Saturday, September 30, 2006

Adakah Kau Lupa??





Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Jangan kita lupa! Bumi pernah menjadi milik kita.. Maka, adakah hanya dengan kau duduk di kerusi selesamu itu kau kira Islam mampu dibina atas runtuhan 1924 yang lampau?


Fikir kembali....

Tuesday, September 26, 2006

3 Ramadhan 1427...

Assalammualaikum. Sedar tak sedar kejab aje dah datang Ramadhan ni kan. Dah nak habis puasa ke 3 utk tahun ini. Alhamdulillah...

Ramai yang cakap mereka menanti-nantikan Ramadhan ini. Sebab apa kita sangat menanti-nantikan Ramadhan ini? Mari kita fikirkan...

Banyak fadhilat yang Allah sediakan untuk kita di bulan Ramadhan ini. Paling besar ialah malam Lailatul Qadr, iaitu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Pada mlm ini tiada hijab antara doa hambanya kepada Allah, dan amalan yang dilakukan lebih baik dari 1000 bulan.

"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al- Qadr, 97: 1-5)


Selain itu, amalan berpuasa juga adalah amalan yang ditunggu-tunggu. Amalan puasa ini, kalau dibandingkan dengan amalan lain, adalah amalan yang kita 'tidak menzahirkan perbuatan untuk menunjukkan ibadah itu'. Contohnya solat, kita perlu melaksanakannya dengan menggerakkan anggota badan dan lain-lain, tetapi berbeza dengan puasa, ianya dilakukan dengan meninggalkan perkara-perkara lazim seperti makan dan minum serta meninggalkan perkara yang membatalkan puasa. Sama juga, pandangan mata, hati dan lain-lain juga hendaklah tidak membuat atau memikirkan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa. So, puasa betul-betul mengajar kita tentang kepentingan pengawalan diri.

Syaitan-syaitan dirantai. Maka lebih senang untuk kita melakukan ibadah pada bulan ini. So, jika dulu terpaksa berdepan dengan godaan syaitan dan nafsu, sekarang tinggal nafsu kita sahaja. Dan juga syaitan-syaitan manusia di sekeliling. Hehe..

So, macam mana preparation kita untuk hadapi bulan Ramadhan ini? Adakah sama sahaja bak bulan-bulan sebelum ini?

Adakah sama jika kita katakan yg Ramadhan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain.

Jika ya, something wrong dlm diri kita.

Analoginya mcm ini. Jika kita tahu seorang tetamu akan hadir melawat kita, kita penat-penat lah menguruskan rumah; buku-buku yg bersepah disusun rapi, langsir diganti, makanan disediakan dan lain-lain sebab tetamu nak datang. Sama juga dengan Ramadhan. Kita patutnya bersedia utk hadapi Ramadhan. Pada zaman Rasulullah pun, even sahabat-sahabat pun gembira yang amat bila Ramadhan menjelang, dan bersedih sampai bercucuran air mata apabila Ramadhan hampir tamat.

Kita? Di Malaysia tatkala nak Raya tu la org lupa pergi tarawih, sibuk buat kuih, tukar langsir dll.. Sampai bermati-matian hanya kerana nak pulang cepat beraya di kampung. Rugi kan?

Org non-Muslim pelik bila kata kita dapat puasa dari Subuh sampai Maghrib tanpa makan dan minum. Pelik sesangat. Especially kat Aussie ni. Macam satu benda yang tak masuk akal.

Ingatlah, tak semua benda kita boleh justify guna akal kita semata-mata.

Best sebenarnya puasa di bumi asing ini. Betul. Sebab banyak sangat cabaran di sini. Bukan sekadar cabaran dari segi susah nak dapat makanan utk berbuka puasa, kena masak sendiri dan lain2. Tapi cabaran dari segi hati, lidah, mata, telinga dan lain-lain. Tambhana pula di kala summer makin mendekati kita ni. Lagi la banyak...

So, hargailah setiap saat bersama Ramadhan ini. Insya Allah, Allah tahu hambaNya yang mana mahukan hidayah itu. Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dalam kehidupan kita. Insya Allah...

P/S: Aie doakan mama selamat. Mama baru masuk wad Hospital Tawakal sebab prolapse disc. Dr suruh tunggu MRI...

Monday, September 25, 2006

Video Summer 2005 yang best!

Assalammualaikum. Baru perasan ada satu clip yang best daripada Addin. So, credits to him!

