Wednesday, June 28, 2006

Setelah Tamat Exam Medic..

Alhamdulillah, tamat juga exam medic mid year ku utk kali ini. Walaupun diriku mempunyai satu lagi peperiksaan (Professional English II-ESL) pada hari Jumaat ini,namun terasa satu beban telah lepas dari bahuku. Apa tidaknya, dibuatnya otakku menjadi sangat tepu dengan buku-buku anatomi dan histologi.. Dengan nota-nota resource yang perlu ditelan.. Huhu..

Summary exam kali ini:

1)RLE- Exam ni 5 jam (1 jam analysis, 2 jam 1/2 study dan 1 jam 1/2 explaining and answering question). Sangat payah, sebab keluar case yang ada pasal spinal cord injury mid-thoracic. Pening kepala mula2 tu bila nak start, sebab at first tak tau pun nak start mcm mana. Alhamdulillah, Allah tolong juga dlm exam itu.. Sebab rasa tgh2 dlm study period 2jam setengah tu ternampak perkataan 'Brown-Sequard Syndrome..'. So, dari situ dpt idea on how to approach the presentation of the patient. Ada juga la yang tak dpt dijawab (sbb apa bladder dia palpable dll..).
Bonyton Hall malam2...

2)MEQ- Alhamdulillah, OK la rasanya apabila tamatnya paper itu. Ditambah dengan masa yang diberikan lebih panjang dari sebelumnya (3Hrs instead of 2Hrs and 1/2),so byk kesempatan utk fikir betul2 macam mana nak jawab the questions. Cuma satu soalan yang agak sukar, iaitu tentang immunisation and the schedules in Australia. Tajuk tu macam tak berapa ditumpukan sangat (bukan shj diriku, tapi sama juga dengan budak2 lain dan juga orang putih Aussies tu..)

3)Practical- Bagiku agak mencabar. Masakan. Soalan byk tanya tentang the applications instead of anatomy, contohnya apa maksud 'titre', mcm mana proses ELISA, apa pathology dlm gambar yg ditunjuk dan berikan diagnosis, dll. Tapi bagi Niza, ini exam yg paling kurang stress baginya. Sama juga dengan Muslim. Katanya paper ini OK. Huhu..

4)MCQ/SAQ- Banyak MCQ yang keluar adalah soalan yang baru (i.e. bukan diambil dari past year exam papers). Maka agak mencabar juga la. SAQ pula sangat2 mencabar. Banyak aje soalan yg ditanya itu ditanyakan tentang benda-benda yang senang orang lupa. Dan ada pula soalan ditanya pasal Dementia, walaupun aku tidak mengerti tentang topik itu sebab tidak pernah diajar+tiada lecture tentang Dementia itu. Tidak kumengerti apa yang cuba diuji oleh Ted Cleary mahupun para pemeriksa yang lain.

Dalam ku telah habis exam ni, aku berasa bersyukur kerana Allah banyak membantu ku dalam menempuh ujian ini. Diberikan kesihatan yang baik walaupun seminggu sebelumnya diriku sakit. Dibantu diriku di saat aku tiada idea dalam RLE. Diberikan kawan-kawan yang baik yang dapat ku study bersama-sama. Aku harap pergantungan ku kepada Allah adalah pergantungan yang total. Apa-apa masalah pun aku adukan kepada Allah dahulu. Apa-apa kegembiraan, kegusaran, kegelisahan, mahupun kebaikan yang aku terima, akan ku pergi kepadaNya dulu. Insya Allah.

Dalam tempoh exam ini, byk aje dilihat dalam status YM. Sebelum dan ketika examnya status mereka seperti takut yang sungguh2 kepada exam itu, dan meminta tolong kepada Allah bagi memudahkan laluan mereka untuk exam itu. Selepas exam pula ada juga bilangannya yang seperti tiada apa2 pernah berlaku sebelum ini, sebagai contoh "Exam? Apa Exam??" ataupun "Apa exam2 ni? Enjoy la..".

Saya tidak mengatakan apa2 yang buruk kepada mereka. Mungkin mereka mahu menyatakan yang diri mereka berasa lega setelah habisnya exam ini. Lega. Terlepas dari satu beban. Alhamdulillah.

Cuma adalah lebih baik kita istiqamah dalam sesuatu.

Cuba kita muhasabah diri (termasuk saya yang ingin bermuhasabah diri), adakah pergantungan kita kepada Allah adalah sama seperti mana kita didatangi dengan exam itu? Adakah sama diri kita sebelum dan selepas Allah berikan ujian itu? Adakah kita lupa dan alpa yang memberikan kesenangan dan menghilangkan kesusahan yang telah berlalu itu adalah dari Allah?

Aku terjumpa dengan satu ayat. Best sangat. Ingin ku kongsikan dengan sahabat-sabahat ku dan juga kalian semua.
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui ( jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus,10 : 12)

Jom. Kita check diri saya. Dan juga diri anda. Adakah kita seperti ini?

Manusia memang ada satu kelemahan, iaitu sifat LUPA. So, diharapkan peringatan dari kalam Allah ini menjadi ubat kepada sifat lupa kita tadi. Jangan sampai yang Maha Pencipta mengecop diri kita sebagai orang yang melampaui batas.

Saling mengingatkan antara satu sama lain. Ingatlah, kita sepatutnya meletakkan pergantungan kita kepada Allah 100%. Tanpa berbelah bahagi. Kemudian setelah melalui ujian itu, kita tetap mengingatiNya sebagaimana kita mengingatiNya sebelum itu. Salah satu caranya adalah Tawakal.

Jom, mari sama-sama kita bertawakal. Insya Allah, saya doakan kalian semua berjaya. Sebab setiap kesusahan ada kesenangan nya (94:5-8).

Titik.

1 comment:

Anonymous said...

teringat pesanan ibu "lepas abis exam tue teruskan solat hajat, solat dhuha..mampu bangun malam buat solat tahajud....truskan amalan tue...." i'Allah ibu...

kita ni sentiasa diuji. exam semester yg br lpas ni salah satu drpdnya, kire ujian lahiriah, yg nampak di mata. resultnya pon nampak di mata, sbb tu agaknya kita t'lalu concious dgn ujian lahiriah ni.
lepas2 ni pon kita tetap akan terus diuji...cuma beza nya kita sedar atau tak. i'Allah yg sedar mereka diuji, akan tetap prepare themselve mcm mrk prepare utk exam yg mrk nampak..kalau tak sedar [nauzubillah], kita b'doa agar Allah sentiasa jaga hati yg lemah ini...
"Wahai tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" [3:8]

time result keluar nanti pon satu ujian jgak. i'Allah result elok, anggaplah itu satu ujian juga. sejauh mana terlintas di hati utk bersyukur dengan nikmat Allah tu. jauh dari perasaan takbur dan bongkak. ya, itu satu ujian.
kalo result kurang cemerlang [nauzubillah] itu pon satu ujian. yerla, uji hati kita sejauh mana kita redha dengan ketentuan Allah. tidak keluh kesah atau menyalahkan takdir atau herm..apa2 sajelah yg org buat kalo mereka kecewa..[nauzubillah]...

semoga Allah berkati usaha kita di bumi Adelaide ni dlm m'nuntut ilmu disamping misi utama utk dekatkan diri kepadaNya..

wallahu a'lam. =)