Friday, June 30, 2006

Habis dah exam..

Alhamdulillah. Tamat sudah exam Mid-Year. Syukur, paper tadi takde la susah sgt, walaupun terpaksa menghabiskan kesemua waktu untuk menyiapkan exam Professional English II tadi (budget boleh buat 1jam setengah out of 3 hours..hehehe.. pandang rendah paper tadi.. padan muka kau!!). So, solat di Adelaide Mosque utk Jumaat. Selalunya walaupun bersolat di luar masjid, aku dapat mendengar apa yang khatib sedangkan bacakan. Namun, disebabkan hari ini hujan, aku bukan sahaja tidak dpt mendengar apa yang khatib bicarakan, tetapi ketika solatpun aku tidak tahu bila imam sudah bangun dari sujud ataupun belum (aku di saf hadapan di luar masjid, dan perlu diingatkan, di Australia ini tidak boleh pasang speaker kuat2 di luar bangunan..). Sampai imam dah sujud kali kedua kami di hadapan ini masih belum bangun dari sujud... Dengan hujannya, sejuk nya.. Brrr...

So, nak buat apa mlm ni? Nak baca sirah 24 Rasul.. Dah lama nak baca tapi tak terlaksana.. Dengan berakhirnya exam ni, insya Allah bole..

Cuti ni takde la cuti sangat. Erm, dari segi assignmentnya la. Banyak kerja la. Grandparent's project la.. Prenatal report la.. Huhu.. Tak best tul.

Yang bestnya, Ahad ni aku akan pulang ke Malaysia!! Hehe.. Balik sekejab aje, 3 minggu.. Untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dengan family.. Jalan2 sket, bagi semangat kat adik kakak sikit yang nak ambil SPM tu.. Dan yang paling penting, cuba masuk dan hidup bersama mereka.. Insya ALLAH, kiranya Allah memberikan kekuatan kepada ku, ingin ku cuba sampaikan apa yang aku faham dan aku pegang sekarang.

Hari ni Umar Faruq balik Malaysia. Hari ini juga hari terakhir Umar Faruq jadi bujang di bumi Adelaide ini. Sebab dia dah nak melangkah ke suatu langkah, daripada Individu Muslim kepada Baitul Muslim. Tahniah Faruq! Insya Allah, aku akan ke majlismu di Kelang pada 15 Julai nanti.. Boleh bawa family tak? Hehehe...

OK, nak sambung kemas beg. Dah beli sikit barang utk family. Tak byk juga.. Disebabkan kekeringan dalam akaun bank ku. Agak jeles tatkala budak2 UK boleh gunakan duit scholar mereka utk jalan2 ke Paris, Munich, Venice, mahupun Madrid. Dah la tu, boleh datang lagi ke Aussie bila Summer. Kitaorang? Tiap2 bulan asyik deficit, dengan duit rumah yang makin meningkat, ditambah pula dengan kadar elektrik dan gas yang meningkat. 2 July ni pula, tiket bas Adelaide Metro akan meningkat 10%. (Tiket merah jadi AUD12.60 dari AUD11.50, dan tiket hitam jadi AUD6.80 dari AUD6.20- harga konsesi utk student uni). Rasa macam nak pindah aje ke hostel tahun hadapan kalau keadaan terus begini...

Dah, nak hantar Wan balik ke rumahnya.

Salam ukhuwah.

Thursday, June 29, 2006

Selamat berjuang dalam alam penulisan, Saudara Nizam

Hari ni adalah hari yang bermakna buat sahabatku @ seniorku @ housemateku @ guruku Rozanizam Zakaria kerana beliau telah membuka satu laman blog khas untuk menyatakan kecetusan pemikirannya yang sangat bernas. Masakan anda semua tidak kenal kepada Saudara Nizam yang pandai serta petah dalam setiap kata-katanya. Maka lihatlah tatkala diberi ruang dan papan kekunci untuk menulis apa apa sahaja yang terbuku di hati dan fikirannya. Hasilnya? Memberangsangkan! Tambahan pula dengan kefahaman dan iltizam yang tersemat dlm dirinya.

Tak percaya? Tengok, hari ni aje dah 5 posts yang dia hantar (betul di saat post ini ditulis) di laman blog nya. Harap Saudara Nizam istiqamah dengan apa yang dilakukan, dan yang paling penting, IKHLASKAN NIAT DAN HATI KERANA ALLAH SEMATA-MATA.

Insya Allah, perjuangan kamu, kita dan kami diberkatiNYA...

Wednesday, June 28, 2006

Setelah Tamat Exam Medic..

Alhamdulillah, tamat juga exam medic mid year ku utk kali ini. Walaupun diriku mempunyai satu lagi peperiksaan (Professional English II-ESL) pada hari Jumaat ini,namun terasa satu beban telah lepas dari bahuku. Apa tidaknya, dibuatnya otakku menjadi sangat tepu dengan buku-buku anatomi dan histologi.. Dengan nota-nota resource yang perlu ditelan.. Huhu..

