Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini genap menjadi angka 50. Maka mungkin ada sebilangan dari rakyatnya yang merasakan angka ini merupakan angka yang 'bertuah' dan juga merasakan pencapaian negara sudah mencapai kepada tahap yang membanggakan.
Di hati kecil ini tertanya-tanya juga apa pencapaian yang mereka bangga-banggakan serta warwarkan di kaca2 televisyen serta seluruh media yang mereka mampu capai itu?
Dewasa ini kemajuan yang mungkin kebanyakan mereka maksudkan adalah kemerdekaan yang bersifat lahiriah. Dari segi pembangunan.
Cuma dari kacamata yang mana anda gunakan untuk menilai aspek lahiriah itu? Pembangunan apa yang anda maksudkan?
Dari segi materialistiknya, achievement nya atau dari segi spiritualnya?
Ketiga-tiga ini sebenarnya masih jauh dari dikatakan maju.
Kalau materialistiknya, kita boleh ambil contoh tentang purata gaji tolak purata perbelanjaan rakyat Malaysia lebih jauh rendah berbanding rakyat Australia. Tidak hairan rakyat Malaysia terpaksa bekerja dgn extra hard, dan tidak hairanlah kenapa amalan rasuah masih tidak dapat dibanteras sampai sekarang.
Kalau dari segi achievementnya, pasukan bolasepak Malaysia kedudukan dalam ranking FIFA makin terperosok menjunam ke bawah. Kereta Proton yang dibangga-banggakan menjadi bahan gelak ketawa orang luar negara, termasuklah di bumi Aussie ini.
Kalau dari segi spiritual nya, anak2 muda terutama yang Islam sekarang ini makin "melopori" statistik2 jenayah dan amalan2 negatif pada zaman sekarang. Amalan sambutan merdeka nya disambut sebegini rupa ( lihat sini ). Apa sebenarnya yang kita nak capai.
Islam Hadhari nama Islam yang diberi untuk Malaysia. Tapi tak seindah namanya.
Sepatutnya dengan tertegaknya sistem Islam, maka akan teraturlah kehidupan manusia sejagat. Tetapi sebaliknya berlaku pada masa ini.
Sejarah pernah menceritakan ketika mana Islam dan segala sistemnya jatuh di bawah Mustafa Kamal Attarturk. Ketika itu masih ada golongan yang masih sedar akan kepentingan kita berada di bawah sistem Islam ini. Maka timbullah banyak cadangan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Maka di kala ini, seorang ulama terkenal, Shakib Arsalan Rahimullah, iaitu mufti Palestin yang terakhir pernah berkata ketika beliau ditanya cadangan serta persoalan sebegini..
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”
Tambahnya, "Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”
So, pendidikan individu masih belum tertegak lagi di situ. Individu yang dilahirkan adalah individu yang jika dikumpulkan, hanya akan menambah bilangan angka-angka kosong.
Maka tidak pelik lah jika semua yang kita sendiri lihat berlaku di negara kita.
Maka, saya menyeru anda semua untuk bersama-sama memperbetulkan apa yang telah berlaku. Kita sama sama perbaiki proses pembinaan diri ini. Kerana dari diri individu-individu yang berkualiti, maka mereka dapat disusun untuk menjadi batu bata kukuh, yang mampu menahan segala anasir-anasir negatif yang melanda, walaupun sehebat mana jua anasir-anasir ini hadir, namun akan tetap utuh binaannya.
Perjalanan Malaysia masih jauh. Jauh lagi dari apa yang kita boleh banggakan.
Selamat hari Kemerdekaan yang ke 50. Semoga kita sama sama sedar dan mengorak langkah agar Malaysia dapat melahirkan individu-individu yang bernilai dan bukannya hanya penambah jumlah angka kosong-kosong yang sia-sia untuk tempoh masa 50 tahun akan datang.
Salam perjuangan.
No comments:
Post a Comment