Wednesday, May 17, 2006

Antara Akademi Fantasia dan Palestin...

Tidak dinafikan. Orang Malaysia sangatlah pemurah. Sangatlah dermawan. Terutama orang Melayu Islam nya. Baik.

Mereka sanggup mengeluarkan duit untuk Akademi Fantasia (AF). Untuk anak buah kesayangan mereka. Semata-mata tidak mahu mereka terkeluar daripada sekolah nyanyian tersebut. Bersungguh-sungguhnya orang Malaysia itu sampaikan pihak Astro dikatakan telah mendapat keuntungan sebanyak 20juta undian sms AFUNDI sepanjang musim ketiga AF hari tu. Untuk Mawi sahaja jumlah nya sudah mencapai RM6.3 - RM12.6 juta. Banyak. Sangat banyak. Sebab itu dikatakan rakyat Malaysia sangat pemurah.

Itu belum termasuk lagi Malaysian Idol. Mesti sangat2x banyak, kalaupun tidak sebanyak AF pun namun jumlahnya cukup significant.

Maka, kita berbalik kepada cerita Palestin. Rakyat Palestin sekarang dalam krisis. Erm, mula2.. Anda semua sedar tak? Dan jika sedar, maka tahu tak bagaimana hendak bertindak?

Tika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin masih belum menerima gaji mereka. Alatan perubatan mereka tidak mencukupi, sedangkan sangat ramai penduduk Palestin memerlukan bantuan perubatan. Bekalan minyak mereka juga sangat-sangat terhad. Ini kerana bantuan AS dan juga EU sudah terputus ekoran kemenangan Hamas dalam pilihanraya lepas, atas sebab untuk memberi tekanan ekoran ketidak iktirafan mereka terhadap negara Israel. Anda perlu sedar. Pendapatan perkapita penduduk Palestin menurun kepada 27% tahun ini. Ditambah pula dengan Dinding Apartheid yang sesuka hati mengambil tanah mereka yang subur serta kawasan air minuman mereka. Anda masih tidak sensitifkah?

Ini merupakan jihad kita. Orang di Palestin, mereka dah Allah takdirkan buat masa ini jihad mereka adalah jihad menentang Israel. Jihad mereka adalah jihad tenaga, darah dan air mata. Tapi Allah takdirkan jihad kita sekarang ini hanyalah untuk memberi harta dan masa kita. Harta kita supaya kita dapat gunakan ke jalan yang betul. Saluran yang betul. Jihad masa kita pula adalah dengan meluangkan sedikit daripada 24jam untuk memperbaiki diri kita. Menguatkan iman kita yang telah terleka buat seketika. Terlena dalam arus yang dibawa barat. Kita harus sedar yang kita juga memainkan peranan terhadap permasalahan yang berlaku di Palestin.

Baik. Apa yang boleh ku buat?

Dari segi harta. Anda boleh mendermakan kepada agensi-agensi yang saya kira boleh dipercayai. Insya Allah saya percaya agensi-agensi ini sangat amanah dalam mengendalikan wang anda untuk dihantar kpd rakyat Palestin.

1) Malaysia- Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia
Bank Islam Malaysia, cawangan Taman Melawati
no acc: 12113010005797 (Tuliskan 'Derma untuk Palestin')

2) Australia- Australian National University Muslim Association
Commonwealth Bank, Nama Penerima: Nurul F Ramli
BSB No: 062903 Acc No:10317888 (Tuliskan 'Palestin Donation')

3) Antarabangsa- Palestinian Relief and Development Fund, INTERPAL

Bagi jihad masa pula. Spend kan masa kita untuk memperbaiki kita. Dekatkan diri dengan Al-Quran. Menambah ilmu kita. Aware tentang permasalahan Palestin. Sebab mereka yang berjuang itu adalah saudara-saudara kita sendiri. Sebab kita rasa kita takde masalah sebab kita telah dipupuk dengan sifat kekitaan yang mana tidak mahu mengambil peduli tentang orang lain. Sedih.


"Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Baqarah,2 :2-5)

Ayat diatas menerangkan ciri-ciri orang yang bertakwa. Maka, kita masukkan diri kita dalam ciri-ciri tersebut. Ingat, rezeki bukan hanya harta, tetapi tenaga, masa dll juga adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Segan. Rakyat jiran kita yang bertarung dengan segala kegawatan masih mampu juga untuk mengadakan usaha. Usaha mengumpul USD1.00 dari setiap rakyatnya. Sedangkan mereka lagi susah daripada kita yang dikatakan 'amat pemurah' ini. Malu.

