Saturday, July 01, 2006


Kisah Mee Goreng Mamak

Yasin (bukan nama sebenar) telah pergi ke kedai mamak pada suatu hari. Maka diordernya sepinggan mee goreng mamak. Kedai mamak itu sangatlah terkenal kerana kehebatan mee goreng mamak itu. Sangat sedap. Banyak isi-isinya; ayam, daging, ketam, sotong, taugeh, tauhu dan MSG yang tepat isi kandungan serta ramuannya untuk setiap satu pinggan mee goreng mamak yang dihasilkan untuk setiap para pelanggannya.

Ketika itu laparnya si Yasin ini tidaklah boleh disangkal. Sanggup diredah daerah Gombak, masuk ke perkampungan Taman Ibu Kota dan Danau Kota, semata-mata untuk mendapatkan sepinggan mee goreng mamak yang best tu (kasi gimik sket.. boleh kan Ihsan?).

Tatkala mendapat mee goreng mamak yang penuh dengan isi-isi yang best tu, dan ketika hendak disuapkan mee itu ke mulut nya, tiba-tiba seekor cicak di syiling melepaskan tembakan separa pepejal berwarna hitam-putih ala-ala kaler House Ahmad dan Idris bergabung (jgn marah.. muahahahaha..), dan tembakan itu jatuh ke dlm mee goreng yang sedap itu. Terpacul mata Yasin itu kerana terkejut. Hilang seleranya. Loya. Ditolaknya mee sepinggan itu ke tepi. Tidak jadi makan mee itu. Hanya disebabkan 'tembakan' cicak dari syiling itu mengenai mee itu. Walaupun hanya sedikit aje bahagian yang terjejas.

So, cuba kita fikirkan sejenak. Fikir dalam2.

Ada orang kata, kita dah cukup solat 5 kali sehari, puasa dan lain-lain. Amalan sunat juga tidak dilupakan. Ilmunya tentang Islam sangat mendalam. Tapi dari segi perlakuan yang lain tak dijaga. Adab dalam pergaulan dengan perempuan tidak dijaga. Cara pemakaian yang kurang sopan dan menjolok mata. Kadang-kadang kalau tak menjolok mata tu, still selekeh, berserabut dan menyakitkan mata, sampai orang boleh kata "Inikah orang Islam yang agamanya lengkap serba serbi??". Hubungan dengan jiran tidak diutamakan. Dengan sahabat-sahabatnya tidak dikukuhkan ukhuwahnya. Kalau tengok gambar-gambar, tidak mencerminkan ilmu yang ada dengan dirinya.

Maka, adakah dengan kita membuat perkara-perkara yang besar tapi mengabaikan perkara-perkara yang kecil itu menjamin kejayaan kita di Sana? Bagaimana kah keadaan kita tatkala kita berhadapan dengan Allah. Betul, kita dah buat semua perkara wajib yang Allah suruh. Tapi dengan ada lubang-lubang kecil yang kita buat dlm kehidupan kita, saya rasakan ini boleh dijadikan alasan oleh Allah untuk tidak menerima kita, dan tidak meredhai kita untuk dimasukkan ke SyurgaNya. Maka, sangat rugilah kita. Betul tak? Sedangkan mee goreng mamak yang sedap tu pun, walaupun sesedap mana pun tapi kalau dah tercemar dengan benda yang kotor walaupun sedikit dan mampu dibuang, tapi jika di hidangkan kepada kita dlm keadaan sebegitu, most likely kita akan meletakkan nya di tepi atau menukarkannya. Boleh aje kalau saudara dan saudari membuangkan bahagian yang tercemar itu dan memakan yang tidak tercemar itu, tapi saya yakin yang MORE LIKELY anda akan membuangnya keseluruhannya. Betul?

Itulah analogi yang saya boleh terfikir untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati. So, setinggi mana ilmu kita, sepatutnya usaha dan perlakuan kita juga semakin baik seiringan dengan ilmu dan kematangan kita. Harapnya kita tidaklah hanya pandai berkata-kata tetapi dari segi perlaksanaannya tidak langsung mencerminkan yang kita faham apa yang kita dah tau. Ada satu hadis, best! Dah pernah dipost dulu, tapi nak repost juga.. Tak kira!

