Thursday, October 05, 2006

Salahkah Aku Mencintaimu...?

tak tahu lah macammana nak tulis
tapi kenapa zaman sekarang ni
susah orang nak faham
that a simple 'no'
doesnt mean
u hate him..
a simple 'no'
doesnt mean
ur avoiding him..
it's simply mean
i did it for the sake of
LOVE
not for u my dear
it's for ALlah..
going out together
is NOT a cool thing to do..
chatting..
nah..
minum sama2?
nah..
NOT cool..
ape yang kita dapat dengan keluar bersama?
berborak? <-- bodohnya! berjumpa?<-- like we havent seen for years.. berbincang? <-- duh! apa yang kita dapat dengan bergayut?
again..
berborak
tanya khabar
borak kosong
so STUPID!
apa yang kita dapat dalam satu hubungan jangka panjang?
EXTRA BAGGAGE
= DOSA BERGUNUNG!
i tot wat i want
from a relationship
is deeper love
towards HIM
to have family
who LOVE HIM
to have children
....
everything is for HIM
if ur LOVE
doesnt bring me
there..
please STEP ASIDE!
------------------------------
JAUHI LAH HUBUNGAN YANG TAK BERPENGHUJUNG!
PESANAN INI DITAJA OLEH DIRI SENDIRI
..UNTUK DIRI SENDIRI..


(dari ihsan saudara Ahmad Hasrulnizam @ Ahas)

11 comments:

ihsan_huhu said...

the other side of my housemate... jiwang jugak rupenye..hoho

Anonymous said...

that's a very screwed and cynical way to look at life. not to mention arrogant. i am sure that G-d meant for us to enjoy the life in this world while at the same time prepare ourselves for the everlasting world after.

aie144 said...

cik ano, i know you could read malay, and thus, there is no point i'm going to reply in English..

mcm ni la. neraca fikiran yang kita gunakan berbeza. tak guna nak argue one another.

tapi saya nak quote balik one of your sentence..

"i am sure that G-d meant for us to enjoy the life in this world while at the same time prepare ourselves for the everlasting world after."

kalau anda rasakan yang hubungan laki-perempuan yang tiada satu ikatan itu dpt menyediakan diri anda untuk hari akhirat (which is everlasting world after), maka silakan lah. kalau perbuatan itu mendekatkan diri anda dengan Allah, maka silakan lah. tapi anda sendiri tahu jawapannya yang betul.

kemudian, kalau awak rasakan benda itu boleh enjoy kehidupan awak, maka sempit sangat la pemikiran awak. sebab banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk enjoy kehidupan. main bola, saya enjoy. memasak, saya enjoy. study medic, saya enjoy. berjalan-jalan, saya enjoy.

so, maaflah kalau anda tidak sehaluan dengan saya. tapi saya tetap dengan pendirian saya.

"apa guna hidup gembira tapi tiada redha Allah..."

Anonymous said...

maksud anonymous tu maybe "enjoy" jadi kasanova kot...

best gak..tu...

bagi aku jadi kasanova takpe tapi jgn tinggal semayang & puase dah lah...

bak dlm frenster, Relationship: it's complicated....huhu...

Anonymous said...

salam'alaik..

ermm..mmg setiap org pendpt die berbeza2 kan??? nk wat camne.. siapa betul sapa salah, kita fikirkan lah sdri...

klu nk cite psl hbgn 'lelaki-prmpn tanpa ikatan yg sah' nih, pnjg citenya, pnjg hujahnya... yg nih kata mcm tuh, yg sna kata mcm nih... yg nih katanya cuba tegakkan kebenaran, yg kt sna cuba pertahankan diri...byk alasannya.. isk2.. xkan hbs... jgn smp bermasam muka org sini dan sna sudahlah... =p

so sy nk sarankan, sesapa yg rasa dia dlm dilema 'cinta' nih, baca buku 'TENTANG CINTA' karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi... indah bahasanya, bernas pendaptnya... dah baca sket, mesti rasa berkobar2 nk habiskan... ;)dan xde yg akan sakit hati n insyaAllah di akhirnya, hrp2 ilmu dan cinta sbnr itu kita akan dpt... =)

antara keindahan ayat2 yg terdpt dlm buku ini:

~"tak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata, kerana mereka sudah pun berbalas doa" (",)

~ "Kita tidak boleh mencintai orang lain,sebelum mencintai diri sendiri.Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..sebelum mencintai Allah!"

wallahu'alam..

