On my own, but mostly the savannah,
Where the tumbleweeds fade away and die,
Before the glassy sun burns a summer of crystals,
The glistering waters of the high seas
Of which was so far a place as of where vultures roam.
I looked around but you weren't anywhere...
You used to say that you would never die,
But I took the wrong meaning into my heart.
Now the sea is wild with despair,
Deep blue like a prairie of flowers blue,
Where all children of God rest in eternal peace.
I saw you at the end,
You and I, brother and sister of nature,
Brother and sister of heaven and earth,
Your usually calm and heavenly eyes full of tears,
Bitterly falling one after one into a river,
Then the river of life turned red in blood.
My eyes watched in horror.
Slowly and deadly your heart became poisoned,
You disappeared without saying good-bye,
Not a word came out of your mouth.
You became like desolation in its grave.
When once the skies were a realm of stars
And the sun shone brightly in summer skies,
You were there to share the calmness;
But now I stand here in midst of the tall grass
And only the savannah remains.
By: Arthur Hawking
Hambanya melalui ranjau yang sangat jauh... Hanya semata-mata mencari keredhaan mu ya Allah.. Hanya di Kau sebagai Ilah ku..
Wednesday, December 12, 2012
Wednesday, September 05, 2012
Precious Water, for Us to Ponder
Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them? And We have made from water every living thing. Will they not then believe?
(Al-Anbiya',21:30)
Wednesday, July 18, 2012
Ayuh Tingkatkan Prestasi Iman dan Perjuangan dalam Bulan Tarbiyah: Bulan Ramadhan!
Firman Allah S.W.T :
Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan, dan bulan perjuangan. Kalau disingkap dari kisah-kisah generasi terdahulu, kita akan dapati pelbagai kejadian yang sangat menggoncang hati dan perasaan serta menguji keimanan hambanya, diberikan oleh Allah kepada mereka yang terdahulu ketika mana dalam bulan Ramadhan : Peperangan Badar, Pembukaan Kota Mekah, turunnya Al Quran, Pembukaan Kota Mesir, Pembukaan Kota Andalus Sepanyol, Peperangan Ain Jalut, dan pelbagai lagi peristiwa yang sangat memberi impak yang mendalam diri setiap individu Muslim yang melalui pengalaman-pengalaman tersebut. Dari sini, para sahabat dan para pewaris perjuangan Rasulullah SAW yang terdahulu mengambil ujian yang diberikan oleh Allah SWT sebagai pemangkin kepada kehebatan iman mereka kepada Allah.
Mungkin ramai yang bertanya, mengapakah mereka mampu melakukannya?
Dan soalan yang paling acap kali ditanya, mampukah KITA melakukan apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu?
Mengapa TIDAK?
Rasulullah SAW pernah bersabda, yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Dan sekiranya kita 'upgrade' lagi cara kita melihat Ramadhan ini, dari pandangan sebagai seorang manusia yang tipikal kepada seorang pejuang Islam yang meletakkan dirinya sebagai orang yang berjuang, maka kita akan lihat bahawa bulan Ramadhan bukan hanya menjadi satu 'pesta ibadah' semata-mata, tetapi Ramadhan yang mendatang merupakan satu peluang untuk menyusun semula agenda perjuangan mereka, serta melaksanakannya bersungguh-sungguh seperti mana para sahabat dan mereka yang terdahulu. Mereka sanggup, dalam keadaan lapar dan panas berpuasa, mereka mampu melakukan sesuatu yang besar dan hebat. Something extraordinary!
Maka saya berharap agar setiap individu melihat bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti sebagai bulan pemangkin kepada kehebatan iman serta perjuangan amal kita untuk dipersembahkan di hadapan Allah nanti. Dari sekecil-kecil perjuangan untuk bangkit di malam hari untuk bersolat qiyamullail, bersahur, solat berjemaah, bersedekah dan amal jariah, membaca Al-Quran serta menghafaznya, menyediakan hidangan juadah berbuka puasa, membayar zakat, bersolat Tarawih dan lain-lain, mahupun sekiranya Allah SWT menetapkan kita bagi berjuang di Palestin mahupun di mana sahaja di muka bumi ini yang mana umat Islamnya ditindas, maka kita sanggup untuk menyumbangkan sesuatu ke arah jalan perjuangan tersebut. Pastikan nilai iman, tunduknya diri ini sebagai hamba kepada Allah semakin meningkat seusai Ramadhan berlalu nanti.
