Rabu. Ketika hendak tergesa-gesa ke kelas. Nizam, Muslim dan aku. Jam dah menunjukkan pukul 7.45pagi. Rasa sempat sampai sebelum 8 pagi. Paling tidak 8.10pagi. Disini menjadi kebiasaan, kelas/kuliah bermula 10min selepas masa yg sepatutnya dimulakan. Maka, kami dengan yakin akan sampai pada masanya di Sekolah Perubatan apabila tiba-tiba kami melihat bas melencong untuk keluar ke jalan biasa instead ke landasan Obahn. "ROAD CLOSED".
Aktiviti sampingan di rumah. Tebas tatkala landlord nak datang kutip sewa. Itupun kalau panjang. Hehe
Argh! Ada accident rupanya pagi itu. Satu bas Obahn tergelincir daripada landasannya hanya selepas memasuki landasan Obahn di Klemzig Interchange. Maka perjalanan dari Paradise ke Klemzig perlulah melalui jalan biasa, pergi dan balik. Pergi ikut North East Road, dan balik ikut Payneham Rd dan juga Lower North East Road. Argh. Kami lambat hari tu. Nizam lambat untuk PBL nya. Manakala aku dan Muslim lambat ke lecture. 8.20 kami sampai. Nasib baik lecturer pun lambat. Naik Obahn juga rasanya. Hahaha...
Kehidupan memang macam tu. Selalunya elok aje. Kadang kala tersangkut-sangkut. Tapi kehidupan yang baik apabila yang sangkut-sangkut tu adalah jarang-jarang dan apabila berlaku, cepat-cepat ia diatasi. Macam Obahn. Petang Jumaat dah OK dah landasan. Dah boleh pakai landasan antara Paradise dan Klemzig.
So, memang menjadi lumrah kehidupan ada ujian. Nabi pun ada ujian. Malah lagi teruk. Lagi dasyat. Ada masa kita leka. Lupa akan tujuan kita dijadikan dimuka bumi. Ditimpa dengan pelbagai-bagai masalah. Duit, studies, kawan2, exam dll.
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Sekarang. Kita rasa ada tak ujian kat diri kita. Ataupun kita OK aje setiap masa. Takde apa masalah. Hidup senang hati. Duit cukup. Study hebat. Tak study pun score. Dan lain-lain. Maka. Kita takde ujian. So, boleh dikonklusikan dari ayat diatas, tanpa ujian, kita tak beriman lagilah kiranya. Kalau tak beriman, menjadi asbab untuk Allah masukkan ke neraka. Celaka lah diri kalau dimasukkan ke neraka.
Tak beriman? Maybe ada yang tak suka kepada pernyataan ini. Kenapa pula, memang dah terbukti. Bukti dari ayat ALLAH lagi. Dari Buku Panduan Hidup kita lagi.
Maybe Allah bagi nikmat utk hambanya. Maybe juga Allah bagi kita kesenangan supaya kita makin lupa padaNya. Bila lupa, makin jauh kita dari Allah.
Maka, jom kita fikirkan balik. Macam mana kita. Kalau kita OK, adakah mungkin sbb Allah redha kat kita ataupun sebab Allah nak biarkan kita. Nak tgk kita makin jauh dengan Dia ataupun tak. Macam Qarun. Dapat harta yang melimpah ruah. Tapi lupa diri.
Kalau kita ada masalah, ujian, maka sabarlah. Maybe Allah nak bersihkan dosa-dosa yang lepas. Maybe Allah nak tgk seberapa kuatnya kita hadapi ujian. Untuk naikkan darjat disisiNya. Sedangkan nabi sendiri banyak ujian. Contohnya Nabi Muhammad. Kekasih Allah tu. Mcm mana ujian2 yang datang dihadapinya dengan redha. Contohnya time perang Ahzab. Digoncangkan hati Nabi dan orang-orang beriman masa tu dengan serangan luar dan dalaman. Luar dari kumpulan-kumpulan kabilah yang bersatu utk jatuhkan Madinah seterusnya nak hancurkan agama Islam. Dari dalam daripada golongan Yahudi Madinah dan juga golongan munafiq. Begitu teruk. Itu tak tambah lagi dengan permasalah semasa berdakwah. Di Mekah sangat teruk. Pemulauan. Dan lain2. Tapi Nabi sangat redha.
Insya Allah. Kita sama-sama muhasabah diri kita. Tengok mcm mana diri kita. Sama macam Obahn. Ada masalah kita servis. Ada masalah dalam diri, kita refer balik pada Quran dan Hadis. Refer pada org yg lebih alim. Sebab proses ini memerlukan kita saling mengingati. Sebab perjuangan kita lebih luas dari apa yang kita nampak. Perjuangan kita bukan stereotype utk study shj. Utk study aje. Utk jadi doctor aje. Tapi lebih dari itu. Maka. Mulakan dengan perjuangan dalam diri dulu. Keluarkan jahiliyah yang ada. Kerana jahiliyah dalam dirilah yang akan menghalang proses pembentukan diri yang faham akan tujuan dia dihidupkan di atas dunia ini. Insya Allah...
"Perjuangan bermula dengan tasbih kafarah dan disudahi dengan Al-Fatihah..."
