Jarang sekali diriku berkatakan tentang politik, apatah lagi memberi komentar terhadap apa yang berlaku. Namun, gerak hatiku mengatakan aku mesti menghebahkan apa yang diriku rasa setelah tsunami politik melanda negara.
Rasanya semua orang rasa apa yang ku rasa. Memang hebat pilihan rakyat sampai hampir tidak tertidurku melihat keputusan pilihanraya yang amat hebat ini.
Namun demikian, diriku ingin mengajak kita semua berfikir sejenak.
Adakah dengan kemenangan ini membuktikan yang negara telah terselamat? Yang sebuah negara Islam akan tertegak?
Sebenarnya amat jauh lagi daripada apa yang kita inginkan.
DAP dan PKR merupakan pemenang sebenar dalam PRU12 ini, manakala PAS merupakan parti pembangkang yang ketiga rankingnya dalam barisan Alternatif ini. Walaupun mendapat Kedah (dengan bantuan PKR) dan mengekalkan Kelantan, namun pada hakikatnya PAS tidak berjaya untuk menguasai negeri-negeri lain iaitu Perak dan Selangor. Tidak terlupa kepada Pulau Pinang yang sepenuhnya dikuasai oleh DAP (dan PKR). Sampaikan sekarang, apabila Sultan Perak memilih wakil PAS sebagai MB, Lim Kit Siang dengan sombongnya memboikot keputusan itu kerana pada mereka, merekalah yang menjadi jaguh dalam DUN Perak, maka selayaknya mereka (atau wakil PKR sebab kerjasama DAP dan PKR) yang menjadi MB.
"As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow."
Di peringkat Parlimen, PKR memenangi jumlah kerusi yang terbanyak iaitu sebanyak 31 berbanding PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi. Maka, masih jauh lagi dari matlamat negara Islam tersebut (melainkan sekiranya istilah negara Islam anda adalah negara Islam Hadhari Pak Lah. Hehe) .
Satu lagi, adakah PAS mampu untuk melaksanakan hukum dan negara Islam?
Kalau dilihatkan daripada analisa dari penganalisis politik ini, maka kesimpulannya rakyat masih berlum bersedia menerima pembaharuan kepada kehidupan mereka. Jika dilaksanakan undang-undang Islam, maka ini akan membangkitkan penentangan seterusnya akan meletakkan PAS dalam keadaan yang sangat berbahaya utk PRU13 yang akan datang.
Kenapa?
Kerana rakyat tidak faham dan belum bersedia.
Oleh sebab itu, sekiranya ditanya kepada ku. Aku akan menjawab sekarang bukan fasa untuk memerintah lagi, tetapi masih dalam fasa membina individu-individu Muslim. Kerana tanpa pembinaan yang mantap, maka individu-individu ini tidak akan mampu untuk membawa keluarga Islam yang penting untuk sesebuah masyarakat Islam, yang mana akan mentadbir sebuah negara Islam sekiranya Allah mengurniakan kepada mereka. Maka sekiranya kita melangkah daripada fasa-fasa pembentukan ini, maka tidak akan sempurna matlamat yang ingin dicapai.
Pernah Hassan Al-Banna berkata dalam Ucapan Dasar Muktamar Kelima IM, "Jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah."
Maka saya menyeru supaya kita tidak melupakan tentang kepentingan pembinaan diri individu Muslim walaupun mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang lalu. Kepada MP dan ADUN2 yang mewakili rakyat, jadikan kemenangan anda sebagai qudwah kepada rakyat supaya rakyat dapat bersama-sama dengan kita dalam pembinaan ini, dan supaya dibukakan jalan dengan lebih mudah untuk masyarakat ditarbiyah.
Insya Allah, segalanya datang dari Allah SWT dan ada hikmah disebaliknya.
1 comment:
aie, ... Collinswood lagie..!
Post a Comment