Tuesday, April 08, 2008

If I Could... (Kalaulah Aku Boleh..)

Pagi di TQEH.

Bedside tutorialku bersama dengan Consultant dan juga RMO sangat tidaklah memberangsangkan. Terutama ketika dengan Consultant. Sepatutnya kami perlu diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk melakukan PE bagi sistem haematological. Instead, A/Prof ****** berkata dia sedang sangat sibuk dengan tugasan sebagai visiting orthopaedic consultant, maka kami perlu mengikuti segala tunjuk ajar tentang orthopaedic (erm.. maksudnya tulang- sangat lah bosan).
Kemudian datanglah seorang pesakit yang hendak mengadu akan sakit yang dialaminya. Back pain, with hip pain as well pain in the gluteal muscle. Banyak lah pula. So, adalah salah seorang member tutorialku hendak menutup pintu bilik consultant itu, agar confidentiality pesakit dapat disimpan dengan baik-baik.

"What are you doing there?" tanya Consultant itu. "I just want to close the door," jawab sahabatku.
Ini adalah gambar yang diambil secara sembunyi-sembunyi. Huhu...

"Kneel and PUT YOUR HANDS ON THE FLOOR. Feel what it is like!". Seakan-akan kena denda pumping kat lantai la pulak. Huhu. Takut bukan main masa tu. "What do you feel?". "I don't know". "Can't you feel that it is d**n hot in here!". Huhu. Kena marah pulak.

Selepas itu sesi itu sangat lah tidak best. Kami berempat rasa sangat stress ketika itu. Consultant itu pula sangat tidak baik bahasanya dengan patient tersebut. "Yeah, you are to fat at this stage," adalah salah satu yang telah dihamburkan kepada patient yang bagaikan menerima apa sahaja yang consultant itu berikan.

Tiba-tiba, aku terfikir........

If I Could... Kalau lah aku boleh...

Boleh mengubah consultant itu supaya berubah menjadi lebih baik, lebih penyayang kepada patients dan juga kepada medical students, alangkah baiknya. Menjadi lebih prihatin terhadap segala yang ada.. Hatta hati-hati insan yang lain.

Tapi aku terfikir...

Bukan dia yang patutnya aku cuba untuk ubah. Tetapi diri aku dan juga rakan-rakan yang ada.

Kenapa?

Sebab dia dah jadi macam tu. Susah nak ubah dah. Tetapi aku yang masih student ini masih berpeluang untuk berubah supaya tak jadi macam dia.

Sama juga dengan kehidupan. Benda yang telah terjadi tidak perlu kita tangisi dan bersedih ke atasnya. Tetapi benda yang masih mampu kita ubah, maka perlulah diubah dengan tangan, mulut, dan setidak-tidaknya hati. Kerana merupakan sunnatullah untuk kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd, 13:11).

Kita tahu bahawa segala yang ada di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah SWT, baik yang telah, sedang mahupun yang akan terjadi. Qada' dan Qadar. Tapi hakikatnya Allah nak kita berusaha kerana itu memang menjadi Sunnatullah keatas semua yang terjadi di muka bumi ini. Tetapi natijahnya, sama ada benda yang kita nakkan berlaku itu terjadi atau tidak, itu adalah hak Allah SWT.

So, benda yang telah lepas tu, insya Allah kita redha lah, sebab itu yang terbaik buat diri kita. Namun kalau benda itu masih ada peluang untuk kita perbaiki dan ubah, maka perlulah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

So, insya Allah, jika masih ada sesuatu yang mampu kita ubah, maka kita ubah. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahukan. Namun, selalulah redha sekiranya natijah yang datang adalah tidak seperti apa yang kita mahu.

Sebab itu tiada kata kesal.. "If I could..." dalam Islam.

Insya Allah, diri ini akan berusaha sebaik-baiknya.

Friday, March 28, 2008

A Boy and An Apple Tree...



How are your parents today?

Give them a call, and tell them how much you care about them. Insya Allah, all the good deeds will be rewarded...

"Thy Lord hath decreed, that ye worship none save Him, and (that ye show) kindness to parents. If one of them or both of them attain old age with thee, say not "Fie" unto them nor repulse them, but speak unto them a gracious word. [Al Isra', 17:23]"

"
Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [Al-Isra', 17:23]"

Thursday, March 13, 2008

Persepsi Tentang Kemenangan BA dalam PRU12

Jarang sekali diriku berkatakan tentang politik, apatah lagi memberi komentar terhadap apa yang berlaku. Namun, gerak hatiku mengatakan aku mesti menghebahkan apa yang diriku rasa setelah tsunami politik melanda negara.

Rasanya semua orang rasa apa yang ku rasa. Memang hebat pilihan rakyat sampai hampir tidak tertidurku melihat keputusan pilihanraya yang amat hebat ini.

Namun demikian, diriku ingin mengajak kita semua berfikir sejenak.

Adakah dengan kemenangan ini membuktikan yang negara telah terselamat? Yang sebuah negara Islam akan tertegak?

Sebenarnya amat jauh lagi daripada apa yang kita inginkan.

DAP dan PKR merupakan pemenang sebenar dalam PRU12 ini, manakala PAS merupakan parti pembangkang yang ketiga rankingnya dalam barisan Alternatif ini. Walaupun mendapat Kedah (dengan bantuan PKR) dan mengekalkan Kelantan, namun pada hakikatnya PAS tidak berjaya untuk menguasai negeri-negeri lain iaitu Perak dan Selangor. Tidak terlupa kepada Pulau Pinang yang sepenuhnya dikuasai oleh DAP (dan PKR). Sampaikan sekarang, apabila Sultan Perak memilih wakil PAS sebagai MB, Lim Kit Siang dengan sombongnya memboikot keputusan itu kerana pada mereka, merekalah yang menjadi jaguh dalam DUN Perak, maka selayaknya mereka (atau wakil PKR sebab kerjasama DAP dan PKR) yang menjadi MB.

