Hambanya melalui ranjau yang sangat jauh... Hanya semata-mata mencari keredhaan mu ya Allah.. Hanya di Kau sebagai Ilah ku..
Sunday, May 28, 2006
Islam dan Jahiliyah, tiada pilihan yang lain.
Saya tertarik dengan poster@gambar yang diperoleh daripada Blog Seni Kehidupan. Sangat mendalam maksud yang hendak diberikan, tetapi pada masa sama mesej yang ingin dilontarkan adalah jelas. Tiada jalan lain selain jalan Islam atau jalan Jahiliyah. Maka buatlah pilihan secara bijak.
Maksudnya. Kita ada dua pilihan. Sama ada nak ikut Islam secara sepenuhnya. Cara hidupnya. Ajarannya. Dan kalau yang bukan Islam, semua nya Jahiliyah. Sebab tiada yang lain selain dari dua ini.
Maknanya dalam kehidupan kita, tiada sebab untuk kita tidak mengikut apa yang diajar oleh Islam. Islam adalah suatu kehidupan. Dan kehidupan kita yang akan menentukan di mana kita di Akhirat nanti. Macam mana cara kita mengisi kehidupan kita. Sebab kehidupan kita adalah suatu template kan. Template orang lain adalah berbeza dengan template hidup diri sendiri. Tetapi sejauhmana kita isi template kita, itu lah yang dinilai oleh Allah.
Maka, alangkah rugi kalau kehidupan kita, kita isi dengan jahiliyah-jahiliyah. Buangkan jahiliyah itu sungguh2. Jangan isi kehidupan kita dengan jahiliyah. Walaupun sedikitpun.
Tetapi, memang susah nak tinggalkan jahiliyah. Memang lah, kita dah hidup dengan benda-benda tu sepanjang kita kita hidup sblm kita tersedar ini.
Analogi dia macam ni. Kalau daging yang rosak pada kulit kita, kita tak boleh buang semuanya sekali gus. Kerana kita takut kalau dibuang semua sekali akan memberi infection, seterusnya bernanah dan menyebabkan seluruh bahagian lain rosak. Untuk mengatasi masalah itu, kita buangkan daging yang rosak itu sedikit demi sedikit. Buang sedikit, letak kan ubat. Walaupun sakit sedikit, namun lambat laun hilang juga. Akhirnya setelah beberapa lama kita cuba membuang, habis juga daging yang rosak pada kulit kita.
Insya Allah. Kita berubah sedikit demi sedikit. Tapi konsisten. Dan berterusan. Istiqamah. Hidayah milik Allah. Tapi Allah tahu mana hambaNya yang mahu menerima hidayah dan tercari-cari hidayahNya. Maka. Buka lah hati supaya Allah berikan hidayah kepada kita.
Insya Allah.
Noktah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ermm... menarik skali artikel kali nih... ulasan yg sedikit, tetapi maknanya penuh mendalam.... iye! betul tuh... sy sokong!! ;)
teruskan mencari ilmu agar kita sentiasa berada di jalan yg benar dan insyaAllah, diredhai Allah SWT...
n one more thing, sepnjg hidup sy, n dr experience sy, sy dapati surroundings n kawan2 amat mempengaruhi hidup kita... jadi, utk berubah, carilah kawan2 yg baik dan diyakini dpt membantu kita... insyaAllah... ;)
agreed! carilah kawan yang baik coz surroundings banyak membantu untuk kita jadi baik...
betul tuh .... cuba sedaya upaya ... tapikita juga mesti ingat bahawa kita manusia yang alpa dan mudah silap. maka. janganlah kita mudah mengutuk yang lain. perjalanan di muka bumi ini tidak selesai sehingga kita mati. maka. seseorang yang jahilliyah, kristian atau sebagainya .... mungkin sebelum mati ia sempat insaf dan Allah mengampuninya. maka. beringatlah kita. sedang kita memperbaiki diri dan mengajak kawan-kawan ke jalan yang baik, jangan pula kita alpa dan memandang hina pada orang lain, Islam atau sebaliknya.
teruskan perjuangan. terus memperbaiki diri. sikit demi sedikit kita buangkan. contohnya - lepas pakai tudung, kurangkan makeup sehingga tak payah make-up, ubah corak dan warna baju supaya tidak terang dan attract attention, ubah fesyen baju jangan yang ketat dan terbelah, gunakan tudung biasa tak payah yang berkilat dan bermanik jangan guna minyak wangi bila keluar rumah sebabnya niat pakai tudung sebab nak tidak attract attention so kalau pakai tudung tapi still buat benda-benda ni dah tiba masa berubah bak kata saudara jangan ikut sikit-sikit ikut mana suka pakai tudung nak ikut tapi masih mahu guna makeup bibir merah menyala dan sebagainya akhir sekali kawal mulut jangan mengumpat dan hati biar baik jangan bersangka buruk. sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Post a Comment