Monday, November 12, 2007

Mesej Pertanyaan dari Anonymous di Friendster

Assalammualaikum..

Pagi tadi, ada satu mesej diterima di dalam Friendster. Orang nya tidaklah dikenali, tapi dia macam mengenali ana sangat. BTW, dia bertanyakan satu soalan kepada ana, dan ana menjawab soalan itu. Just nak berkongsi dengan semua tentang pengalaman ini. Jika ada yang boleh ditambah, itu adalah lebih baik supaya ilmu itu dapat dikongsi bersama. Wallahu'alam.


***** wrote: awk blh sy tnya.. pada pandangan awk la salahkah klu sy bergambar dgn artist perempuan sprt yang sy lakukan itu.. yang ingin tahu.. harap dapat terangkan serba sedikit. terima kasih..

Jawapan ana:

waalaikumussalam warahmatullah...

em, saya bukan lah seorang ustaz ataupun orang yang alim yang memang dijuruskan pengajian sy dalam bidang pengajian ilmu syariah (undang2 Islam), tapi saya akan cuba jawab.

untuk menjawab soalan tersebut, saya ingin memberikan sebuah analogi kepada saudara. seorang guru memegang sebatang pen pada tangan kirinya dan sebiji epal di tangan kanannya. di lalu meminta kepada anak2 muridnya apabila diangkat tangan kiri yang ada pen, murid menyebut 'pen' dan juga sama dengan epal di tangan kanannya. guru membuat berkali2 dan murid2nya dapat mengikutnya. sekarang guru itu meminta apabila diangkat tangan kiri yang dipegangnya pen itu, murid2nya menyebut 'epal' (instead of pen) dan sebaliknya. pada awalnya agak kekok murid2nya membiasakan keadaan itu, namun lama kelamaan murid2nya dpt mengikutinya.

apa yg nk disampaikan disini ialah rasanya kita sendiri tahu yang benda yang saudara tahu itu memanglah salah, dan tidak dapat dinafikan. cuma sy tidak menyalahkan saudara 100%, kerana masyarakat kita telah dibiasakan dengan keadaan yang salah dilihat betul, n vice versa. setiap amal dimulakan dengan niat, tetapi niat yang baik tidak menghalalkan cara untuk mencapainya.

Kalau nak bukti dari Quran, insya Allah kita boleh check surah An Nur (surah ke 24), ayat 30-31.

'Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.'
Untuk nak memahami lagi bagaimana hubungan antara lelaki dan perempuan ini, ada satu ceramah la kirenya yang best untuk didengar. Ceramah Ustaz Salam masa dia kat Melbourne 2004 dulu. Ini link nya. http://aie144.imeem.com/playlist/gvZCrtQs/remaja_dan_cinta_music_playlist/



Insya Allah, harap boleh diterima jawapan yang telah saya berikan. Seperti saya katakan tadi, saya bukanlah orang yg terbaik untuk menjawab soalan saudara kerana saya hanyalah seorang pelajar perubatan, tetapi insya Allah saya mahu menjadi seorang Muslim yang ingin menjaga imannya, terutama bila berada di luar negara ini.Terima kasih kepada saudata yang bertanya. Moga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.

" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan(dengan mematuhi segala hukum-hukumnya), dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata " (Al-Baqarah, 2: 208)

Monday, October 29, 2007

Exam dah dekat...

Exam dah dekat....

Bercakapkan exam, sekarang di Adelaide adalah musim exam. University Adelaide examnya start minggu depan, manakala UniSA (ditujukan kpd Ihsan serta warga UniSA yang lain, pharmacy, engineering etc) startnya minggu selepas itu. Bukan di sini sahaja, bahkan di merata2 Australia in general, tgh exam final sekarang.

Memang seronok tengok sahabat
2 semua pulun utk exam. Kalau dikekalkan sepanjang masa, lebih baik. Lebih cantik. Indah.

Nak beri satu cerita kepada saudara2 sekalian. Rakan2 sekalian. Cerita ini telah diberitahu oleh seorang ilmuan ketika nak exam 1st year, 1st sem dulu. Masa tu takut2 juga, cuak dgn exam medic dulu.. Walaupun tak tahu sumbernya sahih atau tak, tapi apa yang saya nak anda semua ambil adalah pengajaran dari cerita ini..