Jangan sampai kita dijadikan alasan di akhirat oleh rakyat Palestin yang kita tidak membantu mereka. Mereka akan menuntut di hadapan Allah atas kelekaan kita. Kita takut alasan itu digunakan mereka dihadapan Allah kelak yang dijadikan asbab untuk kita dicampakkan ke neraka. Jangan.

Maka. Mulakan langkah kita bersama-sama. Insya Allah diberkati.

21 comments:

Anonymous said...

ingat lagi.. dulu saudara aie minat sggh dgn akademi fantasia... berbanding malaysian idol... kami seakan2 berdebat... katanya lg, winner pada musim tu(2nd season) sama mcm mukanya... =) smp skrg, sy msh xtau nk agree ke x.. hehe... tetapi itu dulu kan... dan manusia berubah... alhamdulillah..

dan kat cni sy juz nk nyatakan rasa gembira melihat 2 org kwn sy, saudara aie yg bersama2 cuba utk menyedarkan saudara seislam sekalian ttg rakyat palestin, dan juga rakan sy seorg lagi... nurul fathim... dlm khusyuk membaca blog saudara aie nih, terlintas nama saudari ku ini... rakan yg dulunya sama2 satu kelas, satu rumah, satu dorm dan etc.. =)

alhamdulillah... gembira kerana bagiku, perjuangan yg mereka lakukan ini wpun kecil tetapi sbnrnya amat bermakna dan insyaAllah, akan mendtgkn seribu manfaat.. moga Allah merahmati mereka dan moga perjuangan mereka ini berterusan.... dan semoga menjadi ikutan buat rakan2 yg lain, dan x lupa, diriku sendiri juga... insyaAllah...

dan ingin menambah sedikit di sini, benar kata saudara aie, sekiranya mampu, berjihadla dgn mengeluarkan wang, dan berjihad dgn masa... jika tidak mampu, kita berdoalah kepada ALLAH SWT... supaya rakyat palestin diselamatkan dan dibebaskan drp kuasa israel... dan semoga penderitaan mereka berakhir... insyaALLAH...ameen.. kerana doa itu adalah senjata org mukmin... dan semakin ramai yg mendoakan, insyaAllah, lebih berkat doa itu... wallahu'alam...

faisal said...

nice entry dude.
hope malaysians would soon realise about this.
rather than spending the money for sms-ing their favourite singer dkt af or Mi, it's better kalau sedekah dkt those poor palestinians.

Adam Ahmad said...

To say that Malaysians like to spend more on AF than helping other Muslims is an overstatement. Since there are 26 million Malaysians and only 2-5 million people who watched and voted in AF and MI, it isn't accurate to generalise all Malaysians for that.

On the other hand, it is true, people tend to complain more when it comes to helping other people but don't seem to be bothered at all when it comes to entertainment. I'm not talking just about AF and MI, but also all those chat channel (I think you know what I mean). Until now, I still cannot believe people actually pay to chat on TV. I mean, they could use that money on other things couldn't they?

If not to donate to Palestinians and such, they could use the money to better themselves, say, in terms of education. But then, like you said, some people just couldn't care less about higher education. Can this be changed? I honestly don't know.

Very good entry indeed.

Anonymous said...

yup..adamkeste... i agree with u.. till now i dont understand those people who love to spend and waste their money for the chatting prog on the tv... why ya???

Anonymous said...

malaysian spent for their entertaiment need...
aku rase baik diorang spent sms utk AF dari diorang gi clubbing..
so takleh nak marah diorang gak, sbb diorang rase terhibur & berbaloi utk sms, so nak ckp ape ?? ..kredit diorang, duit diorang...sama mcm beli album gak...padahal bole donwload kat intenet jer...tapi sbb nak support artis beli la album...huhu..

kalo nak menderma lak susah sbb takde kesedaran....ade ke publisiti setiap minit utk galakkan rakyat menderma ?? ...haha...that's the difference....

