Hambanya melalui ranjau yang sangat jauh... Hanya semata-mata mencari keredhaan mu ya Allah.. Hanya di Kau sebagai Ilah ku..
Wednesday, August 30, 2006
31 Ogos berlalu dengan tenang. Sekurang-kurangnya buat diriku di Adelaide ini. Hari ini aku pulang dari Barr Smith Library agak awal, dalam pukul 9.00 malam. Tidak tertahan letih badanku yang sudah beberapa hari diserang demam, ditambah pula dengan tiada selera makanku yang menurun sejak kebelakangan ini. Stress mungkin...
Bukannya tiada sambutan di Adelaide ini. Ada sahaja.. Tapi malas aku hendak ke Village semata-mata untuk makan free, dengar sajak-puisi-dan seumpama dengannya, berborak kosong sesama manusia di situ sambil menunggu saat 12.00pagi Adelaide untuk menjerit, menempelak, meraung, menteriak (dan seumpamanya) di sana. 12.00pagi Adelaide=10.30mlm Malaysia. Huh... Apa sebenarnya yang kita cari?
Bukannya aku tidak patriotik. Tidak! Masakan aku yang lahir di negara Malaysia yang tercinta sanggup tidak patriotik. Aku sanggup tinggalkan negaraku semata-mata untuk mengaut seguni ilmu di tasik rantauan orang. Demi untuk disumbangkan kepada negaraku jua... Yang hantar ke sini adalah kerajaan Malaysia juga.. Terima kasih kepada duit rakyat.. Dapat juga aku ke sini..
Aku rasa aku lebih patriotik daripada mereka yang terjerit-jerit bagaikan orang gila hilang pedoman di luar sana.
"Kenapa pula? Apa specialnya engkau untuk claim sebegitu?"
Sebab aku faham. Aku faham yang kita sebenarnya belum merdeka. OK, mungkin kita merdeka dari segi zahir nya, tapi kalau batinnya terpenjara.. Buat apa? Aku tahu, mereka yang dahulu berkorban darah, nyawa dan air mata mahukan anak cucu mereka tahu apa erti kemerdekaan itu. Betapa mahalnya harga kemerdekaan itu. Dan setelah dapatnya kemerdekaan itu, bagaimana pula diisinya? Adakah sekadar omong-omong kosong belaka? Apakah sekadar diisi dengan kemajuan dan kemewahan materialistik semata-mata? Maju kah kita? Kalau maju.. Nescaya neraca yang anda gunakan tidak sama dengan saya...
Ya, bagi saya kita maju.. Maju dari segi pembangunannya, dari segi sains dan teknologinya, maju dari segi itu dan ini.. Paling tinggi, paling laris, paling panjang dll.
Tapi saya tidak habis disitu lagi bagi neraca kemajuan negara kita. Ya.. Mungkin kita maju dari segi itu.. Tapi, bagaimana pula dengan kemajuan ROHANIYAH kita? Intai diri kita semula. Terutama dari segi rohaniyah kita.. Apa arah tujuan kita?
Ya, kita boleh claim yang kita Islam Hadhari. Tapi manakah buktinya kalau tidak diperlakukan? Macam anak kucing mengaku sebagai harimau. Habis kena gelak dek musuh-musuhnya. Kerana musuh-musuhnya tahu tak ada apa-apa yang mampu dilakukan oleh si polan anak kucing tersebut kepada mereka.
Berbalik kepada soal rohaniyah. Kemanakah kita membawa diri kita? Ke arah kemajuan? Adakah kemajuan yang anda maksudkan adalah seperti Barat (ie US, Australia, Japan, UK)? Kalau ia, anda silap! Kalau bukan, maka mungkin anda mengatakan yang maju kita yang kita tuju adalah menjadi orang Islam yang soleh (jawapan skema peperiksaan PMR).
Kalau begitu juga, sejauh mana kita cuba menjadi seperti jawapan skema tu. Adakah hidup kita menghala ke arah itu? Adakah tenaga kita ditumpukan untuk menjadi seperti itu? Adakah cukup hanya dengan menjaga amalan-amalan untuk diri sendiri? Betulkah? Pentingnya kita pada diri sendiri.. Maka siapa nak jaga anak-anak muda kita diluar tu..? Mana amalan amal makruf nahi mungkar?
