Saturday, May 05, 2007

Bahagian 1: Cinta? Cinta Hakiki

Acap kali selepas mendengar ceramah Ustaz Salam, ana tertarik nakberkongsi la sedikit. Pasal cinta.. (chewaah.. minggu lepas tema tazkirah rumah Paradise adalah bertemakan tentang cinta.. gara2 ceramah Ustaz Salam juga)..

Yang paling nak stress kan di sini adalah cinta tu terbahagi kepada dua, iaitu cinta hakiki (mutlak) dan cinta terbatas.

Cerita pasal cinta terbatas la dulu. Cinta terbatas tu adalah cinta yang boleh (dan seharusnya) di 'limited' kan selagi cinta itu tidak membawa kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul. Kalau kita cinta sesuatu tetapi tak membawa kepada Allah dan Rasul, maka harus stop, dikawal. Contohnya, kalah kita cinta kan game komputer, main game bersungguh2, game menenangkan jiwa.. Kalau game tu membawa kepada Allah (adakah..?) maka bolehlah game tu dicintai. Sama juga kalau kita cinta kita kepada ibu bapa, still dalam kategori yang terbatas, kerana jika cinta kita kepada ibu bapa itu tidak mendekatkan kita lagi kepada Allah, so still limited la cinta tu. Tapi selalunya cinta kita kepada ibu bapa membawa kita lagi rapat dengan Allah kan..

Allah berfirman,

'Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
' (At-Taubah, 9: 24)

Betul tak? Sama juga cinta lelaki dan perempuan (suka la tu sampai bab ini..). Memang dah Allah jadikan perasaan sayang dan cinta antara lelaki dan perempuan ini sebagai lumrah kehidupan. Tapi Islam datang dengan membawa batas-batas kepada manusia. Sebab Allah tahu kekuatan dan kelemahan manusia, dan diletakkan batasan itu supaya manusia itu tidak rosak (ye la.. yang mencipta mesti tahu positive-negative apa yang diciptaNya). Sebab itu adanya perkahwinan itu, supaya manusia dapat menyalurkan ke channel yang sepatutnya. Kalau cinta kita kepada benda2 di dunia ini lebih daripada Allah dan RasulNya, maka tunggulah....

Erm, kalau nak faham lagi tentang cinta yang terbatas ini, kena dengar dulu la ceramah Ustaz Salam ni dulu.

OK, pergi pula kepada cinta hakiki. Cinta hakiki ini adalah cinta kepada Allah dan Rasulullah lebih dari segala-galanya. Seorang alim pernah berkata, "Cinta hakiki ini adalah seperti seekor burung; dua kepaknya adalah takut dan harap, dan diantaranya (badannya) adalah cinta. Maka kedua-dua ini menerbangkan kita kepada Allah".

So, untuk cinta itu, dia ada dua elemen yang datang bersamanya, iaitu harap dan takut. Seperti Saidina Umar pernah berkata, "Jika ada datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk syurga kecuali seorang yang akan masuk neraka', maka aku takut itu adalah aku. Dan jika datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk neraka kecuali seorang yang akan masuk syurga', maka aku mengharap itu adalah aku".

Di sini nampak konsep takut dan harap itu, untuk mendapat cinta kepada Allah. Yang cakap tu Saidina Umar (bukan calang-calang orang...!). Beliau sendiri cakap, kalau ada seorang yang tak masuk syurga, dia takut sangat kalau-kalau dia adalah orang yang tak masuk kedalam syurga tu. Dan kalau ada seorang yang tak masuk neraka, maka dia harap-harap sangat yang orang itu adalah dia.

So, konteks dalam kehidupan kita as a student? Nak dapat cinta Allah macam mana kan? Kena ada takut dan harap tu. Kalau untuk harap itu, kita buat lah benda-benda yang Allah suruh. Amar makruf. Dan jika nak takut, kita jauhi apa yang Allah larang. Nahi mungkar.

Kita tengok ye, berapa ramai orang Islam kat Malaysia solat. Tak semua solat cukup 5 waktu pun kekadang tu. Lepas tu kita, tengok, berapa ramai orang yang solat cukup pun, tapi still buat benda2 mungkar. Kan banyak statistik2 kat Malaysia yang mana jenayah2 dipelopori oleh orang Melayu, Islam. Tak masuk rasuah dan jenayah2 yang tak nampak jelas di depan mata.

Sebab apa jadi macam tu?

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (Al-Ankabuut, 29:45)

Allah dah janji dah yang solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Janji Allah tu, janji dari yang Haq.

