Tuesday, May 09, 2006

Antara Bye dan Bersanding...


Aku tertarik dengan perbincangan yang dibawakan rakan-rakan dalam groups batch ku. Mula2 dibawakan tentang isu Bye. Katanya Bye itu adalah membawa maksud 'di bawah naungan paderi' (Zeff, 2006) seperti yang diperoleh dalam sms nya, lalu dikongsi dengan yang lain2, dan dibincangkan kerana tidak tahu asal usulnya. Bagus lah. Sebab dia nak mencari kepastian dalam jawapannya. Dalam perbincangan itu keluarlah bab tentang term tu dah dibiasakan penggunaan nya dalam masyarakat kita. Dia bagi contoh kalau Malaysia adalah membawa maksud yang hina jika ditukarkan ke bahasa Hebrew (katakan, bukan yang sebenar), maka adakah kita tak akan menggunakan bahasa itu..?

Maka, keluarlah topik tentang bersanding. Katanya sebab dari zaman Melaka dulu bersanding diadakan sebagai tradisi, tetapi sekarang selalu diwarwarkan yang bersanding itu haram kerana mengikuti Hindu. Katanya orang zaman dulu-dulu dah bawa.

Kita tengok balik bagaimana sejarah orang jahiliyah dulu. Kita harus ingat, penduduk Mekah itu mendapat ajaran daripada nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim membawa DEEN dari Allah. Deen itu adalah 'The Way of Life' yang sepatutnya kita ikuti. Kita bayangkan DEEN itu adalah bulatan yang putih. Suci bersih dari sebarang kekotoran.

But as time goes by, syariat dan akidah mereka ditwist dan diubah serta digubal mengikut keperluan mereka. Keperluan semasa. Keperluan nafsu mereka. Contohnya macam tawaf kan. Syariat itu telah lama dibawa oleh Nabi Ibrahim dan syariat yang dibawa adalah sama dengan yang kita tengok sekarang. Namun masa tu, as time goes by, orang Mekah rasa macam kena tambah2 sikit dalam bertawaf, sebab nak kasi lebih best n lebih kick dalam bertawaf. Maka dibukalah baju dan ditawafnya tanpa baju. Katanya sebagai manifestasi kecintaan yang lebih utuh kepada tuhan dan juga sebagai bukti pengorbanan yang mahu ditunjukkan kepada tuhan. Orang lain tengok pun macam best. "Betul kot apa yang dibuat oleh orang ini...". Maka DEEN yang putih suci sedikit sebanyak ada tompok2 hitam atasnya.

Maka semakin ramai yang ikut. Dan ikut. Diikuti oleh anak cucu mereka. Sampai sebelum kedatangan Rasulullah membawa mereka kembali. Banyak lagi benda yang diaorg buat. Tanam anak hidup-hidup, cara memilih pasangan hidup yang salah, minum arak dan lain-lain. Anda semua lebih tahu tentang sifat-sifat jahiliyah yang dibawa mereka. Maka. Macam dah jadi tradisi kepada mereka. Kalau ditanyakan kepada mereka, apa yang mereka buat tu betul. Marah mereka kalau dikatakan apa yang mereka buat salah. Sebab. Mereka tak tau pun benda yang mereka buat tu salah. Sebab kata mereka, mereka mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Membawa DEEN yang baginda sampaikan. Tapi mereka tak menyedari yang DEEN itu bukanlah DEEN yang asal yang dibawakan oleh baginda. Sebab DEEN itu telah dicemari oleh kekotoran yang banyak. Adakah sama DEEN yang putih bersih dengan DEEN yang telah dicemari dengan tompok2 hitam?? Manakah yang Allah terima?? Maka amatlah hina jika amal perbuatan kita Allah tak terima. Sebab mencampurkan antara hak dan batil.

So, berbalik kepada soalan Bye dan Bersanding itu. Saya tidak mahu memberi komen terhadap perkataan bye itu kerana saya tidak tahu maksudnya. Mungkin ada sahaja maksud disebaliknya, dan mungkin tidak. Sebagai contoh saya berikan tentang apa yang saya dapat melalui emel-emel 'layang' yang dihantar kepada saya. Perkataan 'Mosque' yang dikatakan diberi oleh puak kristian Sepanyol tatkala mendapatkan kembali kawasan Islam di Sepanyol seperti di Andalusia dll., yang dimanestifasikan masjid dengan nyamuk atau 'mosquito' atau pun mosque dlm bahasa Sepanyol... Sebagai satu penghinaan kepada orang Islam. Saya juga tidak mahu memberi komen tentang perkara ini sebagai bukan saya sebagai yang arif dalam bahasa dan sejarah untuk memberi jawapan. Cuma hendaknya kita berhati-hati dalam kehidupan seharian kita.