Anonymous said...

keste gune bahase internasional siut.... tau la duk UK...jgn lupe gombak lak...haha....sorry aie..spamming sket...

aie144 said...

saudara keste.

memang 2-5 juta sahaja rakyat malaysia yang lain menonton rancangan af/mi dll. tapi selebihnya. tolaklah dgn org yang bukan islam, kita ada balance 5 juta lagi rakyat yg beragama islam. apa yg sebhgian drpd mereka buat? clubbing? judi? berpoye-poye? berkhalwat dan berasmara di hotel2?

significant sgt 2-5 juta org yang menonton af. ramainya pun tak tergambar. apatah lagi sumbangan nya. sampai kadang kala lupa komuniti. lupakan tanggungjawab keluarga. dan juga kadang kala lupa tanggung jawab kepada Illah. dengan pembaziran untuk mengkayakan ananda krishnan?? sambil melihat rakyat palestin menderita dan hanya mampu berkata "kasihan mereka..."

kepada saudara hisham.
betul. duit itu anda kata lebih baik dr pergi berclubbing. tapi anda harus fikirkan pusingan duit tersebut maybe dichannelkan kearah hiburan yang lebih 'menarik','hebat','penuh bertenaga' dll. menarik muda mudi utk mengikutinya. dan mereka sanggup menghabiskan duit itu utk hiburan lagi. dan lagi. maka the vicious cycle nya tak terhenti. byk duit ditaburkan kearah yang tidak sepatutnya. bukankah itu satu pembaziran. membazir ini, sama sahaja. sama ada anda habiskan duit utk af ke, clubbing ke.. natijah pembaziran itu sama. Fatwa oleh seorang mufti di malaysia pun turut mengatakan undi AF sebagai judi. Kire salah juga sebagaimana dgn clubbing kan?

saya hanya menyeru anda sekalian. dan juga mengajak dari yang buruk kepada baik dan dari yang baik kepada lebih baik. saya nak kita berfikir. sampai bila kita hendak dijajah pemikiran kita?? pemikiran orang islam skrg dilemahkan hiburan yang ditanam di jiwa tiap2 insan yang bernama islam hasil pelaburan musuh-musuh islam. anda masih tidak sedarkah akan cubaan utk hancurkan terus jiwa kita yg sebelum ini bertapaknya al-quran, sedikit2 dikikis secara terang2an. bagaimanakah rancangan yahudi yang diterajui oleh Theodur Hetzel pada thn 1890an utk dptkan Palestin dan jatuhkan umat Islam ? Tahu kah anda tentang rancangan tentera Kristian tatkala mereka tidak dpt menjatuhkan Islam secara terang, jelas dan nyata kepada cara yang lebih halus? iaitu dengan HIBURAN..

Berhiburlah, tapi bersederhana dan berpada-pada. ingatlah, sejauh mana anda hendak mengejar dunia tanpa memikirkan tentang kehidupan selepas mati? sebab mati ni skali aje, tapi kehidupan kita byk lagi lps ni... Anda biarkan saudara-saudara yang berjuang di sana mati berpejuangan tanpa pertolongan tapi anda disini gelak ketawa menonton senda gurau Aznil? "Palestin bukan tanah air kami..buat apa nak susahkan otak memikirkannya...?"

Alangkah ruginya saudaraku.....

Anonymous said...

huhu....for me...AF & MI & bla bla bla it's just one after another reality tv shows....dah jadi trend all over the world...sebut jer...m'sia,indonesia,america,australia,mexico & negara arab sekali pon ade rancangan reality tv hiburan...so we cant deny this to happen in m'sia too...

in my humble opinion, rakyat m'sia mmg dahagekan hiburan...mana ade hiburan diorang sebat jer...tak kire la MI ke AF ke konsert perterpan ke(ahaks..ni aku pon pegi...cayalah peterpan!) dan lain-lain jenis hiburan..sampai karaoke mlm minggu kat area kedai makan kat Selayang pon ramai org dtg... so no wonder they will pay what they think worth to make their happy becoz for me they deperately need entertainment(me too..hehe..mlm minggu takkan nak duk umah je).

analogy nyer senang jer..kenape kite minom starbucks yg mahal sedangkan boleh minom kopi kat umah atau ke warung je... same la...kenape diorang paid millions for sms rather than just tgk hiburan minggu ini(HMI) kat tv1 yg tak produktif...

