Pesanan Buat Diriku..
Dah pkl 3.33AM. Dan aku masih tidak dapat melelapkan mata.
Barangkali pengalaman atauapun keputusan yang diterima siang tadi paling berat (ataupun antara terberat dalam hidupku).
Aku tahu, hatiku amat keras. Amat sukar sekali untuk mengalirkan air mata, meskipun dalam situasi sebegini. Ada sahabatku bertanya, adakah aku sedih sampai mengalirkan air mata. Tidak. Sukar sekali. Mungkin disebabkan dari didikan dari kecilku yang membuatkan ku tidak mudah untuk jadi pemurah dalam bab air mata ini. Dari kecil aku diajar untuk tidak menangis walau apapun musibah yang datang. Atau mungkin kerana lunak hatiku tiada lagi, kerana hatiku amat keras. Sangat keras.
Namun, masih ada yang sudi melemparkan sebutir permata kata-kata buatku agar aku lebih bersemangat dalam menempuh dugaan ini.
Buat diriku...
"Apabila Kau Melihat, Segalanya DariNYA, Yang Maha Mencipta,
Yang Menimpakan Ujian, Yang Menjadikan Sakitnya Hati,
Yang Membuatkan Keinginan Terhalang, Serta Menyusahkan Hidupmu...
Masakan ALLAH Sengaja Mentakdirkan Segalanya untuk Sesuatu yang Sia-sia,
Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, RETAKNYA Hatimu..
Itulah yang Dia Mahukan Kerana Dia Tahu Bahawa Hati Beginilah Selalunya Lebih Lunak dan Mudah untuk Dekat dan Akrab PadaNYA...
YA ALLAH hanya padaMU lah Aku Mengadu.. Hanya padaMU lah Aku Berserah... Semoga Hidupku Sentiasa Beroleh Rahmah... Dan Campakkanlah Kekuatan Iman di Hatiku..
Moga Kesudahanku.. HUSNUL KHOTIMAH..
AMIN"
Bukan jalanmu tertutup, cuma jalanmu dipayahkan olehNya..
Tabahlah wahai hati...
14 comments:
....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kadang2 rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....
ps:Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
encik aie boleh!!!!! juz dont give up!!!
jaga diri + kesihatan baik2... insyaAllah, dgn izin Allah,pd masa yg ditetapkanNYA, encik aie dpt jadi DR KHAIRI yg berjaya, dunia dan akhirat... ;) doa sy bersama anda... take care
no komen.. siyu next year
salam aie. la tahzan. Allah ma'ana. insyaAllah ada hikmah di balik semua ini :)
teringat ana akan kata2 semasa di kolej:
"semua org dilahirkan utk berjaya, cuma jalan menuju kejayaan itu x sama bg setiap org. mgkin jalan kita lebih berliku, tapi, selagi kita ada keinginan dan berusaha utk berjaya, insyaAllah, kita akan sampai ke sana(kejayaan)."
berjaya dgn segala rasa redha akan lebih membahagiakan...berusaha jadi yang terbaik bkn mengejar kesempurnaan..
what happened? apapun ... tabahkan hati menghadapi dugaan. waktu cuti ni cubalah manafaatkannya dengan sebaiknya. mungkin saudara perlu release sikit tension tu. terlalu tension and fokus pun is no good. kena balance juga. 7 areas of life. oh ya tentang bab airmata tu hanya lelaki sejati saja yang dapat mengalirkan airmata. not many can. so don't feel bad.
Tidak dan sekali-kali tidak akan mengalah! Itu prinsip yg kita perlu sama2 pegang..doaku untukmu ikhwahku..
jangan difikir derita berpanjangan kelak membawa putus asa kepada Allah....:D
supportive nyer sahabat2 encik aie... beruntung ada shbt2 spt nih.. ;)
ni ada satu lg sms best utk dishare..
'indahnya bersaudara.. di kala lupa ada yg mengingati, di kala tersilap ada yg menasihati, di dunia, jasad & hatinya menemani, di kubur nanti, pasti doanya mengiringi.. (",)'
~ukhwah fillah..~ ;p
aie...tabahkan hati, aku dah byk menghadapi dugaan sejak habis SPM, masa kat KDU, nak carik universiti, tanak hilang scholar dan mcm2, ko pun tau kan..tak usah la aku nak citer2 panjang, all i can say is, doa byk2, and chill.
Aie. Jalan kepada kejayaan hakiki memang banyak ranjau dan duri. Usaha yg bakal dilihat Allah kelak. Strategi juga penting dalam mencapainya. Doa senjata terbaik. Tahun hadapan tentunya boleh hasilkan yg lebih cemerlang.
Bila kita nak jumpa?
saudara dah quit ke blogging ni?
a'ah... saudara aie dah tak menulis ke skrg??? patutnyer cuti2 nih la ade byk masa lapang... ;) btw, jaga diri... assalamualaikum wbt....
Di dalam kesusahan ada kesenangan. Di dalam kesukaran ada kemudahan.
Post a Comment