Penghisap dadah utama negara still orang Melayu ISLAM, perogol still orang Melayu ISLAM, accident kenderaan still kita yang tertinggi, terutamanya masa raya puasa (raya cina pun, kita no1 juga...). Rasuah, Melayu ISLAM juga tertinggi.. Anak luar nikah, pun sama.. Anak-anak muda yang berpeleseran ketika solat Jumaat pun, ramainya orang Melayu ISLAM lelaki juga..
Em, ini baru tahun 2006. Tahun ke 49 kemerdekaan. Apa jadi pada tahun 2020?
Akan jadi. Pasti. Kalau sesuatu tak bermula dari sekarang, percayalah.. Situasi kita sekarang pasti jauh lebih dasyat dan sadis tatkala tahun 2020 yang dicanang-canangkan sejak dahulu tiba.
So, apa yang perlu dibuat?
Amal makruf nahi mungkar.
Bandingkan dengan agama lain. Ok, specifickan dengan agama Kristian. Apa yang Islam suruh umatnya buat yang Kristian tak buat? Buat baik sesama manusia dan hamba Allah yang lain, jangan menipu, jangan mencuri dan lain-lain. Dalam Bible pun ada disebutkan yang haramnya daging babi tu dimakan oleh penganutnya. Pelik tapi benar. Maka, apa distinction ataupun pemisah antara kita sebagai penganut Islam dengan mereka yang menganuti Kristian? Amal makruf semuanya mereka suruh buat kepada penganutnya. Malahan kadang kala lebih baik dan elok dibandingkan dengan sesetengah masyarakat Melayu Islam kita.
Jawapan nya mudah. Bagi mereka tiada konsep nahi mungkar. Bagi mereka, apa yang dibuat semuanya adalah hak individu. Maka tatkala dilihat sesuatu yang salah, bagi mereka teguran itu tidak perlu. Kerana mereka tidak mengamalkan teguran buat sesuatu yang salah. Sebab itu apabila mereka lihat orang lain minum arak ke, makan babi ke, buat seks luar nikah ke, itu tidak menjadi sesuatu yang serius buat mereka, walaupun anak cucu mereka sendiri. Kadang kala digalakkan lagi atas dasar 'kita sudah maju.. jangan jadi kolot'...
So, renungi diri kita. Samakah kita dengan mereka? Sudah tentu tidak sama.. Kalau sama, maka sama lah diri kita dengan diri mereka.
Maka ada yang bertanya. Nak buat amal makruf nahi mungkar susah.
Ya, memang susah. Sedangkan Nabi hampir dibunuh hanya kerana baginda mengajak kepada kebenaran dan meninggalkan yang batil. Itu adat orang berjuang. Takkan Allah senang-senang nak uji kita, untuk mendapat redhaNya.. Untuk mendapat Syurga Nya...
Maka, tak ada jalan lain. Untuk kita buat amal makruf nahi mungkar tu, kita mestilah ada preparationnya, supaya apabila kita nak mengamalkannya, kita akan ready dengan pancaroba yang memang telah dijanjikan buat mereka yang hendak melakukannya. Dan kadang kala pancaroba nya bukan mudah. Sebab kita bukan berhadapan dengan musuh-musuh yang nyata. Musuh-musuh kita semua dalam hati sanubari.. Iaitu nafsu..
Dlm surah Al-Baqarah,2 ayat 214. Aku ingin mengulanginya kembali. Allah berfirman:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
Maka, penyediaan diri perlu dilakukan sebelum kita mahu menyediakan orang lain.
Maka, sebab itu aku katakan yang aku lebih patriotik daripada mereka. Kerana jauh di sudut sanubariku, aku tahu yang kita bermasalah dan aku mahu mengubah keadaan itu. Aku mahu yang Malaysia pada masa akan datang jauh lebih baik dari sekarang. Aku memikul satu beban yang mungkin orang lain tidak dapat merasainya. Beban dakwah...
