Dah hampir 7 bulan kehidupan di Hospital Melaka sejak berpindah dari kehidupan HO di PPUKM.
Duduk sebagai seorang yang jauh dari isteri dan anak, memang mencabar.
Cuma alhamdulillah, setakat ini kehidupan di sini sangat memberi pengajaran tentang hidup kepada ku. Serta satu daripada pengukuhan tentang apa yang telah diperoleh sepanjang menjadi HO di PPUKM dahulu.
Ya, memang diakui bila masuk Ortho ni, ilmu yang ada dari PPUKM tu memang lah sangat tak banyak. Bos Mr Fauzlie siap bagitahu yang HO di PPUKM dulu tak tahu apa-apa. So ambil cabaran tu dan cuba belajar sebanyak mungkin apa yang boleh.
Kehidupan sini best, cuma bila oncall - maksud buat oncall as a "First Call", memang mencabar. Referral other departments, referral ED, new admissions, patient wad collapse.. All under your care..
Nanti boleh start cerita2 sikit :)
No comments:
Post a Comment