6 comments:
betul2... setuju dgn saudara aie... sedangkan perasaan gembira tu itself adalah satu dugaan dari Allah sbnrnya klu kita betul2 fikirkannya... =) kan??? aptah lg sedih...cuma camne dihadapinya.. like yg saya kata td, if Allah bgkan kita nikmat gembira, sbnrnya Allah nak tgk samaada kita bersyukur atau tidak dgn nikmatnya... bknnya susah kan??? plg mudah, cuma ucapkan 'alhamdulillah'... dan jika rajin, berdoa utk memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atau sujud syukur...
ermm...jika sedih pula, jgn la kita salahkan takdir dgn apa yg terjadi.. kerana Allah dah tetapkan setiap yg berlaku tu ade hikmah2nya.... jika kita betul2 fikirkan.. (ermm... ade satu ayat quran yg agak well known jgk sebut psl nih, tp x sure.. sama2 kita cek lps nih) Allah ingin melihat samaada kita bersabar atau tidak... ermm.. contoh plg senang, ungkapan 'sabar itu separuh drpd iman'... dan byk sgt ayat quran yg menyuruh kita sabar... contoh yg plg sy ingati - al-imran, 3:200..(maaf yek, sy hafal in arabic, so takut nk tulis terjemahannye kat cni, takut klu pandai2 tafsir sendiri tanpa rujuk, nnt ade silap.. sama2 rujuk lps nih..I.Allah)
ermm... itula.. betapa indahnya Islam... dan betapa hebat dan berkuasanya ALLAH itu... 'Tiada tuhan yg disembah melainkan Alah'...
hhmmm..mgkn kehidupan di dunia ni sbnrnya dah buat kita lupa akan pengertian Islam sbnrnya.. itu hakikat masyarakat skrg... kdg2 terasa yg ilmu agama kita dah cukup.. rsnya dh jd muslim@muslimah yg baik dah- buat yg wajib, solat sunat, puasa sunat, berdoa, sedekah etc... tp sbnrnya tidak...lbh2 lg jika dlm pada tu, kita dpti ilmu yg kita ade x dpt nk melawan syaitan dan hawa nafsu dlm diri yg dtg ketika kita alpa... adakah itu kita katakan cukup selama nih??? ermm... sbnrnya msh byk yg perlu dipelajari... sama2 kita belajar dan memperbaiki diri kita... insyaAllah...lambat atau cepat kita absorb/accept ilmu itu tidak apa... asalkan kita ada usaha utk perbaiki diri kita... wallahua'lam
- insan yg juga sedang cuba utk memperbaiki dirinya menjadi org yg diredhai ALLAH-
p/s-thanx a lot to saudara aie, krn blog saudara ni insyaAllah sedikit sebyk membantu org2 cam sy nih berfikir dan memandang lebih jauh kebesaran dan kekuasaan ALLAH.. millions thanx... moga sentiasa dirahmati Allah...(",)
jauhkanla diri kita dari sifat malas... malas adalah satu penyakit... haha...
per citer rumput panjang giler... kalauler ular or other creepers penuh tak ke bahaya... tue kawasan perumahan sayang oooiii...
aie:
hihi. ade orang puji blog kau. terus kan menulis!
dah jadi kebiasaan manusia tu terutama yg islam...hanya kembali kepada-Nya bila dalam susah,resah n gelisah...disebabkan itu fitrah manusia,,ujian tu adalah satu rahmat bg manusia..
bile selesa, manusia senang leka..
berada di sini [perantauan] m'sbbkan kite berasa dlm situasi "susah,resah n gelisah".. alhamdulillah..itu satu rahmat utk kite sentiasa ingat kepada-Nya..
bayangkan ketika ini kite masih di bumi sendiri [berada dalam keadaan "selesa"] mungkin kita lupa pada-Nya..mungkin...
Betul. Apa yang diungkapkan oleh saudara/i immaia410.
Allah berfirman yang membawa maksud:
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus, 10: 12)
Maka, kita cerminkan diri kita balik. Memang. Kadang kala bila susah hati senang sgt ingat kat Allah. Tatkala demam mahupun selsema sedikit pun. Tapi bila dah baik lupa. Macam kita adalah segala-galanya. Lupa segala-galanya. Dan ALLAH cakap, maka itulah orang yang melampaui batas. Dan satu sifat mereka ialah memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
Mari insafi diri kita.. Insya Allah kita jauhi sifat sedemikian. Sangat-sangat lah rugi orang yang dicop rugi oleh Allah. Maka, mcm mana nak mendapat keredhaan Allah.
Wallahu'alam... Noktah
lhamdulillah... subuh td terjumpa ayat yg saya maksudkan di atas smsa membaca mathurat-
'dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tetteran kepadaNya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesngguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tqanda-tanda bagi kaum yang berfikir.' Ar-Ruum, ayat 21(30:21)
ermmm... itulah ayat yang kat penhujung tu, ada sebut pasal berfikir kan???itulah... insyaALLAH klu kita selalu berfikir dgn apa yg kita lalui atau hadapi, samaada baik atau buruk, kita sebenarnya akan nampak hikmah-hikmahNya yg Allah nak bagi.. ada tu, hikmahnya mgkn bukan skrg,tp Allah tangguhkan dulu.. di kala tu kita akan rasa bersyukur sgt2 dgn apa yg telah terjadi pd masa lepas... =)
dan ayat kedua tu, psl al imran, ayat terakhirnya:
'Hai org2 yg beriman, besabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.' 3:200
surah Ar-ruum tu, satu surah yg penuh menceritakan ttg kebesaran Allah... byk lg ayat2 spt ayat di atas... ayat2 yg baik utk diamalkan... ermm.. sbb tula ada dlm mathurat.. =) tp disebabkan org selalu amalkan 'mathurat sughra', itula x terlintas ayat2 dlm bacaan kita..ermm.. i.Allah moga bila baca surah ni, hati kita akan penuh dgn keinsafan... insyaAllah...wallahu'alam
Post a Comment