10.30am
Tiba di perkarangan Kedutaan Turki di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Ramai ikhwah dan akhwat yang hadir di sana. Kelihatan beberapa buah bas diparkir di tepian jalan, bersama-sama dengan puluhan, malah ratusan kereta-kereta di sepanjang Jalan U-Thant ini.
Ah, berjumpa semula dengan ikhwah-ikhwah yang sama-sama terjun di
11.00am
"Khaibar2!!" . "Hidup Palestinnnn. . Hidup Turkiiii.." "Hancurrrrrr Israel..". Itu adalah laungan-laungan yang dimulakan bagi membakar semangat kami. Semua berkumpul di hadapan kedutaan, untuk memberikan pengiktirafan atas usaha kerajaan Turki dalam hal ini. Memorandum dihantar oleh Akhi Aminuddin dan Akhi Zaizul ke dalam Kedutaan Turki. Kemudian ada ceramah oleh Ustaz Shahruzzaman, disusuli oleh ucapan Akhi Aminuddin, Akhi Zaizul, Ukhti Norhashimah Salleh, Ustaz Abdullah Zaik, dan ucapan oleh wakil dari rakyat Palestin. Diakhiri dengan doa oleh Ustaz Rushdi, berlinangan air mata sebahagian peserta yang ada di hadapan kedutaan ini kerana cintakan keamanan hadir di bumi Palestin.
12.00pm
Berakhir sudah perkumpulan kami di sini. Kami diingatkan untuk tidak menghalang lalu-lintas, tidak mencetuskan suasana tegang seperti membakar dan lain-l
Itulah sebahagian pengkhabaran yang dapat dikongsikan bersama ntum semua. Moga menjadi penguat dalam diri untuk terus memacu dakwah di mana-mana sahaja; di bumi kangaroo Australia, di tanah air Malaysia, hatta pun di penjuru dunia mana pun kita.
Insya Allah.
"(To the Israelis) If you don't understand it in Turkish, I will say it in English: You shall not kill (sic),"- Erdogan, 2010
No comments:
Post a Comment