Wahai sahabatku,
Aku gembira melihat kalian semakin matang,
Matang dalam bergerak menyampaikan dakwah kepada insan-insan,
Matang dalam merancang masa depan kehidupan yang bakal penuh onak,
Kerana kalian merasa akan pentingnya risalah ini dikongsi bersama.
Wahai sahabatku,
Dalam keghairahan kita menyampaikan dakwah ini kepada orang lain,
Ingin aku menarik tangan kalian kembali,
Untuk kita sama-sama duduk dan beriman sejenak,
Akan apa yang kita lakukan seharian.
Wahai sahabatku,
Aku takut.
Aku takut jika tiba-tiba Allah mendatangkan musibah ke atas kita,
Dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan,
Sama ada yang kita sedari ataupun tidak,
Sama ada yang kita akui ataupun yang kita nafikan akan diri ini melakukannya.
Wahai sahabatku,
Matlamat kita sangat besar!
Yang kita kejar adalah REDHA Tuhan seluruh alam ini.
Aku takut kiranya dalam kita membina bangunan ISLAM yang kita idamkan,
Kita meletakkan batu bata yang tidak kukuh, yang pecah-pecah,
Yang dicemari dengan dosa-dosa dan hati yang kotor,
Yang satu harinya akan menyebabkan bangunan ISLAM itu cacat dan akhirnya runtuh!
Wahai sahabatku,
Dalam kita mahu menuju kepada Allah ini,
Sucikan hatimu dari segala yang bisa menjadikan dakwahmu cacat,
Ataupun menyebabkan hati-hati manusia yang kita tuju ditutup oleh Allah,
Hidayah tidak akan sampai buat mereka, kerana kita.
Wahai sahabatku,
Mari kita sucikan diri ini,
Jauhkan dari fitnah hati yang mampu merosakkan segala usaha kita,
Jagalah pergaulanmu hingga kamu diikat dengan tali yang menghalalkan segala,
Dan sehinggalah diri dipanggil pulang olehNya.
Wahai sahabatku,
Mari sama-sama kita berpimpinan tangan,
Agar kita tidak jatuh di pertengahan jalan,
Dan tidak menyesal di hujung waktu.
Wahai sahabatku,
Aku sayangkan kalian,
Kerana ikatan ukhuwah Islamiyah yang Allah berikan kepadaku,
Maka nasihatilah langkah-langkahku jua,
Sepertimana aku menasihati kalian.
Kerana sayangnya aku pada kalian hanya semata-mata kerana ALLAH SWT.
2 comments:
jazaka-Allahu khair..
Sesungguhnye.. aku juga menyayangi kamu, ahli-ahli rumah meredith, ahli NAAFS dan sahabat-sahabat yang lain kerana Allah..
ukhwah fillah, insyaAllah
Post a Comment