Monday, November 27, 2006

Antara Jasad, Akal, Hati, dan PenciptaNya...

Alhamdulillah, selama mana kita hidup ini, kita sentiasa dipelihara Allah akan hidup kita. Kita lihat, kehidupan kita selama ini, bagaimanakah kita menghadapinya. Jasad dan diri kita, bagaimanakah ia dijaga dan di'control' oleh Allah SWT.

Kalau kita lihat, jasad kita; termasuklah anggota badan seperti tangan, kaki, dan badan kita, adalahj dikawal oleh akal kita. Akal pula dicontrol oleh hati kita. Hati ini secara fitrahnya adalah bersih, dan ke mana arah tujuan hati itu bergantung kepada ke mana arah kita bawa hati itu, iaitu samada ke arah IMAN ataupun HAWA. Dan, yang mengcontrol hati adalah Allah SWT sahaja semata-mata.

Untuk mendapat hati yang bersih, yakni hati yang dapat didorong hala tujuannya ke arah IMAN, maka yang paling penting sekali adalah sejauh mana attach nya hati itu kepada Allah SWT.

Maka, untuk mendapat jasad yang baik, perlulah dijaga dan dicontrol oleh akal yang baik, yang mana akal itu dijaga oleh hati yang bersih. Hati yang bersih pula memerlukan pautan yang kukuh kepada Allah. Maka, jikalau bab hati ini still tak settle lagi dengan Allah, maka susahlah untuk mendapat jasad yang sentiasa terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan. Untuk mendapat hati yang utuh, pertama sekali adalah mencari hidayah Allah SWT.

Kita sedia maklum, hidayah itu adalah milik Allah, dan hanyalah Allah SWT yang berhak untuk memberi hidayah itu. Betul. Tapi perlu diingat juga, Allah SWT tahu siapa di antara hamba-hambanya yang mahu mencari hidayahnya itu. Maka, perlulah dicari hidayah itu supaya Allah SWT dapat memberi hidayah itu ke dalam hati kita. Bak kata seseorang yang bijak pandai, "Hidayah itu tidak akan menjenguk kepada sesiapa yang tidak membukakan tingkap hatinya".

Praktikalnya? Sentiasa kita mendekatkan diri kepada Allah, dalam apa jua pekerjaan kita. Kalau betul niat kita, maka segala apa yang kita lakukan adalah suatu Ibadah. Niat yang betul datang dari hati. Maka cara mendekatkan diri kepada Allah tidak hanya terbatas kepada amal ibadah khusus semata-mata, tetapi segala-gala amal perbuatan kita boleh menjadi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Study pun boleh jadi ibadah.

Tapi, dalam pada itu, ibadah khusus kita pun kiranya hendaklah diperbaiki untuk menjadi lebih baik. Solat kita hendaklah sentiasa dijaga dan diperelokkan. Qiam untuk solat malam, mendekati Al-Quran.. Itu juga hendaklah kita diperbanyakkan. Sebab itu adalah beberapa cara untuk mengubati hati. Hati yang sakit pun ada ubatnya.. Daripada kita spend masa tidur lewat semata-mata main game ke, kan lebih baik kita spend time hanya untuk bersama-samaNya? Bukan apa, supaya kita mendapat cintaNya. Bukankah cintaNya merupakan cinta yang tertinggi??

Seperti dalam hadis ke 38 dalam Hadis 40 Imam Nawawi...

"Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. "

Maka, untuk mendapat jasad dan akal yang mantap, mestilah hati itu attach betul-betul kepada Allah supaya mendapat cintaNya. Alangkah indahnya jika setiap amal perbuatan itu Allah yang jaga. Allah pelihara diri kita daripada melihat benda-benda yang bukan-bukan, dan setiap langkah kita sentiasa selamat. Study pun senang, senang aje nak masuk...

So, paling penting dalam diri kita ialah hati. Hati yang menuju ke arah iman akan sentiasa senang ke arah kebaikan. Dan juga daripada hati yang bersih, akan menatijahkan akan akal yang baik, dan akal yang baik akan menatijahkan jasad yang terpelihara serta baik tingkah lakunya. Akan tetapi hati yang menuju ke arah hawa, maka akan terjadilah akal yang kurang baik, yang akhirnya menjadikan jasad itu berlaku zalim kepada dirinya dan juga orang lain. Untuk mendapat hati yang menuju ke arah iman, maka hati itu perlulah berpaut pada Allah dengan pautan yang sungguh-sungguh.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin mengajak anda semua melihat negara kita Malaysia. Makin berleluasa gejala-gejala yang tidak elok sekarang ini, dan kebanyakkan dijuarai oleh orang Melayu kita, yang rata-ratanya mengakui diri adalah seorang Muslim. Dengan kes-kes rogol semakin menjadi-jadi (ataupun mungkin sekarang cuba disembunyikan), dengan seks bebasnya makin berleluasa, anak-anak muda semakin hilang perasaan malunya, dan dengan mat rempitnya semakin berani hinggakan ada keupayaan untuk mencabar pihak berkuasa. Maka, kita cuba halusi di mana salah silapnya? Adakah kerana kita tidak cukup memberi anak muda kita sumber pembangunan jasmaniah? Adakah kerana pendidikan moral dan agama kita tidak mencukupi di sekolah-sekolah? Adakah kita memandang enteng akan soal pentingnya hati ini disuap dengan makanan-makanan untuk hati serta diubati hati-hati yang sedang sakit?

Sedarlah, semakin negara menyatakan yang ianya sedang membangun maju, semakin sakit hati-hati anak muda kita. Membangun dari segi apa, fizikal nya? Bangunan-bangunan tinggi nya? Kelab-kelab malamnya dengan anak-anak muda menjadi pengisi tetapnya?

Gelak hati kecilku.

Dan, adakah untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita buat karnival-karnival untuk mat-mat rempit ini supaya mereka ini dapat dikumpulkan dan diberi ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti agar tidak lagi buat kerja-kerja yang sia-sia? Adakah cukup untuk memberikan pendidikan seks kepada anak muda mudi kita? Dengan memberikan kondom-kondom percuma?

Gelak hati kecilku.

So, fikirkan lah.. Apa sebenarnya yang kita lagging dalam kehidupan sekarang ini?

Wallahu'alam

1 comment:

Anonymous said...

Lagging.. bila manusia tidak tahu matlamat hidup, jadilah kita umpama sampan yang tidak terikat dan tak berpendayung...