"As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow."

Di peringkat Parlimen, PKR memenangi jumlah kerusi yang terbanyak iaitu sebanyak 31 berbanding PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi. Maka, masih jauh lagi dari matlamat negara Islam tersebut (melainkan sekiranya istilah negara Islam anda adalah negara Islam Hadhari Pak Lah. Hehe) .

Satu lagi, adakah PAS mampu untuk melaksanakan hukum dan negara Islam?



Kalau dilihatkan daripada analisa dari penganalisis politik ini, maka kesimpulannya rakyat masih berlum bersedia menerima pembaharuan kepada kehidupan mereka. Jika dilaksanakan undang-undang Islam, maka ini akan membangkitkan penentangan seterusnya akan meletakkan PAS dalam keadaan yang sangat berbahaya utk PRU13 yang akan datang.

Kenapa?

Kerana rakyat tidak faham dan belum bersedia.

Oleh sebab itu, sekiranya ditanya kepada ku. Aku akan menjawab sekarang bukan fasa untuk memerintah lagi, tetapi masih dalam fasa membina individu-individu Muslim. Kerana tanpa pembinaan yang mantap, maka individu-individu ini tidak akan mampu untuk membawa keluarga Islam yang penting untuk sesebuah masyarakat Islam, yang mana akan mentadbir sebuah negara Islam sekiranya Allah mengurniakan kepada mereka. Maka sekiranya kita melangkah daripada fasa-fasa pembentukan ini, maka tidak akan sempurna matlamat yang ingin dicapai.

Pernah Hassan Al-Banna berkata dalam Ucapan Dasar Muktamar Kelima IM, "Jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah."

Maka saya menyeru supaya kita tidak melupakan tentang kepentingan pembinaan diri individu Muslim walaupun mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang lalu. Kepada MP dan ADUN2 yang mewakili rakyat, jadikan kemenangan anda sebagai qudwah kepada rakyat supaya rakyat dapat bersama-sama dengan kita dalam pembinaan ini, dan supaya dibukakan jalan dengan lebih mudah untuk masyarakat ditarbiyah.

Insya Allah, segalanya datang dari Allah SWT dan ada hikmah disebaliknya.

Monday, February 25, 2008

Ujian Adalah Tapisan Kepada Daie

Assalammualaikum warahmatullah

Banyak sebenarnya ujian yang hadir dalam diri kita. Kesibukan dengan pelajaran, dakwah kita, duit yang acap kali tidak mencukupi, beban kerja-kerja teknikaliti, dan banyak lagi menyebabkan kadang kala kita asyik keluh kesah yang tidak menentu. Ini tidak ditambah lagi dengan cabaran berhubung dengan keluarga, kawan-kawan, mahupun lawan yang memang tak dapat dipisahkan dari diri. Sehingga kadang kala diri rasa mahu cepat mengalah dan pergi menyembunyikan diri, dan lari sejauh-jauhnya daripada permasalahan yang mendatang.

Tapi selalunya kita lupa bahawa ujian itu sebenarnya adalah satu tarbiyah daripada Allah SWT.

Allah berikan ujian kepada diri kita untuk mengingatkan kembali HAMBA-HAMBANYA (sengaja highlight yg ini, sebab kita selalu lupa status kita pada yang Esa) kepada Allah kembali setelah lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifahNya. Dan juga ujian yang datang adalah sebagai satu tapisan yang Allah buat kepada HAMBA-HAMBANYA untuk membezakan antara yang bersungguh-sungguh mencari redhaNya dan yang hanya sekadar indah di mata.

Kalau kita singkap kembali kisah Talut dan Jalut (Al-Baqarah, 2:246-252) tentang bagaimana berlakunya tapisan-tapisan dalam Allah memenangkan Talut, maka memang menjadi lumrah untuk manusia ditapis oleh Allah SWT, dan lagi-lagi untuk para daie. Kerana tapisan yang dibuat ini membolehkan kualiti yang terbaik diperoleh, kerana kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Kualiti yang baik, walaupun sedikit, namun tetap utuh. Contoh yang lain adalah seperti di medan Badr, di mana tentera Islam jauh lebih sedikit dari tentera Musyrikin Mekah.

Analogi kepada ujian dalam diri daie ini adalah seperti dua tasik; di mana satu tasik itu adalah jernih manakala satu lagi tasik adalah kotor dan berkeladak. Lama-kelamaan keladak dan kekotoran itu akan termendap ke dasar tasik, dan akan kelihatan jernih daripada pandangan atas. Maka kedua-dua tasik ini kelihatan sama pada pandangan mata ini. Untuk membezakannya, maka kita baling batu kedua-dua tasik itu. Yang asalnya berkeladak itu akan berkeladak semula, dan yang jernih tetap akan jernih. Sama juga dengan manusia, di mana ujian itu adalah batu yang dibaling ke dalam tasik tersebut.

Harapnya ujian yang mendatang kita dapat sama-sama harungi dengan sabar dan redha. Insya Allah kita sama-sama berdoa supaya Allah terus menetapkan kita di jalanNya, dan kita tetap dalam iman apabila diri dipanggil pulang menghadapnya.