Aku tahu yang aku bukannya ustaz. Tapi aku rasa bertanggungjawab menyedarkan masyarakatku yang alpa. Bahawa matlamat hidup ini hanya satu. Satu dan tiada yang lain. Iaitu mencari keredhaan ALLAH. Dan bila manusia sedar akan tujuan hidup mereka bukanlah yang lain, aku percaya yang Malaysia akan jauh lebih baik dari sekarang. Kerana apabila hidup bertujuankan mencari keredhaan Allah, maka segala gerak geri kita akan berlandaskan cara untuk mendapat keredhaan Allah. Semuanya. Termasuk kehidupan di dunia. Pekerjaan jua. Sebagai doktor sekalipun.
Sebab itu aku katakan yang aku lebih patriotik. Sebab aku lebih sedar yang aku punyai satu tugas kepada negara. Bukan sekadar bersorak-sorak dan berpoya-poya disekeliling Dataran Merdeka sambil berpeluk-peluk antara lelaki dengan perempuannya serta botol araknya. Aku punyai matlamat yang lebih jauh dari sekadar mendeklamasi sajak dengan penuh penghayatan namun lantas alpa dengan apa yang telah diucapkan sebentar tadi.. Kerana perlakuan tidak sama dengan apa yang dilafazkan. Cakap tak serupa bikin!
Maka, aku pohon perlindungan Allah supaya aku tidak menjadi seperti golongan yang cakap tapi tak melakukannya. Aku mohon kekuatan dan juga semangat dari Allah moga Rabb ku mampu mengekalkan hati dan jasadku di jalan ini selagi nyawa tidak tercabut dari badan.
Salam kemerdekaan buat kalian. Harapnya kalian lebih matang dan lebih banyak mengubah persepsi dan gaya hidup untuk menjadi ummat yang termulia di sisi Allah SWT. Merdekalah pemikiranmu, merdekalah jasad dan rohanimu daripada kongkongan Nafsu yang tidak pernah puas...
MERDEKA....
-Susah dan senang dalam hidup kita.. Semuanya ujian dari Allah...-
Thursday, August 24, 2006
Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna.
Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!
“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!
Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.
Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.
Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
l Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.
Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”
Sunday, August 20, 2006
JAM menunjukkan 11.30 malam, tetapi suasana Bintang Walk di pusat bandar raya Kuala Lumpur pada malam minggu sungguh meriah.
Di satu kawasan lapang berhampiran simpang empat dan stesen monorel Bukit Bintang, tujuh remaja berpakaian ala punk, termasuk dua perempuan, melepak di tepi jalan. Sesekali ketawa berderai kuat dan apabila jemu, mereka bergerak ke tempat lain.
Di suatu sudut lain, sepasang remaja lelaki dan perempuan berpelukan tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Bukan hanya Bukit Bintang, kawasan lain yang menjadi tumpuan remaja kota seperti sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pemandangan yang menjadi sebahagian ciri landskap bandar raya Barat mula menampakkan wajahnya.
Pemandangan begini sukar dilihat kira-kira 20 atau 30 tahun lalu. Memang benar gejala negatif wujud pada setiap zaman, tetapi salah laku sosial remaja semakin kerap diperkatakan.
Hari ini, remaja keluar hingga larut malam bukan hanya di Kuala Lumpur. Hampir setiap bandar besar seperti Johor Bahru, Ipoh dan Georgetown, malah bandar kecil seperti Kulim dan Taiping, menunjukkan fenomena sama.
Ini yang menyebabkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 (KPKM-4) 2004 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), meletakkan keluar hingga larut malam sebagai antara salah laku sosial remaja.
Hasil kajian bersiri setiap 10 tahun sejak 1974 itu mendapati bahawa 13.5 peratus remaja di Semenanjung Malaysia, 12 peratus di Sabah dan 11.3 peratus di Sarawak keluar tanpa izin ibu bapa hingga larut malam.
Mengapa keluar hingga larut malam dikategorikan sebagai salah laku sosial remaja?