Tentang bersanding, memang obvious. Sebab sama seperti amalan orang Hindu. Kita sebenarnya tak tahu yang apa kita buat salah, sebab kita dah terbiasa dengan benda itu dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya saya ambil couple dan dating. Kita dah terbiasa dalam masyarakat kita yang kalau nak kawin, kena couple. Kena dating dulu. Kena berkenalan dengan lebih rapat sebelum berkahwin. Padahal kita tahu benda ni salah. Tapi buat juga. Sebab kita dah terbiasa dengan benda ni dalam masyarakat kita. Sebab kita tak nampak benda ni salah. Sama juga dengan orang jahiliyah buat dengan tawaf tanpa pakaian itu. Katanya tak salah sebab dah jadi tradisi turun temurun. Dan tawaf tanpa baju tu dibuat kerana itulah syariat dari Nabi Ibrahim, kata mereka.

Kita tak rasa yang kita ada masalah dalam masyarakat kita, dan masyarakat kita pun tak rasa apa yang dibuat SALAH.

Sebab itu, kadang kala susah sebenarnya nak menerima benda yang baik. Sebab neraca yang digunakan untuk membuat perhitungan bukanlah mengikut neraca Islam. Bukan dibuat mengikut neraca yang Allah sediakan untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Sebab itu saya pernah tekankan yang orang kebanyakan selalunya membawa kita jauh dari Illah kita. Sedangkan amalan orang kebanyakanlah yang selalu kita lihat.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” ( Al-An’am,6 : 116 )

Allah sendiri cakap tentang hal ini.

Maka, untuk menilai balik kehidupan kita, kita balik semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Masyarakat Islam kita sebenarnya lemah bukan kerana kita takde senjata atau kekuatan ketenteraan. Memang itu satu faktornya. Tapi yang sebenar-benarnya diri umat sekarang ini jauh dari Allah. Sebab diri umat sekarang jauh dari AL-QURAN. Kita tanya diri kita balik, berapa banyak kali kita membaca Buku Panduan Hidup kita ini. Dan berapa banyak usaha kita untuk memahami Al-Quran ini. Sebab kita sedar, Al-Quran ini bukan diturunkan dalam bahasa Melayu. Maka, penting untuk kita mencari tafsir bagi mendapat tahu apa yang Allah nak sampaikan. Tapi kita lebih disibukkan dengan benda-benda lain, benda-benda duniawi yang lebih materialistik sekarang ini. Sedih... Sebab usaha kita kearah Al-Quran kadang-kala terlalu sedikit sehinggakan boleh dipandang enteng.

Untuk cara hidup, bukankah kita ada contoh terbaik iaitu Rasulullah S.A.W? Maka, kenapa perlu kita nak ambil contoh daripada tokoh-tokoh barat sedangkan pada hakikatnya Rasulullah merupakan model terunggul sehingga akhir hayat?

Fikirkanlah. Aku mungkin tersilap hitung dalam menulis ini. Tapi aku rasakan apa yang aku tulis ini adalah apa yang aku nak cuba perbetulkan dalam masyarakat kita. Masyarakat kita BERMASALAH.. tetapi kita tak sedar dan tak tahupun yang kita ni BERMASALAH..

Yang baik dari Allah, dan yang buruk itu pun dari Allah, cuma kelemahan diri menjadi asbab itu.

Kepada rakan-rakanku, maafkan diriku sekiranya tersinggung atas diriku. Niatku ikhlas supaya kita sama-sama ada kesedaran. Maka kita boleh mengatur langkah bersama-sama ke arah yang lebih baik.

Insya Allah.

9 comments:

Anonymous said...

sejuk perut ibu melahirkan

Anonymous said...

=)
dengan tulisan ini..insyaAllah ada mata yg akan terbuka, hati yg lebih redha dan keyakinan yg lebih mantap terhadapNya..
mungkin tidak semua tetapi bermula daripada sebahagian kecil...
terima kasih atas kesedaran kat atas nie..alhamdulillah..

