Sunday, September 02, 2007

Sambutan Kemerdekaan ke 50 di Kent Town + Paradise

Sambutan Kemerdekaan ke 50 Malaysia telah diadakan di Kent Town dan Paradise dengan hebatnya. Jamuan nasi ayam kami yang best telah diberikan kepada para tetamu.
Gambar-gambar para peserta perarakan kemerdekaan (haha) sebelum dan selepas makan dan pengisian.

Bukan kerana tidak memekik lolong seperti orang kebanyakan menandakan kami tidak patriotik. Malah dalam Islam tidak pernah dikatakan patriotisme adalah salah.

Nabi Muhammad pun ada sifat patriotisme. Seperti ketika hijrah di mana baginda memandang Mekah dengan sayu... berazam mahu kembali semula ke sana satu hari nanti. Juga kisah yang termaktub dalam Surah Al-Baqarah di mana Allah merakamkan perasaan Nabi yang ketika itu sangat mengharap akan kiblat yang ketika itu di Baitul Muqaddis di Palestin ke Baitullah di Mekah. Walaupun Nabi tidak pernah berdoa, tetapi Nabi memandang ke langit selalu.. Dan sudah tentulah Allah amat memahami hati kekasihNya yang merindukan supaya kiblat ditukarkan kembali ke Baitullah.

Maka, bukanlah Islam tidak membenarkan langsung perkara ini. Cuma seharusnya umatnya meletakkan Islam lebih tinggi dari segala perkara yang lain, termasuklah kecintaan kepada bangsa dan negara. Sebab Islam itu adalah deen yang tertinggi, yang terpenting yang sepatutnya disemaikan dalam diri setiap individu yang mengaku mereka seorang Muslim dan Muslimah.

Sebagai contoh, dalam nak menyambut kemerdekaan, kena ikut caranya la. Kalaulah sambutan itu menyalahi apa yang Islam telah gariskan, maka haruslah dijauhi. Yang halal tetap jelas, yang haram tetap jelas.


Sebab itu hendak kami stresskan. Bukan sebab kami tidak pergi ke menyambut kemerdekaan bersama anda yang lain sebab kami tidak patriotik. Malah kami berani mengatakan yang kami lebih patriotik daripada kamu. Sebab kerana kami ada matlamat yang jauh lagi besar untuk negara kami Malaysia. Kami mahu memperbaiki negara kami dari segala kemunduran yang anda boleh baca dari post saya yang sebelumnya.

Sebab kami sayangkan sangat negara kami, mungkin lebih lagi dari kamu.

Merdeka!!

6 comments:

Anonymous said...

"Nabi Muhammad jua mencintai negara kelahiran baginda - Makkah al-Mukarramah. Walaupun penghijrahan baginda ke Madinah al-Munawwarah merupakan suatu kemenangan, tetap utuh dalam hati mahu kembali ke tanah air sendiri. Inilah semangat patriotik yg membawa kepada Futhul Makkah."(a credit to Bro Saif - 1sept07 [Kent Town])



di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung!
insyaAllah


selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke-50...

Anonymous said...

yup, nasi ayam yg best bersama lettuce2 yg byk (Eddy, asek2 aku je yg kene bab2 sayur nih. ish3)

fakulito said...

insyaAllah Alhamdulillah.

ainishamsi said...

assalammualaikum, maaf menyemak sebentar.

jujurnya, memang ramai kata, kite kene tolerate sket. tolerate tuh, tolerate nih. tapi itulah. kalau dah haram kata Tuhan, haramlah. Halal, halallah. Takde tolerate2. Sepatutnya, sambutan sebeginilah yang dijalankan besar-besaran.

Anonymous said...

slm.
ada benarnya ckp ko aie...
tp pd pendapat aku laa, lg elok kalau ko sampaikn msg ni kpd pihak2 yg berkenaan drpd sekadar dipost dlm blog, entah diorg bace ke tidak...
Harap dpt disampaikn kt hsem8 & kenalan2 yg jd tenaga penggerak MISSA supaya perkara ini dpt diketengahkn lain kali & kalau boleh hantarkn wakil setiap kali meeting diadakn.
Begitu lagi bermanfaat, kita dpt bdakwah (bukan sekadar komplen itu ini salah selepas perkara terjadi), diorg pulak dpt benefit dr segi kesedaran ttg perkara2 yg bkenaan.
Sekian...tq ;)

aie144 said...

Insya Allah.

Perkara ini best juga untuk dibawa kepada MISSA. Kita bagi alternatif sedikit kepada sambutan yang biasa kita buat.

Betul tak?

Wallahu'alam