Pengarah Bahagian Kependudukan LPPKN, Rohani Ab Razak, berkata kategori salah laku sosial remaja ditentukan satu jawatankuasa teknikal yang dianggotai pakar LPPKN, agensi kerajaan berkaitan dan pakar akademik.
Katanya, sudah tentu salah laku sosial itu adalah berdasarkan senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat sekarang.
Salah laku sosial remaja lain yang disenaraikan ialah gangsterisme, menyertai perlumbaan haram, merokok dan menagih dadah.
Pada tahun 1960-an dan 1970-an, salah laku sosial remaja bukan agenda utama pihak berkuasa. Hanya pada 1984, kajian LPPKN memberi perhatian terhadap salah laku sosial remaja.
Antara fakta menonjol dalam KPKM-4 ialah bilangan remaja lelaki dan perempuan yang keluar tanpa izin ibu bapa hingga larut malam meningkat mendadak berbanding kajian sama pada 1994, iaitu dari 3.7 peratus kepada 22.2 peratus (lelaki) dan 0.8 peratus kepada 4.6 peratus (perempuan).
Apakah dilakukan remaja yang keluar hingga larut malam? Rohani berkata, KPKM-4 tidak memperincikan apa yang mereka lakukan, tetapi paling penting ialah kajian mendapati bahawa masalah itu paling ketara.
“KPKM-4 menunjukkan keluar hingga larut malam adalah salah laku sosial remaja paling tinggi, diikuti merokok dan menyertai perlumbaan haram. Oleh itu, sewajarnya kajian lanjut dan fokus diberikan terhadap masalah ini”, katanya.
Tinjauan Berita Minggu di beberapa kawasan ibu negara yang menjadi tumpuan malam minggu seperti sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, menunjukkan pusat hiburan adalah antara destinasi kegemaran remaja.
Malangnya di lokasi beginilah pelbagai masalah sosial membabitkan remaja bercambah terutama penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyatakan hasil pemeriksaan polis di pusat hiburan seluruh negara mendapati sebahagian besar pengunjung didapati positif dalam ujian dadah dan paling ketara dadah sintetik dan pil psikotropik.
Sesetengah pihak melihat inilah harga yang perlu dibayar apabila negara mengalami proses pemodenan.
Pembangunan pesat negara ternyata mempunyai implikasi terhadap sistem sosial masyarakat negara ini. Pada awal kemerdekaan hingga era 1960-an, ekonomi Malaysia berasaskan pertanian dan majoriti penduduk di luar bandar.
Mulai 1970-an, proses migrasi dan industrialisasi pesat berlaku di negara ini. Tahun lalu, 63 peratus penduduk Malaysia menghuni kawasan bandar dan hanya 37 peratus di luar bandar. Struktur institusi keluarga juga berubah.
Keluarga sebagai elemen sistem sosial yang membentuk masyarakat sudah jauh berbeza. Dulu keluarga bermaksud beberapa keluarga yang mempunyai ikatan rapat di satu tempat dan diketuai anggota keluarga paling tua dan berpengaruh.
Hari ini, keluarga bermaksud hanya ibu bapa dan akan-anaknya. Peranan datuk nenek serta bapa dan ibu saudara semakin berkurangan. Justeru tidak hairan kawalan ibu bapa terhadap anak-anak semakin longgar.
Dari sudut lain, polis melihat masalah salah laku sosial remaja berdasarkan pembabitan juvana dan pelajar dalam kes jenayah
Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, statistik polis mendapati sebanyak 2,605 kes jenayah membabitkan juvana dan 863 membabitkan pelajar. Jumlah tangkapan pula membabitkan 3,616 juvana dan 1,467 pelajar.
Perbandingan bagi tempoh sama tahun lalu, 1,846 kes jenayah membabitkan juvana dan dan 723 kes pelajar dengan jumlah tangkapan membabitkan juvana seramai 2,784 orang dan 1,279 pelajar.
Mungkin bagi sesetengah pihak, peningkatan kes serta tangkapan juvana dan pelajar adalah kecil, tetapi Timbalan Ketua Polis Negara, tidak melihat begitu dan melahirkan kebimbangan dengan trend jenayah membabitkan juvana dan pelajar.