Adam Ahmad said...

interesting :)

There was this one guy who told me this, "Kalau nak bercinta, biar berniat untuk berkahwin. Kalau tak, tak payah bercinta."

what do u think?

aie144 said...

keste..

cinta ni sbnrnya satu benda yg mmg sukar nak deal.. sbb memang naluri manusia itu untuk berkasihan antara satu sama lain terhadap jantina yang berbeza dgn nya.

Sebab itu dalam Al-Quran sendiri, ada dalil yang membolehkan kita meminang wanita yang kita ada hati terhadapnya.

Antara salah satu ayat di dalam Al-Quran...

"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran (wanita yang dalam 'iddah kerana suami meninggal) atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf (perkataan sindiran yang baik). Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun" (Al-Baqarah,2 :235)

Ayat ini diturunkan ketika masa tu ramai sangat janda yang kematian suami semasa perang, dan Allah turunkan cara bagaimana kalau hendak meminang janda yang kematian suami itu.

Secara praktikal nya, Allah menggalakkan kalau kita ada hati kepada seseorang, kita meminang wanita tersebut, bukan bercinta dengan nya dahulu. Sebab bercinta ni, kita tak boleh nak predict mcm mana kita akan hadapi percintaan itu.

Secara kasarnya, kalau kita suka pada orang tu, kita bagi tahu kpd org yang lebih arif dahulu (selalunya parents kita atau org yg dah kahwin) utk cakap hasrat kita, dan supaya disampaikan kpd wanita tersebut. So, bila dia menerima hasrat tersebut (atau keluarga wanita menerima), maka set la time kita utk kawin. Bila dah set, kira mcm dah bertunang dlm Islam la tu. Lps tu, tiada apa hubungan direct antara lelaki dan wanita itu melainkan orang tengah. Perlu diingatkan, pada masa tu tiada sebarang ikatan yang sah untuk keluar bersama2 ke, walaupun sudah bertunang. Sampailah bila dah akad nikah, maka apa yang diharamkan sebelumnya telah jadi halal.

Itu secara generalnya lah. Kita sekarang ni jangan kata tunang, baru kenal pun bila jumpa dah macam suami isteri. Dan bila tunang, dah macam halal dah (boleh keluar sama2, dengan mak ayah bagi pulak tu utk mereka berdua-duaan).

Kita tengok balik ayat tu.

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu"...

Allah tak susahkan hamba nya. Maka Allah sediakan cara yang terbaik untuk hambanya. Allah tu tak pernah zalim terhadap hambanya, tapi hambanya yg selalu zalim terhadap diri mereka. Dan percayalah, jalan yang Allah tunjuk itu terbaik untuk hambanya, sebab apa? Sebab Allah kan yang cipta kita, maka Dia lebih tahu tentang diri kita lebih dari kita mengetahui diri kita sendiri. Kita bukannya maksum... Maka, amat susahlah kalau kita tak buat salah. Maka guidelines yang Allah berikan supaya kita tak tergelincir dan tak lalai, dan bila tak lalai tu, kita dapat menjauhi dosa. Sebab manusia itu sendiri sifatnya pelupa.

So.. Macam yang pernah saya cakap dulu. Bukan dengan siapa kita pilih tu yang paling penting, tetapi yang paling penting JALAN mana yang kita pilih; jalan yang Allah redhai atau tak. Kalau dengan bercinta kita tahu yang Allah suka dan insya-Allah diredhai Allah, maka tak salah.

