Thursday, June 05, 2008

Permudahkan Kami Ya Allah..

Ya Allah..

Sesungguhnya aku mengharapkan agar Kau permudahkan perjalanan kami yang panjang ini ya Allah. Kau selamatkan kami dari malapetaka, serta kecelakaan dan kemurkaan dek kerana kejahilan dan kelalaian kami.

Ya Allah..

Kau lembutkan hati saudara-saudara kami supaya dapat bersama-sama dengan kami dalam melangkah jalan yang penuh liku ini. Perkuatkan ikatan antara hati-hati kami, agar kami teguh bak binaan yang kukuh dan tersusun rapi.

Ya Allah..

Kau bukakan hati-hati kami, ibu dan ayah kami, guru-guru kami, saudara-saudara kami, serta umat Muslimin dan Muslimat, supaya kami sentiasa diberi hidayah dan keberkatan dalam hidup kami. Kau ampunkan dosa-dosa kami, kerana kami sering dan alpa dalam melaksanakan suruhanMu ya Allah.

Ya Allah..

Permudahkan kami dalam kami menuju matlamat yang benar ini. Dan berikan kekuatan kepada kami supaya kami mampu menghadapi segala musibah dan ujian yang Kau berikan kepada kami.

Sesungguhnya...

Kaulah yang memegang hati-hati kami, maka kau peliharalah hati-hati ini Ya Allah!

Permudahkan kami.. Supaya dapat memimpin dan mengusik hati-hati mereka yang di luar sana..

Selamatkan hidup kami.. Di dunia dan akhirat..

Amin...

1 comment:

Anonymous said...

Ujian dan rintangan dalam kehidupan, khususnya jalan dakwah, insyaAllah mampu mendidik hati, iman dan kesabaran kita selagi kita teguh pada keyakinan terhadap janji-janjiNya.

Ingatlah pada firman Allah: "Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]