Saturday, July 12, 2008

Inilah Jalanku!

Mulai sudah satu episod baru dalam hidupku. Semakin meniti usia ini, semakin banyak yang ku fahami tentang agama Islam ini. Apatah lagi dengan tanggung jawab yang semakin hari semakin terbeban di bahuku, yang memaksa diri ini sentiasa tabah dan juga senantiasa meminta pertolongan dariNYA supaya dipermudahkan jalan bagiku dalam menempuh kehidupan yang bakal mendatang. Walhal, aku bukanlah insan yang istimewa. Bahkan, amat jauh sekali diri ini dari pelbagai sudut aspek kehidupan, jika dibandingkan dengan insan-insan lain yang kurasakan lebih layak dariku.

Tapi, apa-apapun yang terjadi, diri ini sangat yakin.....

INILAH JALANKU!

Ya Allah, tuhan segala yang ada di bumi dan di langit, kau permudahkanlah urusan hambamu yang sangat lemah ini, hinggakan tidak mampu untuk menggantikan apa yang telah kurniakan padaku, hatta sezarah oksigen yang dihirup ke dalam paru-paruku ini. Bantulah diriku supaya aku terus kekal di jalan ini, dan moga hati-hati yang berjanji setia mahu menegakkan agamamu ini terus diikatkan dengan ikatan yang padu, dan jadikan diri-diri ini sebagai satu saff yang tersusun rapi, bagaikan bangunan yang kukuh. Terangi hati-hati ini agar ianya tidak malap dengan kemaksiatan dan kemurkaanmu.

Bantulah aku dalam meniti jalan dakwah ini....

(p/s- Selamat berjaulah kepada peserta Winter Trip '08. Doakan kami yang akan berpegian ke New Zealand . Moga kita sama-sama dijaga olehNYA sepanjang perjalanan nanti. Amin... )

1 comment:

ihsan_huhu said...

woo.. g nz siot!