Anonymous said...

jangan pandai cakap saja.anda sudah buat ke perkara-perkara tersebut?langsung tidak pernah dating?

aie144 said...

mungkin.

aku juga manusia. dan pernah hidup dalam masyarakat itu. pernah menjadi mangsa keadaan. kerana aku tidak tahu yang apa ku perbuat itu salah. masyarakat dan keadaan menjadikan ku begitu dahulu. maka dahulu aku pun mengikut arus. walaupun arus itu menenggelamkan ku.

namun itu kisah silamku yang tidak ingin aku ulangi. alhamdulillah, aku kini lebih faham tentang erti diri diciptakan. taubatku insya Allah taubat nasuha. seperti juga Jeneral Adolf Roberto @ Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy seperti post sebelumku. beliau juga pernah menjadi seorang yang kejam, bengis, zalim dll. namun hidayah Allah anda tidak boleh nafikan.

harapnya hidayah yang Allah berikan dapat ku pegang sekuat-kuatnya. doakan aku berjaya. dan aku juga mendoakan kalian sama.

insya Allah.

Anonymous said...

mungkin saudara aie tahu perkara itu salah, tp bi'ah @suasana sekeliling yg buatkan saudara terperangkap... betul tak?? tipula jika x tahu kerana kita belajar di sekolah dulu... cuma kita x pernah belajar camne nak kuatkan atau amalkan ilmu2 yg kita pelajari... ermm... itula pdpt sy... kerana sy jg pnah mengalaminya... bkn saudara aie seorg... dan rasanye ramai lg yg mengalaminya... ermm.. surroundings@ kawan2 amat2 mempengaruhi hidup kita... insyaAllah, moga taubat itu mmg taubat nasuha... sy yakin, yg kawan2 saudara aie skrg sggh baik dan i.Allah dpt bantu saudara aie sentiasa berada dlm rahmatNya.. i.Allah... sy doakan...

kpd yg mengaju soalan sblm ni, jgnlah putuskan harapan seseorg yg nak berubah... pnah dgr cite psl satu hadis nih??? seorg pemuda tlh bunuh 99 org, dan dia ingin bertaubat... dicari org yg berilmu di dunia ini utk membantunya.. org ramai menunjukkn kpdnya seorg rahib(yakni seorg ulama'org yahudi) ditanyanya, 'adakah taubat bagi diriku?' jwb si rahib, 'tidak'.. pemuda itu marah dan membunuh rahi itu mencukupkan 100 org org yg dibunuhnya. tetapi keinginan utk bertaubat msh ada. maka berjalanlah lg dan mencari lg org yg dpt mbantunya.. maka ditunjukkn oleh org kpd seorg a'lim.. ditanyanya'adakah taubat bgku? maka jawab si alim, 'ada' tanya pemuda tersebut, 'bagaimana dpt kulaksanakannya?' 'tinggalkanlah kg mu yg lama dan berpindahlah kpd kampung org2 soleh..' jwb org a'lim tersbt.. maka berjalanla pemuda itu ke kg yg dimaksudkan.. tetapi dia meninggal di dlm perjalanannya.. maka turunlah 2 org malaikat utk membuat perkiraan.. malaikat rahmat dan malaikat a'zab... malaikat azab berkata ; 'pemuda itu seharusnya masuk neraka di atas perbuatan2 yg dilakukannya..lgpun, tiada amalan baik yg pernah dilakukannya' tetapi berkata malaikat rahmat; 'pemuda ini dlm perjalanan utk perbaiki dirinya... dan dia ingin bertaubat.. dan dia layak utk masuk syurga' maka Allah turunkan seorg malaikat di dlm rupa manusia utk menjadi hakim di dlm masalah ini. maka katanya: 'ukurlah jarak tanah pemuda tersebut dgn kg asalnya dan jg kg org2 soleh itu.. sekiranya ia lbh hampir kpd kg org2 soleh, maka syurgalah tempatnya, jika lbh hampir kpd tempat asalnya, maka nerakalah tempatnya..' demikianlah keputusan yg telah dibuat.. dan stlh diukur, ternyata ukuran tersebut lbh hmpr kpd kg org2 soleh... maka alhamdulillah, pemuda itu telah ditempatkan di dlm syurga...

ini adalah slh satu drp hadis sahih.. diriwayatkan oleh Imam Bukhari..

spt yg diceritakan oleh ustaz sy smsa pengajian hadis smlm... =)

drpd kisah nih,byk pengajaran yg diambil dan dibincangkan smlm... antaranya, taubat itu blh dilakukan di mana2 shj dan pd bila2 masa... x kira sbsr mana dosa kecuali syirik... dan selagi tidak terbit matahari di sblh barat... dan jg, antara pengajaran lain yg dibincangkan smlm, bhw kita jgn sekali2 putuskan harapan org utk bertaubat... jd saudara yg menujukan soalan kpd saudara aie itu, jgnlah bersikap negatif sblknya sama2 kita bantu dan sokong usaha saudara aie... insyaAllah...