Marilah sama-sama kita saling membantu bagi meningkatkan prestasi iman dan perjuangan dalam bulan Tarbiyah: Bulan Ramadhan ini. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan kali ini, dan semoga Allah menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik pernah kita hayati selama mana kita hidup sehingga ini.
Insya Allah!
Salam perjuangan buat semua.
Ahmad Khairi Bin Zazali
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 183)
Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan, dan bulan perjuangan. Kalau disingkap dari kisah-kisah generasi terdahulu, kita akan dapati pelbagai kejadian yang sangat menggoncang hati dan perasaan serta menguji keimanan hambanya, diberikan oleh Allah kepada mereka yang terdahulu ketika mana dalam bulan Ramadhan : Peperangan Badar, Pembukaan Kota Mekah, turunnya Al Quran, Pembukaan Kota Mesir, Pembukaan Kota Andalus Sepanyol, Peperangan Ain Jalut, dan pelbagai lagi peristiwa yang sangat memberi impak yang mendalam diri setiap individu Muslim yang melalui pengalaman-pengalaman tersebut. Dari sini, para sahabat dan para pewaris perjuangan Rasulullah SAW yang terdahulu mengambil ujian yang diberikan oleh Allah SWT sebagai pemangkin kepada kehebatan iman mereka kepada Allah.
Mungkin ramai yang bertanya, mengapakah mereka mampu melakukannya?
Dan soalan yang paling acap kali ditanya, mampukah KITA melakukan apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu?
Mengapa TIDAK?
Rasulullah SAW pernah bersabda, yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"Kalau dilihat bagaimana janji yang telah diberikan, kita akan rasai bahawa sebulan Ramadhan yang hadir itu adalah sebagai booster kepada segala amalan yang dilakukan oleh kita setiap hari. Kerana pada ketika inilah syaitan yang bertugas mengganggu gugat iman kita sepanjang 11 bulan yang lain telah dibelenggu oleh Allah SWT. Bermaksud 1 bulan yang boleh diguna pakai tanpa was-was oleh semua orang. 1 month without the influence of syaitan! Bayangkan betapa banyak perkara yang kalau sebelum ini kita rasakan malas-malas atau 'tidak berkesempatan' untuk dilakukan, kita boleh lakukan dengan cara yang terbaik sekali.
Dan sekiranya kita 'upgrade' lagi cara kita melihat Ramadhan ini, dari pandangan sebagai seorang manusia yang tipikal kepada seorang pejuang Islam yang meletakkan dirinya sebagai orang yang berjuang, maka kita akan lihat bahawa bulan Ramadhan bukan hanya menjadi satu 'pesta ibadah' semata-mata, tetapi Ramadhan yang mendatang merupakan satu peluang untuk menyusun semula agenda perjuangan mereka, serta melaksanakannya bersungguh-sungguh seperti mana para sahabat dan mereka yang terdahulu. Mereka sanggup, dalam keadaan lapar dan panas berpuasa, mereka mampu melakukan sesuatu yang besar dan hebat. Something extraordinary!
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar." (An-Nisaa' 4:95)
Maka saya berharap agar setiap individu melihat bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti sebagai bulan pemangkin kepada kehebatan iman serta perjuangan amal kita untuk dipersembahkan di hadapan Allah nanti. Dari sekecil-kecil perjuangan untuk bangkit di malam hari untuk bersolat qiyamullail, bersahur, solat berjemaah, bersedekah dan amal jariah, membaca Al-Quran serta menghafaznya, menyediakan hidangan juadah berbuka puasa, membayar zakat, bersolat Tarawih dan lain-lain, mahupun sekiranya Allah SWT menetapkan kita bagi berjuang di Palestin mahupun di mana sahaja di muka bumi ini yang mana umat Islamnya ditindas, maka kita sanggup untuk menyumbangkan sesuatu ke arah jalan perjuangan tersebut. Pastikan nilai iman, tunduknya diri ini sebagai hamba kepada Allah semakin meningkat seusai Ramadhan berlalu nanti.
Marilah sama-sama kita saling membantu bagi meningkatkan prestasi iman dan perjuangan dalam bulan Tarbiyah: Bulan Ramadhan ini. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan kali ini, dan semoga Allah menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik pernah kita hayati selama mana kita hidup sehingga ini.
