Thursday, August 30, 2007

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 50

Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini genap menjadi angka 50. Maka mungkin ada sebilangan dari rakyatnya yang merasakan angka ini merupakan angka yang 'bertuah' dan juga merasakan pencapaian negara sudah mencapai kepada tahap yang membanggakan.

Di hati kecil ini tertanya-tanya juga apa pencapaian yang mereka bangga-banggakan serta warwarkan di kaca2 televisyen serta seluruh media yang mereka mampu capai itu?

Dewasa ini kemajuan yang mungkin kebanyakan mereka maksudkan adalah kemerdekaan yang bersifat lahiriah. Dari segi pembangunan.

Cuma dari kacamata yang mana anda gunakan untuk menilai aspek lahiriah itu? Pembangunan apa yang anda maksudkan?

Dari segi materialistiknya, achievement nya atau dari segi spiritualnya?

Ketiga-tiga ini sebenarnya masih jauh dari dikatakan maju.

Kalau materialistiknya, kita boleh ambil contoh tentang purata gaji tolak purata perbelanjaan rakyat Malaysia lebih jauh rendah berbanding rakyat Australia. Tidak hairan rakyat Malaysia terpaksa bekerja dgn extra hard, dan tidak hairanlah kenapa amalan rasuah masih tidak dapat dibanteras sampai sekarang.

Kalau dari segi achievementnya, pasukan bolasepak Malaysia kedudukan dalam ranking FIFA makin terperosok menjunam ke bawah. Kereta Proton yang dibangga-banggakan menjadi bahan gelak ketawa orang luar negara, termasuklah di bumi Aussie ini.

Kalau dari segi spiritual nya, anak2 muda terutama yang Islam sekarang ini makin "melopori" statistik2 jenayah dan amalan2 negatif pada zaman sekarang. Amalan sambutan merdeka nya disambut sebegini rupa ( lihat sini ). Apa sebenarnya yang kita nak capai.

Islam Hadhari nama Islam yang diberi untuk Malaysia. Tapi tak seindah namanya.

Sepatutnya dengan tertegaknya sistem Islam, maka akan teraturlah kehidupan manusia sejagat. Tetapi sebaliknya berlaku pada masa ini.

Sejarah pernah menceritakan ketika mana Islam dan segala sistemnya jatuh di bawah Mustafa Kamal Attarturk. Ketika itu masih ada golongan yang masih sedar akan kepentingan kita berada di bawah sistem Islam ini. Maka timbullah banyak cadangan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Maka di kala ini, seorang ulama terkenal, Shakib Arsalan Rahimullah, iaitu mufti Palestin yang terakhir pernah berkata ketika beliau ditanya cadangan serta persoalan sebegini..

"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

Tambahnya, "Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

So, pendidikan individu masih belum tertegak lagi di situ. Individu yang dilahirkan adalah individu yang jika dikumpulkan, hanya akan menambah bilangan angka-angka kosong.

Maka tidak pelik lah jika semua yang kita sendiri lihat berlaku di negara kita.

Maka, saya menyeru anda semua untuk bersama-sama memperbetulkan apa yang telah berlaku. Kita sama sama perbaiki proses pembinaan diri ini. Kerana dari diri individu-individu yang berkualiti, maka mereka dapat disusun untuk menjadi batu bata kukuh, yang mampu menahan segala anasir-anasir negatif yang melanda, walaupun sehebat mana jua anasir-anasir ini hadir, namun akan tetap utuh binaannya.

Perjalanan Malaysia masih jauh. Jauh lagi dari apa yang kita boleh banggakan.

Selamat hari Kemerdekaan yang ke 50. Semoga kita sama sama sedar dan mengorak langkah agar Malaysia dapat melahirkan individu-individu yang bernilai dan bukannya hanya penambah jumlah angka kosong-kosong yang sia-sia untuk tempoh masa 50 tahun akan datang.

Salam perjuangan.

Sunday, August 12, 2007

Tribute buat Akh Syauqi..


"Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kesukaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi perasaan

Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kegembiraan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi ker
iangan

Sahabat itu bila engkau berkongsi perjuangan




...dan perjuangan tidak kenal erti perpisahan." - Rozanizam, 2007


"Belajar elok-elok Aie.. Jaga Adelaide baik-baik.." - Syauqi, 2007

Selamat berjuang di Malaysia. Moga tsabat, seperti mana yang ana kenali dahulu. Bawa lah balik semangat yang ada, tapi tinggalkan semangat anta sedikit buat kami di sini.. Kami memerlukannya..


Semoga bertemu kembali.. Tak di Malaysia nanti, insya Allah di SANA...

Friday, August 03, 2007

Thursday, August 02, 2007

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "



2."Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3.Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"


"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam