....

Hmm.. Aku sedar.. Cintaku kepadaNya masih belum total. Kadang kala mudah sahaja berbelah bahagi.

Allah.. Lemahnya diri hambaMu ini..

Teguhkan cintaku padaMu... Insya Allah.. Ameen...

p/s: terima kasih kepada sahabatku di Dublin kerana dapat mengajarku akan erti kehidupan.. Insya Allah, kuharap cinta Allah itu akan lebih ku kejar dan dambakan.. Kerana, cinta kepadaNya tidak akan pupus.. Beri cinta kepadaNya, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan hamba-hambaNya.. Dalam menempuh kehidupan yang bakal bertemu dengan mati.. Mati hanya sekali, tapi kehidupan masih panjang lagi.. Cuma adakah bermakna kehidupan sesudah mati jika tidak kerana amal semasa hidup.. Dan juga redhaNya..

Saturday, May 05, 2007

Bahagian 1: Cinta? Cinta Hakiki

Acap kali selepas mendengar ceramah Ustaz Salam, ana tertarik nakberkongsi la sedikit. Pasal cinta.. (chewaah.. minggu lepas tema tazkirah rumah Paradise adalah bertemakan tentang cinta.. gara2 ceramah Ustaz Salam juga)..

Yang paling nak stress kan di sini adalah cinta tu terbahagi kepada dua, iaitu cinta hakiki (mutlak) dan cinta terbatas.

Cerita pasal cinta terbatas la dulu. Cinta terbatas tu adalah cinta yang boleh (dan seharusnya) di 'limited' kan selagi cinta itu tidak membawa kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul. Kalau kita cinta sesuatu tetapi tak membawa kepada Allah dan Rasul, maka harus stop, dikawal. Contohnya, kalah kita cinta kan game komputer, main game bersungguh2, game menenangkan jiwa.. Kalau game tu membawa kepada Allah (adakah..?) maka bolehlah game tu dicintai. Sama juga kalau kita cinta kita kepada ibu bapa, still dalam kategori yang terbatas, kerana jika cinta kita kepada ibu bapa itu tidak mendekatkan kita lagi kepada Allah, so still limited la cinta tu. Tapi selalunya cinta kita kepada ibu bapa membawa kita lagi rapat dengan Allah kan..

Allah berfirman,

'Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
' (At-Taubah, 9: 24)

Betul tak? Sama juga cinta lelaki dan perempuan (suka la tu sampai bab ini..). Memang dah Allah jadikan perasaan sayang dan cinta antara lelaki dan perempuan ini sebagai lumrah kehidupan. Tapi Islam datang dengan membawa batas-batas kepada manusia. Sebab Allah tahu kekuatan dan kelemahan manusia, dan diletakkan batasan itu supaya manusia itu tidak rosak (ye la.. yang mencipta mesti tahu positive-negative apa yang diciptaNya). Sebab itu adanya perkahwinan itu, supaya manusia dapat menyalurkan ke channel yang sepatutnya. Kalau cinta kita kepada benda2 di dunia ini lebih daripada Allah dan RasulNya, maka tunggulah....

Erm, kalau nak faham lagi tentang cinta yang terbatas ini, kena dengar dulu la ceramah Ustaz Salam ni dulu.

OK, pergi pula kepada cinta hakiki. Cinta hakiki ini adalah cinta kepada Allah dan Rasulullah lebih dari segala-galanya. Seorang alim pernah berkata, "Cinta hakiki ini adalah seperti seekor burung; dua kepaknya adalah takut dan harap, dan diantaranya (badannya) adalah cinta. Maka kedua-dua ini menerbangkan kita kepada Allah".

So, untuk cinta itu, dia ada dua elemen yang datang bersamanya, iaitu harap dan takut. Seperti Saidina Umar pernah berkata, "Jika ada datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk syurga kecuali seorang yang akan masuk neraka', maka aku takut itu adalah aku. Dan jika datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk neraka kecuali seorang yang akan masuk syurga', maka aku mengharap itu adalah aku".