hmm...i know what i'm talking more on entertainment perspective...
but Palestine is another issue...i dont think i can comment alot on this becoz as far as i'm concern this is a global issue.....as malaysian, i think all of us wish palestine to fight for their soil and finally free from stoopid & heartless jews..recently i read paklah agree to help Hamas government finacially...so i think that's good news we all waiting for....
haih...but i just dont know how to link entertainment and palestinean issue becoz i think unfair to put total blame on the entertainment..what if no entertainment at all...do this will lead to the freedom of the palestinean ?? i dont think so...

but i think i understood what aie tried to explain....dont overjoy & forget about muslims in palestine suffering & struggling for their land...

huhu...letih plak cakap mat salleh broken...haha..lagi satu, i have nothing againts ananda krishnan....i think he is such a great businessman...good role model to me...i want to be success like him apart from his Pan Pools business, all other type businesses he invested all make massive profits!! hehe...

Anonymous said...

dah jelas terpapar kat sini bentuk masyarakat MALAYSIA yg kite bangga2kan. ape yg hebat sgt ngan MALAYSIAN ni...hmm hebat dgn hiburan, berlebih-lebihan, duduk dlm tempurung,...etc. tak sedar tgh menuju kehancuran. tak sedar berape ramai penuntut pusat serenti berjaya dilahirkan nak dibandingkan dgn cerdik pandai. selagi kite tak sedar kite ni hamba Allah dan Allah tu TUHAN kite..takyah ckp pasal Palestin.

Anonymous said...

ok...skali lg nk bg comment... juz teringat,b4 this sy ade suruh saudara aie cite psl palestin dlm artikel yg lain kan?? n tq la kerana ambil masa utk tulis psl palestin nih... okla.. n if saudara aie baca comment tu, sy ade sentuh psl kebesaran dan pertolongan Allah di situ kpd rakyat palestin... so since encik aie x sentuh psl tu, let me bercerita sket.. insyaAllah ape yg sy dpt from usrah sy n jgk by reading n news on tv... well, kita tahu awal tahun br2 ni hamas menang dlm pilihan raya... n hamas nih adalah satu parti@gerakan yg mmg nk hapuskan israel..alhamdulillah... n kerana itu,kita tahu, hamas dikecam smpla US, kesatuan eropah n negara2 barat lain menyekat saluran kewangan pd mereka... mmg kejam kan mereka nih??? klu x silap sy, (smada sy ade terbaca dlm paper mne2 or dibincang dlm usrah)yg sbnrnya duit yg israel pegang itu mmg adalah milik rakyat palestin... hamas ditekan utk tarik balik kata2nya utk hapuskan israel tuh... sehinggalah apa yg terjadi skrg...spt yg dicitekan oleh saudara aie ttg rakyat palestin ramai yg menganggur dan etc... then, alhamdulillah, dlm keadaan hamas yg tertekan itu, Allah tolong palestin... kerana iran pd ketika itu keluar memberi bantuan kewangan... slps itu, arab saudi pula dikatakan ingin menghulurkan bantuan... dan minggu lps klu x silap sy, sy baca dlm utusan msia yg katanya negara barat ini sdg berbincang utk kembali tubuhkan dana kpd palestin.... dan bbrp hari lps, dlm buletin utama, presiden OIC keluarkan kenyataan utk bantu palestin... dan alhamdulillah, yg terbaru, mlm td, dlm buletin utama jg, PM kita, Dato' seri abdullah Ahmad badawi keluarkan kenyataan yg msia akan bantu palestin... insyaAllah rm57.6 juta akan disumbangkan... (klu x silap pdgran sy..;)) dan kata PM lg,insyaAllah kerajaan akn bincangkn bantuan2 lain yg dpt disalurkan) alhamdulillah... bukti yg Allah itu ada bersama umat islam yg berjihad dijalanNya... ;) mujurla hamas itu kuat n bersabar dan tidak tunduk kpd kecaman negara barat dgn terlalu awal....

dan insyaAllah, harap2nya msh ada lg bantuan lain yg dpt diberikan... termasukla diri kita sendiri.... rsnya, byk tabung2 yg ditubuhkan utk bantu rakyat palestin kan??? cuba risik2 muslim society uni2 or college2 saudara saudari sekalian... mesti ade yg buat tabung ini kan...?? spt mana saudari ayu@fathim yg tubuhkan fund tru ANU muslim society...

insyaAllah, spt yg sy kata di komen b4 this, klu x dgn harta pun, kita cuba bantu dgn berdoa... dan ingin sy petik kata2 encik aie nih...