Suatu ketika dahulu, Nabi Musa didatangi dengan sakit perut yang amat sangat. Maka diadukan kepada Allah, maka Allah memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke sebuah pokok dan mengunyah2 daunya. Maka pergi la Nabi Musa ke pokok yang diperintahkan itu, ambil daunnya lalu dikunyahnya daun itu, maka hilang lah sakit perut Nabi Musa. Beberapa ketika selepas itu, sakit perut itu datang kembali. Nabi Musa terus pergi ke pokok itu, diambilnya daun itu kemudian dikunyah2. Namun, sakit perutnya tidak hilang. Tidak tahan akan sakit perut itu, Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang hal itu. Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, "Dahulu ketika kau sakit, kau datang meminta kepadaKu dan aku sediakan jalan buatmu. Tapi kini, ketika kau sakit, kau terus ke pokok itu tanpa meminta pertolongan kepadaKu..".

Significant cerita ini. Kita reflect balik kpd kehidupan kita, especially diri kita sebagai student ini. Muhasabah, tengok kita study sungguh2 ni sebab kita nak pass exam, taknak fail ATAUPUN sebab kita tahu Allah suka kita study ni, Allah perintahkan kita study ini. Lain distinctionnya antara kedua2nya. Sebab yang kedua tu, Allah suka apa yang kita lakukan, dan kita still dpt pass exam dgn study kita itu. Kalau kita tak pass, kita tahu yang Allah uji kita ataupun ada benda yang kita still lacking, tapi still akan diberkatiNya.

Kalau kita study utk pass exam ataupun taknak fail, maka study kita kalau pass exam tu, itu ajelah yang kita dapat. Begitu juga dgn kalau tak fail, itu ajelah yang kita dapat. Berkat Nya tiada..

So, check balik niat kita.. Adakah kita dtg study sini sebab kita tahu Allah suka dan perintahkan kita study, ataupun sebab kita just nak pass exam dan boleh kerja dan jadi kaya. Jika ada
tergelincir, maka perbetulkanlah niat kita. Betapa Allah sayang kita, pelihara kita dari sekolah rendah, lps tu pass lagi sek menengah, pre uni.. Sekarang kat uni dah.. Hargai betul2 dgn tunjukkan syukur kita kpd Allah..

Begitu juga kalau kita kalut dgn study, takut dgn exam. Rasa tak cukup aje dgn study...

Satu lagi cerita nak kongsi..

Ketika Maryam baru lps melahirkan Nabi Isa, beliau rasa sangat lapar, lalu Allah menyuruh Maryam untuk goncangkan pokok kurma disebelahnya. Maryam berkata yang dia sangat tidak larat ketika itu, masakan
untuk menggoncang pokok kurma yang besar itu. Allah berfirman kembali yang maksudnya mahu Maryam hanya meletakkan tangan nya di pokok itu. Maryam letak tangannya dan buah2 kurma semuanya jatuh dari pokok tersebut.

Pengajaran kepada cerita itu, Allah nak kita berusaha juga dalam apa pun. Allah nak dalam apa yang berlakupun, ada asbabnya.

Dan dalam memberi kejayaan ataupun nikmat kepada hambaNya, Allah nakkan sesuatu yang boleh menjadi sebab kepada kejayaan tersebut. Bagaikan meletakkan tangan kat pokok, itu nak dijadikan asbab utk buah2 kurma itu jatuh. Sama juga dgn study kita. Dengan sebab kita study, jaga hubungan kita dgn Allah, dll.. boleh aje Allah jadikannya sebagai asbab utk kita boleh jawab dan success dlm exam. Tapi kena ikut sunnatullah nya la.. Kalau nak pass exam, kena study sungguh2, betul tak?

