Friday, April 25, 2008

Tragedi Hitam Deir Yassin

(Memperingati tragedi pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin, Palestin 60 tahun yang lalu)- dari ISMAweb.

Muqaddimah

Hakikat kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, beberapa kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan Tragedi Deir Yassin yang berlaku 60 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Lokasi

Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.



Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Latar Belakang Tragedi Deir Yassin

Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabila secara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.



Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan Negara Haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin

Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.



Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.

Kata-kata saksi
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,”Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.



Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Angka korban yang besar

Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.

Siapakah arkitek kepada tragedi ini?

Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata, “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.

Kesan Deir Yassin

Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.

60 tahun selepas Deir Yassin

Kini telah 60 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.

Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?

Semoga Palestin dan Al Aqsa terbela!



Dr Zainur Rashid Zainuddin,
Biro Dakwah
ISMA Cawangan Seremban


Nota: Rujukan

Eileen Fleming – Remembering Deir Yassin. http://www.deiryassin.org
Harun Yahya. Palestine – Zionisme and Israel Terorisme. Islamic Book Service. Delhi 2003
Mohsen M.Saleh. History of Palestine. A Methodical Study of the Palestinian Struggle. Al Falah Foundation. Cairo 2005.
Razan Ghazzawi-Palestine: Deir Yassin, Commemorated 60 Times over. http://www.globalvoiceonline.org/2008/04/10
Ronnie Kasrils –Sixty Years After Deir Yassin. http://electronicintifada.net/v2/article9445
Tareq M. Suwaidan. Palestine – Yesterday, today and tomorrow. Ebbad Co. Kuwait. 2006.

Wednesday, April 23, 2008

Matlamat Hidup

Di sana, ku kembali merenung.. Jauh...

Teringat kembali kisah silamku pada awal 2005. Sama seperti adik-adik ini...

Aku bagai dilahirkan semula. Dan aku kenali erti sebenar akan matlamat hidup yang sudah lama aku lupakan. Aku bagaikan tersentak dari mimpi yang lama... Yang lama hingga membuatkan diriku sebati dengan jahiliyah-jahiliyah yang aku amat sukar untuk meninggalkannya.

Aku nampak. Di negaraku banyak masalah yang masih belum selesai. Dan begitu juga di serata dunia. Umat Islam tidak lagi dipandang tinggi, malah ditembak dan dipijak-pijak begitu sahaja. Masakan satu umat yang hebat satu masa dahulu diperlakukan sebegini?


Lalu diriku dipimpin oleh insan-insan yang sangat menyayangiku. Diajarkan aku bagaimana untuk mengikis karat-karat jahiliyah yang ada dalam diriku. Sedikit. Demi sedikit. Sepertimana daging yang busuk pada kaki; haruslah dibuang sedikit demi sedikit, buang sedikit kemudian letak ubat, bagi sembuh dan kering, barulah dibuang lagi sedikit, sehingga habis semua daging yang busuk. Dibuang sedikit demi sedikit kerana tidak mahu jika dibuang sekaligus daging yang busuk itu, maka akan datang infeksi lalu menjadi bernanah dan perlu dipotong supaya tidak mahu merebak.

Maka perlahan-lahan aku menyusun langkah.

Kini....

Aku mahu berkongsi dengan mereka yang kemudian dari diriku.

Walau apa kata mereka tentang naik-turunnya garisan ini, aku tetap mahu menyampaikan sepenuh hati kepada mereka.

Kerana apa?Kerana ia adalah segala-galanya dalam diriku mengenal apa erti matlamat hidupku ini!

Wednesday, April 16, 2008

Mukadimah kepada Rocky Paddock Campsite, Mt Crawford Forest Reserve



BINGKAI KEHIDUPAN-
Munsyid: Shoutul Harokah

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan

Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi




TEKAD (A Tribute to Izzatul Islam)-
Munsyid: Shoutul Harokah

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi...

