Wednesday, November 15, 2006

Setelah Habis Exam...

Alhamdulillah.. habis juga exam final year ku. Tadi paper MCQ/SAQ. Takde la senang sangat.. tapi nak kata susah sangat tak juga...

Jom..! Setelah lama tak memblog.. Nak ajak kalian utk berkongsi hadis ini. Hayati sungguh2..

"Aku tidak merasa bimbang terhadap keadaan ummatku baik yang mukmin atau yang kafir, kerana yang mukmin akan dilindungi imannya dan yang kafir akan dihalang oleh kekufurannya. Yang aku bimbangkan terhadap kamu ialah munafik yang lidahnya alim, beliau memperkatakan apa yang kamu tahu dan melakukan apa yang kamu benci "(HR At Tabrani)

Kita reflek balik diri kita. Kadang2 tu kita tak sedar, yang kita tidak berbuat sesuatu yang kita perkatakan. Dan juga kita berbuat sesuatu yang Allah sendiri tak suka.

Tapi harapnya bukan kerana kita takut dilaknat, maka kita terus tidak mengajak manusia lain kepada amal makruf nahi mungkar. Jalan pintas sebegini tidak mendatangkan natijah kearah kebaikan.

Maka, dalam kita memelihara diri kita daripada melakukan dosa, kita harus juga cuba menyeru kepada orang lain yang tidak tahu ataupun yang sedang leka. Dalam pada itu juga, kita istiqamah dengan apa yang kita perbuat, dan pastikan kita tidak hanya pandai bermanis lidah tanpa menatijahkan apa yang diperkatakan. Nauzubillah...

Kita mampu buatnya. Sebab apa yang disediakan Allah untuk hambaNya, Allah sendiri tahu yang hambanya mampu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah, 2:286)

Berdoalah kepada Allah supaya diri ini tidak dibebani, dan juga diampuni. Dua konteks yang sangat penting. Kerana kita ni, kalau nak dibandingkan dengan alam semesta ni, siapalah sangat kita ni, kecil sekecil-kecilnya.

Insya Allah. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu atas kelemahan diri, walaupun hakikatnya kedua-duanya dari Allah SWT..

2 comments:

Anonymous said...

dari Imam Hassan Al-Basri...
"org yang merasa aman dari kemunafikan adalah munafik, dan org yg merasa takut dihinggapi kemunafikan itulah org yang beriman"

Ibnu Abi Mulaikah, tabiin yg hidup bersama generasi sahabat RA, pernah b'kata...
"aku menyaksikan tiga puluh sahabat Nabi SAW, yg takut terhadap sifat nifaq. Namun tak seorang pun berani mengatakan imannya seperti Jibril atau Mikail" [HR Bukhari]

Khuzaifah, sahabat Rasulullah SAW, penyimpan nama2 org munafik...
"Barangsiapa yg tidak bimbang atau mengkhuatiri dirinya akan munafik, maka sesungguhnya sifat kemunafikan amat mudah masuk ke dalam dirinya"

'Bicara Utama' Mihwar Bil.9 2001 -Pesona yg Menipu- pjg lebar huraian ttg nifaq n profil munafiq.
wasalam...

Anonymous said...

thanx ammaia utk hadis2 yg diberi.. =)

mmg byk sgt hadis2 yg membicarakan ttg munafik nih... antara yg paling famous n slalu kite dgr is :

“tanda2 org munafik ada 3 perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” –sahih bukhari dan muslim...

dan byk lg hadith,yg mana menggambarkan betapa 'bahayanya' lidah kita... sy amik contoh:

Narrated By Ibn 'Abbas:
I have not seen a thing resembling 'lamam' (minor sins) than what Abu Huraira 'narrated from the Prophet who said "Allah has written for Adam's son his share of adultery which he commits inevitably. The adultery of the eyes is the sight (to gaze at a forbidden thing), the adultery of the tongue is the talk, and the inner self wishes and desires and the private parts testify all this or deny it." sahih bukhari

kita x sedar bhwa lidah itu boleh membawa bencana... ada hadis jg, yg mgatakan; "diam itu lebih baik drp bercakap" (maaf, hadis ini ditulis atas dasar ingatan, klu tersalah mane2, maaf dipinta..) tetapi, mmg byk hadis yg telah sy baca, yg diriwayatkan oleh sahabat2 dan para tabiin, yg bawa maksud yg sama... jadi kat sini, blh nmpk betapa Rasulullah SAW selalu mengingatkan umatnya ttg bahaya lidah ni...

tetapi tak bermakna kita perlu diam sentiasa... bercakap itu perlu.... lagi2, utk berdakwah dan menegakkan kebenaran... spt kata saudara aie, kita perlu berusaha utk mengajak shbt2 ke arah amar ma'ruf nahi mungkar... cuma, bercakaplah bila perlu, dan diam apabila tiada perkara penting utk diutarakan... lbh2 lg, elakkanlah drp membuka mulut semata2 utk bergosip, mengumpat etc...

cubalah utk tidak berborak perkara2 yg bleh mendtgkn dosa... insyaAllah, nasihat ni sy tujukan utk diri sdri dan juga shbt2 yg dikasihi.. ;)

ermm... rasanya,setakat itu saja dpt dikongsi kali nih..
wallahu'alam... ;)