Merdeka? Merdekakah kita?
31 Ogos berlalu dengan tenang. Sekurang-kurangnya buat diriku di Adelaide ini. Hari ini aku pulang dari Barr Smith Library agak awal, dalam pukul 9.00 malam. Tidak tertahan letih badanku yang sudah beberapa hari diserang demam, ditambah pula dengan tiada selera makanku yang menurun sejak kebelakangan ini. Stress mungkin...
Bukannya tiada sambutan di Adelaide ini. Ada sahaja.. Tapi malas aku hendak ke Village semata-mata untuk makan free, dengar sajak-puisi-dan seumpama dengannya, berborak kosong sesama manusia di situ sambil menunggu saat 12.00pagi Adelaide untuk menjerit, menempelak, meraung, menteriak (dan seumpamanya) di sana. 12.00pagi Adelaide=10.30mlm Malaysia. Huh... Apa sebenarnya yang kita cari?
Bukannya aku tidak patriotik. Tidak! Masakan aku yang lahir di negara Malaysia yang tercinta sanggup tidak patriotik. Aku sanggup tinggalkan negaraku semata-mata untuk mengaut seguni ilmu di tasik rantauan orang. Demi untuk disumbangkan kepada negaraku jua... Yang hantar ke sini adalah kerajaan Malaysia juga.. Terima kasih kepada duit rakyat.. Dapat juga aku ke sini..
Aku rasa aku lebih patriotik daripada mereka yang terjerit-jerit bagaikan orang gila hilang pedoman di luar sana.
"Kenapa pula? Apa specialnya engkau untuk claim sebegitu?"
Sebab aku faham. Aku faham yang kita sebenarnya belum merdeka. OK, mungkin kita merdeka dari segi zahir nya, tapi kalau batinnya terpenjara.. Buat apa? Aku tahu, mereka yang dahulu berkorban darah, nyawa dan air mata mahukan anak cucu mereka tahu apa erti kemerdekaan itu. Betapa mahalnya harga kemerdekaan itu. Dan setelah dapatnya kemerdekaan itu, bagaimana pula diisinya? Adakah sekadar omong-omong kosong belaka? Apakah sekadar diisi dengan kemajuan dan kemewahan materialistik semata-mata? Maju kah kita? Kalau maju.. Nescaya neraca yang anda gunakan tidak sama dengan saya...
Ya, bagi saya kita maju.. Maju dari segi pembangunannya, dari segi sains dan teknologinya, maju dari segi itu dan ini.. Paling tinggi, paling laris, paling panjang dll.
Tapi saya tidak habis disitu lagi bagi neraca kemajuan negara kita. Ya.. Mungkin kita maju dari segi itu.. Tapi, bagaimana pula dengan kemajuan ROHANIYAH kita? Intai diri kita semula. Terutama dari segi rohaniyah kita.. Apa arah tujuan kita?
Ya, kita boleh claim yang kita Islam Hadhari. Tapi manakah buktinya kalau tidak diperlakukan? Macam anak kucing mengaku sebagai harimau. Habis kena gelak dek musuh-musuhnya. Kerana musuh-musuhnya tahu tak ada apa-apa yang mampu dilakukan oleh si polan anak kucing tersebut kepada mereka.
Berbalik kepada soal rohaniyah. Kemanakah kita membawa diri kita? Ke arah kemajuan? Adakah kemajuan yang anda maksudkan adalah seperti Barat (ie US, Australia, Japan, UK)? Kalau ia, anda silap! Kalau bukan, maka mungkin anda mengatakan yang maju kita yang kita tuju adalah menjadi orang Islam yang soleh (jawapan skema peperiksaan PMR).
Kalau begitu juga, sejauh mana kita cuba menjadi seperti jawapan skema tu. Adakah hidup kita menghala ke arah itu? Adakah tenaga kita ditumpukan untuk menjadi seperti itu? Adakah cukup hanya dengan menjaga amalan-amalan untuk diri sendiri? Betulkah? Pentingnya kita pada diri sendiri.. Maka siapa nak jaga anak-anak muda kita diluar tu..? Mana amalan amal makruf nahi mungkar?
Penghisap dadah utama negara still orang Melayu ISLAM, perogol still orang Melayu ISLAM, accident kenderaan still kita yang tertinggi, terutamanya masa raya puasa (raya cina pun, kita no1 juga...). Rasuah, Melayu ISLAM juga tertinggi.. Anak luar nikah, pun sama.. Anak-anak muda yang berpeleseran ketika solat Jumaat pun, ramainya orang Melayu ISLAM lelaki juga..
Em, ini baru tahun 2006. Tahun ke 49 kemerdekaan. Apa jadi pada tahun 2020?
Akan jadi. Pasti. Kalau sesuatu tak bermula dari sekarang, percayalah.. Situasi kita sekarang pasti jauh lebih dasyat dan sadis tatkala tahun 2020 yang dicanang-canangkan sejak dahulu tiba.
So, apa yang perlu dibuat?
Amal makruf nahi mungkar.
Bandingkan dengan agama lain. Ok, specifickan dengan agama Kristian. Apa yang Islam suruh umatnya buat yang Kristian tak buat? Buat baik sesama manusia dan hamba Allah yang lain, jangan menipu, jangan mencuri dan lain-lain. Dalam Bible pun ada disebutkan yang haramnya daging babi tu dimakan oleh penganutnya. Pelik tapi benar. Maka, apa distinction ataupun pemisah antara kita sebagai penganut Islam dengan mereka yang menganuti Kristian? Amal makruf semuanya mereka suruh buat kepada penganutnya. Malahan kadang kala lebih baik dan elok dibandingkan dengan sesetengah masyarakat Melayu Islam kita.
Jawapan nya mudah. Bagi mereka tiada konsep nahi mungkar. Bagi mereka, apa yang dibuat semuanya adalah hak individu. Maka tatkala dilihat sesuatu yang salah, bagi mereka teguran itu tidak perlu. Kerana mereka tidak mengamalkan teguran buat sesuatu yang salah. Sebab itu apabila mereka lihat orang lain minum arak ke, makan babi ke, buat seks luar nikah ke, itu tidak menjadi sesuatu yang serius buat mereka, walaupun anak cucu mereka sendiri. Kadang kala digalakkan lagi atas dasar 'kita sudah maju.. jangan jadi kolot'...
So, renungi diri kita. Samakah kita dengan mereka? Sudah tentu tidak sama.. Kalau sama, maka sama lah diri kita dengan diri mereka.
Maka ada yang bertanya. Nak buat amal makruf nahi mungkar susah.
Ya, memang susah. Sedangkan Nabi hampir dibunuh hanya kerana baginda mengajak kepada kebenaran dan meninggalkan yang batil. Itu adat orang berjuang. Takkan Allah senang-senang nak uji kita, untuk mendapat redhaNya.. Untuk mendapat Syurga Nya...
Maka, tak ada jalan lain. Untuk kita buat amal makruf nahi mungkar tu, kita mestilah ada preparationnya, supaya apabila kita nak mengamalkannya, kita akan ready dengan pancaroba yang memang telah dijanjikan buat mereka yang hendak melakukannya. Dan kadang kala pancaroba nya bukan mudah. Sebab kita bukan berhadapan dengan musuh-musuh yang nyata. Musuh-musuh kita semua dalam hati sanubari.. Iaitu nafsu..
Dlm surah Al-Baqarah,2 ayat 214. Aku ingin mengulanginya kembali. Allah berfirman:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
Maka, penyediaan diri perlu dilakukan sebelum kita mahu menyediakan orang lain.
Maka, sebab itu aku katakan yang aku lebih patriotik daripada mereka. Kerana jauh di sudut sanubariku, aku tahu yang kita bermasalah dan aku mahu mengubah keadaan itu. Aku mahu yang Malaysia pada masa akan datang jauh lebih baik dari sekarang. Aku memikul satu beban yang mungkin orang lain tidak dapat merasainya. Beban dakwah...
Aku tahu yang aku bukannya ustaz. Tapi aku rasa bertanggungjawab menyedarkan masyarakatku yang alpa. Bahawa matlamat hidup ini hanya satu. Satu dan tiada yang lain. Iaitu mencari keredhaan ALLAH. Dan bila manusia sedar akan tujuan hidup mereka bukanlah yang lain, aku percaya yang Malaysia akan jauh lebih baik dari sekarang. Kerana apabila hidup bertujuankan mencari keredhaan Allah, maka segala gerak geri kita akan berlandaskan cara untuk mendapat keredhaan Allah. Semuanya. Termasuk kehidupan di dunia. Pekerjaan jua. Sebagai doktor sekalipun.
Sebab itu aku katakan yang aku lebih patriotik. Sebab aku lebih sedar yang aku punyai satu tugas kepada negara. Bukan sekadar bersorak-sorak dan berpoya-poya disekeliling Dataran Merdeka sambil berpeluk-peluk antara lelaki dengan perempuannya serta botol araknya. Aku punyai matlamat yang lebih jauh dari sekadar mendeklamasi sajak dengan penuh penghayatan namun lantas alpa dengan apa yang telah diucapkan sebentar tadi.. Kerana perlakuan tidak sama dengan apa yang dilafazkan. Cakap tak serupa bikin!
Maka, aku pohon perlindungan Allah supaya aku tidak menjadi seperti golongan yang cakap tapi tak melakukannya. Aku mohon kekuatan dan juga semangat dari Allah moga Rabb ku mampu mengekalkan hati dan jasadku di jalan ini selagi nyawa tidak tercabut dari badan.
Salam kemerdekaan buat kalian. Harapnya kalian lebih matang dan lebih banyak mengubah persepsi dan gaya hidup untuk menjadi ummat yang termulia di sisi Allah SWT. Merdekalah pemikiranmu, merdekalah jasad dan rohanimu daripada kongkongan Nafsu yang tidak pernah puas...
MERDEKA....
-Susah dan senang dalam hidup kita.. Semuanya ujian dari Allah...-
6 comments:
merdeka-kah kite?
gle panjang.. huhu
salam alaik,
lame tak bace entri bloger.. =)
entri "copy"an je lately..
niway, yg penting isi entri kan?
herm..rohaniyah kita still dijajah. kita ni tengah berperang lg sebenarnya. peperangan zaman moden. musuh zaman moden tak semestinye gune M-16 or nuclear or HAWK jer.. senjata paling dasyat peluru minda n hati. sampai rabun mata n hati ummat zaman kini..tapi, sedih. sbb rmai tak sedar hakikat tu. kalau pon ade yg tau, buat2 tak tau. nauzubillah..
ape cara nak lawan balik? kalo dulu orang berperang, attack kota, kalo kubu kuat, selamatlah kota..
jadi, sekarang yg kene attack rohaniyah, hati kene prepare dgn serangan.so, peliharalah hati, mantapkan iman. dekatkan diri dgn Allah, selamatlah rohaniyah.insyaAllah.
pikir2kan lah balik, betul ke kite ni dah merdeka?
...ya Allah tetapkanlah hati hamba-hambaMu..berilah kami petunjuk...
wah, semua isi kandngan entri kali ini amat bernas sekali kecuali part kurg selera makan tuh... btol ke? hoho
ihsan: aku pun sakit juga. bukan kau sorang aje minggu ni.
tu la. sedih di hati tak semestinya nampak di mata.
immaia: maaf. busy sgt kebelakangan ini.
salam..
hehe..ili ada di mana2 sahaja..=)
Post a Comment