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi...

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi...





Tuesday, April 15, 2008

Pentingnya Merancang Masa Hadapanmu Ya Akh!

Melbourne.

Terfikir sejenak betapa gembira nya hati bertemu dengan saudara-saudara ku di sana. Lebih-lebih lagi tuan rumah Barkley yang memberi layanan terbaik kepada kami dari Adelaide. Paling diri ini bersyukur kerana dapat berjumpa budak Koleq 01, Hairul Adha (aka Ladha) yang telah banyak membuatkan ku terhibur. Mana tidaknya, sesyadid-syadid kami, bila kami saling bertemu, maka perkara paling lucu yang anda semua boleh terfikir berlaku, boleh berlaku antara kami. Budak Koleq...

Hari Sabtu berjumpa dengan adik-adik baru Melbourne. Ceria-ceria belaka kesemua. Serta bersemangat untuk menerima segala pengisian hari tersebut. Graf Sejarah Islam sama-sama kami perhalusi dan kami faham, dan bersemangat untuk menaikkan kembali graf tersebut.

Hari Ahad. Hmm..

Tajuknya amat interesting (walaupun pada hakikatnya dah lama tahu). Haha. Untuk Keiyo dengan Paklan, biarlah terbuka sedikit mata nya. Hehe. Tapi di kala itu juga terfikir sejenak, tentang perlunya diri ini merancang masa depan dengan sebaik-baiknya.

Kenapa?

Masa depan akan hanya sampai kerana adanya hari ini.

Sekiranya diri tidak dipersiapkan hari ini, maka kesudahannya berkemungkinan sangat buruk dan padah pada hari yang mendatang. Maka perlulah diri merancang dengan rapi dan teliti akan setiap perkara yang ingin dicapai.

Sebab taknak rasa yang lamanya kehidupan dalam dunia ini sampai asyik bertangguh sahaja, yang walhal pada hakikatnya dunia ini hanyalah satu titik daripada satu garisan lurus yang tidak putus-putus.

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan yang tidak mendapat petunjuk: semasa hidup di dunia)." Surah Yunus, ayat 45.

Taknak jadi orang yang sangat rugi!

So, harap dapat istiqamah dalam merancang masa depan, serta dapat diberi panduan juga dalam diri ini mara terbang jauh ke atas.

P/S: Paklan dah pernah membawa kereta di atas jalan bumi Aussie ini. Sejam setengah lagi tu. Syukur selamat sampai!

Friday, April 11, 2008

Jalan-jalan Melihat Alam...

Hujan turun sepanjang hari. Walaupun tidak lebat, namun tetap membasahkan bumi. Serta basikal burukku.
Ni Ted Cleary. Dia dulu jaga PBL kat Uni Adelaide. Sekarang dah bersara.

Walaupun begitu, hari ini kurasakan yang hari ini adalah hari yang gembira. Diri merasakan banyak memberi contribution dalam PBL tadi. Hari ini adalah session kedua case 5... Session 1 sudah memberitahu diagnosis patient ini, iaitu HIV positive. Banyak nya kena prepare untuk kes ini sebelum datang tadi. Tapi, tiba-tiba datang diagnosis baru iaitu Hep C. Banyak lagi la kena studi cuti ni.

Ah, tak mengapalah.

Sekurang-kurangnya diri ini tidak akan terlepas pandang tentang medic cuti ini.

Ah, diri ini tidak ada di Adelaide sehingga Isnin. Kembara... Jalan-jalan Melihat Alam...

Hehe..

Thursday, April 10, 2008

Dan Terjatuh Lagi..


Selalu diri ini lupa padaNya. Yang segala yang ada di langit dan di bumi ini semuanya telah diatur oleh Allah. Selalu alpa tentang PENCATURAN ALLAH SWT.

Maka diri ini memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua atas kesilapan dan ketidakmatangan diri ini.

Kenapa?