Kadang kala kita lupakan Allah dalam kehidupan kita. Kita lupa berkat Nya dlm menjalani kehidupan. Contohnya senang.. Tak sama orang yang duduk study 8 jam kat depan meja study, dengan hanya 'duduk2 bersama buku' dgn orang yang study 2 jam, tapi berkat.. Study semua masuk.. Sebab tu ada kita nampak orang yang dikatakan genius yang study sikit tapi dpt HD, 4 flat.. Nak kata genius tak juga... Itulah namanya berkat... Nak dapat berkat, kenalah cari redhaNya dulu...

So, 'Sinsingkan lengan baju.. Pancangkan asah' (Lagu Indonesia Memanggil dari Shouratul Harokah). Kita duduk study, dan jawab exam tu.. kita ikhlaskan hati dan niat kita hanya kepadaNya.. Insya Allah, Allah akan tlg.. Apa pun result yang kita dpt lps tu, anggaplah ia t
erbaik daripada Allah... Dan paling penting, study la sungguh2.. Sebab itu pun sunnatullah utk berjaya...

Insya Allah...

"Sesuatu yang mungkin berlaku tidak akan lebih baik dari apa yang telah berlaku"- Imam Ghazali..

Thursday, September 27, 2007

Kenangan Melbourne 2007...

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Nisa’: 165)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat:10)

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff:4)


Risalah ini.. Kita tanggung bersama...

Sunday, September 16, 2007

Cuti dah bermula!

Terima kasih Ya Allah..

Cuti Spring sudah bermula. Walaupun tak seperti cuti yang sangat merelaxkan seperti sesetengah orang, namun insya Allah akan digunakan sebaik-baiknya.

Kelmarin, ada solat tarawih beramai2 di Kent Town. Sangat meriah sambutannya! Ramai sangat yang datang ketika itu. Walaupun dalam kemeriahan itu, hanya seorang dari 5 orang-orang yang ku sayangi tidak dapat hadir, aku rasa sangat gembira. Mungkin salah aku.

Semalam MISSA menganjurkan Iftar Jamaie dengan kerjasama UMNO-Petsa. Seronok sebenarnya. Walaupun diri dalam position yang menganjurkan, tapi rasa best dapat berjumpa sahabat2 dan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Makan sama2, tarawih sama2.. Indah sangat sebenarnya..

















Hari ni projek mengemas rumah (insya Allah kalau takde halangan) dan juga study. Sebab hari hari yang mendatang banyak perancangan yang telah dirancang. Harap2nya Allah memberi kekuatan menempuhi di kala Ramadhan ini. Dan juga jauhkan diri daripada perkara2 yang tak berfaedah di kala Ramadhan ini.

Jom sama2 kita berusaha supaya amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT. Moga2 kita ditempatkan oleh Allah di kalangan hamba2Nya yang diredhaiNya.

Insya Allah

Tuesday, September 04, 2007

Menanti Datangnya Kekasih Hati yang Ditunggu-tunggu

Lama sudah menunggu. Puas sudah merindu. Sekian lama ditinggalkan, tiba-tiba diingatkan. “eh, tak lama lagi kekasihku datang”. Gembiranya hati tak terkira. Kenangan lalu dan sebelum-sebelum ini menggamit hati untuk kembali mengecap nikmat bersama. Mana mungkin terlupa, saat mula-mula berkenalan. Malu-malu, sedikit demi sedikit mengenali dan memahami erti bersama. Menghayati setiap detik bersama dari mula sehingga tamatnya setiap pertemuan.

Sayangnya, selalunya setiap kali bertemu pasti tidak lama. Baru hendak merasa belai kasih sayang dan rahmat bersamanya, pasti dia akan mula bergerak menjauhi dan akhirnya meninggalkan. Mana mungkin terlupa saat berpisah tahun lepas. Menitis air mata mengenang perpisahan yang menjengah. Aduh. Syahdunya.

Tapi kali ini kekasih ini datang lagi. Maka kali ini aku harus bersedia secukupnya. Untuk bersama dan menghayati setiap detik bersama. Sukar rasanya untuk melepaskannya pergi kali ini.

Tarikhnya pasti akan kutunggu. Dia akan datang…

Namanya Ramadhan..

Bukan mana-mana jejaka tampan atau gadis rupawan..tetapi sebuah bulan yang indah.. yang datang dengan terbukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka…yang menyeru aku kekasihnya agar bersiap sedia dan menyingkirkan keburukan yang dicemburuinya.