"Palestin bukan tanah air kami..buat apa nak susahkan otak memikirkannya...?"

satu soalan yg ditujukan kpd semua org utk difikirkan bersama... iye... sy tahu ramai yg fikir mcm tu kan??? tetapi dlm satu ta'alim hadis yg sy hadiri, ustaz itu bercerita ttg tanah.... dan beliau ada menyebut... kenapa rakyat islam sibuk2 nk selamatkan palestin??? katanya, kerana palestin itu tanah org islam.. di situlah tempat lahirnya ramai rasul dan nabi.... kerana itu, kita perlu berjuang utk selamatkannya dr cengkaman org kafir..... dan kata ustaz itu lg, tanah org islam bukanlah di tempat di mana kita lahir... tetapi di mana beradanya umat islam, di situlah tanah kita... lbh2 lg, kita kene ingat, alam,dunia dan tanah ini adalah milik Allah SWT... =)

panjang sy bercerita... =) ermm... smlm sy baca di mingguan msia... ada satu artikel nih, tajuknya 'israel gembira fatah dan hamas bertelingkah' sedih sy membacanya.. tp insyaAllah, ape2 pun, kita doa, smada konflik dlman atau luaran palestin akan berakhir suatu hari nnt...

wallahu'alam... moga dpt diambil iktibar...

Anonymous said...

aku penah dengar kuliyah subuh, tak salah aku kat radio m'sia KL..ustaz ape ntah name die...die ckp krisis kat timur tengah ni takkan selesai sehingga lah hampir pada hari kiamat ni...ini kerana mengikutnya salah satu petanda kiamat ialah bumi palestine dpt kembali pada yg berhak...

so sebanyak mana effort kite buat, tetapi keadaan tetap akan ditentukan oleh kehendak yg maha ESA....bukan aku bermaksud kite kene stop bantu Palestine tetapi kita tak seharusnya tertanye tanye kenape mereka masih gagal mendapatkan semula tanah air mereka...semuanya kehendak Allah SWT...umat Islam seluruh dunia mendoakan kejayaan mereka setiap hari...setiap kali sembahyang jumaat...penah aku gi solat jumaat kat masjid KLCC, doa yg dibaca meminta kesejahteraan Palestine cukup emosional....akan tersentuh hati sesiapa yg mendengar...hmm... so doakanlan penderitaan mereka akan berakhir....

Anonymous said...

kepada anonymous...bukan hiburan yg nak dibanggakan..tetapi jika kite bercakap, mestilah berpegang pada realiti...no such thing is perfect...we are not angel...we're human... we are designed to make mistake... but life goes on... every bad things we do we must regret & compensate it with good things...

No such country in the world is free from social problem, pusat serenti,dadah, bla bla bla....the question is only how much... sebagai individu apa kite boleh buat ialah menjaga diri kita sendiri dan org yg terdekat...lupakanlah menjaga seluruh manusia dlm negara kita..takkan wujud banduan/pusat serenti sifar di negara ini selagi...this is realiti...face it..

aie144 said...

sabar2.

maybe saudara hisham ada point yang hendak disampaikan, iaitu kehidupan sekarang mmg sudah trend iaitu hiburan adalah sesuatu yang diperlukan. saya tidak nafikan.

tapi jika kalau terlalu bersungguh2 dgn hiburan, maka kita nilai balik kehidupan kita. tak ke macam sama aje mcm kehidupan seorang yg bukan islam? yg sungguh2 mengambil hiburan itu..? kalau kita tolak ibadah ibadah umum (solat, puasa dll..) kita, dan kita samakan diri kita yang sukakan hiburan dgn ah chong atau mr john (katakan..x ada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati)maka tak ke sama aje kehidupan kita dengan mereka...? maka apa bezanya kalau orang bukan islam tanya kita tentang kehidupan kita? itu boleh menjadi asbab orang bukan islam menjauhi islam sebab mereka mengatakan sama aje kehidupan mereka dgn kita.. buat apa nak dekat dengan islam lagi kot..?