Kerana diri ini juga adalah manusia biasa.

Tuesday, April 08, 2008

If I Could... (Kalaulah Aku Boleh..)

Pagi di TQEH.

Bedside tutorialku bersama dengan Consultant dan juga RMO sangat tidaklah memberangsangkan. Terutama ketika dengan Consultant. Sepatutnya kami perlu diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk melakukan PE bagi sistem haematological. Instead, A/Prof ****** berkata dia sedang sangat sibuk dengan tugasan sebagai visiting orthopaedic consultant, maka kami perlu mengikuti segala tunjuk ajar tentang orthopaedic (erm.. maksudnya tulang- sangat lah bosan).
Kemudian datanglah seorang pesakit yang hendak mengadu akan sakit yang dialaminya. Back pain, with hip pain as well pain in the gluteal muscle. Banyak lah pula. So, adalah salah seorang member tutorialku hendak menutup pintu bilik consultant itu, agar confidentiality pesakit dapat disimpan dengan baik-baik.

"What are you doing there?" tanya Consultant itu. "I just want to close the door," jawab sahabatku.
Ini adalah gambar yang diambil secara sembunyi-sembunyi. Huhu...

"Kneel and PUT YOUR HANDS ON THE FLOOR. Feel what it is like!". Seakan-akan kena denda pumping kat lantai la pulak. Huhu. Takut bukan main masa tu. "What do you feel?". "I don't know". "Can't you feel that it is d**n hot in here!". Huhu. Kena marah pulak.

Selepas itu sesi itu sangat lah tidak best. Kami berempat rasa sangat stress ketika itu. Consultant itu pula sangat tidak baik bahasanya dengan patient tersebut. "Yeah, you are to fat at this stage," adalah salah satu yang telah dihamburkan kepada patient yang bagaikan menerima apa sahaja yang consultant itu berikan.

Tiba-tiba, aku terfikir........

If I Could... Kalau lah aku boleh...

Boleh mengubah consultant itu supaya berubah menjadi lebih baik, lebih penyayang kepada patients dan juga kepada medical students, alangkah baiknya. Menjadi lebih prihatin terhadap segala yang ada.. Hatta hati-hati insan yang lain.

Tapi aku terfikir...

Bukan dia yang patutnya aku cuba untuk ubah. Tetapi diri aku dan juga rakan-rakan yang ada.

Kenapa?

Sebab dia dah jadi macam tu. Susah nak ubah dah. Tetapi aku yang masih student ini masih berpeluang untuk berubah supaya tak jadi macam dia.

Sama juga dengan kehidupan. Benda yang telah terjadi tidak perlu kita tangisi dan bersedih ke atasnya. Tetapi benda yang masih mampu kita ubah, maka perlulah diubah dengan tangan, mulut, dan setidak-tidaknya hati. Kerana merupakan sunnatullah untuk kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd, 13:11).

Kita tahu bahawa segala yang ada di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah SWT, baik yang telah, sedang mahupun yang akan terjadi. Qada' dan Qadar. Tapi hakikatnya Allah nak kita berusaha kerana itu memang menjadi Sunnatullah keatas semua yang terjadi di muka bumi ini. Tetapi natijahnya, sama ada benda yang kita nakkan berlaku itu terjadi atau tidak, itu adalah hak Allah SWT.

So, benda yang telah lepas tu, insya Allah kita redha lah, sebab itu yang terbaik buat diri kita. Namun kalau benda itu masih ada peluang untuk kita perbaiki dan ubah, maka perlulah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

So, insya Allah, jika masih ada sesuatu yang mampu kita ubah, maka kita ubah. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahukan. Namun, selalulah redha sekiranya natijah yang datang adalah tidak seperti apa yang kita mahu.

Sebab itu tiada kata kesal.. "If I could..." dalam Islam.

Insya Allah, diri ini akan berusaha sebaik-baiknya.