Saturday, September 23, 2006

Selamat Hari Lahir buat Housemate Sayang Ihsan.. Dan Selamat Datang Ya Ramadhan..

Hari ni hari lahir Ahmad Ihsan Muhammad Afifi. Dia dah sama umur dgn aku. Haha. Tua dah. Harapnya kamu makin matang ye Ihsan. Selalu ingatkan diriku jika lupa.. Sentiasa mengingati mati.. Dan harapnya semakin matang dalam berfikir, dan selalu memikirkan tentang orang lain juga.. :P
Ihsan pakai jubah sebelum mengimami Tarawih kami dengan satu page utk satu rakaat..:P

Tgh hari kitaorg dgn rumah 64 buat majlis kecil-kecilan menyambut hari lahir Nizam, Fadli dan Ihsan. Kek ada dua lagi, dengan kari ketam (terima kasih buat Wan yang menderma ketam dari makcik Singapore tu.. Besar2 ketam tu..). Sedap..

Fadhli, Ihsan, Nizam sedang tengok banner hasil nukilan Edi.

Petang tadi main bola. Last la kan sebelum Ramadhan. Ramai yang turun. Syauqi pun turun. Saif yang jarang turun pun boleh turun. Walaupun stamina tak mantap sebab makan banyak ketam dan kek tadi, but still rasa seronok sangat! Best2..!!

Malam ini first tarawih kitaorang. Sebab esok 1st Ramadhan. Sebenarnya banyak perbezaan pendapat. Di Adelaide sekalipun. Di Adelaide City dgn Khalil Mosque start Ahad. Wandana dgn Marion Mosque start hari ni Sabtu. Diaorang ikut Arab Saudi. Adelaide dgn Khalil ikut perkiraan hari (hisab).

Mana2 pun pendapat yang kita ikut, yang penting matlamat itu tak terjejas, dan syariat itu tidak ada unsur-unsur tolak ansur (mcm nak start puasa Isnin ke, puasa separuh hari ke etc.. itu tak leh accept le tu..). Lagipun, Islam unite in diversity. Betul tak?

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Akan ku guna sebaik2nya peluang yang tiba tahun ini. Aku bermunajat, memohon agar Allah memberi kekuatan kepadaku moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Dan amalan ku lebih baik dari amalan ku yang sebelumnya.

Insya Allah.

"Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna.... "

5 comments:

ihsan_huhu said...

salah eje da...
name bapak aku mohamad afifi la...
thanx..selamat berpose..buleh kurus dgn pantas...

Anonymous said...

assalaamu'alaikum,

just nk betulkan sket, start puasa Isnin adalah opinion yg valid bagi mereka yang ikut sunnah nabi saws iaitu moon sighting. satu australia ni tak nampak hilal, so following that opinion 1 ramadhan is monday 25th. leh rujuk: http://alghazzali.org/events/update

isu ni a bit more complex than most people realise, but just to make aware that it is a valid opinion.

this is an excellent article to understand the issue better klu berminat:

http://www.zaytuna.org/articleDetails.asp?articleID=100

ok tu je, Ramadhan Mubarak

wassalaam,
Maisarah A Aziz

aie144 said...

waalaikumussalam ukh maisarah..

jazakallah atas pemberitahuan itu.

cuma sbg memudahkan student2, maka kami mengikut method yg paling mudah utk semua org, iaitu mengikut local authority terdekat, iaitu adelaide mosque. sy faham, nz pun start puasa hari isnin jg.. tapi sememangnya isu ini mmg complex, dan bkn saya org yg berhak utk menentukan apa tarikh yang wajib diikuti oleh semua pihak. tapi yg penting tarikh itu diumumkan oleh masjid, dan sy kira pelajar2 msia menerima sebulat suara yg puasa jatuh pada hari ahad.

mmg complex. benda ni adalah perkara cabang dlm Islam. isu ini mmg akan timbul tiap2 kali puasa dan raya. tp authorities adelaide mosque pun ada dalilnya juga, dan sy percaya ia berdasarkan al-quran dan hadis juga.. so tak boleh la sewenang-wenang kata keputusan adelaide city/ khalil utk puasa ahad ataupun wandana/marion utk puasa sabtu adalah tidak sah, sebab tak adil utk diri kita judge mereka salah kan.. sbb mereka juga ada dalil yang berdasarkan sunnah dan quran juga.

kalau tgk perbincangan dalam buku Usul 20 Hassan Al-Banna pun ada antaranya membincangkan tentang ijtihad, taqliq dan lain2. yang penting, Hassan Al-Banna ada mengatakan dalam Usul ke 8 iaitu perbezaan pendapat ataupun perkara cabang (analogi sebatang pokok, dari akar ke ranting2nya) tu bukanlah menjadi sebab utk berlaku perpecahan dalam umat Islam.

pernah dahulu satu ketika hassan al-banna pergi ke masjid dan muslimin ketika itu bertengkar tentang samada utk lakukan solat tarawih 8 ataupun 20 rakaat yang hampir mengakibatkan pergaduhan. Hassan Al-Banna bertanya "Apa hukum menjaga keutuhan persaudaraan sesama Islam?" Mereka menjawab "Hukumnya wajib". Maka bertanya lagi Hassan Al-Banna kepada jemaah di situ, "maka apakah hukumnya solat tarawih itu?", dan mereka menjawab "Sunat hukumnya". Maka Hassan Al-Banna berkata "Adakah kamu ingin menggadaikan sesuatu yang wajib hanya semata-mata kerana ingin mengejar yang sunat? Sesiapa yang mahu bersolat 8 rakaat, maka solatlah 8 rakaat, dan sesiapa yang mahu bersolat 20 rakaat, maka solatlah 20 rakaat".

mcm saya katakan, Islam tu sgt indah, unite in diversity..

sy harap kita sama2 dapat mengejar utk mendapatkan keredhaan Allah. Wallahu'alam....

Anonymous said...

Walhamdulillah.

Betul, ni bukan soal siapa betul dan siapa salah, ni isu valid opinion. I fully agree with following an Imam/Masjid on this matter especially when we ourselves lack knowledge on the matter. I myself follow an Imam and large jama'ah in Australia who follows moon sighting, sebab saya tau saya tak punyai ilmu untuk tetapkan benda2 ni, cuma berdasarkan ilmu yang ada buat ijtihad sendiri utk ikut certain Imam. At the same time, I urge others to seek knowledge of the deen fard ul-'ayn which covers matters of aqidah, fiqh, astronomy etc so that our understanding of such matters are deepened.

Alhamdulillah, yg penting, Ramadhan dah tiba :)

Wassalaam - Maisarah A Aziz

aie144 said...

Betul.

Dalam berijtihad, Rasulullah pernah bersabda, yg maksudnya dalam berijtihad kita tetap mendapat pahala. Kalau betul ijtihadnya, kita dapat 2 bhg pahala, tapi jika salah ijtihadnya, kita dapat 1 bhg pahala.

Salam Ramadhan. Gunakan peluang yang tiba sebaik-baiknya. Insya Allah.