Sebagaimana sabda baginda

“Ketika datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dan diikat syaitan. Ada yang menyeru, wahai pencari kebaikan bersiap-siaplah, wahai pencari keburukan menyingkirlah.” (Hadith riwayat Al Khamsah kecuali Abu Daud)

Dialah bulan yang sekiranya aku menyambutnya dengan iman dan harapan kepada Allah akan diampunkan dosaku..

Persis apa yang disuratkan kekasihNya.

“Barangsiapa puasa bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadith Ahmad dan Ashabussunan).

Benarlah kasihnya tiada ganti..

Seperti apa yang dilafaz Khatimul Anbiya’

“barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan ramadhan, tanpa ada rukhsah, tidak dapat digantikan dengan puasa satu tahun.” (Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan At Tirmizi).

Kekasihku sudah makin tiba, aku mahu bersedia menyambutnya. Kamu bagaimana pula?

(dari laman web MISSA)

Sunday, September 02, 2007

Sambutan Kemerdekaan ke 50 di Kent Town + Paradise

Sambutan Kemerdekaan ke 50 Malaysia telah diadakan di Kent Town dan Paradise dengan hebatnya. Jamuan nasi ayam kami yang best telah diberikan kepada para tetamu.
Gambar-gambar para peserta perarakan kemerdekaan (haha) sebelum dan selepas makan dan pengisian.

Bukan kerana tidak memekik lolong seperti orang kebanyakan menandakan kami tidak patriotik. Malah dalam Islam tidak pernah dikatakan patriotisme adalah salah.

Nabi Muhammad pun ada sifat patriotisme. Seperti ketika hijrah di mana baginda memandang Mekah dengan sayu... berazam mahu kembali semula ke sana satu hari nanti. Juga kisah yang termaktub dalam Surah Al-Baqarah di mana Allah merakamkan perasaan Nabi yang ketika itu sangat mengharap akan kiblat yang ketika itu di Baitul Muqaddis di Palestin ke Baitullah di Mekah. Walaupun Nabi tidak pernah berdoa, tetapi Nabi memandang ke langit selalu.. Dan sudah tentulah Allah amat memahami hati kekasihNya yang merindukan supaya kiblat ditukarkan kembali ke Baitullah.

Maka, bukanlah Islam tidak membenarkan langsung perkara ini. Cuma seharusnya umatnya meletakkan Islam lebih tinggi dari segala perkara yang lain, termasuklah kecintaan kepada bangsa dan negara. Sebab Islam itu adalah deen yang tertinggi, yang terpenting yang sepatutnya disemaikan dalam diri setiap individu yang mengaku mereka seorang Muslim dan Muslimah.

Sebagai contoh, dalam nak menyambut kemerdekaan, kena ikut caranya la. Kalaulah sambutan itu menyalahi apa yang Islam telah gariskan, maka haruslah dijauhi. Yang halal tetap jelas, yang haram tetap jelas.


Sebab itu hendak kami stresskan. Bukan sebab kami tidak pergi ke menyambut kemerdekaan bersama anda yang lain sebab kami tidak patriotik. Malah kami berani mengatakan yang kami lebih patriotik daripada kamu. Sebab kerana kami ada matlamat yang jauh lagi besar untuk negara kami Malaysia. Kami mahu memperbaiki negara kami dari segala kemunduran yang anda boleh baca dari post saya yang sebelumnya.

Sebab kami sayangkan sangat negara kami, mungkin lebih lagi dari kamu.

Merdeka!!

Thursday, August 30, 2007

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 50

Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini genap menjadi angka 50. Maka mungkin ada sebilangan dari rakyatnya yang merasakan angka ini merupakan angka yang 'bertuah' dan juga merasakan pencapaian negara sudah mencapai kepada tahap yang membanggakan.

Di hati kecil ini tertanya-tanya juga apa pencapaian yang mereka bangga-banggakan serta warwarkan di kaca2 televisyen serta seluruh media yang mereka mampu capai itu?

Dewasa ini kemajuan yang mungkin kebanyakan mereka maksudkan adalah kemerdekaan yang bersifat lahiriah. Dari segi pembangunan.

