Friday, June 30, 2006

Habis dah exam..

Alhamdulillah. Tamat sudah exam Mid-Year. Syukur, paper tadi takde la susah sgt, walaupun terpaksa menghabiskan kesemua waktu untuk menyiapkan exam Professional English II tadi (budget boleh buat 1jam setengah out of 3 hours..hehehe.. pandang rendah paper tadi.. padan muka kau!!). So, solat di Adelaide Mosque utk Jumaat. Selalunya walaupun bersolat di luar masjid, aku dapat mendengar apa yang khatib sedangkan bacakan. Namun, disebabkan hari ini hujan, aku bukan sahaja tidak dpt mendengar apa yang khatib bicarakan, tetapi ketika solatpun aku tidak tahu bila imam sudah bangun dari sujud ataupun belum (aku di saf hadapan di luar masjid, dan perlu diingatkan, di Australia ini tidak boleh pasang speaker kuat2 di luar bangunan..). Sampai imam dah sujud kali kedua kami di hadapan ini masih belum bangun dari sujud... Dengan hujannya, sejuk nya.. Brrr...

So, nak buat apa mlm ni? Nak baca sirah 24 Rasul.. Dah lama nak baca tapi tak terlaksana.. Dengan berakhirnya exam ni, insya Allah bole..

Cuti ni takde la cuti sangat. Erm, dari segi assignmentnya la. Banyak kerja la. Grandparent's project la.. Prenatal report la.. Huhu.. Tak best tul.

Yang bestnya, Ahad ni aku akan pulang ke Malaysia!! Hehe.. Balik sekejab aje, 3 minggu.. Untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dengan family.. Jalan2 sket, bagi semangat kat adik kakak sikit yang nak ambil SPM tu.. Dan yang paling penting, cuba masuk dan hidup bersama mereka.. Insya ALLAH, kiranya Allah memberikan kekuatan kepada ku, ingin ku cuba sampaikan apa yang aku faham dan aku pegang sekarang.

Hari ni Umar Faruq balik Malaysia. Hari ini juga hari terakhir Umar Faruq jadi bujang di bumi Adelaide ini. Sebab dia dah nak melangkah ke suatu langkah, daripada Individu Muslim kepada Baitul Muslim. Tahniah Faruq! Insya Allah, aku akan ke majlismu di Kelang pada 15 Julai nanti.. Boleh bawa family tak? Hehehe...

OK, nak sambung kemas beg. Dah beli sikit barang utk family. Tak byk juga.. Disebabkan kekeringan dalam akaun bank ku. Agak jeles tatkala budak2 UK boleh gunakan duit scholar mereka utk jalan2 ke Paris, Munich, Venice, mahupun Madrid. Dah la tu, boleh datang lagi ke Aussie bila Summer. Kitaorang? Tiap2 bulan asyik deficit, dengan duit rumah yang makin meningkat, ditambah pula dengan kadar elektrik dan gas yang meningkat. 2 July ni pula, tiket bas Adelaide Metro akan meningkat 10%. (Tiket merah jadi AUD12.60 dari AUD11.50, dan tiket hitam jadi AUD6.80 dari AUD6.20- harga konsesi utk student uni). Rasa macam nak pindah aje ke hostel tahun hadapan kalau keadaan terus begini...

Dah, nak hantar Wan balik ke rumahnya.

Salam ukhuwah.

4 comments:

Adam Ahmad said...

"Agak jeles tatkala budak2 UK boleh gunakan duit scholar mereka utk jalan2 ke Paris, Munich, Venice, mahupun Madrid. Dah la tu, boleh datang lagi ke Aussie"

dah dah, jangan nak merungut2 :) bersyukur dengan ape yang ade.

Anonymous said...

erm, i still think what the writter said about the scholarships; that the aussie students got weren't sufficient, or at least enough for them. it is true actually. if you ask any aussie students, the most that they can go for holiday are nz, if not malaysia.

i still think there is some injustice in the amount of scholarship that the aussies student obtained (if compared to students studying in other countries). but that's my opinion.

ta.

ihsan_huhu said...

tiada komen sbb aku bukan sponsored student... bersyukurlah korg...

Anonymous said...

betul tuh... bersyukurla dgn apa yg ada... hehehe... nk dicompare dgn diri ini... lg la kesian... tp insyaAllah, tu adala sbhgn drp ujian hidup kita... kan??? sy pun akui, sy pun kdg2 merungut jgk duit scholar teramatla x cukup, compare dgn org2 di oversea di certain places,n makin byk la plak cite yg elaun diorg bertambah, smp ade yg naik 3x ganda... tetapi bila fikir2 balik, ada hikmahnya setiap perkara tu kan???

kat cni nk bg cth, yg dulu kan saudara aie dpt offer ke india dulu, sblm dpt offer ke adelaide.. n JPA scholars kat india skrg mmg elaun mereka, masyaAllah la kan... klu saudara aie ke india, mgkn saudara dah bermewah kan skrg??? tp cuba saudara aie fikir dlm2.. hikmah saudara aie dpt pg adelaide tuh, dgn education yg lbh bagus, n jg ilmu agama yg saudara aie dpt di sana... hikmahnya lg besar kan?? lagi best dan lg istimewa.. sesgghnya Allah itu maha kaya... wpun saudara aie x 'kaya' dgn duit, tp saudara skrg kaya dgn ilmu; medic n agama... =) sy pun tumpang gembira dan bersyukur sgt2 dgn saudara aie skrg... :) lgpun, nasib saudara takdela teruk sgt kan?? skurang2nya keluarga saudara ada n berkemampuan utk membantu...

ermm... bercakap ttg x cukup duit n lbh duit, miskin n kaya etc, insyaAllah sy ade cite atau lbh tepat pndpt yg nk dishare... dh lame rs nk menulis psl nih, n dgn niat nk dishare tru blog sy sdri sblm nih, tp disbbkan disebabkan nk final xm nih, niat terpaksa ditahan dulu... =( insyaALlah nnt, bile Allah anugerahkan kelapangan kpd sy, sy akan tulis jg diblog sdri n x lupe, diruang komen saudara aie nih.. =)

well, alhamdulillah... sy terharu membaca niat saudara aie terhadap family saudara... sy doakan, moga Allah berikan kekuatan kpd saudara.. insyaAllah...

sampai sini dulu... jazakallah