Friday, June 15, 2007

Jaga Hati Tu!

Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang merupakan anak murid kepadanya, dengan satu nasihat... Yang ketika itu Imam Syafie mempunyai satu masalah...

Imam Syafie juga pernah mengeluh, yang mana ketika itu dia berasa amat sukar untuk menghafal hafalannya. "Saya mengeluh kepada Waki' tentang hafalanku lemah pada ketika itu.."

Lalu Imam Malik berkata.. "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat"

Lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

So, jom kita jaga hati tu. Tambah-tambah lagi nak exam ni kan.

Ucapan selamat berjuang ana ucapkan kepada semua sahabat taulan.. Yang di Adelaide mahupun serata dunia yang sedang berusaha gigih pada masa ini.

Doakan kejayaan ana juga dalam exam mid year kali ini.

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal; (yaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya." (Al-Ankabut, 29: 58-59)

3 comments:

ihsan_huhu said...

yer2.. jgn usha awek..

FakuLito said...

aie-chan. lihat blogku. anda di tag

ihsan_huhu said...

pembetulan:

ilmu itu adalah cahaya.. bukan anugerah

quotelah dgn betul

sekian