Monday, November 12, 2007

Mesej Pertanyaan dari Anonymous di Friendster

Assalammualaikum..

Pagi tadi, ada satu mesej diterima di dalam Friendster. Orang nya tidaklah dikenali, tapi dia macam mengenali ana sangat. BTW, dia bertanyakan satu soalan kepada ana, dan ana menjawab soalan itu. Just nak berkongsi dengan semua tentang pengalaman ini. Jika ada yang boleh ditambah, itu adalah lebih baik supaya ilmu itu dapat dikongsi bersama. Wallahu'alam.


***** wrote: awk blh sy tnya.. pada pandangan awk la salahkah klu sy bergambar dgn artist perempuan sprt yang sy lakukan itu.. yang ingin tahu.. harap dapat terangkan serba sedikit. terima kasih..

Jawapan ana:

waalaikumussalam warahmatullah...

em, saya bukan lah seorang ustaz ataupun orang yang alim yang memang dijuruskan pengajian sy dalam bidang pengajian ilmu syariah (undang2 Islam), tapi saya akan cuba jawab.

untuk menjawab soalan tersebut, saya ingin memberikan sebuah analogi kepada saudara. seorang guru memegang sebatang pen pada tangan kirinya dan sebiji epal di tangan kanannya. di lalu meminta kepada anak2 muridnya apabila diangkat tangan kiri yang ada pen, murid menyebut 'pen' dan juga sama dengan epal di tangan kanannya. guru membuat berkali2 dan murid2nya dapat mengikutnya. sekarang guru itu meminta apabila diangkat tangan kiri yang dipegangnya pen itu, murid2nya menyebut 'epal' (instead of pen) dan sebaliknya. pada awalnya agak kekok murid2nya membiasakan keadaan itu, namun lama kelamaan murid2nya dpt mengikutinya.

apa yg nk disampaikan disini ialah rasanya kita sendiri tahu yang benda yang saudara tahu itu memanglah salah, dan tidak dapat dinafikan. cuma sy tidak menyalahkan saudara 100%, kerana masyarakat kita telah dibiasakan dengan keadaan yang salah dilihat betul, n vice versa. setiap amal dimulakan dengan niat, tetapi niat yang baik tidak menghalalkan cara untuk mencapainya.

Kalau nak bukti dari Quran, insya Allah kita boleh check surah An Nur (surah ke 24), ayat 30-31.

'Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.'
Untuk nak memahami lagi bagaimana hubungan antara lelaki dan perempuan ini, ada satu ceramah la kirenya yang best untuk didengar. Ceramah Ustaz Salam masa dia kat Melbourne 2004 dulu. Ini link nya. http://aie144.imeem.com/playlist/gvZCrtQs/remaja_dan_cinta_music_playlist/



Insya Allah, harap boleh diterima jawapan yang telah saya berikan. Seperti saya katakan tadi, saya bukanlah orang yg terbaik untuk menjawab soalan saudara kerana saya hanyalah seorang pelajar perubatan, tetapi insya Allah saya mahu menjadi seorang Muslim yang ingin menjaga imannya, terutama bila berada di luar negara ini.Terima kasih kepada saudata yang bertanya. Moga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.

" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan(dengan mematuhi segala hukum-hukumnya), dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata " (Al-Baqarah, 2: 208)

4 comments:

azi razak said...

assalamualaikum wbt..

it's been a while jgk ye... :p

btw, juz nak tambah bbrp komen.. betul apa yg akhi aie smpkan ttg keadaan sekeliling mempengaruhi, yg mana environment membuatkan kita merasakan sesuatu itu adalah perkara normal.. xde salahnya di sisi Islam..

ermm... bg ana, ade bbrp keadaan la ttg 'sikap' manusia skrg terhadap hukum hakam Islam...

1- mmg betul2 tiada pengetahuan ttgnya.

2- spt yg dibincangkan, keadaan seliling yg buat mereka rasakan xde salahnya ttg suatu perkara itu

3- ada ilmu, tahu ttg baik buruk sesuatu perkara, tetapi nafs nya lebih diikuti...

4- n of cos, akan ada golongan yg memahami dan mengikuti...

ermm... one thing yg ana puji ttg anonymous nih, adalah keberanian beliau utk bertanya.. utk mencari kebenaran.. mgkn beliau nih smada dlm golongan 1 atau 2 td... allahu'alam...

tetapi sikap beliau yg nak amik tau nih, sbg da'ie, jgn lah akh abaikan..

ana nak sarankan, since akh sdri ckp yg beliau nih spt mengenali akh sgt2, jd akh amik peluang nih utk 'follow up' dgn dia... tanya dia, bagaimana dgn explanation tu? adakah faham? adakah telah mengikuti? tanya dr masa ke semasa... tp jgnla smp beliau naik rimas... do it slowly...:)

mungkin akh bukan ust ke ape, tetapi sbb beliau dah percayakan akh, jadi amik peluang nih...

ana percaya, n rasanya ramai murabbi akan setuju, mad'u yg pd awalnya ada inisiatif sdri utk mencari ilmu (or dlm kes nih mcari jwpn), lebih mudah nk dibawa drp mad'u yg kita kena paksa .. betol tak? so ana rasa, anonymous nih di dlm kategori pertama tu... :)

insyaAllah, sekiranya beliau benar2 bertanyakn soalan ini utk tujuan mencari kebenaran, beliau akan terima jwpn akh dgn hati terbuka.. n akh, sbg sahabat, sbg saudara semuslim, bantulah beliau... :) dan doakan kebaikan utk beliau...n try utk terangkan dlm erti kata lbh 'layman' term... :D

wallahu'alam

Anonymous said...

woooo...
jgn xm klua soklan trick cemtuh dh lerr... =S

ps: mari laa mendoakn kejayaan aku grad akhir tahun nih ;)

aie144 said...

insya Allah.. doakan org sini pass 2nd year gak.. :p

ihsan_huhu said...

xpaham.. yg tny tuh mcm pompuan.. amik gamba ngn artis pompuan..

bedal je r