Tuesday, September 26, 2006

3 Ramadhan 1427...

Assalammualaikum. Sedar tak sedar kejab aje dah datang Ramadhan ni kan. Dah nak habis puasa ke 3 utk tahun ini. Alhamdulillah...

Ramai yang cakap mereka menanti-nantikan Ramadhan ini. Sebab apa kita sangat menanti-nantikan Ramadhan ini? Mari kita fikirkan...

Banyak fadhilat yang Allah sediakan untuk kita di bulan Ramadhan ini. Paling besar ialah malam Lailatul Qadr, iaitu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Pada mlm ini tiada hijab antara doa hambanya kepada Allah, dan amalan yang dilakukan lebih baik dari 1000 bulan.

"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al- Qadr, 97: 1-5)


Selain itu, amalan berpuasa juga adalah amalan yang ditunggu-tunggu. Amalan puasa ini, kalau dibandingkan dengan amalan lain, adalah amalan yang kita 'tidak menzahirkan perbuatan untuk menunjukkan ibadah itu'. Contohnya solat, kita perlu melaksanakannya dengan menggerakkan anggota badan dan lain-lain, tetapi berbeza dengan puasa, ianya dilakukan dengan meninggalkan perkara-perkara lazim seperti makan dan minum serta meninggalkan perkara yang membatalkan puasa. Sama juga, pandangan mata, hati dan lain-lain juga hendaklah tidak membuat atau memikirkan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa. So, puasa betul-betul mengajar kita tentang kepentingan pengawalan diri.

Syaitan-syaitan dirantai. Maka lebih senang untuk kita melakukan ibadah pada bulan ini. So, jika dulu terpaksa berdepan dengan godaan syaitan dan nafsu, sekarang tinggal nafsu kita sahaja. Dan juga syaitan-syaitan manusia di sekeliling. Hehe..

So, macam mana preparation kita untuk hadapi bulan Ramadhan ini? Adakah sama sahaja bak bulan-bulan sebelum ini?

Adakah sama jika kita katakan yg Ramadhan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain.

Jika ya, something wrong dlm diri kita.

Analoginya mcm ini. Jika kita tahu seorang tetamu akan hadir melawat kita, kita penat-penat lah menguruskan rumah; buku-buku yg bersepah disusun rapi, langsir diganti, makanan disediakan dan lain-lain sebab tetamu nak datang. Sama juga dengan Ramadhan. Kita patutnya bersedia utk hadapi Ramadhan. Pada zaman Rasulullah pun, even sahabat-sahabat pun gembira yang amat bila Ramadhan menjelang, dan bersedih sampai bercucuran air mata apabila Ramadhan hampir tamat.

Kita? Di Malaysia tatkala nak Raya tu la org lupa pergi tarawih, sibuk buat kuih, tukar langsir dll.. Sampai bermati-matian hanya kerana nak pulang cepat beraya di kampung. Rugi kan?

Org non-Muslim pelik bila kata kita dapat puasa dari Subuh sampai Maghrib tanpa makan dan minum. Pelik sesangat. Especially kat Aussie ni. Macam satu benda yang tak masuk akal.

Ingatlah, tak semua benda kita boleh justify guna akal kita semata-mata.

Best sebenarnya puasa di bumi asing ini. Betul. Sebab banyak sangat cabaran di sini. Bukan sekadar cabaran dari segi susah nak dapat makanan utk berbuka puasa, kena masak sendiri dan lain2. Tapi cabaran dari segi hati, lidah, mata, telinga dan lain-lain. Tambhana pula di kala summer makin mendekati kita ni. Lagi la banyak...

So, hargailah setiap saat bersama Ramadhan ini. Insya Allah, Allah tahu hambaNya yang mana mahukan hidayah itu. Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dalam kehidupan kita. Insya Allah...

P/S: Aie doakan mama selamat. Mama baru masuk wad Hospital Tawakal sebab prolapse disc. Dr suruh tunggu MRI...

2 comments:

Anonymous said...

salam ramadhan kepada semua pembaca blod saudara aie.. moga ramadhan kali nih dpt kita manfaatkan sebaik2nya... ;)

dah nk masuk hari ke-6, apa kita dah lakukan??? fikirkan dan jgn sia2kan masa yg tinggal nih... serius, sy sdri rasa sggh cepat ms berlalu... rs baru je smlm bermula puasa... tp rupanye dah almost 1 week... terasa spt dah sia2kan 5 hari nih...

itulah.. peringatan utk diri ana dan rakan2, supaya kita perhatikan balik dan kita cuba tingkatkan amalan kita tahun nih.... jgn segan2 utk berlumba2 utk melakukan ibadat... =)dan ringankan mulut utk turut ajak shbt2 bersama2 melakukan ibadat.. bulan baik dan penuh dgn rahmat ALLAH ini, kita kongsi bersama... =) jazakallah..

p/s: kenapa dgn mama awk, saudara aie??? mcm mana beliau skrg??insyaAllah, moga ALLAH berikan kesihatan yg baik utk beliau.. bykkn berdoa di bulan ini... insyaAllah dimakbulkan Allah yg Maha Berkuasa lg Maha Pemberi Rahmat... ;)

ihsan_huhu said...

wah saudara aie.. apsal xdek gamba golongan2 1st yr yg tgk tv kat bawah? haha..