Monday, February 25, 2008

Ujian Adalah Tapisan Kepada Daie

Assalammualaikum warahmatullah

Banyak sebenarnya ujian yang hadir dalam diri kita. Kesibukan dengan pelajaran, dakwah kita, duit yang acap kali tidak mencukupi, beban kerja-kerja teknikaliti, dan banyak lagi menyebabkan kadang kala kita asyik keluh kesah yang tidak menentu. Ini tidak ditambah lagi dengan cabaran berhubung dengan keluarga, kawan-kawan, mahupun lawan yang memang tak dapat dipisahkan dari diri. Sehingga kadang kala diri rasa mahu cepat mengalah dan pergi menyembunyikan diri, dan lari sejauh-jauhnya daripada permasalahan yang mendatang.

Tapi selalunya kita lupa bahawa ujian itu sebenarnya adalah satu tarbiyah daripada Allah SWT.

Allah berikan ujian kepada diri kita untuk mengingatkan kembali HAMBA-HAMBANYA (sengaja highlight yg ini, sebab kita selalu lupa status kita pada yang Esa) kepada Allah kembali setelah lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifahNya. Dan juga ujian yang datang adalah sebagai satu tapisan yang Allah buat kepada HAMBA-HAMBANYA untuk membezakan antara yang bersungguh-sungguh mencari redhaNya dan yang hanya sekadar indah di mata.

Kalau kita singkap kembali kisah Talut dan Jalut (Al-Baqarah, 2:246-252) tentang bagaimana berlakunya tapisan-tapisan dalam Allah memenangkan Talut, maka memang menjadi lumrah untuk manusia ditapis oleh Allah SWT, dan lagi-lagi untuk para daie. Kerana tapisan yang dibuat ini membolehkan kualiti yang terbaik diperoleh, kerana kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Kualiti yang baik, walaupun sedikit, namun tetap utuh. Contoh yang lain adalah seperti di medan Badr, di mana tentera Islam jauh lebih sedikit dari tentera Musyrikin Mekah.

Analogi kepada ujian dalam diri daie ini adalah seperti dua tasik; di mana satu tasik itu adalah jernih manakala satu lagi tasik adalah kotor dan berkeladak. Lama-kelamaan keladak dan kekotoran itu akan termendap ke dasar tasik, dan akan kelihatan jernih daripada pandangan atas. Maka kedua-dua tasik ini kelihatan sama pada pandangan mata ini. Untuk membezakannya, maka kita baling batu kedua-dua tasik itu. Yang asalnya berkeladak itu akan berkeladak semula, dan yang jernih tetap akan jernih. Sama juga dengan manusia, di mana ujian itu adalah batu yang dibaling ke dalam tasik tersebut.

Harapnya ujian yang mendatang kita dapat sama-sama harungi dengan sabar dan redha. Insya Allah kita sama-sama berdoa supaya Allah terus menetapkan kita di jalanNya, dan kita tetap dalam iman apabila diri dipanggil pulang menghadapnya.

5 comments:

fakulito said...

aie, ade spam comment. delete cpat.

ihsan_huhu said...

uni xstart lg dh ade ujian.. lek2 luh

ihsan_huhu said...

uni xstart lg dh ade ujian.. lek2 luh

Anonymous said...

Attention!

Anonymous said...

See Here or Here