Tapi sebab apa yek jadi macam tu?

Tengok la kualiti solat dia.

Berapa kerap kita berasa tenang dan khusyuk dalam solat kita? (ditujukan kepada diri sendiri juga.. huhuhu..) Macam mana pakaian kita nak jumpa Allah, bersih dari najis ke? Wuduk kita, cukup ke kena air ke bahagian-bahagian yang kadang-kadang terlepas tu, kat siku, buku lali. celah2 jari etc. Kalau wuduk tak sempurna, macam mana la solat nya nak sempurna. Betul tak?

So, nak ajak sebenarnya kita memperbaiki solat. Kekhusyukan solat kita. Kesempurnaan dalam menuju solat kita, dan dalam melaksanakan solat kita. Memang susah nak perfect, tapi sebagai permulaan kita cuba la untuk memperelokkan solat kita, lama2 kita akan semakin elok amalan solat kita. Lebih teliti dalam wuduk. Lebih tumpukan perhatian dalam solat...

Sebelum nak tutup sesi kali ini, nak kongsi satu kalam Allah ini. Kalau kalau lah kita ini rasa tak tenang...

"...Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (Ar- Ra'd, 13:28)

Ingat lah Allah selalu. Bukan nya dengan main game atau tidur dan lain-lain hati boleh tenang, rileks etc. Kalau berpendapat main game tu merilekskan fikiran, hehe.. Something wrong la tu.

Macam mana nak ingat Allah selalu?

Ingat tak kat sekolah-sekolah dulu kita diajar doa dan lain-lain. So, kalau nak ingat Allah selalu, doa2 harian tu dapat membantu la kita ingat Allah. Nak start apa2 pun doa, Bismillah. Agak skema la kan.. Tapi tu salah satu cara la supaya kita sentiasa nak ingat Allah.. Nanti kalau dah biasa, masa akan jadi kebiasaan untuk ingat Allah sepanjang masa...


So, jom! Cuba perbaiki solat, dan supaya didik jiwa sentiasa mengingati Allah. Insya Allah, kita harap agar Allah kekal kan kita dalam Islam dan Iman sehingga dipanggil pulang kepadaNya. Doa banyak2 supaya kita dikekalkan (tsabat) dalam jalan ini dan juga supaya istiqamah dalam memperbaiki diri.

Insya Allah, dan Wallahu'alam.

7 comments:

fakulito said...

ini komentar fresh dari laptop, sebelah laptop di mana post ini disiapkan.

cinta hakiki itu perlu ke dipelajari macam cinta sesama makhluk? atau salah satu atau keduanya memang sejak azali telah didalami manusia?

ihsan_huhu said...

sape kah ustat salam ini? mcm power je sp korg donlod2 ceramah die.padehal byk je ustat2 lain yg lg bes dan femes.

bgsla denga ceramah drpd usha porn

aie144 said...

utk paku...

cinta hakiki tu boleh dipelajari dari manusia. kita belajar dari Rasulullah. Bagaimana Rasulullah menunjukkan cintanya kepada Allah. Banyak lah kisah nya kan.

perasaan cinta tu pun memang dah ada dari dalam naluri manusia. so, skrg ni sama ada kita nak gunakan cinta yang ada dalam naluri itu mengikut jalan @ channel yang selari dengan Islam atau tak.

nak orang cinta kat kita, kita kena cinta pada Yang membuat orang tu dulu. sebab Yang menjadikan orang tu lah yang menjaga, mengawal hati orang tu. kan senang kalau kita tackle cinta penciptaNya dahulu, nanti akan datang cinta mereka yang diciptakanNya. sebab Dia suka pada kita, maka berhak aja cinta Nya itu diturunkan kepada yang orang lain supaya mencintai kita.

untuk Ihsan..

Ustaz Salam ni famous sebab dia dulu pernah duduk di Australia, di Melbourne.. Walaupun tak pernah berjumpa, tapi dari senior2 yang pernah ada bersamanya, sangat banyak kisah2 yang bagus tentang ustaz ni. Tanya Nizam pun boleh.

Hehe.

Dr Nizam Zakaria said...

masih menunggu ceramah dari al fadhil al ustaz ahmad ihsan alhajj

ihsan_huhu said...

owh.. lbt lagi la tuh..
al haj tuh bukan buleh beli2 mcm lesen kete or I/C mesia..

Anonymous said...

:) kartun tersebut merupakan artwerk saya...

aie144 said...

maaf, telah lama saya meminjamnya.

bole saya meminta izin untuk menggunakannya?