sebab itu sy pernah katakan. bersederhanalah. kehidupan kita sebagai umat islam special. lain dari yang lain. tindak tanduk kita sepatutnya adalah tindak tanduk berlandaskan al quran. allah dah bg satu kita utk guide kita. maka, tanya diri kita balik, adakah kita dekat dgn al quran tersebut?

sama-sama muhasabah diri.

ananda krishnan? sy tak nafikan. dia memang hebat dan mastermind dlm business. tapi tak semestinya itu menjadi asbab utk menjadikan dia sbg role model. sebab sy sendiri rasa kita ada dah contoh terhebat. RASULULLAH. sangat hebat orangnya. serba lengkap ciri-ciri kehidupannya. so.. ambil mana yang baik dr mereka, but not as the whole.

berblk pula pada usaha kita ke arah palestin. memang salah satu tanda kiamat. but bukan bermakna yang kita perlu mendiamkan diri tanpa buat apa2. apakah usaha kita ke arahnya? ingat, allah menilai hambanya dari apa yang hambanya usahakan, bukan natijah@kejayaan yang hambanya kecapi.tiap2 dari kita allah sediakan template yang berbeza. cara hidup yang berbeza.

contohnya pelajar dengan doktor. kehidupan mereka lain antara satu sama lain. tapi allah bukannya menilai dr segi apa yang mereka peroleh dan capai dalam kehidupan mereka tapi usaha dan amalan yang mereka lakukan sepanjang hidup. bukannya kejayaan pelajar mendapat 9A1 ataupun doktor menjadi fellow,registrar, pakar atau lain2 itu yang dinilai. tetapi apakah usaha mereka untuk mencapai ke arah itu. study rajin2 atau kerja sungguh2, itu antara apa yang kita isi dalam template itu. so, sama ada berjaya utk mendapat 9A1 ataupun pangkat dll itu bukanlah yang menjadi main aim kita. Allah pun tak nilai sama ada orang tu doktor ke, tukang sapu sampah ke, dll di akhir hayat nya. tetapi amalan seseorang itu. ibadah dan iman seseorang itu. pengisian seseorang itu terhadap matlamatnya. erm, faham ke...?

so, utk palestin, natijah mendapat kembali palestin atau tak bukan menjadi hak kita, tetapi hak ALLAH. Hak yang kita ada adalah untuk menuju ke arah itu. so, kerjakan hak yang kita ada.

insya allah, sebelum kiamat Islam akan bangun sekali lagi. Maybe kita tak sempat pun nak merasai masa ketika Islam tertegak semula di dunia ini. Tapi adakah kita ingin menjadi antara batu bata yang akan menjadi asas kepada pembinaan kerajaan Islam itu atau tidak yang menjadi persoalannya. ataupun hanya melihat tanpa berbuat apa2. mana yang lebih baik, menyumbang ataupun tidak??

sama2 kita saling mengingati.

Anonymous said...

huhu... anonymous??? adakah ditujukan pd diriku??? okla... mmg.. betul... diri sy sdri pun, mmg sy akui sy msh peringkat memperbaiki diri sy sdri.... sy slowly cuba belajar utk absorb apa yg patut sy lakukan sbg hamba Allah dan jg tanggungjawab sy sbg anak, pelajar, sahabat, etc.... sy sdri akui, yg sy sbnrnya kena perbaiki diri sy sdri dlu n kemudian org di sekeliling sy n kemudian brla secara umum.... ttpi kan... adalah patut utk kita amik berat psl org lain jgk... apatah lg masy seagama kita.... kita buatla apa yg termampu.... sy dulu pun pernah berfikiran spt saudara hisham... "x pyh nk susah2 fikir sgt ttg org lain, except org2 yg berkenaan dgn kita cukupla" tetapi kan, smkn sy belajar ilmu agama, join usrah, tgk rakan2 yg lain, smkn sy faham kenapa rakan2 yg memperjuangkan islam ini jg pd ms yg sm ambil berat psl palestin...

