Tuesday, June 13, 2006


Umat Islam Malaysia makin ditekan - Mufti Perak

(Harap ambil iktibar daripada artikel ini. Jangan disebabkan artikel ini dari sumber yang anda tidak sukai, maka anda menjauhi tanpa mengambil intipati yang hendak disampaikan. Gunakan akal untuk menjadi nilaian hidup anda. Gunakan sebaik2 nya)

Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.

Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.

Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.

Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.

Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.

Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan

Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.

Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.

Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.

Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.

Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.

Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.

Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.

Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.

Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.

Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?

Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah . Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.

Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.

Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.

Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?

Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.

Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.

Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.

Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.

Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.

Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York. Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.

Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Islam. Bapanya seorang Melayu.

Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.

Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.

Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.

Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.

Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.

Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.

Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.

Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.

Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama? - mks.

Dari Harakahdaily 13 Jun 2006

7 comments:

Anonymous said...

ape ye nk comment??? sy pun bukanlah seorg penganalisis... to me, bile bace artikel nih, it gave me more info ttg keadaan msyrkt skrg.... n rsnye ilmu yg ade amatla kurang utk berkata pnjg...

tp, ape yg sy dpt katakan kt sini, rasenye masalah ni mmg la mslh besar skrg nih.... n mslh yg besar nih pun, sbnrnya berpunca dr mslh yg kecil dulu kan??? jd nk merawatnye keadaan yg besar ni amatlah payah kan??? even PM suh buat itu ini, x semestinya org nk ikut kan skrg??? org skrg mkn bijak n berani utk berkata 'tak'...

ermm.. jd ape kate, skrg ni kite reverse it... maksudnye drp mslh besar yg ade skrg nih, kita ubat dia secara sket2... skrg kita nmpk masyarakat skrg ni lbh ramai yg memandang ke arah barat berbanding community yg betul2 berpgg kpd islam... kan??? (ermm..sbnrnya ramai aje yg mmg berpegang kpd islam, tetapi ia spt dah ditenggalamkan oleh community satu lg yg ramai yg buatkan kita x nmpk community nih..) jd, maksudnye, kita yg ada skrg nih, yg insyaAllah,(walaupun ilmu x seberapa,)tp cuba kita slowly ubah org2 di sekeliling kita utk kembali pada yg benar.... kita skrg cuba utk besarkan community org2 yg berpegang kepada islam... dlm pd kita memperbaiki diri kita sdri, x salah klu kita cuba utk menarik org lain jg.... setakat yg kita mampu la... nnt insyaAllah, lg ramai di dlm community ini n moga2, makin kurangla community yg dikatakan skrg nih...

hidup dlm msyrkt ni kan, as i said before, kita saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.. esp among friends... jadi, kuatkan iman kita, n biar diri kita yg pengaruhi mereka dan bukan mereka yg mempengaruhi kita.... moga insyaAllah suatu ari nnt, islam akan kembali menyinar dan disegani oleh masyarakat di dunia... ;) wallahu'alam...

Anonymous said...

" .... biar diri kita yg pengaruhi mereka dan bukan mereka yg mempengaruhi kita."

betapa sempitnya dan egoistik pemikiran anda.

apakah anda fikir anda saja yang benar?

apakah anda fikir anda seorang saja yang berhak 'mempengaruhi' orang lain? semua lain harus tunduk kepada ideologi anda?

aie144 said...

saudara/saudari...

bukan saya yang membuat komen dalam artikel di atas. tapi ini adalah pendapat seorang mufti yang saya kira lebih arif daripada saya.

saya langsung tidak mengatakan yang hanya saya berhak mempengaruhi orang lain. saya sendiri tidak faham tentang apa yang ingin anda sampaikan.

wallahualam

Anonymous said...

saudara aie, rasanye itu bukan ditujukan pada saudara aie kot... tp pd sy...