Insya Allah!
Salam perjuangan buat semua.
Ahmad Khairi Bin Zazali
Pengerusi
PEMBINA Perak
Tuesday, July 17, 2012
Surat kepada Murabbi dan Murabbiah (dari Ikhwanonline.com)
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah…
Saudaraku murabbi, sesungguhnya penerimaan tanggungjawab untuk mentarbiah mereka yang diletakkan di bawah kendalianmu merupakan satu aqad perjanjian antara dirimu dengan mereka. Engkau merupakan pihak pertama dan mereka adalah pihak kedua. Manakala saksinya adalah Allah ‘Azza wa Jalla. Firman Allah bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Buruj:9)
Oleh kerana surat ini ditujukan kepadamu wahai murabbi, maka disebutkan di sini beberapa peringatan yang berkaitan dengan tanggungjawabmu secara khusus.
Antara isi kandungan yang paling asas dalam perjanjian ialah, engkau mesti membimbing mereka untuk melakukan perubahan yang positif sepanjang mereka berada di bawah seliaanmu. Perkara itu dilakukan menerusi pengurusan tarbawi yang betul, iaitu dengan meletakkan sasaran yang jelas, aktiviti-aktiviti yang tersusun serta kaedah-kaedah yang pelbagai.
Saudaraku, sentiasa letakkan di hadapan matamu firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…” (Al-Maidah:1)
Selalu ingatkan dirimu bahawa tanggungjawabmu yang pertama terhadap ikhwanmu ialah memegang tangan mereka dan meningkatkan mustawa mereka dalam semua aspek tarbiah; aspek makrifah, keimanan, kejiwaan dan tingkah laku (sulukiyyah). Ingatkan juga dirimu bahawa ukuran kajayaan yang sebenarnya ialah berkait rapat dengan perubahan yang berlaku pada mereka. Bukan diukur pada banyaknya aktiviti dakwah yang kalian laksanakan atau kepelbagaian wasilah yang dijalankan.
Mata mereka tertambat padamu
Aku berkata kepada diriku dan kepadamu: sesungguhnya mata ikhwan tertumpu kepadamu, maka janganlah engkau menjadi fitnah kepada mereka. Engkau mesti ingat bahawa sebahagian mereka mengambil ajaran agama ini hanya daripadamu. Jika engkau mengurangkan sebahagian daripada kewajipan agama, mereka juga akan mengurangkannya. Jika engkau meringan-ringankan sesuatu yang tidak sepatutnya diringan-ringankan, mereka juga akan turut meringan-ringankan. Ingatlah bahawa mengajar dengan perbuatan lebih mantap dan lebih berkesan daripada mengajar dengan perkataan sebagaimana pepatah ada mengatakan “jika engkau menjadi ketuaku, maka hendaklah engkau berada di hadapanku”.
Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi, sesungguhnya keyakian itu mesti dibina, bukan diperolehi secara percuma. Kayakinan akan terbina di dalam diri ikhwanmu dengan mereka melihat sikapmu yang positif, amalanmu yang baik seperti tawaduk, suka memberi, jujur dan benar dalam semua keadaan. Maka berusahalah untuk merealisasikan itu semua di dalam dirimu. Ingatlah selalu bahawa di sana ramai di kalangan ikhwan yang melihat dan menilai dakwah melalui tindakanmu. Maka takutlah kepada Allah dalam melaksanakan kerja dakwah ini.