Summary exam kali ini:

1)RLE- Exam ni 5 jam (1 jam analysis, 2 jam 1/2 study dan 1 jam 1/2 explaining and answering question). Sangat payah, sebab keluar case yang ada pasal spinal cord injury mid-thoracic. Pening kepala mula2 tu bila nak start, sebab at first tak tau pun nak start mcm mana. Alhamdulillah, Allah tolong juga dlm exam itu.. Sebab rasa tgh2 dlm study period 2jam setengah tu ternampak perkataan 'Brown-Sequard Syndrome..'. So, dari situ dpt idea on how to approach the presentation of the patient. Ada juga la yang tak dpt dijawab (sbb apa bladder dia palpable dll..).
Bonyton Hall malam2...

2)MEQ- Alhamdulillah, OK la rasanya apabila tamatnya paper itu. Ditambah dengan masa yang diberikan lebih panjang dari sebelumnya (3Hrs instead of 2Hrs and 1/2),so byk kesempatan utk fikir betul2 macam mana nak jawab the questions. Cuma satu soalan yang agak sukar, iaitu tentang immunisation and the schedules in Australia. Tajuk tu macam tak berapa ditumpukan sangat (bukan shj diriku, tapi sama juga dengan budak2 lain dan juga orang putih Aussies tu..)

3)Practical- Bagiku agak mencabar. Masakan. Soalan byk tanya tentang the applications instead of anatomy, contohnya apa maksud 'titre', mcm mana proses ELISA, apa pathology dlm gambar yg ditunjuk dan berikan diagnosis, dll. Tapi bagi Niza, ini exam yg paling kurang stress baginya. Sama juga dengan Muslim. Katanya paper ini OK. Huhu..

4)MCQ/SAQ- Banyak MCQ yang keluar adalah soalan yang baru (i.e. bukan diambil dari past year exam papers). Maka agak mencabar juga la. SAQ pula sangat2 mencabar. Banyak aje soalan yg ditanya itu ditanyakan tentang benda-benda yang senang orang lupa. Dan ada pula soalan ditanya pasal Dementia, walaupun aku tidak mengerti tentang topik itu sebab tidak pernah diajar+tiada lecture tentang Dementia itu. Tidak kumengerti apa yang cuba diuji oleh Ted Cleary mahupun para pemeriksa yang lain.

Dalam ku telah habis exam ni, aku berasa bersyukur kerana Allah banyak membantu ku dalam menempuh ujian ini. Diberikan kesihatan yang baik walaupun seminggu sebelumnya diriku sakit. Dibantu diriku di saat aku tiada idea dalam RLE. Diberikan kawan-kawan yang baik yang dapat ku study bersama-sama. Aku harap pergantungan ku kepada Allah adalah pergantungan yang total. Apa-apa masalah pun aku adukan kepada Allah dahulu. Apa-apa kegembiraan, kegusaran, kegelisahan, mahupun kebaikan yang aku terima, akan ku pergi kepadaNya dulu. Insya Allah.

Dalam tempoh exam ini, byk aje dilihat dalam status YM. Sebelum dan ketika examnya status mereka seperti takut yang sungguh2 kepada exam itu, dan meminta tolong kepada Allah bagi memudahkan laluan mereka untuk exam itu. Selepas exam pula ada juga bilangannya yang seperti tiada apa2 pernah berlaku sebelum ini, sebagai contoh "Exam? Apa Exam??" ataupun "Apa exam2 ni? Enjoy la..".

Saya tidak mengatakan apa2 yang buruk kepada mereka. Mungkin mereka mahu menyatakan yang diri mereka berasa lega setelah habisnya exam ini. Lega. Terlepas dari satu beban. Alhamdulillah.

Cuma adalah lebih baik kita istiqamah dalam sesuatu.

Cuba kita muhasabah diri (termasuk saya yang ingin bermuhasabah diri), adakah pergantungan kita kepada Allah adalah sama seperti mana kita didatangi dengan exam itu? Adakah sama diri kita sebelum dan selepas Allah berikan ujian itu? Adakah kita lupa dan alpa yang memberikan kesenangan dan menghilangkan kesusahan yang telah berlalu itu adalah dari Allah?

Aku terjumpa dengan satu ayat. Best sangat. Ingin ku kongsikan dengan sahabat-sabahat ku dan juga kalian semua.
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui ( jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus,10 : 12)

Jom. Kita check diri saya. Dan juga diri anda. Adakah kita seperti ini?

Manusia memang ada satu kelemahan, iaitu sifat LUPA. So, diharapkan peringatan dari kalam Allah ini menjadi ubat kepada sifat lupa kita tadi. Jangan sampai yang Maha Pencipta mengecop diri kita sebagai orang yang melampaui batas.

Saling mengingatkan antara satu sama lain. Ingatlah, kita sepatutnya meletakkan pergantungan kita kepada Allah 100%. Tanpa berbelah bahagi. Kemudian setelah melalui ujian itu, kita tetap mengingatiNya sebagaimana kita mengingatiNya sebelum itu. Salah satu caranya adalah Tawakal.

Jom, mari sama-sama kita bertawakal. Insya Allah, saya doakan kalian semua berjaya. Sebab setiap kesusahan ada kesenangan nya (94:5-8).