ermm... maafkan la sy kalau ayat tu spt mengatakan hanya sy seorang sahaja yg benar... asthagfirullah.. sedikit pun x terlintas dlm fikiran sy bila menulis ayat itu, sy nk membawa maksud sedemikian... TIDAK!!! seribu kemaafan dipohon klu saudara/saudari terasa sedemikian... mgkn ketika sy menulis komen itu, ia berdasarkan pglaman@pndpt sy,dan mgkn sy hanya memmandang dr satu sudut... maafkan sy sbb x meneliti terlebih dahulu... sy sedar yg sy sdri sbnrnya masih cuba utk memperbaiki diri sy... n sbb tu, mmg sy x berani kata, sy seorg shj yg benar..

utk pengetahuan saudara/saudari anonymous, ketika sy menulis comment itu, sy cuba nk menyampaikan 'kita' ni, iaitu org2 yg sedang mencari jalan kebenaran, (termasukla saudara aie n yg saudara2 lain sy kira)cuba utk mengajak teman2 kita yg lain utk turut sama2 mencari jalan kebenaran.. bukannya dlm kita mencari jalan kebenaran dan ingin mengajak org lain jg, kita kembali kepada yg jalan yg salah.... maksudnya kat sini, bukan nak suruh mereka ikut perangai atau cara kita 100%, sbb kita ni mmg bukan seorg yg perfect... tetapi bila kita dah berjaya mengajak kwn2 kita utk sama2 berjuang ke jalan kebenaran, kita sama2 mencari ilmu dan mencari keredhaan Allah... seriously, bg diri sy sdri, sy x pernah anggap sy ni seorg yg hebat, bagus atau yg seumpamanya... tetapi sy sdri mengalu2 kan sesiapa yg ingin menegur sy dan dpt bawa sy ke jln yg diredhai Allah, supaya tegur diri sy... ermm... itu maksud sbnr sy.... mgkn sy x memandang dr aspect2 lain kot... maafla... nway, terima kasih kpd saudara/i yg menegur... sy terima dgn baik... =)

harap2nya penjelasan itu dpt diterima... mgkn earlier, smsa sy menulis, sy berpendapat yg membaca blog n comment saudara aie ini, adalah golongan yg jg cuba utk memperbaiki diri... (well, sy berpendapat bhwa sesiapa yg baca blog saudara aie ini sumhow ada niat tu kan??? even saudara/i jg.... kerana blog saudara aie ni bg sy sedikit sbyk dpt membantu kita memuhasabahkan diri kita..) sbb itu, sy sbnrnya dlm tulisan tu berniat utk menyeru 'kita' utk mengajak rakan2 kita jg utk sesama mencari ilmu Allah... =)

apa yg sy cuba sampaikan ini adalah berdasarkan pengalaman.. kerana dlm hidup sy, org2 di sekeliling amat memainkan peranan slm mempengaruhi hidup sy.. mgkn samaada sedar atau tak sedar... blh sy katakan, org2 sekeliling la yg akan pengaruhi kita smada utk berbuat jahat atau baik... alhamdulillah, sy katakan, sy skrg sedar bahawa tujuan hidup ini bknlah semata2 utk mencapai cita2 shj, berkerjaya atau berkahwin atau berkeluarga adalah kerana pengaruh kawan sy seorg ni... tetapi tujuan yg sbnr adalah utk mencari keredhaan Ilahi.. dan slps itu, kerana beliau la, sy cuba berusaha, mencari teman2 yg dpt tlg sy..iaitu dgn join usrah.. dan alhamdulillah, teman2 inilah skrg yg byk sgt2 bantu sy perbaiki diri sy... sy skrg amat bersyukur, sbb ada kwn2 ini yg dpt bantu sy dan ade kawan yg cuba utk mengajak sy melihat tujuan hidup yg sbnr...