mgkn sy pun x pndai sgt dlm bab2 ni, sy bukanlah seorg yg alim... tetapi sy jg masih di peringkat utk perbaiki diri sy... jd sedikit sbyk, mgkn sy faham perasaan saudara aie jika ditanya soalan yg setajam itu, dan mmg, utk memutar kembali masa dan berharap yg kita x lakukannya, mmg x mungkin kan?? tetapi rahmat Allah itu luas, dan pintu taubatNya sentiasa terbuka.. dan utk memperbaiki diri kita jg susah sbnrnya... kecuali jika ada keazaman yg kuat dan sokongan dari org2 sekeliling...dan yg plg penting, kita berdoa kpd Allah.. Tuhan menciptakan kita... insyaAllah...

jd saudara aie, saya mmg amat salute dgn azam saudara, dan kagum sbb saudara dpt berubah dgn masa yg agak singkat sy kira... dan i.Allah, sy sokong saudara...

okla.. dah pnjg dah n xnk panjangkn lg..;) moga hadis tu dpt bantu kita jg dlm usaha utk perbaiki diri... insyaAllah.. ameen..

"ya Allah, semoga diberi kekuatan kpd ahmad khairi zazali dan diriku jg serta rakan2 sekalian... ameen.."

Anonymous said...

sebaik-baik org yg buat kesalahan ialah org yg bertaubat

Anonymous said...

on the word bye:



http://www.randomhouse.com/wotd/index.pperl?date=20000725

Memang aku pun pernah dengar juga tetapi kalau nak diikutkan sebelum contraction pun bye just means be with you. dan Goodbye pula means God be with you.

Jadi pada pendapat saya tak ada salahnya mengucapkan sesorang itu semuga Tuhan bersama dia. Sebab itu saya masih menggunakan bye atau goodbye WALAUPUN pada saat ketika sekarang goodbye itu tiada lagi bermakna seemikian tapi cumalah satu ungkapan menandakan selamat tinggal. Dan juga apa yang ktia lakukan itu bukankan selalu berpasang kepada niat? Of course, kalau kita tak nak lagi menggunakan perkataan bye atau good bye, tidak ada salahnya juga tapijangan kita mengutuk dan mengkeji serta menghukum orang lain (Islam) yang menggunakannya. Sebab ianya bukanhlah sesuatu yang haram.

Tentang bersanding tu, memang saya akur ianya betentangan dengan Islam dan sememangnya tidak diadakan lagi dikalangan masyarakat Islam. Akan tetapi bukan mudah sebab dah diamalkan dari nenek moyang kita lagi.

aie144 said...

Betul.

Saya tidak mengatakan mengucapkan bye itu salah. Dan saya sudah katakan yang saya bukan yang arif untuk menjawab soalan ini.

Cuma yang hendak saya bangkitnya adalah perlunya sensitiviti dalam diri setiap individu. Bukanlah bermaksud yang tiap2 benda sampaikan yang remeh temeh kita kena sensitif. Namun, perlunya kepekaan terhadap sesuatu yang ada kaitan nya dengan akidah kita, kiranya benda tersebut boleh jadi syak ataupun memang sudah terang benderang benda itu tak boleh tapi memandangkan sudah terbiasa dlm masyarakat, maka benda itu dipandang enteng.

Kita bina bersama-sama kesedaran ini. Jika saya tersilap dalam hal sensitiviti ini, harap perjelaskan.

Sekali lagi saya katakan, saya tidak mengatakan bye itu adalah haram dll.

Titik.

Anonymous said...

True, saudara tidak mengatakan ianya (bye) haram. I didn't mean to imply that you did. I was talking in general terms.

I don't think you're wrong in what you said. Sememangnya bila kita diberitahu sesuatu kita gunakan akal fikiran serta facilities yang ada untuk mencari penjelasan yang kita boleh terima.

Terlalu banyak issue yang dibangkitkan sekarang ini hanya kerana kemudahan e-mail. Terlalu mudah untuk menaip dan klik send. Atau forward. Terlalu mudah berita disebarkan entahkan iya atau tidak.

Saya rasa kewajipan saya untuk TIDAK sewenang=wenangnya meng-klik forward setiap apa e-mail yang saya dapat. Sebalinya saya cuba mencari penjelasan lanjut. Dan seterusnya menjadi panduan dan pengajaran.

Teruskan perjuangan saudara. Dunia dan akhirat. Muga diberkati Allah.