kat sini kita tgkla kemampuan kita... spt cth saudara hisham bg ttg mslh social n penagih dadah.. klu nk kata kita nk pg jumpe penagih dadah n halang semuanya, sure x blh kan???? tp klu ada org yg dekat dgn kita yg hisap dadah, kenalah berusaha nasihatkan mereka... kita cuba... n spt sy ckp sblm nih, klu x mampu nasihatkan, berdoalah utk mereka... spt rasulullah, baginda ditugaskan utk menyampaikan ajaran sbnr kpd umatnya... terima atau tidak umatnya itu, terpulangla... n dlm ayat quran sdri yg Allah wahyukan kpd rasulullah, spy x bersedih klu umatnya x mengikut ajarannya... spt exam la jgk, org slalu nasihatkan kita klu kita fail, "xpela... yg pntg ko dah berusaha sggh2... ada hikmahnya" so kt cni, sbnrnya usaha kita itu lbh penting kan???? skrg2nya, kita dah laksanakan tanggungjwb kita.... ;) spt saudara aie nih, dgn artikel dia, dia dh jlnkan tggjwb dia sbg umat isla m utk saudara seislam yg lain... insyaAllah.. wpun kecil kan??? itula mksudnya, buat setakat yg mampu... x dpt keluarkan derma, doa.. xpun, jlnkn tggjwb utk sedarkan org2 lain jg dgn menulis ke, buat blog ke, bercerita kpd kwn2 terdekat ke n etc...

dan kes palestin nih... sbnrnya kita blh dikatakan mampu kan utk keluarkan sedikit derma kan??? klu x byk, sket pun cukupla... x pun, seperti sy ckp, berdoalah.... InsyaAllah byk maknanya... x susah utk berdoakan, Allah itu maha mendengar... apa yg terbuku dlm hati kita, Allah tahu.... kdg2, x perlu kita berdoa dgn keadaan berwudhuk or after solat... tetapi kan, dgn tibe2 jer terlintas doa dlm hati kita pun Allah dgr...

kita ada akal dan fikiran, Allah dah bg kita nikmat tu... yg mane mmebezakan kita dgn binatang... kan??? fikirla ikut logik... sy pun dlm certain things camni, sy ade pndpt sy sdri.... n saudara hisham pun ade pendpt sdri... saudara aie pun ada pendpt dia sdri.... setiap org ade pendpt msg2 kan???cuma, fikirlah sesuatu sesuai dgn keadaan n masa....

tp apa yg pntg, kita cube la belajar utk dalami ilmu agama kita di samping ilmu dunia yg kita cari... wallahu'alam

p/s: btw, bile dibaca blk, saudara hisham sentuh psl hiburan... which rsnye sy x sentuh.... cume it was between saudara hisham, adamkeste n aie je kan???? huhu... tp yg anonymous kt cni.... diriku seorg jer klu x silap... huhuhu... so patut ke x sy jwb soalan saudara hisham..??? buatku konfuse... ;) tp xpela... ilmu yg ada pd sy, sy cube utk kongsi bersama... insyaAllah.. akhir kata, maafkan sy klu kata2 sy ni x betul or terkasar bahasa...

Anonymous said...

oooppss.. seribu kali tgk rupenye barula terperasan ade satu lg anonymous yg lain... yg sentuh psl penagih dadah tu.. heheh.. mgkn anonymous itu yg saudara hisham maksudkan... ;) n rupenye point2 sy tertindih dgn point2 saudara aie... huhu.. mgkn komen saudara aie lmbt kuar di sini... xpelah... yg pntg, point2 yg nk disampaikan itu yg diambil kira oleh kita semua... ;)

Anonymous said...

ehehe...ade due anonymous. dirikan Islam dlm diri, maka Islam akan tertegak di luar sana

Anonymous said...

sdr hisham ... tentang tak akan berakhirnya perang tu saya juga pernah terbaca si beberapa Isalmic site bahawa satu tandanya hari hampir sangat kiamat ialah Islam bertapak kembali di Bethlehem dan Muslims all flock there and sehingga terbiar Madinah and Makkah. Interestingly, agama Kristian juga ada prophecy serupa.

Anonymous said...

Hello. Assalaamualaaikum. We as Muslims must try to do good. No matter towards Muslim or non-Muslims. Even towards animals. Even if it's a dog. Especially towards neighbors more than others. So, charity begins at home. Help your neighbor and friends first. Then expand. InsyaAllah.

Anonymous said...

What a great site
»

Anonymous said...

best regards, nice info pets san jose ca

Anonymous said...

Best regards from NY! » »