Saturday, September 23, 2006

Selamat Hari Lahir buat Housemate Sayang Ihsan.. Dan Selamat Datang Ya Ramadhan..

Hari ni hari lahir Ahmad Ihsan Muhammad Afifi. Dia dah sama umur dgn aku. Haha. Tua dah. Harapnya kamu makin matang ye Ihsan. Selalu ingatkan diriku jika lupa.. Sentiasa mengingati mati.. Dan harapnya semakin matang dalam berfikir, dan selalu memikirkan tentang orang lain juga.. :P
Ihsan pakai jubah sebelum mengimami Tarawih kami dengan satu page utk satu rakaat..:P

Tgh hari kitaorg dgn rumah 64 buat majlis kecil-kecilan menyambut hari lahir Nizam, Fadli dan Ihsan. Kek ada dua lagi, dengan kari ketam (terima kasih buat Wan yang menderma ketam dari makcik Singapore tu.. Besar2 ketam tu..). Sedap..

Fadhli, Ihsan, Nizam sedang tengok banner hasil nukilan Edi.

Petang tadi main bola. Last la kan sebelum Ramadhan. Ramai yang turun. Syauqi pun turun. Saif yang jarang turun pun boleh turun. Walaupun stamina tak mantap sebab makan banyak ketam dan kek tadi, but still rasa seronok sangat! Best2..!!

Malam ini first tarawih kitaorang. Sebab esok 1st Ramadhan. Sebenarnya banyak perbezaan pendapat. Di Adelaide sekalipun. Di Adelaide City dgn Khalil Mosque start Ahad. Wandana dgn Marion Mosque start hari ni Sabtu. Diaorang ikut Arab Saudi. Adelaide dgn Khalil ikut perkiraan hari (hisab).

Mana2 pun pendapat yang kita ikut, yang penting matlamat itu tak terjejas, dan syariat itu tidak ada unsur-unsur tolak ansur (mcm nak start puasa Isnin ke, puasa separuh hari ke etc.. itu tak leh accept le tu..). Lagipun, Islam unite in diversity. Betul tak?

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Akan ku guna sebaik2nya peluang yang tiba tahun ini. Aku bermunajat, memohon agar Allah memberi kekuatan kepadaku moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Dan amalan ku lebih baik dari amalan ku yang sebelumnya.

Insya Allah.

"Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna.... "

Friday, September 22, 2006

Selamat Hari Lahir buat Saudara Seperjuanganku.. Akhi Nizam dan Akhi Fadli

Istimewa buat sahabat-sahabat seperjuanganku. Akhi Rozanizam Zakaria (22thn), yang banyak mengajar erti kehidupan buatku, sebagai hamba Nya dan juga sebagai seorang pejuang di bumi Adelaide, berjuang sebagai seorang daie dan juga pelajar medic. Housemate yang sangat hebat! Terima kasih..

Dan juga buat Akhi Mohd Fadli Nazri (20thn), yang ku ibaratkan sebagai adikku sendiri, saudaraku sendiri.. Yang banyak menempuh ranjau bersama..

Ku doakan kalian berada di redha Illahi selalu, kerana itulah ultimate goal yang dicari. Ingatlah, semakin tua usia kita, semakin dekatlah kita ke alam yang seterusnya. Hidup itu banyak, tapi MATI itu sekali sahaja, dan hidup di dunia itu sahaja yang menentukan arah tuju kita utk kehidupan kita seterusnya. Jika baik pendapatan dari hidup di dunia, maka baik la juga kesudahan di akhirat kelak. Insya Allah...

Sunday, September 17, 2006

Rijal yang Bangkit!

Banyak sangat mehnah-mehnah. Fitnah-fitnah. Dan juga nafsu-nafsi. Semuanya melambatkan proses pentarbiahan ku. Proses penislahan ku.

Aku janji. Aku akan tinggalkan jahiliyah-jahiliyah dalam diriku. Sungguh! Ya Allah, Kau berikan kasih sayang kepadaku dengan menjentik hati kecilku ini supaya bangun. Jiwa singaku yang selama ini tidur telah bangkit.

Ayuh, bergerak bersama, wahai Rijal!


TEKAD (A Tribute To Izzatul Islam)


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi...

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi...

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi...


(Mursyid: Shoutul Harakah)

Video code provided by Ahmad Khairi Zazali