Wednesday, May 03, 2006

Peminta sedekah...


Seorang peminta sedekah. Menunggu-nunggu di Medan Makan Sate Melaka di Keramat AU. Datang kepada keluargaku yang sedang makan. Muka seperti orang Afghanistan. Baik perlakuan, berjubah dan berkopiah putih.

"Sir, I come from Afghanistan. Please help me. I have no money to buy food".

Ayahku tersenyum. "Eh,you again! I saw you in my clinic that day. How many times you want to want to ask for money. I want to give you 10 ringgit, you want 50. What is this? If you want to eat, order foods and I will pay."

Tapi orang Afghanistan tu taknak. Terus pergi dengan muka masam. Memang betul pun. Aku pernah ternampak dia datang ke klinik ayahku pada masa itu. Orang yang sama. Ayah menceritakan betapa demanding nya. Taknak amount yang kecil2. Nak paling kurang RM50. Kalau tak, dia taknak keluar dari klinik tu. Nak minta sedekah untuk membantu pejuang-pejuang Taliban di Afghanistan. Katanya.

Maka. Pergi ke meja-meja yang berdekatan. Aku berasa tidak sedap hati dengan pemuda itu. Rasa sangsi dengan keadaan nya. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Selepas pergi ke meja2 yang berdekatan, pemuda itu berjaya memujuk beberapa orang untuk memberi sedekah. Kasihan melihat keadaan nya. Bagaikan sangat daif.

Kami bergerak balik tatkala azan Maghrib bergema. Dan pada masa itu jugalah aku terlihat pemuda tadi duduk di bus stand. Mengira duit. Banyak pula tu. Datang juga seorang sahabat yang seangkatan rupanya. Juga membawa duit yang banyak. Tak kisah orang melihat mereka. Mahupun orang lalu lalang di depan mereka. Termasuklah orang yang telah memberi sedekah padanya. Dan mereka juga tidak kisah hendak ke masjid Keramat AU yang sgt berhampiran dengan mereka. Sungguh!! Mereka terus berlalu pergi dan terus mencari orang orang lain yang mampu untuk mengasihani mereka dan memberi kan mereka sedekah lagi. Dan tidak ingat juga tentang ILAH mereka yang memanggil-manggil untuk berjemaah di rumahNya.

Pengajarannya? Nak ke kita jadi macam mereka? Masa susah bagaikan sungguh-sungguh meminta tolong dan belas kasihan. Sungguh-sungguh untuk mendapat rezeki. Sebaliknya bila dah senang, lupa terus padaNya. Bagaikan diri mereka yang hebat. Sebab bagi mereka kesenangan itu datang dari titik peluh mereka. Dan semata-mata mereka.

Macam tu juga la manusia. Sesetengahnya manusia bila susah tu bersungguh-sungguh ingat kat Allah. Tak kira la apa yang berlaku. Mahu semahu-mahunya kepadaNya. Tak kira dalam keadaan apa sekalipun. Lebih alim dari orang alim ulama. Mereka lah segala-galanya dalam beribadah. Sanggup korban apa sahaja. Sesusah mana pun. Tak cukup duit, sakit tenat, patah kaki, accident, orang tersayang meninggal dll. Termasuklah selsema di kala winter semakin hampir ini. Tapi bila dah dapat apa yang diingini dan bila dah senang......

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berd
oa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk (menghilangkan) bahaya yang Telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus, 10: 12)

Dah terang. Manusia memang seperti itu. Maksud saya kebanyakan dari manusia. Tak bermaksud anda. Mungkin juga saya ada mcm tu. Orang kebanyakan kadang kala memang mcm tu. Ingat sungguh-sungguh bila susah. Tapi bila senang lupa langsung adaNya Illah yang menjaga kehidupannya. Yang merencanakan kehidupannya. Malah kehidupan segala-gala yang berada di bumi dan di langit. Maka, siapa kah yang paling rugi? Allah tak pernah rugi jika hambaNya tidak mengikuti perintahNya. Sebab diri manusia itu sendiri yang rugi. Nak jadi mcm peminta sedekah tu ke?

Maka. Jadilah hamba yang selalu mengingatinya di saat senang mahupun susah. Analoginya mcm 2 orang gaji dan tuannya. Seorang ni kerja sebab nak 'please' kan tuan nya. Buat kerja nya ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bukannya taknak gaji, tapi dia rasa jika dia dapat mematuhi arahan tuannya itu adalah lebih baik. Nak tuannya sayang pada dia. Apa yang tuan dia kasi dia terima dengan hati yang ikhlas. Seorang lagi kerja sebab nak gaji semata-mata. Kalau tak dapat gaji mengamuk. Mahupun berapi-api perasaannya dan mengadakan mogok di sana sini. Demonstrasi sana sini. Hak pekerja terabai la. Itu la. Ini la. Dan lain2. Maka, mana yang akan lebih disayangi tuannya? Sama juga macam kita. Kita buat ibadah kepada Allah bukan sebab kita nak kan pahala dan syurga Allah. Memang tak dinafikan, itu lah kita kejarkan pun. Yang kita idamkan pun. Tapi, bukan kah lebih indah kalau kita buat semata-mata untuk mendapat REDHA Nya? Dengan redha Nya, hidup kita lebih aman. Takde benda lain yang lebih indah daripada mendapat REDHA Nya dalam seluruh kehidupan kita. Sebab takde makhluk lain yang mampu memberi redha kepada kita melainkan ALLAH.

Maka, ingin saya nasihat diri saya juga.. Dan juga kalian.. Untuk sama sama muhasabah diri kita. Biarlah penggantungan kita kepada ALLAH adalah setiap masa. Tak kira apa situasi pun. Di masa susah atau senang. Allah adalah segala-galanya. Kalau ada problem kepada Allah kita adukan dulu. Bukan kepada makhluk Nya yang Allah ciptakan. Yang Allah pegang hati-hati mereka. Masalah ke, perasaan suka hati ke, lulus exam ke.. Kepada DIA dulu kita cerita. Barulah kita cerita kepada orang lain. Sebab itu pun sunnatullah nya. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Insya Allah. Kita menjadi hambaNya yang mengejar keredhaannya. Insya Allah.

Titik.

*Nota kaki: Nana, sabarlah. Hilang handphone tu salah satu ujian dari Allah. Ada hikmahnya...

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah....ayat itu di huraikan lagi...thanks!
utk berkongsi..sy sendiri pernah m'alaminya..i'A cube diperbaiki selepas nie..
bagus saling mengingati...same2 begerak satu langkah ke hadapan..

selingan..
p/s:herm yg medan sate melaka tue yg dkat dewan serbaguna au keramat tue ker?kalo btol yg tue,,rsnya pnah jgak t'serempak dgn mrk kat area tue...herm...semoga Allah beri hidayah kat mrk...

Anonymous said...

manusia selalu lupa