Di sini nampak konsep takut dan harap itu, untuk mendapat cinta kepada Allah. Yang cakap tu Saidina Umar (bukan calang-calang orang...!). Beliau sendiri cakap, kalau ada seorang yang tak masuk syurga, dia takut sangat kalau-kalau dia adalah orang yang tak masuk kedalam syurga tu. Dan kalau ada seorang yang tak masuk neraka, maka dia harap-harap sangat yang orang itu adalah dia.

So, konteks dalam kehidupan kita as a student? Nak dapat cinta Allah macam mana kan? Kena ada takut dan harap tu. Kalau untuk harap itu, kita buat lah benda-benda yang Allah suruh. Amar makruf. Dan jika nak takut, kita jauhi apa yang Allah larang. Nahi mungkar.

Kita tengok ye, berapa ramai orang Islam kat Malaysia solat. Tak semua solat cukup 5 waktu pun kekadang tu. Lepas tu kita, tengok, berapa ramai orang yang solat cukup pun, tapi still buat benda2 mungkar. Kan banyak statistik2 kat Malaysia yang mana jenayah2 dipelopori oleh orang Melayu, Islam. Tak masuk rasuah dan jenayah2 yang tak nampak jelas di depan mata.

Sebab apa jadi macam tu?

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (Al-Ankabuut, 29:45)

Allah dah janji dah yang solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Janji Allah tu, janji dari yang Haq.

Tapi sebab apa yek jadi macam tu?

Tengok la kualiti solat dia.

Berapa kerap kita berasa tenang dan khusyuk dalam solat kita? (ditujukan kepada diri sendiri juga.. huhuhu..) Macam mana pakaian kita nak jumpa Allah, bersih dari najis ke? Wuduk kita, cukup ke kena air ke bahagian-bahagian yang kadang-kadang terlepas tu, kat siku, buku lali. celah2 jari etc. Kalau wuduk tak sempurna, macam mana la solat nya nak sempurna. Betul tak?

So, nak ajak sebenarnya kita memperbaiki solat. Kekhusyukan solat kita. Kesempurnaan dalam menuju solat kita, dan dalam melaksanakan solat kita. Memang susah nak perfect, tapi sebagai permulaan kita cuba la untuk memperelokkan solat kita, lama2 kita akan semakin elok amalan solat kita. Lebih teliti dalam wuduk. Lebih tumpukan perhatian dalam solat...

Sebelum nak tutup sesi kali ini, nak kongsi satu kalam Allah ini. Kalau kalau lah kita ini rasa tak tenang...

"...Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (Ar- Ra'd, 13:28)

Ingat lah Allah selalu. Bukan nya dengan main game atau tidur dan lain-lain hati boleh tenang, rileks etc. Kalau berpendapat main game tu merilekskan fikiran, hehe.. Something wrong la tu.

Macam mana nak ingat Allah selalu?

Ingat tak kat sekolah-sekolah dulu kita diajar doa dan lain-lain. So, kalau nak ingat Allah selalu, doa2 harian tu dapat membantu la kita ingat Allah. Nak start apa2 pun doa, Bismillah. Agak skema la kan.. Tapi tu salah satu cara la supaya kita sentiasa nak ingat Allah.. Nanti kalau dah biasa, masa akan jadi kebiasaan untuk ingat Allah sepanjang masa...


So, jom! Cuba perbaiki solat, dan supaya didik jiwa sentiasa mengingati Allah. Insya Allah, kita harap agar Allah kekal kan kita dalam Islam dan Iman sehingga dipanggil pulang kepadaNya. Doa banyak2 supaya kita dikekalkan (tsabat) dalam jalan ini dan juga supaya istiqamah dalam memperbaiki diri.

Insya Allah, dan Wallahu'alam.