Jangan jadi seperti lilin
Saudaraku murabbi, sesungguhnya factor asas kejayaanmu dalam memberi kesan yang positif di dalam diri ikhwanmu, selepas pertolongan Allah dan taufiq-Nya ialah engkau melaksanakan terlebih dahulu pada dirimu. Sejauh mana perkara itu meresap dalam jiwamu dan terkesan di hatimu, barulah ia membekas di hati ikhwanmu. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghayati apa yang engkau minta mereka menghayatinya. Jangan beralasan dengan kesibukan atau kesuntukan waktu. Tiada seorangpun yang boleh diuzurkan dari menambah bekalan untuk diri atau dibenarkan untuk berhenti dari beramal. Ingatlah pesanan Allah Ta’ala kepada Nabi s.a.w. bermaksud: “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” (Al-Insyirah:7). Ayat ini bermakna apabila engkau telah selesai berdakwah dan berjihad maka segeralah pula beribadah. Cukuplah kata-kata Rasulullah s.a.w. ini sebagai nasihat: “Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia dan lupa pada dirinya, seperti sumbu pelita, ia menerangi manusia dan membakar dirinya.” At-Tabraniy
Tawaduk dan tawaduk
Aku mengingatkan diriku dan dirimu wahai saudaraku yang dikasihi betapa pentingnya mentarbiah diri agar bersikap tawaduk. Antara tanda-tanda tawaduk yang ada pada diri murabbi ialah dia tidak merasai ada perbezaan antara dia dengan ikhwannya kerana kedudukannya sebagai murabbi, sehingga terbawa-bawa pada cara dia berinteraksi dengan mereka. Umpamanya dia mahu tempat duduk yang khusus, layanan yang khusus dan keistimewaan tertentu yang tidak didapati oleh ikhwannya.
Murabbi hendaklah mentarbiah dirinya supaya sentiasa merasai bahawa dia lebih rendah daripada ikhwan dan mereka lebih baik daripada dirinya. Kalaulah tidak kerana tanggungjawan yang diamanahkan kepadanya, tidaklah dia berada di hadapan mereka. Dengan cara itu, di samping pertolongan Allah, mudahlah baginya berinteraksi dengan mereka dan menghimpunkan hati-hati mereka. Letakkan dirimu di tempat mereka ketika engkau bercadang untuk menegur apabila mereka cuai dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Beri peluang kepada dirimu untuk mendengar nasihat mereka dan terima dengan dada yang terbuka. Jika engkau lewat atau tersilap, mohonlah kemaafan dari mereka dan jangan malu untuk berkata ‘saya tidak tahu’ jikalau mereka bertanya sesuatu yang engkau tidak tahu. Jangan sekali-kali gunakan kuasamu ke atas mereka kecuali dalam keadaan yang amat-amat terbatas.
Saudaraku murabbi, aku menasihati diriku dan dirimu, jangan halang seseorang daripada kalangan saudaramu untuk beramal sekiranya berlaku sedikit perselisihan antaramu dengannya, atau kerana engkau diberitahu sesuatu yang tidak kena mengenainya, atau kerana sesuatu kesalahan yang dilakukannya, atau dia telah tersasar sedikit dari jalan ini, atau dia telah lama menyepi kemudian ingin memulakan langkahnya kembali.
Siapa di antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah tersilap langkahnya?
Sekiranya setiap yang bersalah itu dihalang dari meneruskan amal, maka tidak akan ada seorangpun yang kekal di jalan dakwah!
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sekiranya kamu tidak berdosa, nescaya aku takut akan berlaku ke atas kamu sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu ujub dan ujub.” Al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah.
Hadis ini menjadikan kita menginsafi bahawa tersasar ke jalan yang salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara luaran dan dalaman adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi. Yang berbeza antara kita adalah dari segi banyak atau sedikit kesilapan itu serta bagaimana cara kita mengelak atau mengatasinya dengan izin Allah.
Dari sini aku ingin menegas kepada diriku dan dirimu wahai akhi murabbi, jangan jadikan gambar saudaramu yang lama terpampang di hadapan matamu, seolah-olah suatu bayangan yang tidak kunjung padam walaupun dia telah berubah dan telah berbuat baik. Hal ini seperti Firaun yang cuba mengaitkan Nabi Musa dengan masa lalunya yang pernah membunuh seorang qibtiy, lalu dia tidak layak untuk berdakwah. Firman Allah bermaksud: “Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?” (Asy-Syu’araa’:18-19)
Dan Nabi Musa a.s. tidak menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Firaun kepada dirinya, sebaliknya dia menarik perhatian Firaun terhadap perubahan yang telah berlaku dan terhadap kedudukannya yang baru. “Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya.” (Asy-Syu’araa’: 20-21)
Jangan lupa mengharap ganjran
Saudaraku, berusahalah bersungguh-sungguh menyediakan dirimu dari segi persediaan dalaman sebelum engkau memegang tugas menyelia ikhwanmu. Wasilah paling penting untuk mempersiapkan dirimu ialah doa. Mohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Dia membuka jalan-jalan kepadamu dan mencampakkan kebenaran di hatimu dan lidahmu.