Abu Zaid (Usamah) bin Zaid bin Harithah ra berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Seorang yang dihadapkan di hari kiamat. Kemudian dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar usus perutnya, lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yang berputar disekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya: Hai kamu, mengapakah engkau, tidakkah kau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran? Jawabnya: Benar, aku dahulu menganjurkan kebaikan, tetapi tidak saya kerjakan, dan mencegah mungkar tetapi saya kerjakan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan juga satu ayat Al-Quran tentang kemurkaan Allah terhadap mereka yang berkeadaan sebegini.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah As Shaff, 61: 2-3)


Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri, dan juga kalian yang sudi membaca post ini. Kita baiki diri kita sama2. Kadang-kala kan kita ni pelupa. Betul tak?

Ok... cukup lah. Moga Allah berikan hidayah pada kita. Bukakan hati supaya Allah dapat memberikan hidayahnya buat diri kita. Walaupun hidayah itu adalah hak Allah, tapi Allah tahu sama ada kita nakkan @ mencari-cari hidayah itu. Kalau kita yang tutup hati kita, masakan Allah dapat berikan hidayahNya...

"Hidayah tidak akan menyapa buat mereka yang tidak membuka pintu hatinya..."

6 comments:

Anonymous said...

salam alaik.
jazakallahu khayran.

betol tue.manusia mudah lupe.t'masok yg tgh m'nulis ni.
AN-NAS=pelupa.name pon manusia tu pelupa.kene sentiasa dicuit, diketuk, bak kate omputih kene 'ring the bell' slalu. alhmdulillah...
=) xda yg nak dikomen.
cuma ingin berkongsi s'potong ayat al-Quran ttg hidayah Allah.
"Sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yang mahukan petunjuk" [Al-Qasas;56]
InsyaAllah mereka yg m'baca t'golong dlm golongan yg m'dapat hidayah Allah.Ameen.

Semoga sdra selamat pergi dan kembali.Salam buat mrka di Malaysia.Saudara2 di Adelaide sntiasa doakan mrk dalam peliharaan Allah...

ihsan_huhu said...

cis..saje nk ltak gamba mee goreng mamak..cis2...xpe2...selamat bercuti...sure berat ko naik ag..hoho

Anonymous said...

alhamdulillah.. sy pun ada terlintas ayat yg ditulis oleh immaia(saudara ke saudari???.. maaf, x dpt nk kenal pasti tru nick tsebut...) masa baca quran baru2 nih.. apa yg sy nk share kat sini kan, ilmu al quran tu sggh luas dan indah... ada seorg kawan sy keluarkan pdptnya di satu ptg di dlm usrah, " setiap kali kita baca al-quran mesti dpt belajar perkara baru kan??" dan sy akui, mmg benar skali kata2 tuh... sy pun merasai sedemikian... semakin byk kali dibaca al quran dgn tafsirnya, smkn byk perkara dpt dipelajari... insyaAllah... ermm.. spt kata seorg panel dlm rancangan halaqah di TV9, 2-3 mggu lps, "ilmu al-quran itu klu digali tak pernah habis..." (oohh,those yg berada di tanah air tercinta, msia, sy nk syorkan this tv programme... personally, sy rasa ia rncgn yg amat bagus... n best+ menarik... a prog which topik2nya diulas dgn berdasarkan ayat al-quran... insyaAllah, byk manfaatnya.. ;>) it's on sunday at 9pm... ade kelapangan tgkla... =)

well, xde bende nk komen psl "kisah mee goreng mamak" :) tp rs pelik di sini, ade ke selama nih org letak kacang bulat2 tuh, (ape tuh org pggl??) dlm mee grg????? hhmmm... resepi ciptaan sdri eh??? ermm...moga saudara aie sihat slalu n bgembira dpt balik bercuti di msia nih... =) wassalam

Anonymous said...

menarik2.. analogy yg best.. kalau boleh nak mintak izin nak paste kat blog saye.. bleh kah?

aie144 said...

boleh2...

Anonymous said...

Ade bezanye antare siling ngan syiling..sekadar pembetulan minor tatabahase