Saturday, October 28, 2006

Salam Aidilfitri dari Paradise...

Assalammualaikum.. salam aidilfitri.. Maaf kalau ada salah dan silap selama mana saya hidup di muka bumi ini.. Moga-moga Allah merahmati Ramadhan saya dan anda... Insya Allah..

Friday, October 13, 2006

Selamat Hari Lahir Muslim...

Buat rakan seperjuangan ku @ room mate ku.. Selamat hari lahir ke 22! Semalam buat makan2 sikit..hehehe...


Monday, October 09, 2006

Bila Separuh Ramadhan Telah Berlalu...

Nak kata busy, busy sangat sekarang ni. Journal MPPD, portfolio Clinical Skills.. Semua kena hantar esok. Dah la ada Resource esok.. baru baca separuh. Kena melawat mayat-mayat lagi esok.. Sekarang kes diabetes type 2 (NIDDM type 2) + diabetic nephropathy. Best sangat kes ni.. Ntah, sebab minat kes2 yang ada kaitan dgn kidney+ diabetes..

Erm, tujuan menulis ni.. Sebab saja nak kongsi pengalaman. Pengalaman bangun malam. Kadang-kala tu hati memang nak bangun sangat untuk mengadap dan sujud kepada Allah di kala kesunyian malam tu. Sungguh-sungguh la kita nak bangun malam. Pasang jam dua tiga, ditambah lagi dengan handphone di set alarm.. Tapi ada tak kadang kala kita tak dapat nak bangun malam, walaupun banyak sangat preparation kita nak buat? Sama juga dengan sahur.. Kadang kala tu dah tidur awal, kunci jam dll.. tapi still tak terjaga..

Nak kongsi satu ayat ni. Terima kasih kepada saudara Mahfuz sbb sudi berkongsi.

"23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya Aku akan mengerjakan Ini besok pagi, 24. Kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan Katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini". (Al-Kahfi, 18: 23-24)

Ayat di atas ini sebenarnya mengisahkan tentang Rasulullah diminta untuk menceritakan tentang kisah pemuda Ashabul Kahfi dan Iskandar Zulkarnain, dan Rasulullah meminta pemuda-pemuda yang bertanyakan itu datang esok pagi nya tanpa mengatakan Insya Allah (ertinya jika Allah menghendaki). Maka, esoknya wahyu Allah tentang kisah-kisah tersebut tidak hadir. Kemudian Allah turunkan ayat ini untuk mengingatkan Nabi supaya mengingatkan Nabi untuk mengucapkan Insya Allah dalam setiap pekerjaan yang mahu dilakukan.

So, refleks balik tentang ayat ini kepada diri kita. Kita kadang kala set jam/alarm clock/tidur awal dengan harapan yang jam itu akan mengejutkan kita. Sepatutnya kita patut sedar yang Allah lah yang mengizinkan kita sama ada untuk bangun malam atau tak.. Dan juga semua pekerjaan yang kita nak lakukan. Allah lah yang berkuasa menentukan natijah kehidupan kita.. Cuma kita berusaha untuk bangun dengan pasang jam loceng, bangun awal dll. Sebab itu pun Sunnatullah nya. Maka, harapnya kita lebih berhati-hati dalam melakukan pekerjaan; dan mengelakkan sebarang bentuk syirik (menyekutukan Allah) walaupun dalam bentuk terkecil pun.. Bukan jam yang mengejutkan kita, tetapi Allah yang mengejutkan kita. Tapi jam loceng itu hanyalah sebagai satu medium yang kita gunakan untuk mencapai natijah itu. Perumpamaan jam loceng dengan bangun tu adalah macam hadis tentang orang yang ada unta yang meninggalkan unta dan bertawakal tanpa mengikat dahulu.. Dan Rasulullah tegur supaya mengikat dahulu untanya barulah bertawakal. Significant kan?

Tips untuk bangun malam, baca lah doa supaya Allah permudahkan kita untuk bangun malam.. Dan ucapkanlah 'Insya Allah' sebelum kita tidur tu.. Insya Allah, Allah akan permudahkan...


P/S: Pencarian rezeki kecil-kecilan sudah bermula. Harapnya kalian berikan sokongan.

Thursday, October 05, 2006

Salahkah Aku Mencintaimu...?

tak tahu lah macammana nak tulis
tapi kenapa zaman sekarang ni
susah orang nak faham
that a simple 'no'
doesnt mean
u hate him..
a simple 'no'
doesnt mean
ur avoiding him..
it's simply mean
i did it for the sake of
LOVE
not for u my dear
it's for ALlah..
going out together
is NOT a cool thing to do..
chatting..
nah..
minum sama2?
nah..
NOT cool..
ape yang kita dapat dengan keluar bersama?
berborak? <-- bodohnya! berjumpa?<-- like we havent seen for years.. berbincang? <-- duh! apa yang kita dapat dengan bergayut?
again..
berborak
tanya khabar
borak kosong
so STUPID!
apa yang kita dapat dalam satu hubungan jangka panjang?
EXTRA BAGGAGE
= DOSA BERGUNUNG!
i tot wat i want
from a relationship
is deeper love
towards HIM
to have family
who LOVE HIM
to have children
....
everything is for HIM
if ur LOVE
doesnt bring me
there..
please STEP ASIDE!
------------------------------
JAUHI LAH HUBUNGAN YANG TAK BERPENGHUJUNG!
PESANAN INI DITAJA OLEH DIRI SENDIRI
..UNTUK DIRI SENDIRI..


(dari ihsan saudara Ahmad Hasrulnizam @ Ahas)