Selamat Berjuang kepada Adikku Nur Diyana dan Para Pejuang SPM Yang Lain..
Kepada Nana.. dan juga seluruh pejuang SPM 2006...
Masanya telah tiba. Ayuh, jangan dirisaukan tentang onak-onak yang datang mengganggu diri tatkala persiapan sedang dilakukan. Sekarang, yang paling utama ialah gunakan persiapan dan bekalan yang telah dibuat sebaiknya. Perahkan segala kekuatanmu tatkala menjawab di medan peperangan nanti, apabila mata penamu bertemu dengan permukaan kertas yang bakal menatijahkan segala apa yang telah dipersiapkan.
Wahai pejuang sekalian. Ingatlah pesananku. Jangan dikau tewas sebelum perjuangan mu tamat. Kerana tujuanmu hanyalah satu; iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Maka, apapun yang terjadi, itu adalah terbaik buatmu.
Kusisipkan suatu ayat dari Kalamullah buat pedoman dan semangat adik-adikku, para pejuang SPM 2006...
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. " (Al-Insyirah, 94: 5-8)
Serahkan segala-galanya padaNya. Usahamu, insya Allah akan diberkati dan dibantu oleh Allah. Teguhkan pergantunganmu padaNya.
Ingatlah janji Allah. Sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.......
2 comments:
salam'alaik..
good luck utk nana yg akan mhadapi SPM nnt... wpun ntah nana akan baca atau tidak komen nih, or kenal atau tidak akak, tp insyaAllah, doa ana sentiasa bersama nana... buat yg terbaik dan berusahalah bersungguh2... ALLAH sentiasa bersama hamba2Nya.. moga dipermudahkan utk jwb soalan2 nnt... ;)
sebelum meletakkan noktah,ingin dikongsi satu hadis mengenai kebaikan menuntut ilmu dan tuntutannya...
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain"
sahih muslim
wallahu'alam...
xsemestinye straight A itu bagus...
Post a Comment