Jangan lupa mengharap pahala. Ingatlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak ada pahala bagi orang yang tidak mengharapkannya.” Ibn al-Mubarak dan ditashih oleh al-Albani.
Dan di sana terdapat berbagai-bagai wasilah untuk mencetuskan kesedaran dan menguatkan keazamanmu, ingatkan dirimu setiap kali sebelum engkau pergi menemui ikhwanmu betapa pentingnya amal ini, ia merupakan amalan yang diredhai Allah, Allah janjikan pahala untuk orang yang melakukannya dan mengancam dengan dosa bagi mereka yang meninggalkannya.
Moga-moga Allah mantapkan imanku dan imanmu dan membimbing kita selalu. “…Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah:32)
د. مجدي الهلالي
http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82476&SecID=363

Sunday, July 15, 2012
Tentang Tok Mak
Tok Mak memang seorang yang banyak menjaga aku terutama semasa kecilku.. Pada ketika Mama dengan Babah baru menjadi houseman, aku banyak menghabiskan masa bersama Tok Mak dan Tok Ayah.. Hinggakan aku panggil nenek sebelah ibuku "Mak" sehingga kini..
Keadaan Tok Mak makin teruk.. Doakan ya semua..
Gambar famili menghantarku ke airport sebelum ke Adelaide.. Tok Mak (tudung biru, duduk 2 dari kiri) bersama arwah Nenek Kiah (kiri sekali), Nenek Senah, Mama, Mak Long, dan Makcik Syahidah..
Keadaan Tok Mak makin teruk.. Doakan ya semua..
Thursday, July 12, 2012
Sudah Lama Aku Tidak Menangis...
Dikeheningan pagi ini.. Aku terbangun dan termangu.. Lalu aku terus berwuduk dan menunaikan solat sunat tahajud dan istikharah (sudah beberapa hari aku bangun solatnya istikharah untuk mencari sebuah jawapan).. Namun...
Ya, sudah lama aku tidak mengalirkan air mata. Mungkin seperti yang selalu aku katakan, hatiku dan diriku memang tidak mudah untuk menangis..
Ya Allah.. Bantulah aku, kerana aku tidak mampu hidup sendirian tanpa Mu...
"Apa kelas menangis, hilang Macho la"Tapi.. Aku tidak mampu lagi menahan segala permasalahan aku.. Masalah keluargaku, masalah kewangan MARA dan JPA, masalah dakwah RCMP, anak-anak usrah, masalah diri masih belum mencapai cita-cita, masalah diri masih belum berumah tangga, masalah hati yang ditolak... Jarang aku mengadu dengan aduan yang sesungguh-sungguhpun kepada Allah.. Ya, aku akui.. Akui yang this is the first time I really, really mean it.. Terasa sangat hinanya aku, kerana kerana selama hidup di dunia ini, aku tidak bersungguh-sungguh meletakkan hati aku jauh ke bawah, meletakkan diri sebagai hambaNya yang lemah, hamba yang tidak berupaya, hamba yang kehidupannya menaruh 102% kekuatan dirinya kepada keredhaan Ilah nya..Aku adalah hamba yang tidak lekang dari masalah tetapi tidak kembali kepada pemilik dan sumber kepada segala permasalahan dalam kehidupan..
Ya Allah.. Bantulah aku, kerana aku tidak mampu hidup sendirian tanpa Mu...
Sunday, July 08, 2012
Someone Really Touched My Heart..
Dah lama sebenarnya tak update blog ini.. Banyak sangat kerja (atau tak pandai susun urusan / takde idea sebab kekurangan masa nak membaca bahan-bahan selain kerja-kerja PEMBINA dan juga buku-buku medic).
Cuma baru tadi, ada seseorang private message di Facebook.. And this really touched my heart..

"salam.harap bole update ur blog.i've been reading your blog since the past 5 years. you are really inspiring.JZKK
saya kenal Allah dari your blogi love your blog and has inspired me to take life more seriously. I really appreciate ... I feel like i was looking for something and I just found it.please keep writing because I'm learning from you.iallah May Allah bless."
Apa perasaan saya selepas membaca mesej ini?
Em.. Ada juga orang ambil peduli apa yang aku tulis dulu...
Insya Allah, akan kembali menulis. Doakan agar diri ini istiqamah!
P/S: Menanti hadirnya Ramadhan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)