Wednesday, May 31, 2006

PENGORBANAN TEMAN SEJATI
Demi Islam, Pergilah Kalian Mengejar Impian
(Dari SaifulIslam)

“Assalamualaikum Imam. Saya saudara kamu, Adam”, seorang lelaki Irish menghulurkan tangan kepada saya selepas selesai bersolat Jumaat di masjid.

“Wa ‘alaikum al-Salaam. Apa khabar? Awak orang baru di sini?”, saya bertanya kepadanya.

Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Adam (bukan nama sebenar – penulis), atau nama sebelum Islamnya John. Beliau baru sahaja pulang ke Ireland dari Jordan dan tengah hari ini, kami dipertemukan buat pertama kali.
Cuci SUV di Calabogie, Ontaria, Canada...

Adam memeluk Islam dua tahun yang lalu. Beliau berasal daripada sebuah bandar di utara Belfast.

“Saya ada satu perkara yang ingin saya tanya kepada Imam, bolehkah?”, Adam menyoal saya.

“Tentu sahaja. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya. Tanyalah, tiada apa yang perlu dirisaukan.”, saya memberi laluan kepada Adam untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Imam pernah tak membaca atau mengkaji tentang seorang tokoh bernama Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah?”, Adam memulakan perbincangan.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya memang ada membaca hasil tulisannya. Seorang yang bagus kerana teguh memelihara al-Quran serta Sunnah yang sahih. Dalam masa yang sama, tinggi pula sentuhannya terhadap tarbiyah hati. Kenapa awak tanya begitu?”, saya cuba mendapatkan kepastian.

“Tentunya seorang yang hebat, adalah hasil didikan gurunya yang hebat. Betulkah begitu, Imam?”, tanya Adam lagi.

“Awak ingin bertanya tentang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ke?”, saya menyoal Adam dengan senyuman.

Adam tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Tentu sekali Ibn Taimiyyah seorang yang hebat. Banyak juga bukunya yang saya baca semasa belajar di Jordan. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku kepada pemikiran saya sebab tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah bukan sahaja sarat dengan fakta, tetapi ia juga mengubah cara kita berfikir. Mungkin sebab itu, dia dianggap menongkah arus zamannya”, saya cuba berkongsi pendapat dengan Adam tentang Ibn Taimiyyah.

“Jadi, Imam seorang Salafi?”, Adam memperlahankan suara sambil mengurut janggutnya yang diinai.

“Jika diambil istilah itu, mungkin pelbagai persepsi yang timbul. Namun, saya mengutamakan apa menepati al-Quran dan Sunnah yang sahih. Saya dibesarkan di dalam lingkungan mazhab Syafie, dan antara hasil didikan Syafie, saya diingatkan supaya sentiasa mengutamakan apa yang terbukti pada Sunnah yang sahih. Kalau begitu, saya ini Salafikah, Adam?”

Adam ketawa kecil dan memeluk saya. Beliau menjelaskan bahawa semasa khutbah Jumaat tadi, dia mendengar saya menyebut tentang Salafussoleh. Terdetik pula di hatinya untuk mengetahui tentang pendirian saya.

Saya amat mengagumi sopan santun Adam. Beliau tahu yang isu Salaf vs. Khalaf ini sebagai sesuatu yang sensitif. Sebab itu beliau bertanya tentang Ibn Taimiyyah melalui soalan tentang anak muridnya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.

Kata Adam, dia lebih selesa dengan pendekatan Salafi yang menonjolkan otoriti al-Quran dan al-Sunnah, berbanding pendekatan lain yang terlalu banyak menyebut nama Ulama semata-mata. Katanya, sebagai bekas penganut Kristian, ada semacam satu trauma dalam dirinya.

Kristian telah binasa kerana agamanya adalah agama Ulama mereka.

“Saya semacam menanggung rindu semasa beragama Kristian. Saya rindu untuk mendengar perkataan Tuhan dan saya rindu untuk membaca perkataan Isa bin Maryam. Tetapi semua yang ada di dalam Bible, tiada yang dari Tuhan, tiada yang dari Rasul-Nya. Yang ada hanya kata-kata paderi, rahib dan sekalian ruhban yang menyelewengkan ajaran Tauhid”, Adam begitu yakin ketika mengungkapkan ayat-ayatnya

“Tiba-tiba, apabila saya memeluk Islam, saya tidak suka apabila al-Quran dan al-Sunnah tenggelam oleh pendapat-pendapat Ulama. Pegang ini kerana ulama ini berkata begini, pegang begitu kerana ulama itu berkata begitu. Habis, Quran kata apa? Muhammad kata apa?”, pipi adam merah seperti menahan marah.

Sukar untuk saya membuat sebarang komen. Namun, ada benarnya pada apa yang diluahkan oleh Adam. Golongan Kristian yang memeluk Islam, secara common sense, lebih cenderung kepada aliran Salafi yang berjaya menonjolkan bahawa Islam ini adalah agama Allah dan Rasul.

“Apa yang kamu suarakan itu betul, Adam. Cuma, pendapat Ulama tidak boleh diketepikan dalam memahami nas al-Quran dan al-Sunnah. Kita yang ilmu tak seberapa ni tak mampu nak menyelongkar keluasan nas Islam tanpa suluhan Ulama. “, saya cuba mengimbangi apa yang difikirkan oleh Adam.

“Saya faham tentang itu. Saya tidak menolak Ulama. Cuma, kalau selepas Muhammad memutuskan sesuatu secara terang dan nyata, perlukan kita bertanya, habis pandangan Imam so and so bagaimana pula? Ini paradigma Kristian!”, kata Adam.

Hmm, saya hilang perkataan. Hanya mengangguk sambil tersenyum.

Waktu Asar telah masuk.

Musim sejuk di Belfast memang ekstrim jadual solatnya. Setiap hari, perbezaan waktu solat boleh mencecah 2 minit. Dan hari ini, solat Asar masuk pada jam 2:15 petang. Saya mengimamkan solat Asar petang itu dengan jumlah jemaah yang hampir sama dengan solat Jumaat tadi. Memang menjadi kebiasaan, ramai anggota jemaah akan menunggu hingga selesai solat Asar sebelum beredar meninggalkan masjid.

Selepas solat Asar, saya menyambung perbualan saya dengan Adam. Walaupun tutur dan raut wajahnya begitu lembut, tetapi saya bagai dapat mengesan ada suatu prinsip diri yang kuat dan keras di sebalik setiap patah perkataan Adam.

“Dulu, saya dan dua lagi rakan dianggap sebagai pelajar bermasalah. Kami sentiasa memberontak semasa di sekolah. Semua perkara kami tidak setuju. Mungkin semua itu berpunca dari jiwa kami bertiga yang tidak tenteram. Bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup ini”, Adam memulakan cerita tentang latar belakang keIslamannya.

“Kamu mencari tujuan hidup?”, saya bertanya.

“Mungkin. Namun, kami bertiga akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Kami bekerja dan gigih mengumpul wang. Selepas setahun, saya dan kawan-kawan mengembara ke arah Timur. Perjalanan kami merentasi Continent dan akhirnya tiba di Turki”, kata Adam.

“Di Turki, kami bertemu dengan pelbagai kejutan. Selama ini saya beranggapan bahawa orang Turki ini ganas. Pantang nampak orang Barat, mesti mahu dipancung. Itu yang kami belajar di sekolah. Tetapi semasa di Turki, saya berasa amat terharu kerana tidak pernah seumur hidup, kami bertemu dengan manusia yang begitu memuliakan tetamu dan menghargai diri kami.”, Adam bercerita sambil jarinya memintal-mintal benang sejadah.

“Ya, saya faham apa yang kamu maksudkan. Saya sebagai seorang Muslim, turut jatuh hati dengan Turki, kesan kemuliaan terhadap tetamu mereka yang tiada tolok bandingnya. Lantas apa yang berlaku selepas itu, Adam?”, saya mahu terus mendengar ceritanya.

Adam memberitahu bahawa, selepas beberapa minggu mereka di Turki, mereka terasa semacam ada perubahan kepada diri. Mereka seolah-olah bertemu dengan ketenangan yang dicari selama ini.

“Selepas pulang ke England, kami bertiga pergi ke Regent Mosque di London dan di situlah kami bertiga melafazkan syahadah!”, Adam mengangkat wajahnya kepada saya dan matanya merah menakung tangis.

“Segala puji bagi-Mu ya Allah”, saya mengangkat tangan menadah puji untuk-Nya.

Ya, kembara mereka bertiga adalah kembara mencari makna hidup. Keresahan yang Allah campakkan ke dalam jiwa mereka adalah seperti pemaksa agar mereka keluar dari kehidupan yang gelap kepada kecerahan Iman.

“Mana sahabat kamu yang berdua lagi tu, Adam?”, saya bertanya.

Adam diam dan matanya redup membendung sesuatu. Mendung luar menambahkan keheningan kami yang tinggal berdua di mihrab masjid. Jemaah lain sudah pulang ke rumah masing-masing atau ke tempat kerja semula.

“Inilah yang ingin saya bincangkan bersama kamu, Imam”, Adam menjawab.

“Tentu sekali. Apa yang berlaku?”, saya menyoalnya.

“Selepas kami ‘kembali’ kepada Islam, saya dan dua lagi rakan berbincang tentang masa depan kami. Masing-masing mahu melakukan sesuatu yang besar atas kepulangan kami kepada Islam”, Adam bercerita.

Istilah REVERT yang memberi makna ‘kembali pulang’ adalah istilah yang lebih suka digunakan oleh masyarakat Barat yang memeluk Islam. Mereka tidak suka menggunakan perkataan CONVERT kerana ia mempunyai persepsi yang negatif seolah-olah Islam ini mengubah seorang manusia dari satu kepercayaan kepada kepercayaan yang lain. Walhal, memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan.

“Jonathan membuat keputusan untuk membuat kerja-kerja dakwah di Afrika. Kevin pula membuat keputusan untuk ke negara Arab dan menuntut ilmu.”, kata Adam.

“Dan kamu, Adam?”, saya tertanya-tanya.

“Ya, saya masih di sini. Jonathan dan Kevin sama seperti saya, kami bimbangkan ibu bapa kami. Kami tidak mahu mereka kehilangan kami. Bahkan kami amat mengharapkan supaya mereka juga mendapat petunjuk Allah dan memeluk Islam.”, Adam memberikan penjelasan.

“Jadi, kamu semua batalkan hasrat masing-masing?”, saya ingin mendapatkan kepastian.

“Tidak. Kevin sekarang ni sudah setahun belajar di Yaman. Dan Jonathan... dia sudah selesai perjalanan di dunia ini. Meninggal dunia kerana sejenis penyakit berjangkit yang menimpanya semasa di Afrika. Apakah itu syahid, Imam?”, kata Adam kepada saya.

Allahu Akbar! Terkejut saya mendengar cerita Adam itu. Perasaan saya bercampur baur di antara bangga, kagum, sedih dan malu. Saya berasa kagum dengan cerita Adam kerana ia mengingatkan saya kepada perihal ahli sihir Firaun. Paginya mereka kufur, tengah hari mereka beriman dan petangnya pula syahid mempertahankan harga iman. Rahmat Allah ke atas Jonathan, baru setahun dua memeluk Islam, sudah pulang kepada yang Esa dengan hati yang sejahtera. Tidak sempat dicemar dosa. Kevin pula membuktikan bagaimana seorang yang mencari Islam, akan tahu harga Islam. Tidak seperti mereka yang diberi Islam umpama kebanyakan kita.

Kerana diberi, kita mudah lupa harga pemberian itu. Mudah juga membuangnya. Jika ahli sihir Firaun kufur di pagi, beriman di tengah hari, dan syahid menjelang petang, bagaimana pula dengan umat Islam? Paginya beriman, tengah harinya tersasar. Dan ketika dunia ini merangkak ke senja umur, ramai pula yang berbondong membuang agama.

“Itulah yang menyedihkan saya Imam. Mereka berdua sudah berjaya membuktikan keIslaman mereka. Namun saya masih di sini.”, Adam sugul menyuarakan kekecewaan hatinya.

“Kenapa Adam masih di sini?”, saya bertanya.

“Sebelum kami berpisah, saya telah bersetuju memikul amanah menjaga ibu bapa kami bertiga. Itulah rutin saya sekarang. Sekali sekala saya ke rumah keluarga Kevin dan Jonathan untuk menghilangkan sunyi ibu bapa mereka terhadap anak masing-masing.

Dan sehingga kini, saya masih belum tergamak memberitahu orang tua Jonathan, yang anak mereka sudah tiada”, Adam mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya.

Terkejut saya mencapai puncak. Jadi kaget dan hilang bicara.

“Adam, sedarkah awak bahawa awak adalah yang terbaik di kalangan mereka?”, saya mahu Adam melihat keadaan ini dengan pandangan yang betul.

“Kenapa Imam kata begitu?”, Adam seperti terkejut.

“Saya percaya Adam tentu tahu dan faham, bahawa tanggungjawab memelihara ibu bapa adalah tuntutan yang amat besar di dalam Islam. Ia tidak mengenal soal perbezaan agama. Kerana Adam, Kevin dapat pergi menuntut ilmu di Yaman. Kerana Adam, Jonathan meninggal dunia sebagai pendakwah. Memang menuntut ilmu itu indah, memang syahid itu mulia. Tapi apakah yang mahu dicari pada ilmu dan syahid itu?”, saya menyoal Adam.

“Semua itu kita lakukan kerana mencari keredhaan Allah. Betul tak?”, soalan saya disambut Adam dengan angguk tanda setuju.

“Ya Adam. Keredhaan Allah ada pada menuntut ilmu. Keredhaan Allah juga ada ada pada dakwah dan jihad. Namun, jangan lupa betapa besarnya keredhaan Allah pada berbuat baik kepada ibu dan bapa. Mulianya kamu bertiga, Adam!”, saya tenggelam dalam sebak dada menyaksikan seorang insan bernama Adam yang baru setahun dua lahir ke dunia Iman dan Islam, namun sudah jelas dan tepat arah hidupnya.

Saya menasihati Adam supaya teguh bersabar melaksanakan janjinya kepada Kevin dan Jonathan. Sesekali memang datang rasa jemu, rasa cemburu dan rasa seolah-olah diri jauh tercicir di belakang. Namun, saya cuba meniup semangat kepada Adam, agar perasaan seperti itu dapat dipujuk pada nilai dan harga, memelihara kebajikan ibu dan bapa, walaupun berbeza cara hidup, berlainan kepercayaan.

“Saya pernah ke Jordan. Cuba-cuba untuk belajar tentang Islam dan menadah curahan ilmu dari ulama’ di sana. Tetapi hati saya sentiasa resah memikirkan amanah dan janji saya kepada Kevin dan Jonathan. Saya pulang ke Ireland”, kata Adam.

“Saya tidaklah seperti ilmuan di Jordan. Tetapi selama kamu di Belfast ini, Adam, izinkan saya untuk membantu kamu”, saya menepuk bahunya.

“Terima kasih Imam. Doakan saya...”, Adam berpisah dengan saya di pintu masjid. Dia pulang ke rumah bertemu kedua orang tuanya.

Pagi Jumaat ini rindu saya kepada perbualan petang Jumaat itu mencengkam hati. Doa saya buat Adam, pada ukhuwwah antara benua. Salam ingatan...

(petikan dari SaifulIslam...)

"Apa khabar ibubapa anda...? Sudahkah anda bertanya khabar tentang mereka hari ini...?"

Sunday, May 28, 2006

Perantau- The Zikr

Lagu lama. Tapi best. Untuk perantau-perantau ditujukan lagu ini.. (hehehe..)

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Islam dan Jahiliyah, tiada pilihan yang lain.

Saya tertarik dengan poster@gambar yang diperoleh daripada Blog Seni Kehidupan. Sangat mendalam maksud yang hendak diberikan, tetapi pada masa sama mesej yang ingin dilontarkan adalah jelas. Tiada jalan lain selain jalan Islam atau jalan Jahiliyah. Maka buatlah pilihan secara bijak.

Maksudnya. Kita ada dua pilihan. Sama ada nak ikut Islam secara sepenuhnya. Cara hidupnya. Ajarannya. Dan kalau yang bukan Islam, semua nya Jahiliyah. Sebab tiada yang lain selain dari dua ini.

Maknanya dalam kehidupan kita, tiada sebab untuk kita tidak mengikut apa yang diajar oleh Islam. Islam adalah suatu kehidupan. Dan kehidupan kita yang akan menentukan di mana kita di Akhirat nanti. Macam mana cara kita mengisi kehidupan kita. Sebab kehidupan kita adalah suatu template kan. Template orang lain adalah berbeza dengan template hidup diri sendiri. Tetapi sejauhmana kita isi template kita, itu lah yang dinilai oleh Allah.

Maka, alangkah rugi kalau kehidupan kita, kita isi dengan jahiliyah-jahiliyah. Buangkan jahiliyah itu sungguh2. Jangan isi kehidupan kita dengan jahiliyah. Walaupun sedikitpun.

Tetapi, memang susah nak tinggalkan jahiliyah. Memang lah, kita dah hidup dengan benda-benda tu sepanjang kita kita hidup sblm kita tersedar ini.

Analogi dia macam ni. Kalau daging yang rosak pada kulit kita, kita tak boleh buang semuanya sekali gus. Kerana kita takut kalau dibuang semua sekali akan memberi infection, seterusnya bernanah dan menyebabkan seluruh bahagian lain rosak. Untuk mengatasi masalah itu, kita buangkan daging yang rosak itu sedikit demi sedikit. Buang sedikit, letak kan ubat. Walaupun sakit sedikit, namun lambat laun hilang juga. Akhirnya setelah beberapa lama kita cuba membuang, habis juga daging yang rosak pada kulit kita.

Insya Allah. Kita berubah sedikit demi sedikit. Tapi konsisten. Dan berterusan. Istiqamah. Hidayah milik Allah. Tapi Allah tahu mana hambaNya yang mahu menerima hidayah dan tercari-cari hidayahNya. Maka. Buka lah hati supaya Allah berikan hidayah kepada kita.

Insya Allah.

Noktah.

Tuesday, May 23, 2006

Al Fatihah untuk ibu Afiq G...

Buat sahabatku. Saudaraku.

Takziah saya ucapkan atas pemergian ibumu ke Rahmatullah. Dan juga bekas guruku di SRK Gombak 1 dahulu. Sedih dan pilu hati saya tatkala ayah memberitahu tentang hal ini.

Bersabarlah.

Ujian yang saudara alami adalah ujian yang sangat berat. Mungkin saudara lebih kuat dan tabah berbanding saya jika Allah berikan ujian itu. Jika saya di tempat saudara, mana tahu..

Insya Allah, ada hikmah nya.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Ankabut, 29: 57)

Thursday, May 18, 2006

Permainan untuk direnungi

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.

"Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

(emel daripada maklong..)

Wednesday, May 17, 2006

Antara Akademi Fantasia dan Palestin...

Tidak dinafikan. Orang Malaysia sangatlah pemurah. Sangatlah dermawan. Terutama orang Melayu Islam nya. Baik.

Mereka sanggup mengeluarkan duit untuk Akademi Fantasia (AF). Untuk anak buah kesayangan mereka. Semata-mata tidak mahu mereka terkeluar daripada sekolah nyanyian tersebut. Bersungguh-sungguhnya orang Malaysia itu sampaikan pihak Astro dikatakan telah mendapat keuntungan sebanyak 20juta undian sms AFUNDI sepanjang musim ketiga AF hari tu. Untuk Mawi sahaja jumlah nya sudah mencapai RM6.3 - RM12.6 juta. Banyak. Sangat banyak. Sebab itu dikatakan rakyat Malaysia sangat pemurah.

Itu belum termasuk lagi Malaysian Idol. Mesti sangat2x banyak, kalaupun tidak sebanyak AF pun namun jumlahnya cukup significant.

Maka, kita berbalik kepada cerita Palestin. Rakyat Palestin sekarang dalam krisis. Erm, mula2.. Anda semua sedar tak? Dan jika sedar, maka tahu tak bagaimana hendak bertindak?

Tika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin masih belum menerima gaji mereka. Alatan perubatan mereka tidak mencukupi, sedangkan sangat ramai penduduk Palestin memerlukan bantuan perubatan. Bekalan minyak mereka juga sangat-sangat terhad. Ini kerana bantuan AS dan juga EU sudah terputus ekoran kemenangan Hamas dalam pilihanraya lepas, atas sebab untuk memberi tekanan ekoran ketidak iktirafan mereka terhadap negara Israel. Anda perlu sedar. Pendapatan perkapita penduduk Palestin menurun kepada 27% tahun ini. Ditambah pula dengan Dinding Apartheid yang sesuka hati mengambil tanah mereka yang subur serta kawasan air minuman mereka. Anda masih tidak sensitifkah?

Ini merupakan jihad kita. Orang di Palestin, mereka dah Allah takdirkan buat masa ini jihad mereka adalah jihad menentang Israel. Jihad mereka adalah jihad tenaga, darah dan air mata. Tapi Allah takdirkan jihad kita sekarang ini hanyalah untuk memberi harta dan masa kita. Harta kita supaya kita dapat gunakan ke jalan yang betul. Saluran yang betul. Jihad masa kita pula adalah dengan meluangkan sedikit daripada 24jam untuk memperbaiki diri kita. Menguatkan iman kita yang telah terleka buat seketika. Terlena dalam arus yang dibawa barat. Kita harus sedar yang kita juga memainkan peranan terhadap permasalahan yang berlaku di Palestin.

Baik. Apa yang boleh ku buat?

Dari segi harta. Anda boleh mendermakan kepada agensi-agensi yang saya kira boleh dipercayai. Insya Allah saya percaya agensi-agensi ini sangat amanah dalam mengendalikan wang anda untuk dihantar kpd rakyat Palestin.

1) Malaysia- Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia
Bank Islam Malaysia, cawangan Taman Melawati
no acc: 12113010005797 (Tuliskan 'Derma untuk Palestin')

2) Australia- Australian National University Muslim Association
Commonwealth Bank, Nama Penerima: Nurul F Ramli
BSB No: 062903 Acc No:10317888 (Tuliskan 'Palestin Donation')

3) Antarabangsa- Palestinian Relief and Development Fund, INTERPAL

Bagi jihad masa pula. Spend kan masa kita untuk memperbaiki kita. Dekatkan diri dengan Al-Quran. Menambah ilmu kita. Aware tentang permasalahan Palestin. Sebab mereka yang berjuang itu adalah saudara-saudara kita sendiri. Sebab kita rasa kita takde masalah sebab kita telah dipupuk dengan sifat kekitaan yang mana tidak mahu mengambil peduli tentang orang lain. Sedih.


"Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Baqarah,2 :2-5)

Ayat diatas menerangkan ciri-ciri orang yang bertakwa. Maka, kita masukkan diri kita dalam ciri-ciri tersebut. Ingat, rezeki bukan hanya harta, tetapi tenaga, masa dll juga adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Segan. Rakyat jiran kita yang bertarung dengan segala kegawatan masih mampu juga untuk mengadakan usaha. Usaha mengumpul USD1.00 dari setiap rakyatnya. Sedangkan mereka lagi susah daripada kita yang dikatakan 'amat pemurah' ini. Malu.

Jangan sampai kita dijadikan alasan di akhirat oleh rakyat Palestin yang kita tidak membantu mereka. Mereka akan menuntut di hadapan Allah atas kelekaan kita. Kita takut alasan itu digunakan mereka dihadapan Allah kelak yang dijadikan asbab untuk kita dicampakkan ke neraka. Jangan.

Maka. Mulakan langkah kita bersama-sama. Insya Allah diberkati.

Sunday, May 14, 2006

Niat dan perbuatan...

Kalau kita nak makan. Kita kena rasa yang kita nak makan (sebab lapar, atau nafsu dll). Kemudian kita kena capai makanan itu gunakan tangan dan pegang makanan itu. Kemudian dibukakan mulut lalu dimasukkan makanan itu ke dalam mulut. Dikunyah2 lalu ditelan. Maka jadilah perihal makan tersebut.

Sama juga perihalnya dengan niat dan perbuatan. Niat sahaja tidak memadai untuk mendapatkan natijahnya kiranya tidak disertai dengan perbuatan. Kata 'Adik Beradik Perempuan dalam Islam', niat yang baik adalah memadai untuk menjadi muslim yang baik (good intention is adequate in being a good Muslim). Ini terutama hal memakai tudung kerana bagi mereka ramai aje lagi orang yang bertudung tapi buat benda-benda yang jahat.

Mereka lupa. Niat tak menghalalkan cara. Sama macam Robin Hood. Mencuri untuk membantu orang miskin. Hukumnya haram juga.

Allah berfirman

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah, 2: 208)

Maka. Ambillah Islam secara keseluruhan. Keseluruhan dari erti kata lain kita jangan hanya ambil mana yang suit dgn diri kita dan tinggalkan apa yang rasa tak appropriate dengan kita.

Maksud saya, niat dan amalan tidak boleh dipisahkan. Tidak lengkap satu tanpa yang lain.

Untuk beramal, niat adalah penting, malah menjadi kunci untuk dinilai sejauh mana amalan itu diterima Allah dan tak. Begitu juga dengan niat, tidak akan datang sesuatu natijahnya kira tidak disertai dengan amalan. Dan amalan itu hendak lah bersesuaian dengan niat. Mestilah benda yang baik, yang bukan boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Gunakan neraca Allah dalam melaksanakan sesuatu amalan. Neraca Allah itu kita boleh tahu melalui Al-Quran dan Sunnah. Yang mana baik, kita lakukan dan jadikan amalan tapi yang buruk kita tinggalkan.

Selalu niatkan dalam hati kita yang kita hendak melakukan benda yang baik. Seterusnya, pastikan diri kita melakukan benda yang baik tersebut. Dalam masa yang sama, kita ikut neraca Allah. Insya Allah kita sendiri tahun yang apa kita buat itu baik atau tak. Disukai atau tidak oleh Allah. Bukan orang lain yang memberitahu pada kita sepatutnya.

Maka. Mulakan sesuatu dengan niat yang ikhlas, dan lakukan sesuatu dengan ikhlas. Insya Allah, kita bersama-sama mencari keredhaan Allah. Mungkin natijahnya mungkin bukan sekarang. Mungkin bukan di dunia ini. Tapi di akhirat kelak.

"Tiap-tiap amalan bermula dengan niat..."

Tuesday, May 09, 2006

Antara Bye dan Bersanding...


Aku tertarik dengan perbincangan yang dibawakan rakan-rakan dalam groups batch ku. Mula2 dibawakan tentang isu Bye. Katanya Bye itu adalah membawa maksud 'di bawah naungan paderi' (Zeff, 2006) seperti yang diperoleh dalam sms nya, lalu dikongsi dengan yang lain2, dan dibincangkan kerana tidak tahu asal usulnya. Bagus lah. Sebab dia nak mencari kepastian dalam jawapannya. Dalam perbincangan itu keluarlah bab tentang term tu dah dibiasakan penggunaan nya dalam masyarakat kita. Dia bagi contoh kalau Malaysia adalah membawa maksud yang hina jika ditukarkan ke bahasa Hebrew (katakan, bukan yang sebenar), maka adakah kita tak akan menggunakan bahasa itu..?

Maka, keluarlah topik tentang bersanding. Katanya sebab dari zaman Melaka dulu bersanding diadakan sebagai tradisi, tetapi sekarang selalu diwarwarkan yang bersanding itu haram kerana mengikuti Hindu. Katanya orang zaman dulu-dulu dah bawa.

Kita tengok balik bagaimana sejarah orang jahiliyah dulu. Kita harus ingat, penduduk Mekah itu mendapat ajaran daripada nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim membawa DEEN dari Allah. Deen itu adalah 'The Way of Life' yang sepatutnya kita ikuti. Kita bayangkan DEEN itu adalah bulatan yang putih. Suci bersih dari sebarang kekotoran.

But as time goes by, syariat dan akidah mereka ditwist dan diubah serta digubal mengikut keperluan mereka. Keperluan semasa. Keperluan nafsu mereka. Contohnya macam tawaf kan. Syariat itu telah lama dibawa oleh Nabi Ibrahim dan syariat yang dibawa adalah sama dengan yang kita tengok sekarang. Namun masa tu, as time goes by, orang Mekah rasa macam kena tambah2 sikit dalam bertawaf, sebab nak kasi lebih best n lebih kick dalam bertawaf. Maka dibukalah baju dan ditawafnya tanpa baju. Katanya sebagai manifestasi kecintaan yang lebih utuh kepada tuhan dan juga sebagai bukti pengorbanan yang mahu ditunjukkan kepada tuhan. Orang lain tengok pun macam best. "Betul kot apa yang dibuat oleh orang ini...". Maka DEEN yang putih suci sedikit sebanyak ada tompok2 hitam atasnya.

Maka semakin ramai yang ikut. Dan ikut. Diikuti oleh anak cucu mereka. Sampai sebelum kedatangan Rasulullah membawa mereka kembali. Banyak lagi benda yang diaorg buat. Tanam anak hidup-hidup, cara memilih pasangan hidup yang salah, minum arak dan lain-lain. Anda semua lebih tahu tentang sifat-sifat jahiliyah yang dibawa mereka. Maka. Macam dah jadi tradisi kepada mereka. Kalau ditanyakan kepada mereka, apa yang mereka buat tu betul. Marah mereka kalau dikatakan apa yang mereka buat salah. Sebab. Mereka tak tau pun benda yang mereka buat tu salah. Sebab kata mereka, mereka mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Membawa DEEN yang baginda sampaikan. Tapi mereka tak menyedari yang DEEN itu bukanlah DEEN yang asal yang dibawakan oleh baginda. Sebab DEEN itu telah dicemari oleh kekotoran yang banyak. Adakah sama DEEN yang putih bersih dengan DEEN yang telah dicemari dengan tompok2 hitam?? Manakah yang Allah terima?? Maka amatlah hina jika amal perbuatan kita Allah tak terima. Sebab mencampurkan antara hak dan batil.

So, berbalik kepada soalan Bye dan Bersanding itu. Saya tidak mahu memberi komen terhadap perkataan bye itu kerana saya tidak tahu maksudnya. Mungkin ada sahaja maksud disebaliknya, dan mungkin tidak. Sebagai contoh saya berikan tentang apa yang saya dapat melalui emel-emel 'layang' yang dihantar kepada saya. Perkataan 'Mosque' yang dikatakan diberi oleh puak kristian Sepanyol tatkala mendapatkan kembali kawasan Islam di Sepanyol seperti di Andalusia dll., yang dimanestifasikan masjid dengan nyamuk atau 'mosquito' atau pun mosque dlm bahasa Sepanyol... Sebagai satu penghinaan kepada orang Islam. Saya juga tidak mahu memberi komen tentang perkara ini sebagai bukan saya sebagai yang arif dalam bahasa dan sejarah untuk memberi jawapan. Cuma hendaknya kita berhati-hati dalam kehidupan seharian kita.

Tentang bersanding, memang obvious. Sebab sama seperti amalan orang Hindu. Kita sebenarnya tak tahu yang apa kita buat salah, sebab kita dah terbiasa dengan benda itu dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya saya ambil couple dan dating. Kita dah terbiasa dalam masyarakat kita yang kalau nak kawin, kena couple. Kena dating dulu. Kena berkenalan dengan lebih rapat sebelum berkahwin. Padahal kita tahu benda ni salah. Tapi buat juga. Sebab kita dah terbiasa dengan benda ni dalam masyarakat kita. Sebab kita tak nampak benda ni salah. Sama juga dengan orang jahiliyah buat dengan tawaf tanpa pakaian itu. Katanya tak salah sebab dah jadi tradisi turun temurun. Dan tawaf tanpa baju tu dibuat kerana itulah syariat dari Nabi Ibrahim, kata mereka.

Kita tak rasa yang kita ada masalah dalam masyarakat kita, dan masyarakat kita pun tak rasa apa yang dibuat SALAH.

Sebab itu, kadang kala susah sebenarnya nak menerima benda yang baik. Sebab neraca yang digunakan untuk membuat perhitungan bukanlah mengikut neraca Islam. Bukan dibuat mengikut neraca yang Allah sediakan untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Sebab itu saya pernah tekankan yang orang kebanyakan selalunya membawa kita jauh dari Illah kita. Sedangkan amalan orang kebanyakanlah yang selalu kita lihat.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” ( Al-An’am,6 : 116 )

Allah sendiri cakap tentang hal ini.

Maka, untuk menilai balik kehidupan kita, kita balik semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Masyarakat Islam kita sebenarnya lemah bukan kerana kita takde senjata atau kekuatan ketenteraan. Memang itu satu faktornya. Tapi yang sebenar-benarnya diri umat sekarang ini jauh dari Allah. Sebab diri umat sekarang jauh dari AL-QURAN. Kita tanya diri kita balik, berapa banyak kali kita membaca Buku Panduan Hidup kita ini. Dan berapa banyak usaha kita untuk memahami Al-Quran ini. Sebab kita sedar, Al-Quran ini bukan diturunkan dalam bahasa Melayu. Maka, penting untuk kita mencari tafsir bagi mendapat tahu apa yang Allah nak sampaikan. Tapi kita lebih disibukkan dengan benda-benda lain, benda-benda duniawi yang lebih materialistik sekarang ini. Sedih... Sebab usaha kita kearah Al-Quran kadang-kala terlalu sedikit sehinggakan boleh dipandang enteng.

Untuk cara hidup, bukankah kita ada contoh terbaik iaitu Rasulullah S.A.W? Maka, kenapa perlu kita nak ambil contoh daripada tokoh-tokoh barat sedangkan pada hakikatnya Rasulullah merupakan model terunggul sehingga akhir hayat?

Fikirkanlah. Aku mungkin tersilap hitung dalam menulis ini. Tapi aku rasakan apa yang aku tulis ini adalah apa yang aku nak cuba perbetulkan dalam masyarakat kita. Masyarakat kita BERMASALAH.. tetapi kita tak sedar dan tak tahupun yang kita ni BERMASALAH..

Yang baik dari Allah, dan yang buruk itu pun dari Allah, cuma kelemahan diri menjadi asbab itu.

Kepada rakan-rakanku, maafkan diriku sekiranya tersinggung atas diriku. Niatku ikhlas supaya kita sama-sama ada kesedaran. Maka kita boleh mengatur langkah bersama-sama ke arah yang lebih baik.

Insya Allah.

Monday, May 08, 2006

Al-Fatihah...

Buat Niza. Coursemate ku....

Takziah saya ucapkan. Bersabarlah di atas ujian yang Allah berikan kepada saudara. Saya doakan agar Allahyarhamah makcik mu senantiasa berada di kalangan solihin. Insya Allah.

'Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan".' (Al-Jumuah, 62 : 8)

Kisah di Penjara...
(petikan daripada PPIM Ireland YahooGroups)

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !"

Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya.

Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia alu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALLAH tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALLAH. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat

tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.


Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak

itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif,

ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar.

Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu.

Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.



Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... " Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku

masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran ALLAH.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALLAH, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya... "

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman ALLAH...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum, 30:30)

Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...

"Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad."

Saturday, May 06, 2006

Case 6, Session 2 and 3...


Investigations: Reduce PCV, MCV, MCH, MCHC and Hb in CBE. It suggests that the pt has moderate anaemia with moderate microcytosis, anisocytosis, poikilocytosis, and slight hypochromia. Increase platelets suggest bleeding.

Normal electrolytes, glucose, urine dipstick analysis and LFT. Normal ECG and CXR. However, there is positive result in faecal occult blood test, suggesting there is bleeding in the GIT (the speficity of the test is poor but it has good sensitivity).

She was referred to a surgeon.

Rigid sigmoidscopy: No abnormalities was seen to 15cm

Colonoscopy: Good bowel preparation. Pt tolerated the procedure well w/o complications. A pathology was encountered in hepatic flexure and limited the examination. An ulcerative tumour was present at the hepatic flexure. Biopsies was taken. The rest of visualization bowel was normal.

Carcinoembryonic antigen (CEA): undetectable

CT scan of abdomen: Liver=normal size and appearance. There's thickening in the mid-ascending colon suggestive of bowel wall pathology, and this correlates with the known R colonic cancer. No other abnormalities seen.

Biopsy: moderately differentiated adenocarcinoma.

She was referred for elective surgery. Was transfused with 3 units of packed blood cells over 18hours,w/o incident. Post-transfusion Hb level was 124 g/L, with hypochromic, microcytic picture still persisted.

Operation: Findings- a bulky tumour found in mid-ascending colon and the mesenteric lymph nodes slightly enlarged but nor hard. Liver appeared not involved by malignancy, and so thus the intraperitoneal.

Procedure- R colon to the middle colic vessels was resected and ileo-colic anastomosis performed.

Resected specimen sent for histology for formalin.

Pathological Diagnosis: R hemicolectomy; moderately differentiated colonic adenocarcinoma extending via main muscle coat with lymphatic invasion & regional lymph nodes involvement in 2 of the 12 retrieved nodes. Adjacent mildly dysplastic tubullovillous adenoma w/in resected specimen. Margins free of malignancy.

Microscopic report from biopsy: Ulcerating adenocarcinoma involve the muscularis propria with focal extension into subserosa. Twelve regional nodes were identifies and 2 are involved by metastatic tumour.

Stage: ACPS or Duke stage C

Post-operatively, her condition was satisfactory w/o need of further blood transfusion. Pain controlled by epidural anaesthasia. Hydration initially maintained with IV fluids. Urine output was satisfactory.

First 3 days after surgery, she had signs of reduced air entry at L lung base, but was cleared after physiotherapy. Mobilizing by the end of day 3, with assistance.

Day4: Bowel sounds present and began oral intake of fluids, progressed to a light diet by day 6, and normal diet thereafter. Wound healing well. Planned to discharge her in day 8 or 9.

Oncologist explained and discussed the importance of adjuvant chemotherapy. There was also appointment made to follow-up her conditions. She was told that she needed a number of investigations as part of her regular follow-up "surveillance", both by her GP and surgeon.

Take home messages:
1) According to Current Medical Diagnosis and Treatment 2005, adenocarcinoma in colorectal cancer "grow slowly and may be present for several years before symptoms appear". Not meaning that negative findings will rule out possible causes. 1+1 doesn't necessary be 2.

2) The symptoms may differ according to the site of the lesion. More signs eg. colicky pain, diarrhoea and constipation due to cancer will occur if the lesion is on the L side of the colon. R colon sometimes may take even years for the patient to realize that he/she has the neoplasm.

3) If the patient doesn't have metastases lymph nodes, would you consider for chemotherapy. Less likely. Because the chances of the stage I and II (A or B) 5 year survival is 90-100% and 60-75% respectively. However, for stage III (C), the 5 year survival can be risen from 30-50% to 40-65% with adjuvent chemotherapy, depends on the number of metastases nodes affected. For stage IV (D) ie. has distal metastases, the CMDT suggested for more palliative treatment for the patient, and the chemotherapy therapy doesn't show significant increase in the survival rate.

CANCER= sometimes can make people come forward closer to ALLAH.. but sometimes can make people go as far as they can from ALLAH.. Na'uzubillah..

Insya ALLAH. Whatever it is. Whether cancer or others. One thing for sure. We will die. There is no eternity life other that ALLAH. Thus. Always remember about death. Because it is very close to you. And also to my self.

Prophet Muhammad has said "the smartest people are people who remember about death"..

Friday, May 05, 2006

Sebuah Pertemuan...


Lagu ni. Selalu dialunkan di corong-corong speaker ku. Memberi seribu erti. Ditujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan ku.

UNIC- Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan


Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan

(Chorus 1)

Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku

Diuji dengan dugaan?

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

(Chorus 2)

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati

Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama TEMAN

Insya Allah. Kita sama-sama mengharungi ranjau kehidupan bersama-sama. Dalam mencari KEREDHAAN NYA. Mencari CINTA NYA. Amin.

Titik.

Band of Brothers 2005