Tuesday, November 07, 2006

Untuk Mereka Yang Telah dan Akan Menduduki Exam...

Alhamdulillah. Dah lepas satu paper. RLE (Reasoning, Learning, Explaining aka Triple Jump) semester ni tidak lah sesusah semester yang lepas. Kes kali ini adalah uncontrolled diabetes and hypertension, with patient coming to the doctor with weaknesses in both hands (L>R) as the presenting complaint. Memang kepenatan selepas habis paper 5 jam ni.. Tengok la.. Buku2 nya pun dua beg, campur notes2 sem ni dan sem lepas.. Memang kena minta Ihsan urut belakang la lepas ni..

Bercakapkan exam, sekarang di Adelaide adalah musim exam. University Adelaide examnya minggu ni dan minggu depan, manakala UniSA (ditujukan kpd Ihsan) startnya minggu depan. Bukan di sini sahaja, bahkan di merata2 Australia in general, tgh exam final sekarang. Curtin Miri pun start dlm minggu depan juga...

Memang seronok tengok sahabat2 semua pulun utk exam. Kalau dikekalkan sepanjang masa, lebih baik. Lebih cantik. Indah.

Nak beri satu cerita kepada saudara2 sekalian. Rakan2 sekalian. Cerita ini telah diberitahu oleh seorang ilmuan ketika nak exam 1st year, 1st sem dulu. Masa tu takut2 juga, cuak dgn exam medic dulu.. Walaupun tak tahu sumbernya sahih atau tak, tapi apa yang saya nak anda semua ambil adalah pengajaran dari cerita ini..Sebahagian buku2 yg dibawa hari ni.. Sakit tulang belakang memikulnya!


Suatu ketika dahulu, Nabi Musa didatangi dengan sakit perut yang amat sangat. Maka diadukan kepada Allah, maka Allah memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke sebuah pokok dan mengunyah2 daunya. Maka pergi la Nabi Musa ke pokok yang diperintahkan itu, ambil daunnya lalu dikunyahnya daun itu, maka hilang lah sakit perut Nabi Musa. Beberapa ketika selepas itu, sakit perut itu datang kembali. Nabi Musa terus pergi ke pokok itu, diambilnya daun itu kemudian dikunyah2. Namun, sakit perutnya tidak hilang. Tidak tahan akan sakit perut itu, Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang hal itu. Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, "Dahulu ketika kau sakit, kau datang meminta kepadaKu dan aku sediakan jalan buatmu. Tapi kini, ketika kau sakit, kau terus ke pokok itu tanpa meminta pertolongan kepadaKu..".

Significant cerita ini. Kita reflect balik kpd kehidupan kita, especially diri kita sebagai student ini. Muhasabah, tengok kita study sungguh2 ni sebab kita nak pass exam, taknak fail ATAUPUN sebab kita tahu Allah suka kita study ni, Allah perintahkan kita study ini. Lain distinctionnya antara kedua2nya. Sebab yang kedua tu, Allah suka apa yang kita lakukan, dan kita still dpt pass exam dgn study kita itu. Kalau kita tak pass, kita tahu yang Allah uji kita ataupun ada benda yang kita still lacking, tapi still akan diberkatiNya.

Kalau kita study utk pass exam ataupun taknak fail, maka study kita kalau pass exam tu, itu ajelah yang kita dapat. Begitu juga dgn kalau tak fail, itu ajelah yang kita dapat. Berkat Nya tiada..

So, check balik niat kita.. Adakah kita dtg study sini sebab kita tahu Allah suka dan perintahkan kita study, ataupun sebab kita just nak pass exam dan boleh kerja dan jadi kaya. Jika ada tergelincir, maka perbetulkanlah niat kita. Betapa Allah sayang kita, pelihara kita dari sekolah rendah, lps tu pass lagi sek menengah, pre uni.. Sekarang kat uni dah.. Hargai betul2 dgn tunjukkan syukur kita kpd Allah..

Begitu juga kalau kita kalut dgn study, takut dgn exam. Rasa tak cukup aje dgn study...

Satu lagi cerita nak kongsi..

Ketika Maryam baru lps melahirkan Nabi Isa, beliau rasa sangat lapar, lalu Allah menyuruh Maryam untuk goncangkan pokok kurma disebelahnya. Maryam berkata yang dia sangat tidak larat ketika itu, masakan untuk menggoncang pokok kurma yang besar itu. Allah berfirman kembali yang maksudnya mahu Maryam hanya meletakkan tangan nya di pokok itu. Maryam letak tangannya dan buah2 kurma semuanya jatuh dari pokok tersebut.

Pengajaran kepada cerita itu, Allah nak kita berusaha juga dalam apa pun. Allah nak dalam apa yang berlakupun, ada asbabnya.