Kebimbangan ini sewajarnya dikongsi bersama masyarakat dan tidak melihat salah laku sosial remaja sebagai perkara biasa atau remeh temeh.
KPKM-4 yang akan dikemukakan kepada Kabinet dan dibincangkan secara mendalam bakal menjadi asas kepada dasar dan program yang akan kerajaan laksanakan untuk menangani salah laku sosial remaja.
Bagaimanapun, salah laku sosial remaja bukan hanya masalah kerajaan. Masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya melihat masalah ini sebagai fenomena biasa. Setiap orang boleh memberi sumbangan.
Ini termasuk mengukuhkan semula institusi keluarga dengan mengamalkan gaya kehidupan yang berteraskan budaya Timur dan berpegang kukuh kepada ajaran agama sebagai benteng kukuh menghadapi serangan elemen negatif budaya Barat.
Ya Allah....
Jauhkan diriku serta kaum disekelilingku daripada dibuta-tulikan matanya dan dikunci mati pendengaran dan hatinya oleh Mu Ya Rabbi...
Aku memohon belas kasihan daripadamu daripada azab api neraka Mu...
Amin...
Friday, August 11, 2006
Thursday, August 10, 2006
I got a message from Ihsan about this video clip. This is one out of 10 clips that he made by himself. You can get the videos from Ummah Films or Youtube.
It is a very meaningful videoclip indeed. Brother Baba Ali discussed some of the common issues about Islam and practising the beautiful religion.
I have to admit, he is a very creative person. He shows how beautiful a Muslim life can be. How to appreciate our life as a Muslim. These 'mini-films' are what we need to educate the public about Islam. Not making the public more distracted about the truth of this beautiful religion. Our religion. For instance, the Yasmin Ahmad film 'Gubra' created in Malaysia shows how bad a life of a Muslim can be. I mean, if a person that tries to understand Islam sees it, I'm sure the person's perspective about Islam will deteoriates. When I watched the film in my flight back from Adelaide to Kuala Lumpur (with Paklan at that time), we're both can't stand with what the film wanted to take the audiences. Nauseating.
Thus, I urged Muslims to open our eyes. When all of the world have Islamophobia set in their minds, it is up to us to show them what Islam is all about. And that needs the help from the Muslims themselves. To show the way of life in Islam. To show the beautiful of Islam.
One point that I want to mention, Bro. Baba Ali is a revert Muslim (see clip 10- Season Finale). See how he appreciates the religion very much.. How he holds the Aqidah (believes and faith) tightly so that it can't be fade easily.
So, it is up to us. Whether we want to uphold the Islam or not.
"This is Ali, reminding you in case that you forgot"
Wednesday, August 09, 2006
Dari SkyNews...
George Galloway has spoken out in support of Lebanon, saying he believes Hizbollah is justified in attacking Israel. The Respect MP also lambasted media coverage of the war and said the UN resolution means nothing.
(Video clip itu sudah dibuang, tetapi boleh didapati di sini. )
Tu pandangan orang yg bukan Islam tentang Israel dan juga peperangan di Lebanon.. Bagaimana pula dengan saya, anda, kita dan kami tentang nya??
Apa sumbangan kita?
Adakah apa yang kita lakukan sekarang utk membantu mereka? Rasanya kalau nak tlg dalam kewangan, peralatan tentera, dll.. Negara-negara Islam yang kaya2 tu boleh aje nak tolong.. Tapi sbb dah terlalu terikah dgn US, tu yang menyepi..
Dan juga, apa yang boleh kita lakukan?
Mantapkan iman kita dahulu. Dunia Islam takkan tertegak atas nama kaum, nasionalis, setempat, culture dan lain-lain.. Tapi atas kerana orang yang berperang itu benar2 mantap akidahnya.. Betul... Percaya lah.. Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti.
Tak percaya?
Nabi pernah bersabda, yang satu ketika nanti umat Islam adalah seperti buih di lautan, banyak sgt jumlahnya.. tapi senang sangat pecah, dibawa arus dan lain-lain. Sebabnya? Kita kenal Allah tapi tak berusaha mendekatinya, kita kenal dosa tapi tak berusaha menjauhinya dll.. Anda semua insya-Allah lebih mengerti...