Cuma dari kacamata yang mana anda gunakan untuk menilai aspek lahiriah itu? Pembangunan apa yang anda maksudkan?

Dari segi materialistiknya, achievement nya atau dari segi spiritualnya?

Ketiga-tiga ini sebenarnya masih jauh dari dikatakan maju.

Kalau materialistiknya, kita boleh ambil contoh tentang purata gaji tolak purata perbelanjaan rakyat Malaysia lebih jauh rendah berbanding rakyat Australia. Tidak hairan rakyat Malaysia terpaksa bekerja dgn extra hard, dan tidak hairanlah kenapa amalan rasuah masih tidak dapat dibanteras sampai sekarang.

Kalau dari segi achievementnya, pasukan bolasepak Malaysia kedudukan dalam ranking FIFA makin terperosok menjunam ke bawah. Kereta Proton yang dibangga-banggakan menjadi bahan gelak ketawa orang luar negara, termasuklah di bumi Aussie ini.

Kalau dari segi spiritual nya, anak2 muda terutama yang Islam sekarang ini makin "melopori" statistik2 jenayah dan amalan2 negatif pada zaman sekarang. Amalan sambutan merdeka nya disambut sebegini rupa ( lihat sini ). Apa sebenarnya yang kita nak capai.

Islam Hadhari nama Islam yang diberi untuk Malaysia. Tapi tak seindah namanya.

Sepatutnya dengan tertegaknya sistem Islam, maka akan teraturlah kehidupan manusia sejagat. Tetapi sebaliknya berlaku pada masa ini.

Sejarah pernah menceritakan ketika mana Islam dan segala sistemnya jatuh di bawah Mustafa Kamal Attarturk. Ketika itu masih ada golongan yang masih sedar akan kepentingan kita berada di bawah sistem Islam ini. Maka timbullah banyak cadangan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Maka di kala ini, seorang ulama terkenal, Shakib Arsalan Rahimullah, iaitu mufti Palestin yang terakhir pernah berkata ketika beliau ditanya cadangan serta persoalan sebegini..

"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

Tambahnya, "Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

So, pendidikan individu masih belum tertegak lagi di situ. Individu yang dilahirkan adalah individu yang jika dikumpulkan, hanya akan menambah bilangan angka-angka kosong.

Maka tidak pelik lah jika semua yang kita sendiri lihat berlaku di negara kita.

Maka, saya menyeru anda semua untuk bersama-sama memperbetulkan apa yang telah berlaku. Kita sama sama perbaiki proses pembinaan diri ini. Kerana dari diri individu-individu yang berkualiti, maka mereka dapat disusun untuk menjadi batu bata kukuh, yang mampu menahan segala anasir-anasir negatif yang melanda, walaupun sehebat mana jua anasir-anasir ini hadir, namun akan tetap utuh binaannya.

Perjalanan Malaysia masih jauh. Jauh lagi dari apa yang kita boleh banggakan.

Selamat hari Kemerdekaan yang ke 50. Semoga kita sama sama sedar dan mengorak langkah agar Malaysia dapat melahirkan individu-individu yang bernilai dan bukannya hanya penambah jumlah angka kosong-kosong yang sia-sia untuk tempoh masa 50 tahun akan datang.

Salam perjuangan.

Sunday, August 12, 2007

Tribute buat Akh Syauqi..


"Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kesukaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi perasaan

Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kegembiraan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi ker
iangan

Sahabat itu bila engkau berkongsi perjuangan




...dan perjuangan tidak kenal erti perpisahan." - Rozanizam, 2007


"Belajar elok-elok Aie.. Jaga Adelaide baik-baik.." - Syauqi, 2007

Selamat berjuang di Malaysia. Moga tsabat, seperti mana yang ana kenali dahulu. Bawa lah balik semangat yang ada, tapi tinggalkan semangat anta sedikit buat kami di sini.. Kami memerlukannya..


Semoga bertemu kembali.. Tak di Malaysia nanti, insya Allah di SANA...

Friday, August 03, 2007

Thursday, August 02, 2007

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "



2."Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3.Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"


"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam