Kalau kita nak makan. Kita kena rasa yang kita nak makan (sebab lapar, atau nafsu dll). Kemudian kita kena capai makanan itu gunakan tangan dan pegang makanan itu. Kemudian dibukakan mulut lalu dimasukkan makanan itu ke dalam mulut. Dikunyah2 lalu ditelan. Maka jadilah perihal makan tersebut.
Sama juga perihalnya dengan niat dan perbuatan. Niat sahaja tidak memadai untuk mendapatkan natijahnya kiranya tidak disertai dengan perbuatan. Kata 'Adik Beradik Perempuan dalam Islam', niat yang baik adalah memadai untuk menjadi muslim yang baik (good intention is adequate in being a good Muslim). Ini terutama hal memakai tudung kerana bagi mereka ramai aje lagi orang yang bertudung tapi buat benda-benda yang jahat.
Mereka lupa. Niat tak menghalalkan cara. Sama macam Robin Hood. Mencuri untuk membantu orang miskin. Hukumnya haram juga.
Allah berfirman
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Maka. Ambillah Islam secara keseluruhan. Keseluruhan dari erti kata lain kita jangan hanya ambil mana yang suit dgn diri kita dan tinggalkan apa yang rasa tak appropriate dengan kita.
Maksud saya, niat dan amalan tidak boleh dipisahkan. Tidak lengkap satu tanpa yang lain.
Untuk beramal, niat adalah penting, malah menjadi kunci untuk dinilai sejauh mana amalan itu diterima Allah dan tak. Begitu juga dengan niat, tidak akan datang sesuatu natijahnya kira tidak disertai dengan amalan. Dan amalan itu hendak lah bersesuaian dengan niat. Mestilah benda yang baik, yang bukan boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Gunakan neraca Allah dalam melaksanakan sesuatu amalan. Neraca Allah itu kita boleh tahu melalui Al-Quran dan Sunnah. Yang mana baik, kita lakukan dan jadikan amalan tapi yang buruk kita tinggalkan.
Selalu niatkan dalam hati kita yang kita hendak melakukan benda yang baik. Seterusnya, pastikan diri kita melakukan benda yang baik tersebut. Dalam masa yang sama, kita ikut neraca Allah. Insya Allah kita sendiri tahun yang apa kita buat itu baik atau tak. Disukai atau tidak oleh Allah. Bukan orang lain yang memberitahu pada kita sepatutnya.
Maka. Mulakan sesuatu dengan niat yang ikhlas, dan lakukan sesuatu dengan ikhlas. Insya Allah, kita bersama-sama mencari keredhaan Allah. Mungkin natijahnya mungkin bukan sekarang. Mungkin bukan di dunia ini. Tapi di akhirat kelak.
"Tiap-tiap amalan bermula dengan niat..."
10 comments:
aie:
aku berniat untuk belanja kau makan. sekali lagi. mungkin kau sedang merasa makanan itu. kerna aku dah berniat.
Niat sahaja tidak memadai untuk mendapatkan natijahnya kiranya tidak disertai dengan perbuatan.
Tidak semua. Pernah ustad aku berkata, dalam Islam niat untuk melakukan perkara baik akan terus mendapat pahala dan apabila kita melakukan perkara baik itu maka akan bertambah pahala untuk perbuatan pula. Akan tetapi niat untuk berbuat jahat tidak akan mendapat dosa selagi ktia tidak melakukan perbuatan jahat tersebut.....walaupun tidak elok kita berniat jahat.
Contohnya - kita niat untuk derma. Dapat pahala. Kita tak jadi derma tak apa. Bila kita derma, dapat pahala lagi.
Niat nak belasah orang sebab marah. Belum dapat dosa. Tak jadi pukul. Itu paling baik. Kalau pukul, baru dapat dosa.
Pernah aku bertanya kembali kepada ustazah pula semasa di U dulu. Maka dia pun memberitahu perkara yang sama.
Islam itu sesuatu yang mulia dan juga mudah. Ia juga satu agama sepanjang zaman dan sesuai untuk semua keadaan, termasuk differences in all societies. Sebab itu di dalam al-quran Allah telah memberi panduan untuk kita semua. Panduan ini sesuai untuk sesiapa sahaja di mana juga mereka berada. Luhatlah di serata dunia, orang Islam tidak kelihatan semuanya sama .... nampak berbeza-beza, even in their dressing ..... tetapi hakikatnya semuanya Islam. Apalah kita nak menjadi jury dan judge untuk menilai sejauh mana keIslaman mereka. Ingin saya panjangkan lagi isu ini tetapi disini bukan tempatnya.
Tetapi .... mungkin saudara boleh renungkan kembali apa yang saudara telah perkatakan tempoh hari ... sesuatu yang sudah menjadi biasa itu kita mungkin anggap sebagai mesti. Compulsory. Sebab ramai (disekeliling kita) yang cakap sedemikian. Tetapi mugkin ia tidak mesti.
Satu perkara lagi yang mahu saya kongsi ialah ketika khutbah Jummat satu hari ... ada diperkatan tentang konteks ayat-ayat Quran. Kita seharusnya mengkaji dan mentafsir ayat Quran within its context. Kita kena kaji juga kenapa dan waktu bila dalam keadaan bagaimana ayat itu diturunkan. Kekadang bahaya kita ambil satu ayat saja dan mentafsir secara literal satu ayat itu saja. Sedangkan ... ayat-ayat sebelumnya dan/atau berikutnya ada membawa rentetan seperti clause yang lain. Dan ayat itu bukan absolute.
Sama-sama kita ingat-mengingati. Memperbaiki diri. InsyaAllah.
Betul.
Saya tak katakan niat sahaja tidak penting. Tidak. Malah Nabi sendiri pernah bersabda,yang maksudnya 'sesuatu amalan bergantung pada niatnya'. Maka, niat menjadi konteks yang paling penting dlm melakukan amalan. Dan niat yang baik memang sudah diberitahu yang akan mendapat pahala daripadanya walaupun tidak dilakukan lagi perkara tersebut, dan juga niat yang jahat tidak lagi mendapat dosa selagi tidak dilakukannya. Itu memang tepat sebagaimana yang saudara pernah katakan.
Tapi ingin saya tekankan di sini niat dan perbuatan dari konteks iman. Iman tidak sempurna hanya kerana niat sahaja. Sebab itu saya bagi contoh tudung. Kalau hanya niat yang baik (good intention) sahaja tanpa melaksanakannya, maka tidak sempurna imannya.
Sebab itu ayat yang saya berikan itu menekankan tentang ciri-ciri orang yang beriman. (Wahai orang-orang yang beriman...). Maksudnya orang yang beriman perlu mengambil Islam as a whole dan tidak ada kompromi dalamnya. Ayat itu adalah daripada tafsiran keseluruhannya. Jika tidak setuju, kita boleh perbincangkan.
Contoh yang senang. Ibu kita. Kenapa perlu kita cakap yang kita sayang ibu kita dan perlu bagi hadiah kepada ibu kita mcm hadiah bunga, kek ataupun kejayaan exam kita dll sebagai nak menunjukkan yang kita sayang ibu kita. Padahal dalam hati kita dah tahu dah yang kita memanglah tersangat-sangatnya sayang kat ibu kita. Dan ibu kita juga tahu yang kita sayangkan kita. Sebabnya senang aje, supaya apa yg kita kita niatkan itu dizahirkan menjadi perbuatan, perbuatan yang menunjukkan ibu kita sayang kita.
Sama juga dengan Allah. Kita tahu yang kita sayang sangat kepada pencipta kita. Tetapi selagi mana kita tak mengerjakan apa yang Allah suruh dan syariatkan, tidak tercapailah manifestasi kecintaan kepada Allah. Tidak tersampailah maksud kita iaitu pengabdian kepada Allah. Tak dapat dicapaikan natijah keimanan itu.
Maka, sebab itulah pentingnya niat tersebut yang diikuti dengan amalan terhadap apa yang telah diniatkan.
Saya setuju yang dosa dan pahala bukan hak kita untuk dibicarakan. Namun, jika kita buat separuh dan ambil separuh dari segi amalan dan syariat, maka iman itu tidak lah sempurna. Kerana komponen iman iaitu niat, pengakuan dan perlaksanaan tidak mencukupi. Tidak sempurna.
Insya Allah. Dapat diperjelaskan.
pelik?? kenapala slalu isu bertudung nk dikaitkan???? kenapa la x dicarikn contoh lain... betul... saya setuju dgn saudara aie... tetapi mgkn kerana ia melibatkan wanita, buat sy sedikit terasa... kerana perlu diingatkan, x semua yg bertudung buat perkara jahat... mmg sy faham yg saudara aie x maksudkan semua org... tetapi mgkn lebih baik kiranya saudara gunakan ayat yg lebih baik..erm.. maafkan sy jika ada apa2 yg salah atau x betul di sini..
segalla yg baik dtg drpd Allah, segala yg buruk dtg drpd Allah jua tapi disandarkan atas kelemahan manusia. bukalah hati dan terimalah seadanya, kerana Islam itu suci lagi membenarkan dan manusia itu senantiasa dipengaruhi dgn apa yg berlaku di sekelilingnya. semoga semua ambil iktibar apa yg cuba disampaikan.
rajin nyer ko tulis blog aie... org yg rajin tulis blog ni aku rase org yg agak berseni & suke meluahkan ape yg terpendam...hehe...
saje nak share hadis ni...
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.
he he he he he he he he he ... biasalaaaaahhhh ......
Contoh tudung ini diberikan sebab saya rasakan contoh ini yang paling senang diberikan untuk memberi kefahaman tentang perkara ini.
Harap saudari memahami.
Wahai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, sehingga mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab,33:59)
'Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.'An Nur,24: 31
Insya Allah.
From Yussoef alQhardawi's Islamonline.net :
Now coming to the final part of the question - whether we are allowed to put out a person from the fold of Islam because of her refusal to comply with the rules of Hijab. The answer is that we are certainly not allowed to do so. If a person refuses to wear Hijab, after having known that it is a requirement mandated by Allah, then she is certainly a transgressor, and guilty of a serious offence in the sight of Allah, and yet such an offence does not justify anyone to question her basic faith. We must know that in Islam no person possesses the authority to put out people from the fold of Islam based on their sins or violations.
In any case, wearing of the tudung is not part of Rukun Iman or Rukun Islam. And it is also not one of the 7 deadly sins. Don't judge too harshly. It is probably the same sin as other sins like wearing make-up, gossipping (fitnah is worse!), watching TV with women in skimpy clothing, etc, etc ...... so why always pinint the tudung issue just because it is such a fashion nowadays to wear one and to scorn those who don't wear. Such a fashion that the tudung has glitter, has embroidery, has beads, has many ways to tie, bla bla bla ..... color also same as lipstick ... i better stop now.
just do what we think is best for us follow closely to what God said. don't judge others. not anyone's place to judge anyone. this is also a sin. tojudge and think bad and speak bad of people.
peace.
Post a Comment