Dan kualiti adalah lebih penting dprd kuantiti. Contoh paling terdekat adalah peristiwa Talut dan Jalut. Allah berfirman dalam AL-Quran, yang bermaksud:
"246. Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah nabi Musa, yaitu ketika mereka Berkata kepada seorang nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal Sesungguhnya kami Telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. dan Allah Maha mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah Telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah Telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
248. Dan nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan[156] dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
249. Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, Maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia Telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang Telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari Ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
250. Tatkala Jalut dan tentaranya Telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."
251. Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, Kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.
252. Itu adalah ayat-ayat dari Allah, kami bacakan kepadamu dengan hak (benar) dan Sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus." (Al-Baqarah,2 :246-252)
Kita tengok balik diri kita, dari segi praktikal nya. Allah tentu ada menguji diri kita, tak kira la apa jenis ujianNya. Itu adalah saringan kita. Contoh yang mudah. Kita tgk balik.. Dari UPSR, PMR, SPM, matriks/preparation, sampai la sambung kat Uni.. Kita tengok, berapa ramai kawan2 kita yang dulu sama2 dgn kita, sekarang tak sama dengan kita. Punya la Allah sayang kita dan membolehkan kita melepasi ujian2 itu.
So, sama juga dengan kita. Apa khabar iman kita hari ini? Adakah sudah ada saringanNya ataupun belum? Dan jika anggap sudah ada saringan, selalulah beringat, yang akan datang lagi saringan-saringan dalam hidup kita. Sama ada kita berjaya melepasinya atau tidak, terpulang pada diri dan iman kita. So, tanya iman kita... Apakah sudah mantap atau tak?
Mesej utk dibawa pulang: Sentiasa muhasabah diri, dan menambah amal kita. Kita insya Allah dapat membantu mereka di Palestin dan Lebanon dengan terus berjihad di medan kita sekarang masing-masing. Mungkin kita tak sempat merasai kembalinya semula Islam sebagai yang haq dalam segala kehidupan di dunia ini. Kita nak yang dalam proses membina semula Dunia Islam ini, kita menjadi asas kepadanya. Dalam analogi lainnya, sebagai batu-bata dalam pembinaan rumah itu.
Sekarang ada dua pilihan; sama ada kita nak jadi batu bata itu atau tak. Ingat, kita mengejar syurga yang satu, yang menjadi matlamat kekal abadi di Akhirat nanti. Apakah kita beranggapan yang Allah sediakan syurga ini sewenang2nya?
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al-Baqarah,2 :214)
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar." (As-Saff, 61: 9-12)
Jadikan jual beli kita dengan Allah, jual beli yang baik. Yang bermanfaat. Memang sunnahnya. Naturenya. Yang untuk masuk syurga bukanlah sesuatu yang senang. Allah nyatakan sendiri dalam ayat-ayat Nya.
Perjuangan kita bermula. Marilah bersama sama mengatur langkah. Moga langkah diatur seelok-eloknya. Agar tidak terjatuh atau terkehel di pertengahan jalan.
"Apa khabar iman kita hari ini...?"
Saturday, August 05, 2006
(terima kasih buat family dan sahabat yang mengingatkan diriku dan memberi sokongan padaku...)
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=)
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
******
Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir
*****
Oooh, iman kembalilah kepadaku
hadirmu sekejap cuma
Aku terlalu merinduimu... ='(
Friday, August 04, 2006
(Diambil dan diolah daripada Majlis Ugama Islam Singapura, MUIS)
First Khutbah
Brothers in Islam,
Let’s have taqwa to Allah s.w.t, a taqwa that permeates every aspect of our lives. The deeper our taqwa is, the stronger will be our Iman to Allah. And when our Iman is strong, it will be easy for us to achieve excellence in this world and the Hereafter.
Whether we like it or not, there will always be changes in this world, simply because human knowledge continues to expand and increase. And in facing these changes, our Iman is our fortress. And this fortress can only be strengthen with knowledge. Through Iman and knowledge, we will be able to become navigators, to initiate new changes in this world.
