Tuesday, February 24, 2009

Selangkah Ke Hadapan I: Tiba di Bumi Bertuah

Ini mereka.

Aku juga seperti mereka dahulu. Riang, ceria. Namun, aku dahulu tidak tahu apakah benar ini bumi bertuah?

Maka, aku pernah dambakan kalian menuntun tangan kecilku.. Membawa ku memahami erti hidup dan kehidupan..

Kini..

Aku di posisi yang berbeza, namun dengan tujuan yang sama.. Aku memohon izin yang Maha Esa, yang Maha Memegang Hati-Hati HambaNya.. Aku mahu bersama-sama menuntun tangan-tangan kecil ini..

Supaya..

Mereka tahu apa erti hidup dan kehidupan..

Saturday, February 07, 2009

Perak: Antara Iman dan Amanah

Geli hati tatkala membaca gelagat sang ahli-ahli bijak pandai di balik Malaysia, terutamanya di Perak sekarang ini. Peristiwa menjadi katak-katak tersohor menjadi trend yang amat disanjung ketika ini.

Saya insan yang pernah bersekolah di Kuala Kangsar untuk beberapa ketika dalam kehidupan ini merasakan sangat terpanggil untuk memberi pendapat dari hati ikhlas ini. Kerana saya merasakan itu tanah air ku jua.

Bagi saya, isu seperti ini tidak sepatutnya timbul.

Ini kerana kalau iman seseorang itu tinggi, maka amanah yang telah diberikan oleh rakyat tidak akan dikhianati sewenang-wenangnya.

Masalah pokok yang menjadi permasalahan di Malaysia sekarang adalah kita tidak dibentuk untuk memahami Al-Quran dan mesej Islam yang disampaikan oleh Rasulullah. Yang kita hebat bincangkan adalah tentang kalau tarawikh tu 8 ke, atau 20 rakaat.. Doa selepas solat tu kena baca atau tak.. Qunut atau tak.. Dan sebagainya.

Kita lihat bagaimana generasi yang dibina oleh Rasulullah SAW. Walaupun ketika itu Al Quran belum diturunkan sepenuhnya, namun oleh kerana 'base' atau tapak iman dalam hati mereka sangat kukuh, maka jadilah insan-insan seperti Abu Bakar, Abu Ubaidah, Talhah, Muadz Jabal, Sumaiyah dan lain-lain. Tapak iman dalam hati mereka inilah yang dipanggil 'deen', yang amat bernilai harganya. Yang sanggup berkorban apa sahaja demi membawa akidah mereka.

Tiada kompromi dalam akidah mereka.

Sampaikan Sumaiyah dan sahabat-sahabat lain sanggup mempertahankan deen yang mereka imani. Dan kerana deen ini juga lah mereka sanggup pergi menyebarkan Islam ke serata pelosok dunia, sehingga Islam pernah menaungi dua pertiga dunia.

Kerana mereka tahu, dengan adanya iman, hadirnya deen dalam hati, yang membawa kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap insan yang mengucap Lailaha Illah.

Satu cerita yang hendak kita yang membacanya mengambil pengajaran. Kisah Said Bin Amir Al Jumahi, yang ketika zaman Khalifah Umar dilantik sebagai salah satu Gabenor di tanah Islam pada waktu itu. Pada ketika itu Umar amat menitikberatkan kualiti Gabenor-gabenor yang dilantiknya, dan Amirul Mukminin menghantar spy untuk melihat pergerakan mereka. Umar meminta spy nya untuk menyenaraikan nama-nama orang yang termiskin dalam kawasan tanah yang diberikan kuasa kepada Said bin Amir.

Namun laporan dari spy Umar mengatakan antara orang yang termiskin dalam kawasan tersebut adalah gabenor mereka sendiri. Menangis Umar apabila mendengar khabar tersebut, dan kemudian beliau mengutuskan utusan untuk memberi wang dari Baitulmal, bagi membolehlah Said membeli barang keperluan untuk meneruskan tugasnya dengan baik.

Tetapi apabila kedengaran tentang berita tersebut, Said bin Amir terus pulang ke isterinya dan mengatakan berita terburuk telah berlaku. Isterinya bertanyakan sama ada Khalifah telah meninggal, atau tentera Islam telah kalah, namun itu bukan kata-kata dari Said Bin Amir. Beliau mengatakan..

"Dunia telah masuk ke dalam rumah kita.."

Isterinya mencadangkan supaya duit yang diberikan disedekahkan kepada fakir miskin, dan dilaksanakan sehingga tiada satu dirham pun yang tertinggal buat dirinya.

Itu adalah generasi yang dilahirkan daripada Al Quran.

Tetapi bagaimana pula dengan masa kini?

Dua ADUN yang keluar dari DUN Perak tu masih dalam tuduhan rasuah. Bagi saya, dengan Allah pun mereka tidak dapat jujur, masakan dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang rakyat berikan?. Kualiti pemimpin kita (kebanyakannya) sekarang sangatlah tidak berkualiti!

Bagi saya, negara sekarang tidak ada satu badan yang dapat menyelamatkan rakyat. Rakyat sangat dahagakan pemimpin yang benar-benar tahu dan faham tentang masyarakat. Yang bersama-sama ingin membangunkan rakyat, yang dapat menyelamatkan rakyat... Bukan sekadar terselamat daripada bahaya ekonomi yang merudum atau bahaya pembangunan yang tidak terancang yang mengakibatkan masalah ekosistem dan sebagainya.. Tetapi yang dapat menyelamatkan bahaya akidah umat Islam dari terus terjerumus ke kancah yang sangat hina.

Maka perlulah dibangunkan individu-individu Islam yang faham akan tujuan dan hala yang hendak dicapainya. Yang sama-sama dapat berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan yang acap kali timbul, namun tidak pernah selesai. Yang dapat membawa masyarakat menyedari yang kita adalah hebat dan bukanlah hanya diperkotak katikkan.

Di mana individu-individu ini?

Kita?

Monday, January 26, 2009

Palestina Tercinta (Tribute to All Mujahid and Mujahidah)



Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

Saturday, January 03, 2009

Gaza & Sambutan Tahun Baru 2009 (dari laman Al Qassam III)


Saya ingin menyatakan kekecewaan yang teramat sangat terhadap penyambut-penyambut tahun baru 2009 dari kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedih, terutama dalam keadaan saudara-saudari Muslim kita di Gaza yang sedang dizalimi, dibelasah, disembelih, dan dihancurkan negara mereka seteruknya dalam massacre rakyat tidak berdosa dan pertempuran dahsyat yang tidak seimbang, paling teruk yang belum pernah disaksikan sejarah.

Tiba-tiba, jauh di sudut timur dunia, terdapat segolongan manusia yang mengaku bersaudara dengan mangsa pembunuhan ini sedang bersoronok merayakan hari kebesaran penyokong & penyumbang terbesar musuh yang sedang melakukan aksi barbarik paling jijik dalam sejarah kemanusiaan. Format dan metod sambutannya juga tiada beza sebagaimana ia disambut oleh mereka di negeri-negeri mereka yang mengkufuri Allah. Apalah gunalah gunanya kenyataan-kenyataan simpati dan bantahan. Apalah gunanya kesukarelaan menyebarkan sms-sms memohon sumbangan. Apalah gunanya qunut nazilah. Namun, bila tibanya peluang untuk menzahirkan keikhlasan, yang tersingkap hanyalah hipokrisi.

Banyak seruan dari pelbagai pihak telah dilontarkan kepada penganjur-penganjur dan rakyat Malaysia khususnya agar membatalkan sebarang bentuk sambutan tahun baru untuk mempamerkan solidarity Malaysia dengan Gaza yang sedang dizalimi, sebagaimana Malaysia membatalkan sambutannya pada 2005 ketika Acheh dilanda tsunami.

Namun, sambutan tahun baru 2009 yang terus dianjurkan serata Malaysia, terutama yang dianjur dan disertai pemerintah Malaysia, malah mencatat kehadiran yang amat besar, jelas menunjukkan tiadanya kesatuan hati diantara kebanyakan rakyat Malaysia dan Palestin. Yang ada mungkin hanyalah rasa "kesian" (kasihan?), yang akan hilang sekelip mata bila dihidangkan dengan wayang, nyanyian, bolasepak dan bunga api. Tiadanya rasa kesatuan aqidah, kesatuan kiblat, bahkan kesamaan hak asasi, lalu mendorong kita mengendahkan mereka di Gaza. Mungkin kerana faktor jarak, yang mana ketika matahari terbit di sini, bulan masih belum surut di sana. Atau faktor rumpun bangsa, yang mana orang di sini lebih coklat kulitnya dari orang di sana.

Apapun perbezaannya.. di dalam Islam, Allah SWT berpesan bahawa "Orang-orang beriman itu bersaudara.." [maksud 49:10], Nabi S.A.W. juga mengingatkan bahawa "tidak beriman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya"

Jadi, orang-orang yang akan bersatu hati dengan Gaza, yang akan mendoakan Gaza, yang akan menangis kerana Gaza, yang akan menyumbang kepada Gaza, yang akan benci Zionis dan penyokong-penyokongnya.. hanyalah orang-orang yang beriman.

Wahai negaraku Malaysia, berimanlah..