Dan dalam memberi kejayaan ataupun nikmat kepada hambaNya, Allah nakkan sesuatu yang boleh menjadi sebab kepada kejayaan tersebut. Bagaikan meletakkan tangan kat pokok, itu nak dijadikan asbab utk buah2 kurma itu jatuh. Sama juga dgn study kita. Dengan sebab kita study, jaga hubungan kita dgn Allah, dll.. boleh aje Allah jadikannya sebagai asbab utk kita boleh jawab dan success dlm exam. Tapi kena ikut sunnatullah nya la.. Kalau nak pass exam, kena study sungguh2, betul tak?

Kadang kala kita lupakan Allah dalam kehidupan kita. Kita lupa berkat Nya dlm menjalani kehidupan. Contohnya senang.. Tak sama orang yang duduk study 8 jam kat depan meja study, dengan hanya 'duduk2 bersama buku' dgn orang yang study 2 jam, tapi berkat.. Study semua masuk.. Sebab tu ada kita nampak orang yang dikatakan genius yang study sikit tapi dpt HD, 4 flat.. Nak kata genius tak juga... Itulah namanya berkat... Nak dapat berkat, kenalah cari redhaNya dulu...

So, 'Sinsingkan lengan baju.. Pancangkan asah' (Lagu Indonesia Memanggil dari Shouratul Harokah). Kita duduk study, dan jawab exam tu.. kita ikhlaskan hati dan niat kita hanya kepadaNya.. Insya Allah, Allah akan tlg.. Apa pun result yang kita dpt lps tu, anggaplah ia terbaik daripada Allah... Dan paling penting, study la sungguh2.. Sebab itu pun sunnatullah utk berjaya...

Insya Allah...

"Sesuatu yang mungkin berlaku tidak akan lebih baik dari apa yang telah berlaku"- Imam Ghazali..

8 comments:

Anak Singa said...

syukran ya akhi.kemenggeletaran dah hilang.insyaAllah kecemasan ini akan digunakan sebaiknya.moga Allah beri kita kejayaan, dunia & akhirat (",)

Anonymous said...

Cerita yang bagus. Hari ni baru dapat baca dan fikir. Insyaallah yg sama juga pada kecelaruan fikiran? Moga ALlah beri jalan yg lurus.

ihsan_huhu said...

ternyata beg itu beg tarik yg beroda... macamane buleh sakit tulang belakang akibat memikul lak?? fakta xbenar nih...

aie144 said...

lor.. beg beroda pun, kena nak angkut juga kan kalau nak masuk dlm kereta. kalau katakan satu buku robins patho tu dah 3kg, kalau 10 buku yang +- berat die, dah berapa? hehehe...

Anonymous said...

salam'alaik..

pelik..nape kene diangkut buku2 tuh on ari exam tu itself??? bukan ke biasanya org x study last2 min nih??? mksdnya dtg exam ngn facts dlm otak..?? =)plg x pun, dtg ngn bawak notes je... hehe

pepun, moga berjaya dlm exam.. n pass 2nd year dgn cemerlangnya.. insyaAllah.. anta boleh.. ;)

aie144 said...

RLE (Reasoning, Learning and Explaining @ triple jump) ini adalah exam yang bagaikan kita buat PBL dalam exam tu. Mula2 dia bg kita a case, utk 1 hour (berdasarkan knowledge sedia ada) kita kena tulis data points and significance inside the case, lps tu bagi beberapa hypothesis yang best describe on what the patient is experiencing, supporting or detracting of the hypothesis, mechanisms and new learning issues. Learning issues yang kita buat tu akan digunakan utk kita belajar benda2 baru, dan disitu kegunaan buku itu diperlukan (bhg learning ini adalah 2jam 1/2). Lps tu, kita akan dapat 4 soalan berdasarkan baru utk menerangkan apa yg kita faham daripada pembelajaran kita selama 2 jam 1/2. Kiranya buku2 tu digunakan time masa study 2 jam 1/2 la, tapi 1st n 3rd part tu tak gunapun buku atau notes, dan tak boleh bawak notes pun.

Anonymous said...

ooohhh... wokeh.. faham2..;) terime kasih kerana m'explain.. ;p

kesian la yek bg org2 yg dtg uni nk amik exam tp dtg on foot or by public transport...sure lenguh tangan2 bwk buku2 medic nih... hehehe... as ana pun bwk satu buku tebal i.e kumar n clark to uni by walking yg jaraknye bout 10 mins pun n carry around uni for 1 day, mmg ptg tu jgk rs lenguh tangannye.. =)

tp takpe..moga usaha murni itu mendpt berkat dr Allah swt... :)

ihsan_huhu said...

pergi exam ibarat kalah afundi..wahuahau

stadi2... huhu