Panas!
Wah, panasnya Adelaide. Sabtu lepas ia mencecah sehingga 45 darjah celcius pada siangnya. Malamnya panas juga. Angin yang bertiup pun terasa bahangnya malam itu, ketika aku berada dalam perjalanan ke Masjid Wandanauntuk menunaikan solat Isyak dan juga Subuh. Bahangnya sungguh panas sehinggakan most of students yang duduk di Paradise (tak kisah sama ada penduduk tetap mahupun penduduk sementara..hehehe) tidak berbaju ketika tidur. Bayangkan...
Berceritera tentang adik-adik baru. Sahabat2 yang baru datang pun kebanyakannya dah dapat rumah. Mereka baik2 belaka. Senang untuk berdampingan dan berkongsi buah fikiran serta pandangan tentang sesuatu perkara. Moga Allah permudahkan pembukaan hati mereka.
Maka, teringat akan kata-kata seorang bijak pandai.
"Kalau kita fly sekadar untuk mendapatkan ijazah semata-mata, maka sama lah kehidupan kita seperti Ah Chong dan Muthusamy".
Mendalam sungguh kata-kata tu. Cuba fikirkan kembali, anugerah dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kita yang berjaya ke bumi Kangaroo ini adalah anugerah yang tidak mampu untuk kita nilai. Maka, kita gunakan sebaiknya peluang yang ada di sini.
Ada seorang sahabat baru yang mengakui, di Australia dia rasakan yang warga Malaysia di sekelilingnya lebih memelihara Iman dan menjaga keIslamannya berbanding orang yang berada di negara Islam Malaysia itu sendiri. Kagum beliau. Dan beliau berazam untuk sama-sama menjaga Islam yang dianutinya seerat-eratnya.
Memang betul pun. Fikir kembali, memang ada logiknya. Di Malaysia yang the so-called Negara Islam Hadhari, kita terlalu banyak percampuran antara yang haq dengan yang batil. Maka, benda itu dah jadi lali lalu dianggap masyarakat sebagai suatu norma. Dan pandangan ini akan menjadi suatu kebiasaan apabila yang tidak baik itu dianggap baik, hanya kerana majoriti majmuk melakukan perkara yang salah itu.
Tetapi di sini lain. Australia bukan suatu entiti Islam, malah jumlahnya agak kecil relatif kepada jumlah penduduknya. Cabaran untuk menjaga Islam itu lebih banyak. Maka, bila ada cabaran, manusia lebih suka untuk menyahut cabaran berbanding dengan cabaran itu kurang ataupun tiada. Memang lumrah pun, manusia yang lebih banyak cabaran dan ujian akan lebih berjaya berbanding yang tidak diuji.
Maka, ujian yang datang merupakan salah satu proses pembelajaran, ataupun disebut sebagai proses pentarbiyahan diri. So, utk berjaya, ia bergantung samada kita sabar ataupun tidak. Kesabaran mengharungi ujian itu merupakan elemen paling crucial ketika mengharungi ujian ini.
Hasilnya, jangan terkejut jika lepasan oversea lebih baik berbanding dengan orang yang tinggal di Malaysia. Jangan salah anggap, saya tidak mengatakan anda di Malaysia tidak baik atau sebagainya. Tapi yang ingin saya tekankan adalah kita sebenarnya mampu untuk menjadi A Good Muslim walaupun berada di Bumi Kangaroo ini.
So, harapnya kita saling bergandingan semasa di sini. Sama sama saling menasihati antara satu dengan yang lain. Kita adalah satu entiti, satu keluarga di bumi asing ini. Tiada pihak lain yang mampu mengawal diri kita kecuali 2 perkara, iaitu Iman dan Rakan-rakan kita. Perkuatkan iman dengan lebih mendekatkan diri padaNya. Dan carilah rakan-rakan yang baik, yang mampu membantu dan menasihati kita.. Bukan sekadar memuji kebaikan kita, tetapi dapat menegur kesalahan kita dan membantu mengatasi kelemahan diri kita. Itu lah sahabat yang terbaik.
Insya Allah.
2 comments:
salah statement tuh... pakai baju bila nk solat je..
sekian harap maklum
Assalamualaikum
Bila la akak nak jenguk Adelaide lagi...
Post a Comment