Brothers,
Our faith (Iman) is like a tree. If it is not taken care of, sooner or later, it will die. But, if it is treated carefully, we give our attention to it, the tree will produce results that will benefit others.
Our Iman is also exposed to thousand and one types of challenges and attractions. Thus, we must strengthen our Iman with sound knowledge. This is the most important factor in strengthening our Iman. And Iman that is based on knowledge will fortify our principles as one who believe in Allah and His Messenger.
Someone who believes, but lacks the essential knowledge, will just follow whatever people say, without stopping to think and analyse its truthfulness. He will be easily swayed and lose his bearing as a true Mukmin.
Thus, we must have knowledge to strengthen our Iman. We must learn the attributes of Allah. For only through those attributes can we know Him. We must also study what Allah has created. For only through it can we see and realize the greatness of Allah. In addition to that, we also need to learn what Allah has commanded, so that we can fulfill our live according to what He wants.
Allah s.w.t says in surah Al-‘Alaq, ayat 1:
Which means: Read! In the name of your God who has created.
From this ayat, we can conclude that any knowledge that we possess can be used to strengthen our Iman to Allah. And this can achieve if we link them to the greatness of Allah and His commandments.
With a strengthened Iman, a Muslim can ensure that his actions will not destroy his principles as a true servant of Allah.
For example, if someone is an entrepreneur, he will not only learn the ins and outs of entrepreneurship, but he will also be concerned and learn what Islam says on entrepreneurship, of the dos and don’ts, such us the prohibition from hiding goods, taking usuries, injustice and cheating.
And if someone is a professional, he will ensure that what he delivers is not to gain praise and awards from others, but to be sincere and true to his discipline.
And if he is a young person, he will know the boundaries of his religion. He will respect his parents, take care of himself, and not to destroy himself with unhealthy and harmful trends and practices.
Those who fulfill wholeheartedly the commandments of Islam will bring much benefit to the society.
With a strong Iman, a sound knowledge, our community will not be easily swayed by deviant teachings. We will hold strongly to our faith, and will receive Allah’s assistance. True to what Allah says in surah Fussilat, ayat 30:
Which means: As for those who say, ‘Our Lord is Allah;’ and then remain steadfast, the angels descend on them, reassuring them: `Fear not, nor grieve; and rejoice in the glad tidings of the Garden which you were promised.’
My brothers,
How can we increase our knowledge and strengthen our Iman?
First: We should seek knowledge for the sake of Allah, to achieve a balance and integrated life. We seek knowledge to gain Allah’s pleasure and to glorify Him. In this regard, Allah says in surah Fathir, ayat 28:
Which means: Only those of His servants who are endowed with knowledge fear Allah.
Second: We must know that Islam stressed upon life-long learning. We can seek knowledge anywhere and from anyone, as long as we remain steadfast to the principles of Iman.
For example, we can learn about other religions and faiths for the purpose of getting to know them and understand them. At the same time, we must also strengthen our Iman through this process. Only when we know people of other faiths and religions, we will be able to share those common areas.
Third: We must ensure that the knowledge we seek must be beneficial to ourselves, our Deen, our community and nation.
My brothers,
To achieve excellence in our community, we must hold fast to the principles of Iman. We must also aspire to have an integrated knowledge that is based on Tauheed, and to do good for the benefit of our Ummah, and to gain Allah’s pleasure.
Brothers when you return home or your workplace, please do give a thought on what have been said. Let us think on how we can strengthen our Iman through knowledge and be a better muslim.
Second Khutbah
Dear brothers,
Remain conscious of Allah, and remember that our life on earth is temporary, and the hereafter is truly everlasting. Let’s prepare ourselves for the day we meet our Creator, the Most Compassionate, the Most Merciful, by continuing to do good, and refraining from doing bad.
The crisis in the
May Allah grant His guidance to all parties involved, to choose peaceful solutions to these crises. May the weak and oppressed be given strength and support by Allah Almighty. May all our hopes and prayers be answered by Allah the Most Compassionate.
(Do'a)
Tuesday, August 01, 2006
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman