Monday, July 04, 2011

Daie Juga Punya Cinta: Siri 2 - dari blog Rozanizam

Misi mencari misi dan kisah nappy nasihah kita tangguhkan sementara. Tergerak hati untuk menyambung beberapa siri dalam Fussilat yang terbengkalai. Yang pasti, masih dengan konsep yang sama, iaitu menyempurnakan misi seorang hero.

Antaranya yang satu ini, daie juga punya cinta, siri 1

Jadi misi saya hari ini adalah untuk menyambung peringatan untuk diri sendiri dan insan-insan lain yang sudi singgah ke blog ini tentang misi hidup yang ada dalam semua individu. Misi berumahtangga atau berbait muslim atau kahwin atau mana-mana istilah yang seangkatan dengannya.

sekadar gambar hiasan, saya pun tidak tahu cerita ini tentang apa.



Saya telah sentuh dalam siri pertama tentang langkah pertama iaitu prinsip “berpaling kepada petunjuk tuhannya”, yang dalam bahasa mudahnya – betulkan niat! Mudah tetapi begitu mencabar.

Prinsip kedua yang saya hendak kongsikan ialah tentang persediaan, yang mana saya pasti kalau nak bercerita tentangnya sahaja mungkin makan masa lebih 3 hari 3 malam. Saya akan skip bab persediaan physical seperti di mana nak tempah baju, bila patut mula beli barang-barang hantaran, kat mana yang senang nak register kurus nikah dan sebagainya. Semua tu boleh google!

Prinsip kedua ini ialah “menjadikan perkahwinan/bait muslim sebuah misi”.

Kebanyakkan manusia melihat perkahwinan sebagai milestone, target hidup atau timeline kehidupan dan bukan sebagai misi. Buktinya. Berapa ramai dari kita yang tidak ada agenda yang jelas tentang perkahwinan.

“dah ready nanti kahwinlah..”
“awal lagi..takkan nak fikir dah kot..”
“nanti dah kerja kahwin la..”
“mak ayah bg greenlight nnt baru fikir”

Semua ini adalah simptom yang menunjukkan pada sebahagian besar kita, perkahwinan hanya sekadar sesuatu yang kita hanya tunggu jadi dan berserah pada ketentuan. Kesannya, kita tidak bersedia atau bila betul-betul jadi, kita jadi gelabah. Tak tahu mana nak mula, tak tahu duit ada ke tak, tak tahu macam mana nak timing, tak tau nak bincang apa dan sebagainya.

Kalau tournament bola sehari pun kita plan berminggu-minggu, kenapa kita rasa perkahwinan yang akan last for the rest of our life, kita berani dengan konsep “go with the flow”?

Maksud saya menjadikan perkahwinan sebagai misi ialah plan sebaiknya seolah-olah (baca: sememangnya) ia sebuah misi besar yang kita nak capai. Seperti misi-misi yang lain. Kalau misi kita nak jadi jutawan by age 40, maka kita mesti mula fikir jalan nak capai semua itu dari sekarang. Mula membaca, mula register company, mula cari produk etc.

Jadi begitu juga sebuah perkahwinan. Ia adalah mis yang sangat besar, maka perancangannya juga kena teliti.
Saya ambil satu contoh mudah. Ramai orang kalau ditanya, akan cakap “nak kahwin setahun lepas kerja”

Baik, untuk yang plan macam itu, cuba jawab persoalan dibawah ini

- dengan siapa?
- Bila nak mula bincang dengan family? Family ok dengan plan tu?
- Duit perlukan berapa? Majlis, mahar, belanja permulaan keluarga, rumah, kereta
- Dah siapkan diri? Ilmu, akhlak, emosi, peribadi
- Kerjaya? Dapat ke pekerjaan yang diinginkan? Setahun lepas kerja tu dah dapat ke support plan untuk kahwin hujung tahunnya?

Selagi kit atidak punya jawapan jelas dan meyakinkan untuk persoalan-persoalan ini, maka sebenarnya plan nak kahwin setahun lepas kerja itu sebenarnya hanya angan-angan. Bukan misi.

Seperti yang saya sebut sebelumini, angan-angan tidak perlukan hero. Tapi misi perlukan hero!

Hero ialah orang yang tahu misi dia nak kahwin lagi 3 tahun, dia perlu kumpul sekurang-kurangnya 15 ribu ringgit, maka dia start rangka plan mengumpul 15 ribu ringgit dalam masa 3 tahun. Contohnya

Dari study sampai grad – 2 tahun.
Target – kumpul 40% dari 15 ribu tu dlm masa 2 tahun
Cara – saving 10% dari elaun setiap bulan – kaedah cut down makan luar 3 kali sebulan/ kerja sambilan etc.

Nah sekarang baru kita nampak ada hero – seorang yang ada misi, berusaha kearah misinya, berusaha menentang ‘musuh-musuh’ misinya dan at the end of the day, dia Berjaya capai sesuatu.

Ok, tercapai misi saya. Nak semua orang berfikir. Hidup ini mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan. Sebagai hero, kita kena ambil tanggungjawab terhadap misi kita.

Akan datang: prinsip ketiga- “musuh nombor satu misi seorang hero”

Dari laman blog Dr Rozanizam Zakaria
Blog: [Misi Mencari Hero]

No comments: