Friday, March 23, 2007

Malu Kepada Manusia

Ada orang kata buat apa nak malu2 kat manusia?

So, mereka tak malu sampai tak kisah melakukan apa sahaja. Antara lelaki dengan perempuan tak kisah.

Contohnya dalam sebuah kelas bahasa asing di Adelaide. Katanya dibolehkan hubungan lelaki dengan perempuan dalam belajar. Yang peliknya sampai gelak tawa mengalahkan pesakit manic, bipolar disorder, mahupun schizophrenia di Wad Psychiatry, Hospital Lynn McEwinn di Salisbury. Nasib baik tak bertepuk tampar. Sebab ada 'penghalang' di tengah2.

Tak kisah la. Kata mereka amal bergantung kepada niat.

Ye le tu. Niat tak menghalalkan cara.

Beberapa hadis yang ingin dikongsi.

Daripada Anas r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang tidak malu dengan manusia, maka dia tidak malu dengan Allah." (Riwayat ath-Thobarani)

"Iman terdiri daripada 60 lebih atau 70 lebih cabang. Yang paling tinggi ialah syahadah tiada tuhan selain Allah dan yang paling rendah ialah membuang halangan yang menyakiti di jalan. Malu merupakan satu cabang iman." (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu." (Riwayat al-lmam al-Bukhari.)

Maka, malu itu sangat penting. Kalau tak malu kepada diri sendiri atau pun kepada manusia, malulah kepada pencipta kita.

So, apa yang boleh mendorong malu itu?

Iman.

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.)

So, kena mantapkanlah iman kita. Masalahnya, iman kita masih tak kuat.

Sebab tu orang Malaysia banyak masalah. Sebab the emphasize on strengthening the iman tak ada. Sangat kurang.

So, saya nak emphasize kan kepentingan menguatkan iman.

Insya Allah, kita mampu berubah dan menjadi lebih baik.









Gambar berjalan-jalan di Granite Island, Victor Harbour, SA.

3 comments:

ihsan_huhu said...

pandai2 la evaluate situation, eg transporting female patient kne r peluk dgn kuat..

so, pandai2 nilai situation n niat

Dr Nizam Zakaria said...

Lyell McEwin Hospital.. (hospital yg disebut kat atas tu bukan mama sebanar kot)

aie144 said...

oh lupa.

bukan nama sebenar.

haha