Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Nisa’: 165)
Hambanya melalui ranjau yang sangat jauh... Hanya semata-mata mencari keredhaan mu ya Allah.. Hanya di Kau sebagai Ilah ku..
Thursday, September 27, 2007
Kenangan Melbourne 2007...
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Nisa’: 165)
Sunday, September 16, 2007
Cuti dah bermula!
Cuti Spring sudah bermula. Walaupun tak seperti cuti yang sangat merelaxkan seperti sesetengah orang, namun insya Allah akan digunakan sebaik-baiknya.
Kelmarin, ada solat tarawih beramai2 di Kent Town. Sangat meriah sambutannya! Ramai sangat yang datang ketika itu. Walaupun dalam kemeriahan itu, hanya seorang dari 5 orang-orang yang ku sayangi tidak dapat hadir, aku rasa sangat gembira. Mungkin salah aku.
Hari ni projek mengemas rumah (insya Allah kalau takde halangan) dan juga study. Sebab hari hari yang mendatang banyak perancangan yang telah dirancang. Harap2nya Allah memberi kekuatan menempuhi di kala Ramadhan ini. Dan juga jauhkan diri daripada perkara2 yang tak berfaedah di kala Ramadhan ini.
Jom sama2 kita berusaha supaya amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT. Moga2 kita ditempatkan oleh Allah di kalangan hamba2Nya yang diredhaiNya.
Insya Allah
Tuesday, September 04, 2007
Menanti Datangnya Kekasih Hati yang Ditunggu-tunggu
Sayangnya, selalunya setiap kali bertemu pasti tidak lama. Baru hendak merasa belai kasih sayang dan rahmat bersamanya, pasti dia akan mula bergerak menjauhi dan akhirnya meninggalkan. Mana mungkin terlupa saat berpisah tahun lepas. Menitis air mata mengenang perpisahan yang menjengah. Aduh. Syahdunya.
Tapi kali ini kekasih ini datang lagi. Maka kali ini aku harus bersedia secukupnya. Untuk bersama dan menghayati setiap detik bersama. Sukar rasanya untuk melepaskannya pergi kali ini.
Tarikhnya pasti akan kutunggu. Dia akan datang…
Namanya Ramadhan..
Bukan mana-mana jejaka tampan atau gadis rupawan..tetapi sebuah bulan yang indah.. yang datang dengan terbukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka…yang menyeru aku kekasihnya agar bersiap sedia dan menyingkirkan keburukan yang dicemburuinya.
Sebagaimana sabda baginda
“Ketika datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dan diikat syaitan. Ada yang menyeru, wahai pencari kebaikan bersiap-siaplah, wahai pencari keburukan menyingkirlah.” (Hadith riwayat Al Khamsah kecuali Abu Daud)
Dialah bulan yang sekiranya aku menyambutnya dengan iman dan harapan kepada Allah akan diampunkan dosaku..
Persis apa yang disuratkan kekasihNya.
“Barangsiapa puasa bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadith Ahmad dan Ashabussunan).
Benarlah kasihnya tiada ganti..
Seperti apa yang dilafaz Khatimul Anbiya’
“barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan ramadhan, tanpa ada rukhsah, tidak dapat digantikan dengan puasa satu tahun.” (Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan At Tirmizi).
Kekasihku sudah makin tiba, aku mahu bersedia menyambutnya. Kamu bagaimana pula?
(dari laman web MISSA)
Sunday, September 02, 2007
Sambutan Kemerdekaan ke 50 di Kent Town + Paradise
Bukan kerana tidak memekik lolong seperti orang kebanyakan menandakan kami tidak patriotik. Malah dalam Islam tidak pernah dikatakan patriotisme adalah salah.
Nabi Muhammad pun ada sifat patriotisme. Seperti ketika hijrah di mana baginda memandang Mekah dengan sayu... berazam mahu kembali semula ke sana satu hari nanti. Juga kisah yang termaktub dalam Surah Al-Baqarah di mana Allah merakamkan perasaan Nabi yang ketika itu sangat mengharap akan kiblat yang ketika itu di Baitul Muqaddis di Palestin ke Baitullah di Mekah. Walaupun Nabi tidak pernah berdoa, tetapi Nabi memandang ke langit selalu.. Dan sudah tentulah Allah amat memahami hati kekasihNya yang merindukan supaya kiblat ditukarkan kembali ke Baitullah.
Maka, bukanlah Islam tidak membenarkan langsung perkara ini. Cuma seharusnya umatnya meletakkan Islam lebih tinggi dari segala perkara yang lain, termasuklah kecintaan kepada bangsa dan negara. Sebab Islam itu adalah deen yang tertinggi, yang terpenting yang sepatutnya disemaikan dalam diri setiap individu yang mengaku mereka seorang Muslim dan Muslimah.
Sebagai contoh, dalam nak menyambut kemerdekaan, kena ikut caranya la. Kalaulah sambutan itu menyalahi apa yang Islam telah gariskan, maka haruslah dijauhi. Yang halal tetap jelas, yang haram tetap jelas.
Sebab itu hendak kami stresskan. Bukan sebab kami tidak pergi ke menyambut kemerdekaan bersama anda yang lain sebab kami tidak patriotik. Malah kami berani mengatakan yang kami lebih patriotik daripada kamu. Sebab kerana kami ada matlamat yang jauh lagi besar untuk negara kami Malaysia. Kami mahu memperbaiki negara kami dari segala kemunduran yang anda boleh baca dari post saya yang sebelumnya.
Sebab kami sayangkan sangat negara kami, mungkin lebih lagi dari kamu.
Merdeka!!