Di sana, ku kembali merenung.. Jauh...
Teringat kembali kisah silamku pada awal 2005. Sama seperti adik-adik ini...
Aku bagai dilahirkan semula. Dan aku kenali erti sebenar akan matlamat hidup yang sudah lama aku lupakan. Aku bagaikan tersentak dari mimpi yang lama... Yang lama hingga membuatkan diriku sebati dengan jahiliyah-jahiliyah yang aku amat sukar untuk meninggalkannya.
Aku nampak. Di negaraku banyak masalah yang masih belum selesai. Dan begitu juga di serata dunia. Umat Islam tidak lagi dipandang tinggi, malah ditembak dan dipijak-pijak begitu sahaja. Masakan satu umat yang hebat satu masa dahulu diperlakukan sebegini?
Lalu diriku dipimpin oleh insan-insan yang sangat menyayangiku. Diajarkan aku bagaimana untuk mengikis karat-karat jahiliyah yang ada dalam diriku. Sedikit. Demi sedikit. Sepertimana daging yang busuk pada kaki; haruslah dibuang sedikit demi sedikit, buang sedikit kemudian letak ubat, bagi sembuh dan kering, barulah dibuang lagi sedikit, sehingga habis semua daging yang busuk. Dibuang sedikit demi sedikit kerana tidak mahu jika dibuang sekaligus daging yang busuk itu, maka akan datang infeksi lalu menjadi bernanah dan perlu dipotong supaya tidak mahu merebak.
Maka perlahan-lahan aku menyusun langkah.
Kini....
Aku mahu berkongsi dengan mereka yang kemudian dari diriku.
Walau apa kata mereka tentang naik-turunnya garisan ini, aku tetap mahu menyampaikan sepenuh hati kepada mereka.
Kerana apa?Kerana ia adalah segala-galanya dalam diriku mengenal apa erti matlamat hidupku ini!
No comments:
Post a Comment