Titik.

Saturday, June 24, 2006

Terima Kasih...

Ingin diucapkan terima kasih.. Buat sahabat2 yang sudi membuat majlis makan-makan. Walaupun kecil-kecilan. Best2. Agak terkejut juga pada mulanya...

Terima kasih buat: Anep, Muslim, Nizam, Ihsan, Wan, Syed, Niza, Faruq (selamat bersanding...), dan Zahied. Moga Allah berkati kalian semua.. Insya Allah.

Thursday, June 22, 2006

21 June 2006...

Berlalu sudah tarikh keramat ini. Ya, umurku sudah mencecah 21 tahun. Sudah boleh mengundi. Hehehe.. Wahai Parlimen Wangsa Maju, insya Allah undiku akan ku gunakan sebaik-baiknya.

Ramai juga kenalanku yang menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. Yang paling diingati adalah adikku, Nur Diyana Zazali (17tahun-dah boleh ambil lesen kereta dah Nana oii..). Pakcikku @ adik ayahku, Karim (21tahun) juga lahir pada hari yang sama dengan ku, cuma dia siang, manakala aku pada sebelah malamnya. Lepas tu kembar ku yang tak sama ayah dan tak sama ibu, Kurt@Mohd Farhan Ghazali, NZ (21tahun) dan juga Hafizah Zainol Abidin, UK (21tahun). Tak lupa pada coursemate ku di Medicine School South, Shahzana Dahlia Rhasbudin Shah (23tahun).

Meningkatnya umur ini, diharap makin meningkat kematangan kita, dan juga perhambaan kita kepada Allah. Dan paling penting, ingat yang mati makin hampir dengan kita dengan meningkatnya umur ini. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati..". Sedangkan apabila Rasulullah S.A.W. pergi menziarahi kubur, baginda akan memberikan salam dengan ucapan

"Assalammualaikum ya ahli kubur. Kamu telah pergi mendahului kami, dan kami akan datang mengikuti kamu..."

Pada tarikh ini, kehidupan ku OK, seperti biasa. Housemate ku tidak menganjurkan apa2 tahun ini kerana masing-masing busy dengan exam yang masih berlangsung. Anep dah final year Accounting nya. Nizam dgn paper 3rd year medicnya. Ihsan pula dengan paper physiology dalam course physiotherapy dia. Muslim pun sama dgn aku, sedang berjuang dengan exam-exam utk 2nd year medic ini. Exam masih berlangsung. Hari ini paper Modified Essay Questions (MEQ). Alhamdulillah, Allah bagi bertolongan kepada kami kerana paper tadi tidaklah susah seperti yang dijangkakan. Cuma paper Isnin lepas (Reasoning, Learning, Explaining-RLE @ triple jump) sangat mencabar. Bayangkan, sebelum2 ini kes yang diberikan adalah tentang CVD, pulmonary, GIT ataupun renal problems, tapi utk tahun kami mid-year ini, diberinya kes spinal injury..Mid-thoracic injury.. Susahnya... Tapi, rasanya Allah still bantuku dalam exam yang lepas, kerana walaupun pada mulanya ku tidak mampu utk mencari idea bagaimana nak start approaching the case, tapi tiba-tiba sedang ku menyelak buku Davidson's Principle and Practice of Medicine maka ternampaklah perkataan "Brown-Sequard syndrome".. yang banyak membantuku explain the sign and symptoms of the patient. Alhamdulillah...

Paper ku lepas ini adalah pada Selasa minggu depan (Practical), Rabu (Multiple Choice Q's/Short Answer Q's- MCQ/SAQ), dan Jumaat (Professional English Level II). Doakan agar kejayaan bersama-sama dengan ku, dan segala usahaku diredhaiNya.. Insya ALLAH..

Tuesday, June 13, 2006


Umat Islam Malaysia makin ditekan - Mufti Perak

(Harap ambil iktibar daripada artikel ini. Jangan disebabkan artikel ini dari sumber yang anda tidak sukai, maka anda menjauhi tanpa mengambil intipati yang hendak disampaikan. Gunakan akal untuk menjadi nilaian hidup anda. Gunakan sebaik2 nya)

Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.

Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.

Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.

Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.

Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.

Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan

Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.

Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.

Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.

Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.

Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.

Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.

Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.

Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.

Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.

Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?

Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah . Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.

Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.

Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.

Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?

Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.

Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.

Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.

Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.

Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.

Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York. Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.

Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Islam. Bapanya seorang Melayu.

Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.

Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.

Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.

Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.

Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.

Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.

Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.

Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.

Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama? - mks.

Dari Harakahdaily 13 Jun 2006

Thursday, June 08, 2006

Bila waktu tlah berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan s’gala yang ada akan kembali padaNya

bila waktu tlah memanggil teman sejati hanyalah amal
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tinggal sepi

bila waktu tlah terhenti
teman sejati tinggal sepi




PS: Sori. Blog ini akan lambat diupdate, atas sebab2 ujian di dunia (exam mid year MBBS 2nd year). Doakan kejayaan ku. Insya Allah.

Tiap2 kesusahan ada kesenangan... 94:5-8