Bagi 2 contoh, dua pasangan yang bercinta. Satu tu selalu keluar sama2, makan sama, tgk wayang sama2, melepaskan rindu di telefon, sms berguni2.. Dan satu lagi, mereka bercinta, ada keinginan terhadap satu sama lain, tapi mereka kawal, tak pernah sms yang tidak perlu, apatah lagi keluar bersama.. Dua-dua pasangan ini kahwin akhirnya.

Tapi, yang mana dapat redha Allah?

Memang susah nak dpt contoh kedua tu pada zaman sekarang ini, tapi jangan terkejut sebab masih ada walaupun sedikit. Ada aja saya jumpa di Malaysia dan juga di bumi Australia ini.

Yang penting, kita nakkan redha Allah tu. Kalau Allah tak redha, maka tak guna kita hidup. Pernah dengar tak pasal hadis tentang abid yang beribadah selama 500tahun? Di akhirat, dia nakkan syurga dan kata kepada Allah yang dia nak ke syurga sebab amalannya selama 500thn tu. Selepas Allah timbang amalan 500thn nya, hanya satu biji mata yang lepas (ataupun 1 mata pun lps, sy kurang ingat pada masa ini). So, kalau hanya satu biji mata yang lepas, maka layak aje diri dia masuk ke neraka. Maka, abid tu minta sekali lagi kepada Allah untuk Allah masukkan dirinya ke syurga sebab Redha-Nya, dan Allah pun redha kepadanya utk dimasukkan ke syurga dan masuklah abid tu ke syurga.

So, bukan setakat cinta-kahwin, tetapi kita reflect balik seluruh kehidupan kita. Adakah choices yang kita ambil itu akan dapat redha Allah atau tak? Sebab redha Allah tu the most important thing dlm hidup. Lagipun, life is about choices...

Yang penting, jalan mana yang kita nak pilih... Walaupun jalan itu susah...

ihsan_huhu said...

mencari cinta... mng dpt duit n kawen free

Adam Ahmad said...

thanks :)

Anonymous said...

...carilah hakikat cinta Ilahi...
-itulah perasaan CINTA yg paling best.find IT-

its been a while.dah lame xberkongsi cerita.MasyaAllah.. hangat jgk topik ni kat blog akhi yer.mmg xdinafikan, cetuskan je la isu cinta manusia kat mane2 mmg pjg isunya, msg2 berbeda pndpt..
sy setuju dgn akhi, Love for sake of redha Allah adlh yg sepatutnya.
tp..perasan x, rmai yg dah salah guna phrase "bercinta kerana Allah" kata2 hanya dimulut jer xpaham maksud sebenar. sedarlah, Allah Maha Mengetahui..Dia tahu apa yg ada dlm hati kita.
lagi satu alasan yg biasa kita dengar "kene kenal dulu sebelum kahwin, kalau tak kenal nanti tersalah pilih" herm, betul ker bila keluar berdua tu keduanya berperangai yg sebenar? wallahu a'lam. n mane perginya TRUST kita pd Allah? Allah dah tentukan yg terbaik buat kita. berdoalah pada Allah, insyaAllah Allah beri petunjuk yg terbaik utk memilih, bukan dgn ikut nafsu [perasaan gembira, best seronok apabila berduaan]
all in all, pengakhiran yg baik adalah apabila permulaan n perjalanannya baik..insyaAllah.

herm..afwan,,sy menulis bkanlah berdasar pengalaman cuma pemerhatian, jd bykla kekurangannya. wallahu a'lam.

salam alaik.
...teruskan usaha mencari redha Allah melalui keberkatan Ramadhan.
dah tinggal separuh bulan dah :( ..

Anonymous said...

wel, i think it's okay to communicate ... berkawan (dengan batasanlah) and to bertanya khabar. itu bukan buang masa. kalau nak cari pasangan pun takkan nampak je mana berkena terus hendak. mesti ada merisik sedikit tentang hati budi dan visi hidup. lainlah kalau berterusan chat berjam-jam atau bercakap telefon smapi habis ribu raban.