sy pnah tdgr di kalangan rakan2 bercerita, ttg seorg muallaf, yg kini dah jd seorg pendakwah yg aktif... erm...kenal brother shah kirit?? beliau ni dlm satu ceramahnya, pernah mengutarakan soalan, kenapa smsa beliau kafir dahulu, tiada seorg pun di kalangan teman2 muslim sepejabatnya yg nk memperkenalkan @mengajak beliau masuk islam??? begitula jg apa yg sy cuba nk smpkan kt sini... kita jgn ambil lg tggungjwb kita utk berdakwah pd non-muslim... tetapi kpd rakan2 muslim kita dahulu.. mgkn ada di kalangan rakan2 kita yg sbnrnya mereka ada niat utk perbaiki diri, tetapi tiada yg nak mengajak mereka, jadi niat mereka terbantut macam tu aje.... spt diri sy sdri, klu tanpa pengaruh kawan tadi, mgkn diri saya msh spt diri sy spt dahulu.... kat sini pentingnya kita yg berilmu ni (wpun msh kurang) cuba utk mengajak kwn2 kita jg, tetapi pd ms yg sama, kita tak berundur kmbli... [ini point yg sy nk smpkan dlm komen terdahulu]

huh... sy pun rasa ayat2 sy pun mcm dah mkn berputar belit... lg panjang diexplain nnt lg susah kot nak faham....

nway, b4 sy akhiri, sy sekali lg memohon maaf klu ayat itu, membawa maksud sy ni sorg yg riya'.. na'uzubillah.. itu adalah sifat yg mmg sy nak jauhkan dr hadir dlm diri sy.... sy di sini pun, mgkn sbg pelawat tetap blog saudara aie ni, hanyala bertujuan utk sama2 memuhasabahkan diri sy drpd artikel2 yg saudara aie published, n jg, kekdg sy ingin sama2 memberi pendapat dan berkongsi ilmu yg sy ada... itu saja... bg saya, kita sbg muslim, adalah penting utk kita sama2 slg bantu membantu utk mencapai tujuan yg satu, iaitu keredhaan Allah SWT...

wallahu'alam...

Anonymous said...

jazakallahu khair sdra aie..
moga usaha sdra utk b'kongsi n saling mengingati diberkati Allah.

Alhamdulillah mufti di malaysia m'mainkan peranan mereka. kita juga ade tngjwb kita utk tegakkan addin kita. sama2lah kita b'usaha tingkatkn lg ilmu kita so that kita b'tmbh hampir kpd Allah. n at the same time b'kongsi ilmu dgn org disekeliling kita n saling ingat mengingat antara kita.dgn cara ni sama2 kita hampir dgn Allah. i'Allah dgn niat semata2 kerana Allah n utk pertahankan Islam, Allah akan p'mudahkan usaha kita.
kita usaha ikut kemampuan. then tingkatkn usaha dgn b'tmbhnya ilmu. sabar, istiqamah n tawakkal itu penting. b'doa kpd Allah agar t'buka hati2 mereka. Allah berfirman:
"Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kpd orang yang engkau kasihi tetapi Allah yg m'beri petunjuk kepada mereka yg dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yg mahukan petunjuk" -al Qasas;56-

maaf jika ada yg slh cara penyampaiannya.harap ditegur spy ana tdk ulanginya..
wallahu'alam

Anonymous said...

aku rase sumer mufti & ulama dari setiap negeri mufti patut muzakarah... kalau hanya pandangan daripada seorang mufti sahaja, ia hanya boleh dianggap ijtihad mufti tersebut...tiada sebarang hukum yg jatuh..

sbb hukum/ketetapan terhadap isu-isu semasa di zaman ini mesti dilaksanakan melalui ijma' semua ulama mujtahid di sesuatu negara......

hehe...itu setahu aku la...sorry kalo aku salah...

btw, happy birthday aie....jom daftar mengundi...hehe...

Anonymous said...

"happy birthday aie"

bile birthday saudara?

apapun saya ingin mengucapkan yang terbaik buat saudara. semuga perjalanan kehidupan di dunia ini lancar dan seterusnya di akhirat kelak.